Monthly Archives: April 2014

Diari Seorang Pengedar Shaklee

Assalamualaikum w.b.t..

 pengedar shaklee

Apa khabar semua.. Sila jawab ‘luar biasa’! Alhamdulillah.. setiap hari kita jadi luar biasa untuk dapat hasil yang luar biasa. Jadi hari ni fina nak jadi luar biasa sikit. Nak cerita pasal perjalanan fina menjadi pengedar shaklee..

Sebelom cerita apa pencapaian terbaik fina dalam shaklee, serba sedikit fina nak cerita macam mana fina boleh terjebak dengan dunia shaklee. Semuanya bukan kebetulan, Read more

Betul Ke Makan Set Kurus Shaklee Tak Payah Bersenam Kak?

Assalamualaikum w.b.t..

set kurus shaklee

Bercakap tentang Set Kurus Shaklee , wanita mana yang tak nak cantik kat dunia ni.. Lelaki  mana yang tak idamkan bentuk tubuh yang langsing dan cantik.. Tipulah kalau tak ada rasa teringin walau sikit pun..Betul tak? Kerana itulah fitrah manusia, sukakan kecantikan..

Jangan risau ibu-ibu, kakak-kakak dan abang-abang sekalian.. Kerana set kurus shaklee ada tersedia untuk merealisasikan impian semua dengan satu formula rahsia Read more

Kenapa Fina Pilih SHAKLEE Wajib Ada Dalam Handbag?

Assalamualaikum w.b.t..

kenapa fina pilih shaklee

Setiap orang ada minat dan pilihan masing-masing. Sama ada pilihan berdasarkan minat semata-mata atau pun kerana dipengaruhi oleh orang sekeliling..

Jatuhnya cinta fina dengan vitamin Shaklee kerana minatnya fina pada vitamin shaklee itu sendiri.. Memang la fina menjual tapi kerana minat tu lah fina nak orang lain tahu dan rasa kebaikannya..

Selepas melahirkan anak pertama, fina terdetik untuk mencuba Set Menyusu Shaklee.. Masa tu kecoh-kecoh ramai kata set menyusu shaklee ni bagus. Fina bukan nya jenis yang mudah nak mencuba, oleh sebab itu fina banyak buat ‘survey’ sampai la fina puas hati..

kenapa fina pilih shaklee

Pengalaman pertama dengan set menyusu shaklee buat fina tak sabar-sabar nak cerita pada orang lain betapa fina rase bertenaga, sihat dan lebih kuat dari biasa..

Selain dari pengalaman fina, di bawah ni fina senaraikan sebab-sebab kenapa fina pilih shaklee bukannya vitamin lain..

Sebab Kenapa Saya Pilih Vitamin Shaklee Sebagai Pilihan Nombor Satu!

1) Sebab ia halal.

kenapa fina pilih shaklee

Sebagai umat islam, mestilah kita nak makanan yang halal sahaja masuk dalam badan kita kan.

Sijil halal shaklee telah dikeluarkan oleh ISA (Islamic Services of Amerika) di US. Badan JAKIM di Malaysia pula dah mengiktifar sijil yang ISA keluarkan..

Jadi takda lagi isu pasal status halal ke tak shaklee ni k..

2) Sebab ia selamat.

kenapa saya pilih shaklee

Lebih daripada 80000 ujian kualiti dijalankan setahun. Shaklee tidak akan mengeluarkan produknya jika kualiti tidak berada di tahap yang sepatutnya.

Lebih daripada 350 kajian dijalankan ke atas ramuan baru. Sebarang ramuan yang membahayakan kesihatan manusia tidak akan di proses.

Sebab tu walaupun shaklee dah berpuluh-puluh tahun di Malaysia, tiada sebarang aduan negatif tentang kesan jangka panjang. Malah orang tua yang dulunya mengamalkan shaklee lebih sihat dan bertenaga jika di bandingkan dengan golongan yang tidak mengamalkan shaklee.

Jadi kalau korang nak awet muda dan kuat walaupun dah berusia, sila buat pilihan yang tepat hari ni..fina dah buat pilihan fina dan fina yakin dengan izin Allah kesihatan fina dan keluarga sentiasa terjamin..

3) Sebab ia meggunakan bahan semulajadi sahaja.

kenapa fina pilih shaklee

Produk yang dihasilkan hanya dengan ramuan semulajadi dan bahan yang sukar ditemui.

Kebanyakan ramuan tersebut tiada di Malaysia.
Shaklee sekeras-kerasnya tidak akan mengeluarkan produknya jika mendapati ramuannya tidak lengkap.

Saya beri contoh, satu produk vitamin shaklee iaitu vitamin c mendapat ‘demand’ yang terlalu tinggi di Malaysia. Tetapi disebabkan kurangnya satu ramuan yang sepatutnya ada dalam produk vitamin c tersebut, syarikat shaklee telah menghentikan pengeluaran selama hampir dua tahun. Wow.. Betapa shaklee tegas menjaga kualiti setiap produknya..

4) Sebab ia berkesan walaupun harganya murah.

kenapa fina pilih shaklee

Ramai yang kata produk shaklee ni mahal. Betul ke? Dah buat perbandingan ke dengan harga vitamin lain?

“Yela kak.. Dah berkesan mestilah mahal kan..”

Boleh guna ke teori tu?

Dalam produk lain mungkin boleh guna tetapi tidak kepada produk shaklee. Sebab harganya memang jauh lebih murah berbanding vitamin lain yang ada di pasaran sekarang.

Fina ada perbandingan tersebut tetapi jika hendak tahu lebih lanjut perlulah ‘personally’ mesej fina k.. Apa yang fina nak tekankan ialah berkesan atau tak sesuatu produk itu tidak bergantung kepada harganya..

Ini terbukti dan dapat fina sahkan selama dua tahun mengamalkan dan menjual produk shaklee. Banyak testimoni yang positif dan meyakinkan samaada dalam bentuk lisan atau pon ‘mouth to mouth’..

Jadi teori produk shaklee murah tapi tak berkesan memang perlu disangkal sama sekali.. Kerana produk shaklee sememangnya berkesan walaupun murah k ‘fullstop’.. Hihi..

kenapa fina pilih shaklee

Fina suka vitamin Shaklee sebab ianya HALAL, SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN!

Setakat ni fina rasa 4 sebab ini memang antara sebab utama kenapa fina pilih shaklee sebagai teman sejati dalam ‘handbag’ fina.. Sebenarnya kalau nak cerita semua memang banyak dan penat lah korang membacanya..hihi..

Apa-apa pun pilihan di tangan masing-masing dan kita berhak ke atas kehidupan kita sendiri. Sama ada nak yang biasa-biasa atau pun nak hidup sihat, ceria dan bahagia dalam melayari onak duri kehidupan..

Cehhwahh.. Puitis sungguh ayat-ayat fina. Hihi..

kenapa fina pilih shaklee

Jika masih ragu-ragu dan ingin tahu lebih lanjut dialu-alukan untuk menghubungi fina. In shaa Allah segala pertanyaan akan fina jelaskan sebaik dan semampu fina.. (^_^)v

Nor Shafina Mohd Din
The Founder of The Blossoms Network
Sms/Whatapps/Call : 013-2787508
SID : 906685

‘Pakar Nutrisi Semulajadi’