Tips Bina Reputasi Dan Follower Di Facebook | My Shaklee Journey

“akak ade facebook, tapi tak pandai la dik nak promote2 kat facebook ni.. malu akak..”

-kak tona nak biz tapi malu-


Sempena hari jumaat yang mulia ni fina nak kongsi serba sedikit tips biz online melalui facebook..Facebook adalah medium yang penting untuk membina reputasi dan follower kita sebagai peniaga.Bukan setakat menjual produk, tapi juga membranding diri kita sebagai peniaga yg betul2 wujud.

Antara tips untuk berbiz melalui facebook adalah :

✔Update selalu urusan jual beli.

-Ini penting utk membina kepercayaan prospek terhadap kita. Bila prospek selalu nampak kita update urusan jual beli dgn customers, akan bertambah keyakinan prospek utk berjual beli dgn kita pula..

✔Update yang memberi inspirasi dan motivasi.

-Lumrah manusia sukakan perkara yang baik. Jadi banyakkan post2 yang memberi semangat kepada pembaca. Mungkin pada waktu itu ada yang sedang down dan memerlukan motivasi dari kita.(who knows😉)

✔Dilarang update perkara2 negatif walaupun hanya 2 dari 100 post kita.

-Geram,marah, kecewa, sedih macam mana pun jangan la dilepaskan di wall kita. Walaupun bukan selalu tetap ianya boleh menjejaskan reputasi kita sebagai peniaga.
Cara yang terbaik, mengadulah di tikar sembahyang. Kita akan lebih tenang berbanding mengadu di muka buku. Paling kuat nak cerita pada manusia pun ceritalah pada yg kita percayai, suami, isteri atau kwn2 rapat, yet bukan di facebook!
✔Update aktiviti dan perkembangan biz kita.

-Bukan untuk menunjuk2 yang kita ni bagus sebab ade biz. Tapi supaya kawan2 facebook tahu yang mereka juga boleh merebut peluang yang sama untuk berbiz. Banyak perkara yang kita boleh buat untuk menambah pendapatan di zaman yang Gilakau Semua Tax(GST) ni.
✔Update serba sedikit tentang usaha dan kejayaan kita dalam menjual produk serta dalam membina empayar biz skrg.
-Sekali lagi, disclaimer, bukan untuk menunjuk2, tetapi ianya boleh menjadi motivasi dan inspirasi pada yang memerlukan. Ramai je kat luar sana yang nak buat biz tapi takut, malu, risau tak boleh buat. Tapi bila kita dah buktikan dengan kejayaan, pastinya mereka terfikir ” kenapa pulak mereka tak boleh”..
Rasanya cukuplah 5 point penting untuk kita follow sebagai peniaga di facebook.. Kalau ada salah mohon tunjukkan. Fina juga masih dan sentiasa terus belajar untuk menjadi peniaga yang berakhlak, telus dan prihatin untuk customers fina..😊
Semoga Kita Semua Success Dalam Biz Yang Kita Usaahakan!!💪
Fina,

013-2787508

Part Timer Biz Shaklee.

Founder Of The Blossoms Network.

Founder Of TBN Leaders.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge