Monthly Archives: November 2014

Cara Elak Diabetes Ketika Hamil Sampai Ibu Tak Payah Ulang-alik Klinik Lagi

Assalamualaikum w.b.t..

diabetes ketika hamil

Dulu waktu hamil anak pertama fina disahkan mempunyai diabetes. Walaupun tak begitu kritikal sampai kene ambil insulin, fina tetap rasa penat. Masakan tak penat, dalam sehari 4 kali kene ulang-alik pergi klinik buat BSP. Nak pergi mana-mana pun terbatas.

Tapi kesan diabetes bukannya ibu sahaja yang penat, malah anak dalam kandungan juga terjejas tau. Antaranya :

1) Risiko bayi besar.
2) Risiko bayi mengalami hypoglycemia.
3) Risiko bayi mengalami masalah pernafasan.
4) Risiko bayi jaundis.

diabetes ketika hamil

Diabetes di kalangan ibu hamil atau pun dikenali juga sebagai GDM (Gestational Diabetes Mellitus) terjadi kerana apabila wanita hamil, hormon di dalam badan menjadi tidak stabil.

Hal ini menyebabkan reseptor insulin menjadi kurang efisyen dan tidak dapat menukarkan gula kepada tenaga dengan berkesan. Jadi gula di dalam darah menjadi tinggi dan terjadilah masalah diabetes.

Tips Elak Diabetes Ketika Hamil Berulang Lagi

Bagi yang pernah mengalami diabetes sebelum ini dan hamil semula, ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk menjauhkan masalah ini. Amalkan sejak dari mula kehamilan ye. Antaranya :

1) Sorok sekejap semua jenis minuman 3 in 1. Air tin atau air beralkohol lagi la tak boleh ye. Jauhi terus bila dpt tahu korang mengandung.

diabetes ketika hamil

2) Tukar penggunaan gula putih kepada gula perang. Beras berkanji kepada tidak berkanji bagi yang mampu.

diabetes ketika hamil

3) Jauhi mee kuning kerana mee kuning mempunyai kandungan gula yang tinggi.

diabetes ketika hamil

4) Banyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang kurang kandungan gula.

diabetes ketika hamil

5) Ambil lebih makanan berserat dan bijirin.

diabetes ketika hamil

6) Jauhi juga minuman berkafein seperti teh,nescafe dan kopi. Kafein menghalang penyerapan nutrien.

diabetes ketika hamil

5) Lakukan senaman ringan untuk menjadikan badan sentiasa aktif. Jangan asyik tidur je dengan alasan tidak larat.

diabetes ketika hamil

6) Selepas makan jangan terus tidur, buat sebarang aktiviti supaya gula dapat ditukarkan kepada tenaga dengan segera.

diabetes ketika hamil

Selain dari tips di atas, sel-sel badan serta organ dalaman yang menghasilkan insulin seperti pankreas dan reseptor insulin mestilah sentiasa di tahap yang baik. Jom tengok macam mana Set Hamil Shaklee boleh menjadi Set Elak Diabetes buat fina. Alhamdulillah sekarang fina sudah 6 bulan mengandung dan disahkan BEBAS diabetes. Tak payah ulang-alik klinik lagi..(^_^)v

Jangan malu-malu nak hubungi fina ye, fina suka jika ada yang mahu berkongsi cerita.

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com

Jom Cuba Rahsia Hilangkan Senggugut Tanpa Ubat

Assalamualaikum w.b.t..

hilangkan senggugut

Sebut sahaja pasal senggugut ni teringat fina pada kisah adik ipar yang pengsan tiba-tiba ketika kami berjalan di pasar. Pucat lesi mukanya dan ‘panic’ jugalah fina masa tu. Rupa-rupanya dia sakit senggugut. Tak sangka betul fina sampai tahap tu sekali ye sakitnya bila senggugut menyerang. Memang seramm..

Patutlah setiap kali senggugut, adik ipar tak lepas dari panadol senggugut dia tu. Selalu jugak die mengadu risau kesan jangka panjang sebab dok telan panadol je. Kesian jugak bila mendengarnya. Fina pasti ramai yang mempunyai masalah dan dilema yang sama.

Jadi jom cuba beberapa cara semulajadi hilangkan senggugut tanpa panadol atau ubat bagai yang pastinya lebih selamat.

1) Air Bawang Merah

hilangkan senggugut

– Ambil beberapa ulas bawang merah dan potong halus-halus. Kemudian masukkan ke dalam air panas. Kacau dan minum airnya.
– Petua ni jika diamalkan boleh menghilangkan senggugut terus. Jika terkena pun senggugut tidaklah terlalu teruk.

2) Air Halia

hilangkan senggugut

– Orang dulu-dulu kata petua ni boleh menghilangkan senggugut jika diamalkan secara konsisten.
– Petuanya minum perahan air halia selama sebulan. Jika sakit masih menyerang rendamkan kaki di dalam air garam.

3) Tuam

hilangkan senggugut

– Kaedah ini dapat mengurangkan kesakitan ketika senggugut. Tuam boleh dilakukan menggunakan tungku tradisional atau pun zaman sekarang sudah banyak tungku moden.
– Baringkan badan dengan penuh rehat dan tunku perut sehingga sakit berkurang.

4) Kurangkan stress badan

hilangkan senggugut

– Kaedah ini paling mudah kerana tiada peralatan atau bahan  lain yang perlu digunakan. Caranya, ketika senggugut menyerang, pakai pakaian yang longgar dan kenakan stoking di kaki. Baring dengan penuh rehat dan sapukan minyak panas di perut.
– Rehatkan minda dengan automatic otot-otot badan dan perut akan berehat dan kurang stress. Jadi kesakitan akan berkurang sedikit demi sedikit.

Alhamdulillah fina sudah kongsikan 4 cara hilangkan senggugut tanpa ubat. Namun, kajian menunjukkan sakit senggugut berpunca dari kurangnya Linoliec Asid di dalam badan. Jadi cara terbaik adalah merawat senggugut dari puncanya. Benarkan?

Nak tahu apakah dan bagaimana cara menambahkan Linoliec Asid dalam badan, sila klik DI SINI. Ramai telah berjaya melalui kaedah ni begitu juga adik ipar fina..(^_^)v

Jangan malu-malu hubungi fina,

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com

Petua Mudah Bersalin Versi Orang Dulu-dulu

Assalamulaikum w.b.t.

petua mudah bersalin

Semalam fina demam selsema, habis sakit-sakit satu badan. Sepanjang 6 bulan hamil inilah kali pertama fina tidak sihat sampai suami datang jemput dekat tempat kerja. Kebetulan di tempat kerja ada makcik ‘cleaner’ yang pandai mengurut. Agaknya kesian tengok fina sakit-sakit badan dia pun ‘offer’ untuk urut fina.

Semasa tengah mengurut, banyak nasihat yang dia bagi pada fina. Rupanya dia biasa mengurut orang lepas bersalin. Fina pun ambil kesempatan bertanya petua mudah bersalin kerana fina nak sangat bersalin secara normal untuk anak yang kedua ni.

Ini point yang dapat fina kongsikan daripada perbualan fina dengan makcik ‘cleaner’ yang baik tu.

16 Petua Mudah Bersalin Anda Perlu Tahu !

1) Amalkan makan kurma dalam bilangan yang ganjil sepanjang tempoh kehamilan.

petua mudah bersalin

2) Amalkan membaca surah maryam sepanjang tempoh kehamilan.

3) Amalkan makan sayur bendi kerana orang kata bendi berlendir jadi mudah untuk melahirkan.

4) Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari-jari kaki dan tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

petua mudah bersalin

5) 2 minggu sebelum due, amalkan memakan telur separuh masak untuk memberi tenaga.

6) Bila sakit nak bersalin, telan sebiji telur mentah.

7) Supaya laluan cepat terbuka, minum milo dengan 2-3 sudu marjerin ketika rasa sakit nak bersalin.

8) Rebus epal hijau dan makan ketika sedang sakit ‘contraction’.

9) Banyakkan berjalan atau turun naik tangga untuk mudahkan bersalin.

10) Semasa di labour room, banyakkan membaca Al-Fatihah dan zikir nabi Yunus serta ‘Ya Fattah’ berulang-ulang kali untuk mengurangkan kesakitan.

11) Amalkan menyapu minyak zaitun atau minyak kelapa dara pada sekitar vagina, untuk lembutkan vagina dan mengurangkan koyakan ketika bersalin.

petua mudah bersalin

12) Semasa contraction tarik nafas melalui hidung dan hembuskan mengikut mulut. Apabila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat-cepat.

13) Kerapkan bersama suami apabila kandungan masuk usia 37 minggu untuk memudahkan laluan dibuka.

14) Minum air selusuh sebaiknya dibuat oleh suami sendiri pastinya lebih berkat.

15) Semasa meneran, jangan angkat punggung sebab nanti akan koyak teruk.

16) Petua terakhir ni sedikit pelik, tetapi tak salah mengamalkannya asalkan kita tahu segala berlaku hanya dengan izinnya. Petuanya ialah ketika mandi basah rambut, hisap sedikit air yang mengalir pada hujung rambut kita sambil berniat padaNya agar mudah melahirkan.

petua mudah bersalin

Alhamdulillah, fina dah kongsikan petua-petua yang makcik ‘cleaner’ penuh pengalaman tu kasi. Apa-apa pun yang kita usahakan adalah ikhtiar kita dan yang mengizinkan segalanya hanya Allah s.w.t. Jadi doa dan solat hajat tetap menjadi petua nombor satu kita sebagai umat islam.

Untuk tahu bagaimana tips mudah dan cepat menjadikan kita bertenaga di saat-saat akhir melahirkan, sila klik di disini.

Nak kongsi masalah? Jangan malu-malu untuk hubungi fina sekarang..(^_^).

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com

Hilangkan Stress Dalam Pantang Untuk Kembali Menjadi Supermom

Assalamualaikum w.b.t..

stress dalam pantang

Tahniah mommies kerana baru sahaja bergelar ibu. Tempoh 9 bulan mengandungkan bayi bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi sewaktu melahirkannya. Pelbagai cabaran dan dugaan. Namun, dugaan tak berhenti di situ sahaja malah bertambah setelah sikecil dilahirkan.

Bayi menangis di tengah malam buat ibu selalu tak cukup tidur. Anak sulong pula semakin nakal kerana kita semakin kurang memberi perhatian sejak lahirnya sikecil. Badan pula terasa lesu sahaja kerana banyak kehilangan darah dan tenaga sewaktu melahirkan. Semuanya membuat ibu semakin stress dan kurang menikmati saat-saat manis keluarga semakin membesar.

Jom fina kongsikan beberapa tips hilangkan stress dalam pantang berdasarkan pengalaman fina sendiri dan kawan-kawan terdekat.

 4 Tips Hilangkan Stress Dalam Pantang

1) Refresh Niat.

stress dalam pantang

– Fina pasti ramai yang tahu kehebatan niat ni.. Cuma bisikan syaitan selalu buat kita lupa. Jadi setiap kali rasa ‘down’ atau penat, ingat balik niat kita. ‘Motivate’ diri sendiri. Dengar ceramah-ceramah yang memberi inspirasi. Istighfar dan ikhlaskan diri, pasti diri akan rasa lebih lega dan tidak stress.

2) ilmu, ilmu, ilmu!

stress dalam pantang

– Ada ustaz pernah berkata, dalam dunia ni hanya 2 benda yang boleh kita tamak iaitu keampunan Allah dan ilmu. Carilah ilmu berkaitan ‘parenting’ atau skill menguruskan rumah tangga sama ada melalui buku, ceramah, TV dan sebagainya. Dengan ilmu ibu akan dapat menguruskan sesuatu dengan lebih baik dan tidak akan stress.

3) Makanan Rohani & Emosi

stress dalam pantang

– Sesibuk mana pun ibu menguruskan anak dan suami makanan rohani jangan dilupakan. Berdoalah pada Allah minta agar dipermudahkan untuk solat di awal waktu dan mengaji sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Zikir pula jadikan ‘song of the brain’. Berzikirlah waktu mengemas rumah, menyusukan anak, memasak atau ditempat kerja bagi yang turut bekerja. Apabila jiwa tenang, emosi akan stabil dan ibu kurang stress.

4) Makanan Fizikal & Minda

stress dalam pantang

– Tubuh yang positif akan menghasilkan minda yang positif. Jadi makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Tubuh yang bertenaga akan lebih bersedia untuk melakukan tugasan. Bayangkan jika si ibu nak menguruskan diri sendiri pun tak larat bagaimana pula mahu menguruskan anak-anak kecil, kerja rumah dan suami? Pasti ibu akan mudah stress.

Alhamdulillah..fina rasa cukup 4 point penting ini untuk diamalkan oleh ibu-ibu dalam menjadi supermom. Jika teringin nak tahu rahsia fina sentiasa bertenaga, cergas dan positif semasa pantang boleh klik di sini.

Hubungi fina jika nak berkongsi masalah anda. Jangan malu-malu ye. Fina suka jika ada yang mahu berkongsi pengalaman..(^_^)

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com

Ketahui Cara Pengambilan Vitamin Supaya Duit Anda Tidak Membazir

Assalamualaikum w.b.t..

cara pengambilan vitamin

Sebagai pengedar vitamin, fina kerap bertemu dengan orang-orang yang telah mengambil vitamin tetapi hasilnya tak seperti yang diharapkan. Tetapi setelah fina kaji dan selidik dengan bertanyakan soalan-soalan tertentu, ternyata cara pengambilan vitamin mereka salah malah ada juga yang hampir tidak tahu yang mereka salah.

Ish..ish..ish..kasihan sangat kerana tiada siapa yang boleh ‘guide’ mereka dan akhirnya mereka terus menyalahkan vitamin sebagai penyebab kerana badan tidak merasakan perubahan seperti yang dijanjikan. Mala sesetengahnya semakin sakit. Adoi.. Makan vitamin nak sihat makin sakit pulak.

Tidak mengapa, daripada ‘survey’ yang fina buat ini point yang dapat fina berikan.

Cara Pengambilan Vitamin Yang Sebenar

cara pengambilan vitamin

1) Jangan makan zat besi(iron) bersama kalsium. Kerana kalsium akan bertindak balas dengan zat besi membuatkan zat besi tidak dapat diserap.

2) Ambil kalsium dan magnesium sebelum tidur kerana penyerapannya adalah terbaik ketika tidur. Malah magnesium juga membuatkan tidur lebih lena dan berkualiti.

3) Jangan makan sebarang vitamin bersama minuman berkafein seperti air kopi,nescafe dan teh. Hal ini akan menyebabkan vitamin sukar diserap oleh badan. Jarakkan sehingga 1-2 jam jika mahu mengambilnya juga.

cara pengambilan vitamin

4) Ambil vitamin larut lemak seperti vitamin A, vitamin D, vitamin E, vitamin K, omega, dan COQ10 bersama makanan berlemak. Hal ini akan membantu vitamin diserap dengan lebih sempurna.

5) Ambil vitamin B di waktu pagi kerana akan memberi tenaga sepanjang hari.

6) Ambil vitamin B dan vitamin C mengikut keperluan badan. Kedua vitamin ini larut air. Jadi jangan risau jika berlebihan kerana akan dibuang melalui air kencing.

7) Jangan ‘double up intake’ vitamin jika anda terlupa mengambilnya. Ambil sahaja keesokan harinya.

8) Ambil vitamin tidak melebihi dose yang ditetapkan di label pada botol. Tidak ada salahnya jika mengurangkan dose vitamin.

cara pengambilan vitamin

9) Jika ada mengambil sebarang ubat, minta nasihat daripada doktor dahulu sebelum mengambil vitamin. Jangan lupa jarakkan pengambilan vitamin dengan ubat selama 2-3 jam.

10) Makan vitamin secara constant dan penting untuk tahu pemulihan sel-sel badan ambil masa sehingga 5-6 bulan. Jadi jangan mudah mengalah ye kerana bukan senang nak repair sel badan ni sebab nak-nak lagi sel-sel yang sudah rosak.

11) Point terakhir ni sangat penting kerana penyerapan vitamin bergantung kepadanya iaitu minumlah air minimum 3L sehari. Adjust la jadual korang dan mulakan sedikit demi sedikit. Korang pasti boleh!

cara pengambilan vitamin

Alhamdulillah fina dah share apa yang fina dapat dari survey dan kajian fina. Jika masih ada sebarang keraguan dan persoalan jangan malu-malu untuk hubungi fina terus, fina sedia membantu..(^_^)

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com

Parut Ceasor Hilang dengan Set Parut Shaklee

Assalamulaikum w.b.t.

set parut shaklee

Meh sini fina bukak rahsia fina hilangkan parut ceasor yang berinci- inci ni dengan vitamin semulajadi semata-mata. Ambil masa sedikit tetapi sangat berkesan dan selamat. Fina pun xsangka parut ceasor hilang tak sampai 2 tahun pun. Jadi kalau parut setitik je kat muka tu apalah sangat kan.

Jom Terjah Apakah Vitamin Tersebut!

1) Collagen Shaklee

set parut shaklee

– Membina kolagen yang semakin hilang dari hari ke hari.
– Menghilangkan parut dengan cepat apabila kolagen di kulit semakin bertambah.
– Teramat halus dan mudah diserap oleh badan. Jadi tiada istillah membazir.
– Kolagen dihasilkan dari sisik ikan merah yang tahan tekanan dan sangat berkualiti.
– Bukan parut sahaja hilang, malah kulit aka semakin cerah dan gebu.

2) ESP Shaklee

set parut shaklee

– Mengandungi protein yang membina sel-sel baru di dalam tubuh.
– Menggantikan sel-sel yang rosak dengan sel-sel yang baru.
– Parut hilang apabila sel baru tumbuh di kawasan yang luka atau berparut.
– Juga memberi tenaga dan buat kita rasa kenyang je.

3) Vitamin E Shaklee

set parut shaklee

– antioksidan yang tinggi dalam melawan radikal bebas.
– Sangat berkesan untuk memulihkan parut.
– Juga boleh merawat masalah jeragat.
– Melicinkan kulit dan melembapkan.
– Boleh juga digunakan sebagai krim luaran untuk kesan yang lebih baik.

4) Vitamin C Sustained Released Shaklee

set parut shaklee

– Meningkatkan sistem imun badan terhadap penyakit.
– Membantu dalam penyerapan dan pembinaan kolagen kulit.
– Melawan bakteria yang boleh menyebabkan luka atau jerawat lebih teruk.
– Menyembuhkan luka dengan cepat, elak parut berparut.
– Memutihkan kulit yang kusam.

5) B-Complex Shaklee

set parut shaklee

– Membantu pengaliran darah ke seluruh badan.
– Menaikkan seri muka dan elak muka menjadi kusam dan pucat.
– Merawat parut dengan pengaliran darah yang sempurna ke seluruh badan.

Jangan risau jika anda rasa kurang mampu untuk memiliki kesemuanya lagi. Fina telah siapkan beberapa set parut shaklee mengikut bajet anda.

Anda Berhak Memilih!

1) Set Basic
– Esp & Vitamin E

set parut shaklee

2) Set Premium
– Esp, Vitamin E, Vitamin C

set parut shaklee

3) Set Super Premium

– Esp, Vitamin E, Vitamin C, Kolagen & B-complex.

set parut shaklee

Jika rasa ingin berkongsi masalah dengan fina, jangan malu-malu nak hubungi fina segera..(^_^) :

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com

Set Diabetes Shaklee Terbaik!

Assalamualaikum w.b.t..

set diabetes shaklee

Set diabetes shaklee adalah satu alternatif terbaik untuk merawat pesakit diabetes TANPA ubat. Fina rasa ramai yang sedar akan bahaya ubat yang mengandungi dadah kepada badan manusia. Tak perlu diperjelaskan dengan terperinci lagi.

Vitamin dan mineral merupakan unsur yang terdapat di dalam badan. Kekurangan unsur-unsur inilah menjadi punca rosaknya sel-sel badan dan akhirnya mengundang penyakit diabetes.

Cadangan Vitamin Superb Dalam Set Diabetes

1) Vivix

set diabetes shaklee

– Membaiki sel-sel badan yang rosak.
– Mengawal selia insulin.
– Mengelakkan pembentukan protein AGE.
– Awet muda.
– Membantu badan menggunakan gula dengan efisyen.
– Anti-oksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas.

2) ESP

set diabetes shaklee

– Randah glisemik. Mengekalkan paras gula dalam darah.
– Membantu pankreas menghasilkan insulin.
– Beri tenaga. Elak pesakit diabetes dari makan terlalu banyak.
– Sembuhkan luka dengan cepat.

3) GLA Complex

set diabetes shaklee

– Ejen anti-radang.
– Mengurangkan kesakitan berkaitan sistem saraf.
– Menstabilkan paras hormon dalam badan.

4) Vita C Sustained Released

set diabetes shaklee

– Meningkatkan imuniti badan.
– Melawan sebarang jangkitan kuman.
–  Mengelakkan gula dalam sel menjadi gula alkohol.
– Mengukuhkan kapilari dan salur darah.
– Menurunkan risiko masalah penglihatan dan ginjal.

5) Omega Guard

set diabetes shaklee

– Menurunkan risiko diabetes dan penyakit kardiovaskular.
– Menstabilkan tekanan darah.
– Menurunkan tahap kolestrol jahat dalam darah.

6) Vitalea

set diabetes shaklee

– Mempunyai kromium yang diperlukan bagi membantu penyerapan gula oleh badan.
– Memelihara sel badan daripada rosak serta mengurangkan risiko diabetes.
– Mempunyai kesemua jenis vitamin yang diperlukan oleh badan.

7) Zinc

set diabetes shaklee

– Bantu penghasilan insulin dengan baik.
– Menyembuhkan luka dari dalam lebih cepat.
– Mengelakkan luka merebak ke kawasan lain.

Kesemua vitamin di atas sangat diperlukan oleh pesakit diabetes untuk memastikan paras gula sentiasa terkawal. Namun jangan risau jika anda mempunyai kekangan bajet untuk memiliki kesemua vitamin. Fina telah menyediakan beberapa set diabetes mampu milik seperti di bawah :

Set Basic Diabetes Shaklee

set diabetes shaklee

Set Bajet Diabetes Shaklee

set diabetes shaklee

Set Extra Diabetes Shaklee

set diabetes shaklee

Set Premium Diabetes Shaklee

set diabetes shaklee

Jangan malu- malu nak share atau bincang masalah anda dengan fina, hubungi :

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com

Rahsia Menaikkan HB Darah Sampai Misi Tersenyum Lebar.

Assalamualaikum w.b.t.

Kes Menaikkan HB darah Sampai MIsi Pun Naik Marah..Hehe..

menaikkan HB

Misi : ‘Ni HB tak naik-naik ni ubat makan tak?’

Ibu hamil : ‘Makan misi..saya tak pernah tinggal makan ubat misi bagi tu..’

Misi : ‘Awak cuba lah makan bayam ke jambu batu je kerang ke pulak’.

Ibu hamil : ‘Saya dah makan semua tu misi tetapi tak tahu kenapa susah sangat nak naik’..

Perbualan di atas biasa sangat kepada ibu yang mempunyai masalah HB rendah. Walaupun si ibu sudah cuba bermacam-macam sumber zat besi untuk menaikkan HB, tetapi hasilnya cuma sedikit yang naik. Masih tidak melepasi HB yang sepatutnya iaitu > 11.

menaikkan HB

Di manakah silapnya? Pening kepala ibu memikirkannya bukan? Tidak mengapa ibu hamil sekalian, kerana fina juga mengalami masalah yang sama untuk naikkan HB semasa hamil anak pertama.

Setelah fina kaji dan menuntut ilmu berkaitan HB, inilah yang fina dapat kongsikan. Dan sememangnya hampir semua ibu hamil tidak ‘aware’ akan hal ini.

Pantang Larang Penyerapan Zat Besi

1) Zat Besi Vs Tenusu

menaikkan HB

– Vitamin Obimin mengandungi zat besi untuk menaikkan HB. Biasanya vitamin inilah yang diberikan oleh klinik-klinik kesihatan. Tapi tahukah anda ada pantang larangnya. Apa-apa sumber zat besi tidak boleh diambil bersama apa-apa sumber tenusu. Jika diambil juga zat besi tidak akan diserap oleh tubuh. Jadi, sia-sia sajalah makan obimin atau makanan bersumberkan zat besi kerana HB tentu tidak akan naik.

2) Minuman dan Makanan Berkafein.

menaikkan HB

– Jika ibu hamil penggemar nescafe,teh dan kopi sila ambil perhatian lebih sedikit. Hal ini kerana zat-zat makanan juga tidak dapat diserap oleh badan dengan baik sekiranya di ambil bersama kafein. Jadi logik lah jika HB anda susah nak naik walaupun sudah mengambil zat besi dengan banyak kerana faktor makanan berkafien tadi.

Tidak semestinya ibu hamil perlu meninggalkan terus minuman kegemaran berkafein ini, cuma jarakkan pengambilan zat besi 2-3 jam dari makanan atau minuman berkafein.

3) Cara Memasak Yang Salah

menaikkan HB

– Memang benar sumber zat besi juga boleh kita dapati di dalam makanan seperti kerang, bayam, kismis, telur, kurma, yogurt, sayuran hijau dan sebagainya. Tetapi jika bahan-bahan tadi di masak terlalu lama akan menghilangkan zat-zatnya.
– Selain itu basuhlah sayuran dahulu sebelum memotongnya. Kerana jika kita membasuh sayur yang siap di potong, ia boleh menjadi penyebabkan hilangnya zat bersama air basuhan tersebut.

4)  Zat Besi & Vitamin C.

menaikkan HB

– Zat besi sangat mudah diserap oleh badan sekiranya di ambil bersama vitamin C. Jadi anda digalakkan untuk menelan pil-pil zat besi atau makan makanan bersumberkan zat besi bersama-sama dengan jus buah. Jus buah yang mempunyai vitamin C adalah seperti jus oren, jus apple, jus jambu, jus kurma dan jus prune.
Jadi gantikan minuman berkafein anda dengan jus buah jika ingin HB naik semula.

Syukur Alhamdulillah fina rasa fina dah share kesemua tips untuk naikkan HB ketika hamil. Sejak mengetahui betapa pentingnya zat besi diserap oleh badan bukan semata-mata makan ‘on-time’ sahaja, fina telah mengamalkan pengambilan sumber zat besi dan vitamin C yang semulajadi. Fina yakin penyerapannya sangat baik dan sememangnya telah terbukti menaikkan HB darah. Sila klik DI SINI untuk tahu bagaimana caranya!

menaikkan HB

Selamat mencuba ibu-ibu yang fina kasihi sekalian. Pastinya misi-misi anda tersenyum lebar melihat bacaan pada alat bacaan HB nanti..(^_^)v

Jangan Malu untuk Hubungi Fina…

Nor Shafina Mohd Din,

013-2787508,

ibuazra2012@gmail.com

Cara Mengatasi Alergi Kulit Agar Mak Boleh Tidur Malam Semula

Assalamualaikum w.b.t..

cara mengatasi alergi kulit

Mak tak dapat tidur malam? Anak selalu menangis tak kira siang dan malam? Dah pergi macam-macam klinik pakar kulit, tetapi hasilnya tetap sama? Rasa putus asa dan buntu? Risau sangat pembesaran anak terganggu?

Persoalan-persoalan ini fina dah lalui 3 bulan yang lepas. Pada masa tu anak fina berusia setahun setengah. Tiba-tiba kulitnya naik bintik-bintik halus kemerah-merahan dan merebak apabila digaru. Anak fina selalu menangis dek kerana terlalu gatal. Sampai malam pun tak lena tidur kerana cuba menenangkan anak yang terganggu tidurnya disebabkan terlalu gatal.

Bermacam-macam klinik pakar kulit kami dah cuba,habis beratus-ratus ringgit sekali jumpa doktor, tetapi tetap tiada perubahan yang positif. Akhirnya kami suami isteri berikhtiar dengan menjauhkan anak dari sebarang sumber  yang boleh menyebabkan alergi. Antaranya :

1) Try n Error Makanan Anak.

cara mengatasi alergi kulit

– Setiap kali menyediakan menu anak catat kandungan menu tersebut. Kemudian monitor keadaan alergi anak. Jika semakin parah keluarkan menu tersebut dan cuba menu yang lain. Buat perkara yang sama untuk mengenal pasti jika ada sumber makanan yang menyebabkan alergi.

2) Jauhi Makanan Segera dan Berwarna.

cara mengatasi alergi kulit

– Kebanyakan makanan segera kanak-kanak sekarang penuh dengan pewarna untuk menarik minat anak-anak. Pewarna dan perasa yang tidak elok ini boleh menjadi punca alergi pada kulit anak. Lagi pun memang tiada khasiat malah memudaratkan. Jangan terlalu manjakan anak dengan mengikut segala keinginan mereka.

3) Bersihkan Rumah Dari Habuk

cara mengatasi alergi kulit

– Habuk adalah salah satu punca alergi. Jadi pastikan rumah sentiasa bersih dari habuk. Jauhi dari menggunakan karpet, lantai kayu dan rak buku yang mudah memerangkap habuk dan debu. Jika masih menggunakannya kerapkan membersihkannya daripada habuk.

4) Baju dijemur di bawah cahaya matahari.

cara mengatasi alergi kulit

– Semasa anak fina terkena alergik kulit, dek kerana kerja yang tidak menentu, kebanyakkannya fina menjemur baju hanya di bawah kipas di dalam rumah. Kesannya bakteria pada baju tidak mati. Jadi jemurlah pakaian di bawah cahaya matahari walau sesibuk mana sekalipun.

5) Pastikah tempat tidur,baju,perkakas dan mainan bersih dari habuk.

cara mengatasi alergi kulit

– Apa sahaja benda yang masuk ke dalam mulut anak mestilah di ‘sterile’ kan dahulu untuk mematikan kuman seperti botol susu dan mainan bagi bayi yang suka menggigit. Mainan anak juga mestilah bukan yang jenis berbulu seperti patung beruang yang senang memerangkap habuk. Pastikan tempat tidur anak seperti bantal,selimut dan tilamnya kekal bersih.

6) Mandi dan Krim

cara mengatasi alergi kulit

– Anak yang terkena alergi elok  dimandikan dengan air suam dan setiap kali anak terdedah kepada habuk. Mandikan dengan cecair anti-bakteria untuk mengelakkan kawasan-kawasan alergi seperti kudis dijangkiti kuman dan terus merebak. Jangan lupa untuk sapukan krim alergi setiap kali selepas mandi.

7) Makanan Bersumberkan Vitamin D.

cara mengatasi alergi kulit

– Kajian menunjukkan vitamin D mampu merawat masalah alergi dengan baik. Biasanya vitamin D boleh didapati daripada cahaya matahari. Selain dari cahaya matahari, vitamin D boleh didapati di dalam ikan salmon dan tuna, susu, telur,gandum dan kismis. Jadi jika anak tiada alergi dengan makanan yang fina sebutkan tadi, jadikannya menu wajib anak setiap hari.

Bagi fina kekangan masa dan tempat kadang-kadang tidak membenarkan kita menyediakan vitamin D yang secukupnya untuk anak. Mungkin ketika kita ‘travel’ atau terlewat balik kerja, kita tidak sempat untuk memasak menu bersumberkan vitamin D. Klik di sini untuk tahu rahsia fina dapat beri anak sumber vitamin D yang cukup dan berkualiti setiap hari sehingga anak fina kini bebas dari alergi kulit. Alhamdulillah..

Fina rasa fina dah kongsi apa yang fina lakukan dalam cara mengatasi alergi kulit anak fina. Tidak dinafikan tugasan ibu bapa semakin bertambah leceh kerana si anak lebih memerlukan perhatian. Sebelum berikhtiar lagi minta Allah mudahkan urusan kita dan diberi kesembuhan. Beri perhatian dan sokongan moral kepada anak. Jiwa yang bahagia dan positif akan buat penyakit mudah sembuh. Pastinya selepas ini mak atau ibu boleh tidur malam dengan lenanya In Shaa Allah..(^_^)

Kawal Diabetes Anda Sebelum Hidup Berubah 360 Darjah

Assalamualaikum w.b.t.

kawal diabetes

Percaya atau tidak kajian menunjukkan apabila kita belajar tentang sesuatu penyakit, badan kita akan mengenal penyakit tersebut. Apabila sudah kenal, secara tidak langsung imunisasi badan kita akan membina rintangan atau ‘antibody’ terhadap penyakit yang kita belajar itu. Wahh..sound interesting kan.. Jadi mari semua teruskan membaca entri fina ni kerana sangat baik untuk kesihatan dan emosi kita juga..(^_^)

Sebelum kita pergi pada kesan-kesan diabetes yang dasyat tu mari kita faham betul-betul apa sebenarnya diabetes tu. Macam mana boleh terjadi? Apa puncanya? Betulkah apa yang kita dengar tentang diabetes sebelum ni? Atau kita rupanya dah salah faham dengan fakta sebenar.

Apakah Diabetes?

kawal diabetes

– Diabetes adalah di mana keadaan gula dalam darah terlalu tinggi.

Bagaimana Keadaan Normal Gula Tanpa Diabetes?

kawal diabetes

 

– Untuk mudah faham lihat gambar di atas. Ini adalah gambar sel kita. Seperti yang dah tertulis dalam gambar tu, andaikan

1) insulin sebagai ANAK KUNCI
2) reseptor insulin sebagai LUBANG KUNCI.
3) salur untuk gula masuk ke dalam sel adalah PINTU.

– Apabila KUNCI bertemu dengan ANAK KUNCI, PINTU akan dapat dibuka. Jadi dapatlah gula masuk ke dalam sel dan digunakan oleh sel untuk menghasilkan tenaga. Paras gula di dalam darah menjadi NORMAL.

Kenali 3 Kategori Diabetes

1) Type 1

kawal diabetes

– Tubuh tidak menghasilkan insulin. Apabila tiada insulin dihasilkan tiadalah KUNCI untuk membuka PINTU untuk membenarkan gula masuk ke dalam sel badan. Jadi paras gula di dalam darah akan menjadi TINGGI.

2) Type 2

kawal diabetes

– Tubuh tidak menghasilkan insulin yang cukup ATAU sel  badan tidak bertindak balas terhadap insulin.
– Untuk type 2, insulin yang dihasilkan sesetengahnya telah berubah keadaan fizikalnya. Jadi apabila KUNCI yang salah digunakan untuk membuka ANAK KUNCI, PINTU akan lambat dibuka sementara  untuk mendapatkan KUNCI yang betul.
– Jadi paras gula dalam darah akan menjadi TINGGI kerana lambatnya PINTU dibuka.

3) GDM

kawal diabetes

– Untuk kes GDM hanya berlaku pada wanita hamil. Apabila hamil, keadaan hormon di dalam badan menjadi tidak stabil. Hal ini menganggu badan untuk menghasilkan insulin dengan sempurna. Jadi tahap gula di dalam darah juga menjadi TINGGI.

Lepas baca apa yang fina terangkan kat atas tadi apa yang korang rasa? Kalau ada yang rasa           ‘ owhh..baru aku tahu macam tu rupanya..’ Itu maknanya badan sedang mengenal penyakit diabetes dan akan membina rintangan terhadap penyakit tersebut. Tahniah fina ucapkan! Tak sia-sia baca entri fina ni.hehehe..

Tanda-tanda Anda Penghidap Diabetes!

Psssttt….Take note bagi yang rasa diri dia sihat je. Kalau ada tanda-tanda macam kat bawah ni cepat-cepat buat pemeriksaan diabetes ye. Sekurang-kurangnya dapat merawat dan kawal diabetes dari awal lagi.

1) Kerap Kencing

kawal diabetes

– Tubuh kita cuba mengeluarkan gula berlebihan melalui air kencing.

2) Selalu Kehausan

kawal diabetes

– Air dalam badan banyak keluar melalui kencing.

3) Badan Lesu

kawal diabetes

–  Sel badan tidak dapat membekalkan gula untuk penghasilan tenaga.

4) Berat Badan Naik

kawal diabetes

– Tidak mampu beraktiviti kerana badan lesu.

5) Berat Badan Turun

kawal diabetes

– Badan menggunakan lemak simpanan untuk menghasilkan tenaga.

6) Luka Lambat Sembuh

kawal diabetes

– Gula yang ada dalam darah menarik perhatian bakteria.

7) Tangan dan kaki terasa kebas.

kawal diabetes

– Pembuluh darah menjadi semakin ‘stiff’ atau keras membuatkan deria sentuh semakin berkurang.

Dasyatnya Komplikasi Diabetes Jika Tidak di Kawal!

kawal diabetes

Apabila kita menghidap diabetes, komplikasi-komplikasi dibawah menjadi sangat hampir dengan kita. Tetapi jangan risau, kawalan dan rawatan yang rapi berupaya mengurangkan risiko komplikasi ini.

1) Kerosakan Pada Saluran Darah

kawal diabetes

– Apabila gula terlalu banyak di dalam salur darah,ini boleh menyebabkan salur darah cepat rosak dan menjadi keras.
– Hal ini akan menyebabkan pengaliran darah tidak lagi sempurna dan ada sahaja lah bahagian yang kebas dan hilang deria sentuh.
– Sehingga satu tahap apabila terjadinya luka, kebanyakkan pesakit diabetes tidak terasa diri mereka telah cedera.

2) Kerosakan pada Sistem Saraf.

kawal diabetes

– Tahap gula yang terlalu tinggi juga menyebabkan sistem saraf kurang efisyen.
– Salur darah yang rosak menyebabkan menyebabkan saraf itu sendiri mengecut dan berubah bentuk.
– Hal ini akan menganggu fungsi otak, kawalan emosi, ingatan dan hafalan dan sistem maklumat tubuh.

3) Penyakit Kardiovaskular & Stroke

kawal diabetes

– Penyakit kardiovaskular terjadi apabila arteri-arteri jantung semakin kurang efisyen disebabkan kandungan gula dalam darah yang tinggi. Saluran-saluran darah di otak juga boleh tersumbat.
– Hal ini menyebabkan jantung tidak dapat mengepam darah dengan baik dan terjadilah masalah serangan jantung, jantung tersumbat, strok dan sebagainya.

4) Kegagalan Buah Pinggang

kawal diabetes

– Apabila kandungan gula dalam darah semakin tinggi, buah pinggang akan mengeluarkan banyak air dan menyebabkan tekanan semakin bertambah kepada buah pinggang.
– Lama – kelamaan membran buah pinggang menjadi lemah dan tidak dapat menapis dengan baik. Hal ini juga menyebabkan berlakunya kebocoran protein.

5) Impotensi

kawal diabetes

– Masalah diabetes juga akan menyebabkan hubungan intim suami isteri tidak lagi seronok dan sihat.
– Hal ini kerana faktor badan yang lesu dan sistem saraf tubuh yang semakin rosak mengganggu deria-deria seks untuk menjalankan fungsinya dengan baik.

6) Ibu hamil :

kawal diabetes

– Risiko bayi besar.
– Risiko bayi hypoglacemia.
– Risiko bayi mengalami masalah pernafasan.
– Risiko bayi menghidap jaundis.

Jadi benarlah hidup seseorang boleh berubah 360 darjah setelah melihat komplikasi-komplikasi diabetes macam yang fina terangkan tadi. Malah fina sendiri sudah melihat perubahan yang menyedihkan ini pada orang yang fina sayang. Sukar untuk digambarkan perasaan kami sekeluarga ketika itu.

Semoga perkongsian ini boleh menyedarkan kita betapa bahayanya dan dasyatnya penyakit diabetes yang dipandang remeh terutamanyanya oleh golongan muda. Ingat ye, jaga pemakanan dan gaya hidup kita. Kerana apabila sakit nanti kita juga yang menanggungnya.

1 2