Assalamualaikum w.b.t. semua..
Lama sudah tak mengarang sejak mengandung dan bersalinkan anak ketiga ni.. Pembawakan budak kot.. Jadi malas bebenau nak menulis.. Haha.. Itu semua alasan ye.. Sila jangan ikut.. Hihi..
Ok.. Bulan lepas fina warded sebab dah 2 minggu sakit perut cirit birit. Dan kemuncaknya badan pun lembik tak bermaya.. Memang rasa lemah je badan..akhirnya kecundang di Subang Jaya Medical Centre SJMC.. Huhu
Bila cakap kat doc.. Doc pun decide untuk buat Endoskopi melalui mulut dan kolon. Masa dapat tau tu apa lagi.. tak habis2 tanya doktor sakit ke tak.. Haha.. Dengar masuk kamera tu memang menyeramkan..
Mujur la doktor rajin melayan.. Dia siap cakap macam ni.. I will make sure it won’t hurt u k.. Sambil tersenyum.. Haha.. Memang ayat last la tu.. Kalau tanya lagi rasenya dia akan kata tak payah buat la.. Haha..
So kebetulan jiran katil sebelah pun dah buat Endoskopi masa tu.. Dia cakap tak sakit dan tak rasa apa-apa pun. Fuhh.. Lega sangat bila dengar dari mulut yang dah buat. Mulut doktor memang tak nak percaya kan.. Haha..
So malam sebelum tarikh untuk buat Endoskopi tu nurse datang suruh minum 2 jug air dan puasa. Air tu sangat la tak sedap. Rasa bahan kimia sangat. Hampir give up jugak mula-mula tu..siap panggil nurse cakap nak tangguh.. Huhu
Nurse kata sayang la sebab dah start minum. Date pun dah book.. Nurse pujuk habiskan jugak. Minum sikit-sikit pun takpa katanya..
Abis je solat isyak fina tadah tangan mintak Allah bantu fina supaya boleh habiskan air tu. MasyaAllah.. Besar sungguh kuasa dan kasih sayang Allah .. Memang terasa sungguh kesan the power of Dua. Allah makbulkan terus..
Sebab tak lama lepas tu datang nurse lain pulak. Tak pernah jumpa pun selama fina warded 3 hari kat wad tu.. Mungkin baru balik bercuti agaknya..sebab nurse yang jaga biasanya sama je..
Dia tanya boleh habiskan ke. Fina terus kata tak sedap nurse.. Dia pun rupanya pernah buat Endoskopi dan pernah minum air tu. So dia kasi tips. Kebetulan ada buah oren kat meja fina masa tu.
Dia pun suruh hisap sikit je buah oren tu setiap kali lepas minum air tu. Dan boleh minum air masak. Buah oren tu sikit sangat jangan banyak. Just untuk hilangkan rasa tak sedap je.
Sebabnya tujuan air tu nak flush segala kotoran kau usus besar kita. Supaya bila masuk kamera nanti jelas. Kalau banyak sangat nanti tak bersih la dan boleh mengganggu proses.
Oh ya.. Minum air ni hanya untuk yang nak buat Endoskopi melalui usus besar je ye. Kalau Endoskopi masuk kamera ikut mulut ke perut tu tak perlu minum. Kiranya anda selamat.. Hihi.. Fina buat dua-dua. Melalui mulut dan usus besar. So tak selamat.. Haha..
Syukur sangat. Dengan tips tu berjaya fina habiskan 2 jug air tak sedap tu.. Hihi.. Dan apa lagi.. Ada rasanya lebih kurang 10 kali membuang. Lawas sungguh.. Memang suci murni la rasanya usus waktu tu.. Hihi..
Dan esoknya tukar baju dan teruskan berpuasa sampai la ke bilik Endoskopi. Jangan risau ye. Dia bagi kita ubat tidur sepanjang proses. Sedar je dari tidur yang lena tu masih di bilik Endoskopi. Ramai rupanya manusia yang buat Endoskopi ni ye.. Hihi..
Tak lama tu nurse datang anta milo dan biskut untuk bukak puasa. Alhamdulillah settle juga akhirnya dan LANGSUNG TAK SAKIT ye. Takda rasa apa-apa pun. Tapi taknak la buat lagi ye sebolehnya.. Mintak jauh la..
Result alhamdulillah jugak tak ada yang serius. Cuma ada ulser sikit je. Tu pun nak sembuh dah doktor kata. Syukur sangat.
Masuk 8.30 pagi.. 2.30 petang naik ward balik. Dan makan lagi.. Lapar weii. Menyusu pulak tu.. Dan syukur sangat everything going well..
So korang yang nak buat Endoskopi ni dont worry. Tak sakit pun. Dan tak ada side effect pun lepas buat tu.. Rasa macam biasa je.. Cuma part minum air tak sedap tu jela.. Yang lain2 should be okay..
Dan yang penting mintak tolong dari Allah.. Doa banyak-banyak.. Pasti ada hikmah kenapa kita ditempat kita ni sekarang.. Pasti ada hikmah kenapa korang kene buat Endoskopi sekarang. So redha je dan go with the flow. Dalam masa yang sama usaha yang termampu dan doa banyak-banyak.
Masa fina warded tu baby fina 5 bulan baru demam. Risau sangat tau. Rasa nak balik rumah je.. Tapi suami kata teruskan. So fina ikut cakap suami..tak ikut sangat perasaan..
Kadang kita tengah kurang sihat ni terlalu emosi sampai tak boleh nak fikir panjang. So masa tu memang penting la keluarga kawan2 yang selalu memberi sokongan.
Kalau boleh post di FB post jela minta doa kawan-kawan. Of course bagi tau family dulu. Yang ada mak ayah tu mintak diorang doakan. Semoga dengan ramainya yang mendoakan kesembuhan kita terbuka pintu rahmat kesembuhan dari Allah Yang Maha Menyembuhkan.. Aamiin..
Pengedar Shaklee Malaysia,
Founder of The Blossoms Network,
Fina 013-2787508