Monthly Archives: December 2014

Atasi Angin Badan Ketika Mengandung Tanpa Ragu-ragu Lagi

Assalamualaikum w.b.t..

Hai.. Bertemu lagi pada kali ini untuk berkongsi lagi suka duka pahit jerih ketika mengandung berdasarkan pengalaman fina sendiri. Dalam entri fina yang sebelum ini fina ada kongsikan rahsia fina atasi sembelit ketika mengandung. Boleh rujuk Di Sini jika ibu-ibu sering sembelit ketika hamil.

Topik yang fina nak ceritakan kali ini ada kaitan juga dengan sembelit iaitu masalah angin badan ketika mengandung. Apabila kita sembelit, bahan kumuh yang tersimpan lama akan melepaskan gas-gasnya yang tersendiri. Jadi tidak peliklah jika ibu hamil yang selalu sembelit mudah dapat masalah angin badan kan. Kerana memang berkait rapat.

Boleh rujuk Di Sini untuk punca angin badan ketika mengandung.

Dahulu waktu mengandung anak pertama memang selalu sangat dapat masalah angin-angin badan ni. Masa tu kepala pun sakit je. Habis satu badan rasa lenguh-lenguh. Tekak pun loya je. Lagi ‘worst’ kalau masa tu memang bulan morning sickness. Apa lagi muntah pun muntah angin jela kebanyakannya.

Selain mencuba tips-tips menghilangkan angin badan, fina di izinkan Allah untuk mencuba kaedah semulajadi dalam menghilangkan angin badan dan dalam masa yang sama buat perut selesa sahaja. Sistem pencernaan pun menjadi lancar je.

Kaedah tersebut adalah dengan menelan 2 biji Peppermint Ginger Plus Shaklee setiap kali bangun pagi dan setiap kali makan makanan yang boleh mendatangkan angin. Legaaaa sangat rasanya, mudah dan berkesan pula tu.

Vitamin shaklee diiktiraf halal,tiada perasa, tiada pewarna dan tiada bahan pengawet. Ianya juga bukan vitamin sintetik yang biasanya banyak terdapat di pasaran sekarang. Pastinya kita nak makan sesuatu tu nak pastikan tiada ‘effect’ pada diri dan kandungan kita yang tersayang. Jadi vitamin shaklee adalah pilihan yang tepat kerana 100% semulajadi tanpa bahan kimia.

Bagaimana Peppermint Ginger Plus Bertindak Menghilangkan Angin Badan Ketika Mengandung?

Sering sangat fina diajukan soalan ini. Jom sama-sama timba ilmu sedikit tentang Mr.Peppermint kita ni.

Peppermint Ginger Plus Shaklee adalah gabungan 4 herba dari barat dan timur. Antaranya adalah daun pudina, halia, biji adas dan cekur manis.

1) Daun Pudina

–  Melegakan otot perut dan mempunyai bau ‘mint’ yang sangat menyegarkan.
– Membantu dalam proses penghadaman makanan, menghilangkan mabuk laut/darat.
– Melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit.
– Merangsang pengeluaran peluh, oleh itu dapat mengelakkan demam jika seseorang terkena selsema.

2) Halia

– Merangsang pengeluaran enzim Slavia untuk membantu pencernaan makanan.
– Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung dan selepas bersalin.
– Berkesan untuk mencegah dan merawat kesakitan ketika sedang dalam perjalanan atau pengembaraan.

3) Biji Adas (fennal)

– Berkesan untuk menghilangkan kembung perut.
– Melegakan sakit perut dan gejala selsema.
– Membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

4) Cekur Manis (anise)

– Melegakan masalah percernaan serta gejala haid, batuk dan kahak.
– Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan.
– Menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit.
– Memberi peredaran tenaga yang lembut pada perut.

image

Inilah rupanya Peppermint Ginger Plus Shaklee agen terbaik untuk buang angin badan ketika mengandung ataupun selepas bersalin nanti. Tengok warnanya sangat semulajadi kan. Kalau cium baunya mesti korang lagi suka sebab bau ‘mint’ yang sangat segar n menyelesakan..

Untuk sebarang pertanyaan dan perkongsian, jangan malu-malu nak dial nombor fina k. Lagi senang sekarang ni ‘wasap’ je. Hehe…

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com

Cara Superb Atasi Sembelit Ketika Mengandung

Assalamualaikum w.b.t..

Haa.. Mesti tertanya-tanya kan apakah rahsia fina atasi sembelit ketika mengandung kan.. Jangan risau, setiap kali fina berjaya dengan sesuatu, fina suka sangat untuk berkongsi pengalaman fina. Rasa ‘excited’ tu buat jari-jemari fina ni gatal je nak menaip. Hehe..

Dalam entri yang lepas fina ada ceritakan punca sembelit ketika mengandung dan beberapa tips yang boleh ibu-ibu hamil amalkan dan jadikan ‘lifestyle’ ketika hamil terutamanya. Boleh baca Di Sini k.

Namun selain mengamalkan semua tips tu, fina rasa tidak salah jika kita cuba cara yang lebih mudah dan berkesan, malah ada BONUS pula untuk ibu dan bayi di dalam kandungan. Siapa yang tak mahu kan.

So.. Di pendekkan cerita selama 6 bulan setengah fina mengandung, belum pernah fina diserang sembelit yang teruk-teruk. Boleh kata hampir tiada masalah sembelit. Alhamdulillah syukur sangat..

Semuanya terjadi apabila fina mula mengamalkan Set Hamil Shaklee yang mempunyai 1 vitamin pembantu masalah sembelit. Vitamin tersebut ialah Ostematrix Shaklee. Jom tengok apakah fungsi vitamin ni.

Bagaimana Ostematrix Shaklee Mengatasi Sembelit Ketika Mengandung

Ostematrix Shaklee mengandungi kalsium, magnesium dan Vitamin D. Kalsium  dan magnesium membantu pergerakan otot usus. Hal ini melancarkan proses pembuangan si ibu. Jadi telan sahaja 2-4 biji sebelum tidur, pagi esoknya pasti keluar meluncur je. Hehe..

Tambahan pula, ostematrix shaklee adalah vitamin semulajadi bukannya sintetik. Ostematrix  adalah vitamin yang halal, tiada perasa, tiada pewarna dan tiada sebarang bahan pengawet. Boleh cuba hidu setiap vitamin keluaran shaklee pasti mempunyai bau yang lebih kuat kerana benar-benar semulajadi.

Selain dapat mengelak sembelit, BONUS yang ibu dan bayi dapat daripada pengambilan Ostematrix ialah:

1)  Kalsium yang cukup dapat membantu perkembangan tulang bayi dalam kandungan. Si ibu pula dapat mengelakkan masalah osteoporosis di hari tua apabila ibu sering kehilangan kalsium yang banyak setiap kali hamil. Ibu juga tidaklah nanti cepat kehilangan gigi dan bongkok pada usia yang masih muda.

2) Pengambilan kalsium yang secukupnya dapat mengurangkan masalah kekejangan ibu terutamanya apabila kandungan semakin membesar. Selain itu dikatakan dapat mengelakkan kekejangan sewaktu proses bersalin.

3) Kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan merehatkan otot sewaktu berlakunya ‘contraction’.

4) Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko tekanan darah tinggi ketika hamil. Biasanya risiko semakin tinggi setelah kandungan berusia 20 minggu dan ke atas. Jangan pandang remeh kerana serangan darah tinggi mampu menyebabkan kematian kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

image

Posing sikit kasi kenal mommies 6 bulan ni. Hehe

Alhamdulillah semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi ilmu kepada kepada ibu hamil kat luar sana tu. Mungkin juga memberi solusi kepada masalah sembelit yang selama ini dipendam-pendam oleh ibu hamil.

Hubungi fina untuk perkongsian atau pun sebarang kemusykilan..(^_^)

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com

Bongkar Rahsia Cara Saya Hilangkan Pedih Ulu Hati Ketika Hamil

Assalamualaikum w.b.t.

Entri hari ni fina nak cerita pengalaman fina hilangkan pedih ulu hati ketika hamil tetapi dengan cara yang semulajadi. Kisah benar ye, bukan reka-reka atau ciluk pengalaman orang lain.

hilangkan pedih ulu hati ketika hamil

Tapi mula-mula fina nak cerita la dulu betapa sengsaranya jiwa dan raga apabila pedih ulu hati menyerang. Bayangkanlah rasa macam ada orang simbah asid kat tekak, rasa ‘terbako’ je.

Banyak yang nak kene pantang. Kalau tak pantang nanti kita juga yang sengsara. Sudahlah nanti berpantang banyak yang tak boleh makan, mengandung pun kene pilih-pilih. Tengok makanan pedas terus tak selera.

Tetapi dalam masa yang sama, kita mesti ingat setiap kesusahan dan pengorbanan sepanjang kita hamil selama 9 bulan ni Allah dah sediakan ganjaran dan pahala yang besar, dengan syarat kita SABAR..

hilangkan pedih ulu hati ketika hamil

Namun, selain berdoa dan bersabar Allah suruh kita untuk berusaha mencari jalan penyelesaian masalah kita. Setiap kesusahan pasti Allah sediakan kemudahan. Apa yang korang buat sekarang iaitu mencari penyelesaian masalah pedih ulu hati di ‘Google’ adalah salah satu usaha juga.

Panjang pulak berceloteh, straight to the point. Fina berjaya hilangkan pedih ulu hati fina dengan vitamin semulajadi Shaklee. Antara cara yang mudah dan sangat berkesan. Jadi kalau teringin nak makan yang pedas-pedas, fina tak risau lagi kesannya. Lepas makan je terus ambil vitamin Shaklee, terus lega..Alhamdulillah..(^_^)

Apakah Vitamin Special Untuk Hilangkan Pedih Ulu Hati Ketika Hamil Tu Ye..

Namanya adalah ESP (Energizing Soy Protein)

hilangkan pedih ulu hati ketika hamil

ESP mengandungi protein soya yang bersifat alkali. Jadi ESP menghilangkan pedih ulu hati dengan meneutralkan asid di dalam perut atau pun sepanjang esophagus.

Tindakannya sangat semulajadi dan kita pun tak risau akan kesan buruk kepada diri atau kandungan. Jadi mengamalkan pengambilan ESP buat pedih ulu hati malu-malu nak menyerang lagi. Hehe..

Selain mencegah, ESP turut merawat dan memulihkan bahagian-bahagian esophagus dan perut yang semakin terhakis dan rosak apabila asid menyerang. Kandungan protein yang tinggi di dalam ESP membina sel-sel yang telah rosak dengan cepat. Jadi kesan pedih ulu hati pun akan cepat hilang.

hilangkan pedih ulu hati ketika hamil

Bonus pula untuk ibu hamil kerana ESP mengawal keseimbangan gula di dalam darah. Jadi mengelakkan ibu hamil dari diserang penyakit diabetes ketika hamil. Sudah pasti ibu-ibu semua tahu kesan buruk GDM ketika hamil bukan? Jadi tak perlu fina perjelaskan lagi.

Terutamanya bagi yang pernah mempunyai sejarah diabetes pada kehamilan yang sebelum ini. Kandungan protein yang tinggi di dalam ESP menjadikan insulin lebih efisyen untuk menukarkan gula kepada tenaga.

Rasanya fina dah cerita semua yang fina rasa setelah mengamalkan ESP ketika hamil. Masalah pedih ulu hati bukan lagi ‘nightmare’ fina setiap kali hamil setelah bertemu ESP. Alhamdulillah..

hilangkan pedih ulu hati ketika hamil

Fina harap pengalaman fina yang seciput ni dapat membantu ibu-ibu hamil kat luar sana yang kerap sangat diserang masalah pedih ulu hati. Kita hanya mampu berusaha, Allah lah yang mengizinkan segalanya. Tetapi ingat.. Allah perintahkan kita untuk berusaha. So.. Aja-aja fighting.. Hehe..

Hubungi fina segera,

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com

Betapa Buruknya Kesan HB Rendah Semasa Hamil Sehingga Bayi Anda Boleh Cacat

Assalamualaikum w.b.t..

kesan HB rendah

‘ Akak ni haa anak dah 5 dah dan setiap kali mengandung HB mesti rendah. Tapi tak ada pun.. Sihat je semua anak-anak akak tu..’

Wah-wah kak.. Tak jadi apa2 lagi boleh la cakap macam tu. Cuba kalau dah jadi. Nak menyesal pun dah tak berguna lagi. Memanglah semua masalah tu adalah ujian dari Allah, tetapi kita tetap disuruh untuk berikhtiar sebaik mungkin untuk mengelak dari masalah-masalah yang tak diingini.

Boleh rujuk ‘Rahsia Menaikkan HB Sampai Misi Tersenyum Lebar untuk tips menaikkan HB dengan berkesan.

HB rendah bermakna tahap hemoglobin dalam darah juga rendah. Juga bermakna kurang oksigen yang dapat diangkut oleh darah untuk keperluan ibu dan bayi. Jom tengok apa jadi apabila oksigen yang dibawa oleh darah tidak mencukupi dari yang sepatutnya.

Kesan HB Rendah Kepada Ibu :

kesan HB rendah

– Ibu mudah pitam dan pengsan.
– Mengalami keguguran.
– Pendarahan semasa mengandung dan bersalin.
– Risiko penyakit berjangkit yang lain.
– Mengalami kegagalan jantung.
– Jantung berdegup laju.
– Semput atau nafas pendek.
– Sukar fokus dan cepat letih.

Kesan HB Rendah Kepada Bayi :

kesan HB rendah

– Pertumbuhan janin terbantut.
– Lahir tidak cukup bulan.
– Berat bayi kurang 2.5kg.
– Risiko anak lemas ketika lahir.
– Mati ketika dilahirkan.

Tak Percaya Sampai Macam Tu Sekali Kesan HB Rendah Semasa Hamil, Tengok Ni..Serammm..

Kandungan 5 bulan ke bawah

kesan HB rendah

– Pada masa ini bayi sedang mengalami proses pembentukan organ-organ seperti otak, kepala, tangan, kaki, jantung dan lain-lain.

– Jika darah kurang dari 11g/dl, jantung tidak terbentuk dengan sempurna dan bayi akan GUGUR.

– Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah masih cair, bayi akan CACAT seperti tiada kaki dan tangan yang sempurna.

– Manakala jika bayi terbentuk dengan sempurna tetapi darah terlalu cair, otak bayi akan lambat terbentuk dan menjadikan bayi KURANG PANDAI.

Kandungan 5-7 Bulan

kesan HB rendah

– Jika ketika ini bayi kita telah terbentuk dengan sempurna, tetapi HB terlalu rendah akan menyebabkan jantung bayi tidak berdenyut dengan baik.

– Hal ini boleh menyebabkan bayi MATI di dalam kandungan.

Kandungan 7 Bulan dan Ke Atas

kesan HB rendah

– Walaupun ketika ini bayi telah terbentuk dengan sempurna dan mempunyai fizikal yang besar, denyutan nadi bayi tetap bergantung kepada kepekatan darah (HB).

– Bayi tetap ada risiko untuk MATI dalam kandungan sekiranya HB terlalu rendah iaitu kurang dari 9g/dl. Hal ini kerana jantungnya masih tidak kuat untuk mengepam oksigen ke seluruh badan.

– Jika bayi mampu bertahan sehingga dilahirkan, kekurangan HB akan menyebabkan bayi lahir dengan BERAT KURANG dari 2.5kg.

– Bayi yang dilahirkan terlalu kecil juga mempunyai banyak risiko untuk hidup kerana organ-organ badan yang masih belum matang.

– Biasanya bayi ini akan diletakkan di dalam ‘incubator’ sehinggalah mereka boleh ‘survived’ tanpa pemerhatian yang rapi lagi.

Haaa..begitulah ibu-ibu betapa bahayanya kesan HB rendah semasa hamil sama ada kepada ibu atau bayi yang tersayang. Jagalah pemakanan dan gaya hidup ibu ketika hamil.

Tidak semua wanita bertuah dikurniakan rezeki untuk hamil dan melahirkan. Ada yang sudah habis ribuan ringgit untuk mendapatkan zuriat.

Jadi kita yang Allah kurniakan rezeki yang tidak ternilai ini jagalah kandungan sebaiknya sebagai tanda kita bersyukur. Semoga Allah tambah-tambahkan lagi rezeki kita apabila kita banyak bersyukur. In shaa Allah..

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com

Rahsia Menghilangkan Angin Badan Ketika Hamil, Elak Kentut Merata-rata

Assalamualaikum w.b.t..

menghilangkan angin badan

Kalau korang perasan banyak betul tajuk mengenai kehamilan dalam entry fina sekarang ni. Jangan pelik ye kerana fina cuma nak berkongsi pengalaman fina yang best pada kandungan yang kedua ini. Rasa rugi pulak kalau sorang-sorang je tau.

Berbalik pada topik kita masalah angin badan yang kerap sangat terjadi pada golongan ibu hamil terutamanya. Masalah ni juga pernah menghantui fina waktu mengandung anak pertama dulu. Waktu tak mengandung ada juga diserang masalah angin ini tetapi tidak sekerap waktu mengandung.

Patut lah ibu mengandung ni Allah kurniakan banyak pahala. Setimpal lah dengan cabaran dan kesakitan yang kita alami. Jadi jangan cepat mengeluh ye. Takut jadi tak ikhlas dan paling takut tak dapat pahala tetapi dapat sakit je. Huhu..

Apakan Punca Masalah Angin Badan

Ada dua punca yang menyebabkan terjadinya masalah angin badan ini. Antaranya:

1) udara yang yang masuk ke dalam badan melalui sedutan atau bahagian liang roma badan.

menghilangkan angin badan

– Badan terdedah kepada angin dalam tempoh yang lama.

– ‘Stress’ atau keadaan tergesa-gesa menyebabkan pernafasan menjadi laju dan udara akan disedut dengan lebih banyak.

2) Gas yang dilepaskan oleh bakteria di dalam usus besar kerana makanan tidak dapat dicerna dengan baik.

menghilangkan angin badan

– Apabila hamil, hormon progesterone di dalam badan meningkat menyebabkan sistem percernaaan menjadi perlahan. Hal ini menjadi penyumbang besar kepada masalah angin di dalam badan wanita ketika hamil.

Info Tambahan..

“Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman kita tidak berbau dan ianya terdiri daripada oksigen, karbon dioksida, nitrogen, hydrogen dan metana. Gas yang keluar melalui dubur kita (istillah biasanya kentut) biasanya memberi bau yang tidak menyenangkan kerana mengandungi sulfur”

Tips Menghilangkan Angin Badan

Kenal pasti makanan punca angin.

menghilangkan angin badan

Bagi yang dah biasa diserang masalah angin kerana makanan, pastinya korang dah boleh ‘detect’ makanan apa yang selalu buat korang berangin bukan.

Jangan asyik nak bertanya kepada orang lain makanan apa yang menyebabkan angin. Hal ini kerana setiap makanan yang di makan, jumlah gas yang dilepaskan oleh makanan itu berbeza-beza bagi setiap individu.

Catat jenis makanan yang berangin dan buat ‘test’ bagi makanan yang tak pasti boleh menyebabkan angin ke tak. Makan makanan tersebut selama seminggu, jangan campur dengan makanan lain. Jika tidak mendatangkan angin, boleh lah dijadikan menu dalam diet anda.

Berikut adalah antara makanan yang digelar ‘berangin’. Boleh dijadikan sebagai rujukan :

1) Kekacang

2) Sayur-sayuran seperti :
– Brokoli
– Kobis
– Taugeh
– Bawang
– Asparagus
– Bendi
– Terung
– Nangka
– Petai, jering, kerdas.
– Paku pakis
– Ubi kayu

3) Buah-buahan seperti :
– Apple
– Pear
– Peach

4) Bijirin seperti :
– Cereal
– Roti gandum

5) Produk tenusu seperti :
– Susu
– Yogurt
– Keju

6) Jus buah dan minuman ringan.

7) Makanan bertepung.

Ubah tabiat makan

menghilangkan angin badan

Makan dengan perlahan dan kunyah selumat yang mungkin. Proses ini dapat membantu perut menghadam makanan dengan lebih cepat.

Jangan makan dengan tergesa-gesa kerana menjadi faktor lebih banyak udara disedut dan makanan yang kurang tercerna lebih mudah membebaskan gas.

Jangan makan 1-2 jam sebelum tidur kerana dikhuatiri makanan akan lebih lambat terhadam kerana sudah tiada aktiviti setelah tidur. Ikut jadual makan yang betul dan teratur.

Kaedah mengurut

menghilangkan angin badan

Ramai yang berkongsi pendapat bahawa mengurut dapat mengurangkan masalah angin badan. Fina pun sama juga, terasa lega sangat selepas di urut. Mungkin angin tu dah ‘transfer’ kepada si pengurut tu. Sebab tu diorang asyik sendawa je semasa memgurut kita. Hehe..

Kaedah Berbekam

menghilangkan angin badan

Ada juga yang komen kaedah bekam boleh mengeluarkan darah kotor bersama-sama angin badan. Katanya terasa badan ringan dan kurang berangin selepas berbekam.

Relax dan jangan panic

menghilangkan angin badan

Apabila kita di dalam keadaan stress dan panic, kita akan bernafas dengan lebih laju. Jadi lebih banyaklah udara yang disedut dan masuk ke dalam badan.

Jadi apabila stress, tarik nafas dan hembus dengan perlahan sehingga anda tenang semula. Fikirkan yang baik-baik dan in shaa Allah badan akan kurang dimasuki angin.

Alhamdulillah, rasanya fina dah kongsi tips- tips menghilangkan angin badan yang fina dapat melalui pakcik ‘google’ dan pengalaman sendiri. Ikuti pengalaman eksklusif fina buang angin dengan vitamin semulajadi. Sememangnya lebih mudah dan berkesan.

Hubungi fina untuk berkongsi pengalaman dan pertanyaan. In shaa Allah kita berjuang untuk kekal sihat dengan izinNya..(^_^)v

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com

Tangkap Cintun Dengan Vitamin yang Menaikkan HB Darah

Assalamulaikum w.b.t..

menaikkan HB darah

Dahulu waktu pregnant anak pertama masalah HB turun naik memang perkara biasa. Jadi kena marah dengan nurse pun perkara biasa la. Hehe.. Gelak-gelak juga tetapi sedarkah ibu-ibu semua HB yang rendah boleh menyebabkan keguguran dan sehingga tahap anak boleh menjadi cacat. Baca di sini untuk ‘Kesan Buruk HB Rendah Pada Ibu Hamil.’

Kini fina hamil 6 bulan anak yang kedua, bacaan HB tak pernah lagi berdakwat merah, <_11. Alhamdulillah Allah izinkan fina mengenali vitamin semulajadi Shaklee yang lebih mudah diserap badan kerana sifatnya yang larut air dengan cepat. Tak percaya? Tengok gambar di bawah.

menaikkan HB darah

Rasanya ibu-ibu semua tahu bacaan HB di pengaruhi oleh pengambilan zat besi. Namun, cara pengambilan yang salah telah memusnahkan zat-zat besi dan akhirnya HB tetap tak naik walaupun dah cuba berbagai sumber. Boleh rujuk di sini untuk ‘Tips Penyerapan zat besi yang Berkesan.’

Apakah Vitamin Semulajadi yang Superb Menaikkan HB Darah Tu ?

1) Vitalea Shaklee

menaikkan HB darah

– Multivitamin yang lengkap untuk keperluan ibu hamil.

– Kandungan zat besi yang tinggi untuk membina sel-sel darah merah.

– Meningkatkan Hemoglobin darah dan seterusnya menaikkan HB dengan berkesan.

– Vitamin semulajadi bukan sintetik. Pembuatan vitamin dari bahan-bahan semulajadi.

– Amat mudah diserap oleh badan kerana sifat semulajadinya.

– Juga membantu pertumbuhan bayi di dalam kandungan.

– Membantu penukaran gula kepada tenaga. Ibu akan sentiasa bertenaga dan tidak mudah penat dan lesu.

– Menyerikan wajah ibu yang kusam.

– Mengandungi kromium yang membantu penyerapan gula oleh badan. Sangat bagus untuk ibu hamil yang mempunyai diabetes.

Boost Penyerapan Zat Besi dengan Vitamin C Shaklee!

menaikkan HB darah

Untuk kesan yang terbaik fina mengambil Vitalea Shaklee bersama Vitamin C Shaklee Sustained Released. Antara keistimewaannya adalah :

– Membantu penyerapan zat besi dengan lebih efisyen ke dalam badan.

– Meningkatkan antibodi badan terhadap penyakit.

– Diperlukan untuk metabolisma asid folik dan vitamin lain.

– Menjaga kesihatan kapilari darah.

– Membantu dalam penyembuhan luka.

– Mencerahkan kulit dan diperlukan dalam pembinaan kolagen.

– Mengekalkan tekanan darah dan menurunkan paras kolestrol.

– Mengurangkan keradangan yang disebabkan alergi, ekzema dan resdung.

Alhamdulillah..fina dah share semua usaha fina dalam menaikkan HB darah dan ianya ternyata berbaloi-baloi. Kedua-dua vitamin yang fina sebut tadi ada dalam Set Hamil Shaklee. Boleh rujuk di SINI.

menaikkan HB darah

Apa pun yang kata lakukan adalah ikhtiar kita sebagai hambaNya. Hanya dengan izinNya kita akan berjaya. Jadi buat apa pun jangan lupa Bertanya Allah Dahulu ye..

Nak tahu lebih lanjut atau ada sebarang pertanyaan jangan malu-malu hubungi fina ye..(^_^)

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com

BAD : Anak Dari Tak Suka Sekolah Tiba-tiba Berubah Hanya Dalam Masa 2 Minit!

Assalamualaikum w.b.t..

Kisah yang fina nak ceritakan ini adalah kisah ‘miracle’ pertama yang terjadi selepas fina mengaplikasi teknik BAD. Sebelum tu pasti ada yang tertanya-tanya apa kebenda la teknik BAD ni.. Teknik ‘tak elok’ ke? Atau teknik ‘teruk’ ke?

Tak mo bagi korang pikir bukan-bukan lagi. BAD adalah singkatan kepada ‘Bertanya Allah Dahulu’. Jadi untuk memudahkan(mungkin juga buat orang kompius) kita sebut saja BAD. Wahh.. Rupanya benda baik.. :)

Okeh dah paham apa itu BAD, macam mana pulak nak aplikasikan BAD ni?

Boleh dikatakan BAD ni boleh digunakan sepanjang kehidupan harian kita. Bila nak naik kereta, masa nak beli baju, time ada masalah kat tempat kerja, atau masa tengah tunggu result bola sepak. Kalau fina nak mention semua sampai besok pun tak habis lagi. Hehe..

Untuk lebih faham lagi apa itu BAD, macam mana nak guna dan apakah ‘miracle’ yang kita boleh dapat, jom baca kisah pertama ‘miracle’ fina dengan BAD.

Guna BAD untuk Anak yang Tak Mahu Pergi Taska.

Anak fina Nur Azra berusia 2 tahun. Apabila bekerja kami menghantarnya ke taska. Tetapi di sebabkan ayahnya bekerja shift, boleh kata selalu jugalah dia tak pergi taska semasa ayahnya kerja malam.

Jadi minggu ni ayahnya bekerja siang jadi terpaksalah azra ke taska. Semalam hari pertama dia je taska setelah sekian lama duduk di rumah je. Boleh agak la kan memang meraung bagai la tak nak ditinggalkan.

Sambil nangis azra berkata ‘ ibu anak olah..ibu anak olah..’ ( ibu taknak sekolah ). Sebagai seorang ibu sebak jugalah apabila anak menangis-nangis macam tu. Kadang- kadang rasa bersalah sangat kerana terpaksa tinggalkan anak sendiri pada orang yang langsung kita tak kenal.

Waktu tu jugak teringat fina masa kecil-kecil dulu. Seronok je duduk dengan mak sendiri. Kita dulu mak beri kasih sayang sepenuhnya, tak ada nak beri pada orang lain pun. Tapi kita sekarang anak baru 2 bulan dah terpaksa merisikokan bayi sendiri pada orang yang kita tidak kenal.

Yelah..nak buat macam mana kan. Ibu zaman sekarang ramai yang bekerjaya. Nak-nak lagi kalau duduk di bandar taraf hidup semakin tinggi, jadi isteri perlu bekerja untuk membantu suami.

Bila terfikir tentang besarnya pahala membantu suami bekerja, terasa pastinya berbaloi mengorbankan perasaan dan naluri seorang ibu. Hati kembali tenang dan positif.

Keesokan harinya sebelum ke taska fina cuba mengambil hati azra dengan membawanya ke kedai runcit. Biasanya memang aiskrim la yang menjadi sasaran. Selesai membeli fina terus menuju ke taska.

Dalam perjalanan, tiba-tiba fina terfikir mengapalah azra tak mahu sangat ke sekolah. Mungkinkah cikgu-cikgu nya terlalu garang. Atau ada budak-budak lain yang suka membulinya? Mula lah datang macam-macam sangkaan negatif.

Astagfirullahhalazim.. Fina tersentak dan terus istighfar. Kenapalah fina boleh terfikir sampai macam tu. Walaupun sedar kesilapan fina beranggapan negatif, rasa risau masih menebal dalam hati.

Dan syukur Alhamdulillah pada masa tu jugak fina teringat untuk Bertanya Allah Dahulu (BAD). Fina pun mengangkat sebelah tangan kerana sebelah tangan lagi memegang stereng kereta. Dengan rasa penuh rendah diri fina pun berdoa.

” Ya Allah.. Kau lembutkanlah hati anak ku ini untuk ke taska, Kau tenangkanlah hantinya jika dia gelisah, Kau gembirakanlah hatinya jika dia bersedih. Ya Allah..Kau lindungilah dia dari bala bencana dan perkara yang tak di ingini. Kau jadikanlah setiap orang melihatnya merasa kasih dan sayang padanya. Aamiin Ya Rabbal A’lamin..”

Begitulah doa yang fina panjatkan dalam waktu yang singkat tu. Sambil memandang azra yang semakin kurang tersenyum kerana dia tahu dia akan ditinggalkan. 2 minit selepas itu kami pun sampai di taska.

SubhanaAllah.. Maha Suci Allah.. Alangkah terkejutnya fina tiada lagi tangisan atau rintihan dari azra sesampainya di taska. Malah azra turun kereta sendiri menuju ke pintu taska. Memang fina betul-betul terpaku melihat tindakan drastik azra.

Fina terus mencapai beg taskanya dan berlari memeluknya dan berkata ‘pandainya anak ibu.. Macam ni la ibu sayang..’ . Sampai je di muka pintu cikgunya berdiri untuk menyambut azra.

Sekali lagi fina rasa kebesaran Allah s.w.t apabila cikgunya dengan gembira bercerita tentang celoteh azra di taska. Katanya dia paling suka dengan azra kerana rupa paras azra mirip anak saudaranya. Azra juga menjadi sangat manja dengannya dan selalu sangat dicium dan dipeluk olehnya. Katanya geram dengan badan azra yang berisi dan sedap dipeluk.

Ibu mana yang tak suka apabila anaknya disayangi penjaganya. Terasa anak lebih selamat apabila penjaga menyayanginya. Kerisauan dan pertanyaan yang selama ini membelenggu fina seakan hilang dalam sekelip mata sahaja. Malah masalah azra tidak suka ke taska terungkai hanya dalam masa 2 MINIT!

Wau.. Hebatnya kuasa BAD ni kan. Tak pernah fina jangka secepat itu doa fina dimakbulkan. Sesungguhnya benarlah Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kejadian ini benar-benar menambahkan keyakinan fina tentang kuasa Allah s.w.t..

Jadi, jom lah kita mengaplikasikan BAD ni dimana sahaja dan walau dalam keadaan apa sekali pun. Kerana yang RUGI nanti kita juga. Mengharap pada makhluk pasti kita akan kecewa. Tapi tidak pada Yang Maha Esa..(^_^)

Cara Hilangkan Pedih Ulu Hati Ketika Hamil, Buat Ibu Tak ‘Terbako’ Lagi

Assalamulaikum w.b.t.

pedih ulu hati ketika hamil

pedihnya.. :(

Masa pedih ulu hati datang Allah jelah yang tahu betapa tak selesanya tekak fina ni. Memang rasa macam ada orang simbah asid kat tekak sampai rasa macam terbako gitu.

Nak berborak pun tak ada ‘mood’ rasanya. Nak makan lagi la tak ada selera. Rasa bila tengok makanan tu tekak makin pedih dan sakit je. Huhu..

Namun, bila dipikirkan semula sebab tu lah pahala orang mengandung ni banyak, besar ujian yang kita perlu lalui. Jadi jiwa pun kembali tenang dan semakin positif untuk mencari penyelesaian.

Saya Tak Ada Gastrik Tapi Setiap Kali Hamil Mesti Mengalami Pedih Ulu Hati. Kenapa Ya?

pedih ulu hati ketika hamil

Haaa.. Ramai yang terpinga-pinga kenapa dia boleh dapat pedih ulu hati ketika hamil sedangkan dia tak pernah ada masalah gastrik.

Sebenarnya apabila kita hamil, hormon progesterone dalam badan kita meningkat dari biasa. Hal ini menyebabkan otot-otot sfinkter esofagus bawah (LES) menjadi lembut dan mengendur.

pedih ulu hati ketika hamil

Otot sfinkter terletak di antara esophagus dan perut. Apabila otot-otot ini mengendur asid di dalam perut akan mudah untuk naik ke atas dan memberi rasa ‘terbakar’ di tekak kita. Peningkatan progesterone dalam badan juga melambatkan proses percernaan makanan.

Tetapi jangan risau kerana pedih ulu hati tidak membahayakan kandungan. Malah jika ikut tips-tips yang fina berikan ni, kita mampu mengurangkan kesan pedih ulu hati dan membuat kita rasa selesa semula dan tak ‘terbako’ jiwa dan raga lagi.hehe..

Cara Hilangkan Pedih Ulu Hati Ketika Hamil Secara Semulajadi

1) Elakkan makanan pencetus yang boleh mendatangkan pedih ulu hati.

pedih ulu hati ketika hamil

– makanan yang pedas, berempah dan berminyak melemahkan LES.

– jus buah-buahan(citrus) yang mempunyai asid semulajadi.

– coklat melemahkan LES.

– minuman berkafein dan bikarbonat melemahkan LES.

2) Tabiat Makan

pedih ulu hati ketika hamil

– makan dalan kuantiti sedikit tetapi kerap. Tak perlu lah makan untuk ‘dua orang’.

– kunyah makanan dengan perlahan dan sehingga benar-benar lumat. Ini dapat membantu mempercepatkan proses percernaan.

– elakkan makan yang berat-berat 3 jam sebelum tidur.

– Duduk tegak semasa makan bagi mengalihkan tekanan dari perut.

– Jangan baring 1-2 jam selepas makan.

– Elakkan minum ketika makan.

– Berjalan-jalan selepas makan akan membantu percernaan makanan dengan lebih cepat.

3) Posisi ketika baring.

pedih ulu hati ketika hamil

– sokong bahagian atas badan ( bahu dan kepala) dengan bantal lebih. Ini dapat mengelakkan asid naik ke esophagus. Selain itu dapat membaiki pernafasan ketika tidur.

4) Pakaian longgar.

pedih ulu hati ketika hamil

– elakkan dari memakai pakaian yang ketat terutamanya di bahagian perut. Pakaian yang longgar akan memberi ruang untuk makanan bergerak ke perut dan lebih baik.

5) Makanan yang Merawat Pedih Ulu hati.

–  Susu.

pedih ulu hati ketika hamil

Bagi fina susu sangat berkesan dalam merawat pedih ulu hati. Ini kerana susu bersifat alkali dan akan menyeimbangkan asid di dalam perut. Tekak yang berasid pun akan kembali neutral apabila susu lalu di di esophagus.

– Gula-gula getah.

pedih ulu hati ketika hamil

Mengunyah gula-gula getah menggalakkan rembesan air liur, juga menyegarkan nafas. Sifat gula-gula getah yang mempunyai bikarbonat akan meneutralkan asid di bahgian mulut dan esophagus.

– Betik

pedih ulu hati ketika hamil

Jadikan betik sebagai buahan utama sebelum makan. Ini kerana betik mengandungi enzim perncernaan yang baik untuk membantu perut menghadam makanan.

– Air

pedih ulu hati ketika hamil

‘Dehydration’ juga salah satu faktor terjadinya pedih ulu hati. Jadi minum air 8-10 gelas sehari untuk mengekalkan keseimbangan air dalam badan.

Berdasarkan pengalaman fina selama hamil 6 bulan, tips-tips di atas sangatlah membantu meredakan pedih di ulu hati yang tak ‘best’ tu.. Jadi mommies semua jangan cepat melatah ye, cepat2 apply teknik di atas.

pedih ulu hati ketika hamil

Lagi satu, ade tips mudah dan sangat cepat meredakan pedih ulu hati ketika hamil yang fina amalkan.. Psssttt.. Ni rahsia kita je tau.. Klik cepat sebelum rahsia bocor dan tak jadi rahsia lagi.. Hehe..(^_^)v

Jom hubungi fina jika nak berkongsi masalah atau pun pengalaman mommies ketika hamil. In shaa Allah kita berjuang untuk lebih sihat..

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com

Set Eczema Semulajadi Buat Anak-anak Kembali Ceria

Assalamualaikum w.b.t.

set eczema

Entri fina hari ni berkenaan Set Ekzema yang mampu merawat masalah ekzema yang selalu sangat terjadi kepada anak-anak kecil kita. Sedih sangat melihat mereka yang mempunyai masalah ekzema terutama sekali bayi. Mereka tidak dapat meluahkan apa yang mereka rasa sama ada gatal, panas atau pun sakit.

Ibu bapa pastinya akan tercari-cari rawatan yang terbaik untuk anak-anak tersayang. Semoga Set Ekzema Shaklee ini menjadi penyelesaian terbaik untuk anda In Shaa Allah. Jom tengok apa dan bagaimana vitamin semulajadi shaklee dapat membantu.

‘Rujuk di sini untuk ketahui langkah lain yang perlu ibu bapa tahu untuk mengatasi masalah ekzema.’

Bagaimana Set Eczema Semulajadi Mampu Menyelesaikan Masalah Anak Anda?

Kanak-kanak 12 tahun ke bawah

1) Mealshakes Shaklee

set eczema

– Mengandungi kesemua vitamin yang diperlukan kanak-kanak.

– Sangat sesuai untuk kanak-kanak yang kurang selera makan atau kurang berat badan.

– Pengambilan nutrisi yang lengjap terutamanya untuk anak-anak yang sudah tidak menyusu ibu mampu memulihkan gejala ekzema.

– Memulihkan parut yang disebabkan ekzema.

2) Omega Guard Shaklee

set eczema

– Bersifat semulajadi anti-radang.

– Mengurangkan gatal-gatal dan gejala kulit yang disebabkan ekzema.

– Memulihkan dan mengawal ekzema dari dalam.

– Pengambilan yang konsisten mampu mengelakkan ekzema daripada menyerang.

3) Herbal Blend Shaklee

set eczema

_ Krim luaran semulajadi tanpa bahan kimia. Jadi memang selamat untuk kanak-kanak dan bayi. Tidaklah nanti ibu risau anak termakan krim ni.

– Memberi rasa sejuk dan dingin kepada kulit. Kulit akan lebih selesa.

– Mengurangkan kegatalan yang disebabkan ekzema.

– memudarkan parut dan membantu kulit pulih semula.

 Bayi berusia 1 tahun ke bawah.

– Bagi ibu yang menyusukan bayi yang mempunyai ekzema, si ibu boleh mengambil ESP dan Omega Guard. Segala nutrisi akan disalurkan terus ke bayi melalui susu ibu.
– Untuk rawatan luaran sapukan krim Herbal Blend untuk mengurangkan kegatalan dan pedih-pedih akibat ekzema.
– Sapukan juga Vitamin E untuk menghilangkan parut pada kulit bayi dengan cepat.

1) ESP Shaklee

set eczema

– Kandungan protein yang tinggi untuk membina sel-sel baru.

– Memulihkan parut-parut dan luka pada kulit bayi yang ekzema melalui susu ibu.

– Bonus kepada ibu kerana ESP :

  • Buat ibu sentiasa bertenaga.
  • Mudah berasa kenyang, jadi kurang nafsu nak melantak [boleh diet  ;)]
  • Mencerahkan dan memudarkan parut pada kulit ibu juga.
  • Jika di amalkan bahagian yang kendur akan kembali anjal.

2) Vitamin E Shaklee (sapu pada kulit bayi)

set eczema

– Memulihkan parut pada kulit bayi.

– Melembapkan kulit bayi. Pesakit ekzema biasanya kulit mereka menjadi sangat kering.

– Bonus pada si ibu jika makan vitamin E shaklee :

  • Memudarkan dan memulihkan parut pada kulit ibu.
  • Melembapkan kulit secara semulajadi.
  • Merawat masalah jeragat kulit.
  • Memberi impak ‘glowing’ pada kulit ibu.
  • Merapatkan hubungan intim suami isteri.
  • antioksidan yang tingi, elak kanser dari menyerang.

Ramai yang telah berjaya dengan Set Eczema Semulajadi daripada shaklee ini. Mungkin kali ini giliran anda pula untuk melihat anak-anak tersayang tersenyum ceria tanpa masalah ekzema lagi. Rujuk di sini untuk baca gelak tangis ibu setelah anaknya semakin pulih dari masalah ekzema.

Kita hanya mampu berusaha, Dialah yang akan menyembuhkan segalanya. Tapi kalau duduk diam je tak ada apa-apa usaha susah jugak kan.. Mengharap ‘miracle, berlaku tanpa sebarang usaha bukanlah tindakan yang bijak 😉

Nor Shafina Mohd Din,

013-2787508’

ibuazra2012@gmail.com

 

Rawatan Kanser Tulang Yang Rapi, Beri Sinar Dan Harapan Baru

Assalamualaikum w.b.t..

rawatan kanser tulang

gambar sekadar hiasan.

Balik dari kerja tadi sempat lagi fina bertanyakan pengasuh tentang keadaan sepupunya yang terlantar di ICU kerana kanser tulang. Apa itu kanser tulang? Rujuk DI SINI. Doktor kata harapan semakin tipis kerana sel kanser merebak dengan aktif. Rawatan kanser tulang seperti kimoterapi sudah dihentikan serta merta.

Kemungkinan besar kansernya sukar di rawat kerana tiada rawatan sejak dari awal. Sejarah membuktikan jika pesakit kanser tulang mendapat rawatan yang rapi sejak dari awal, ‘chances’ untuk sembuh sangat tinggi.

Peluang untuk Sembuh Tinggi dengan Rawatan Kanser Tulang Seperti Berikut :

1) Kemoterapi

rawatan kanser tulang

– Rawatan utama untuk penyakit kanser.

– Menggunakan ubat kemoterapi atau agen anti-kanser.

– Digunakan untuk merawat penyakit kanser dengan cara :

  • Mengelak kanser daripada merebak.
  • Memperlahankan perkembangan kanser.
  • Membunuh sel kanser yang merebak kebahgian badan yang lain.

Rujukan tentang kimoterapi : myhealth.gov.my

– Ubat kemoterapi adalah toksik kepada sel kanser. Ubat ini bertindak dengan cara menghalang sel kanser membahagi dan membiak.

2) Radioterapi

rawatan kanser tulang

– Boleh menjadi rawatan utama atau sampingan selepas pembedahan.

– Menggunakan radiasi untuk mematikan sel kanser.

– Radiasi hanya diberikan pada kawasan yang mempunyai sel kanser.

– Rawatan berlangsung selama 10-15 minit dalam tempoh masa 20-30 hari.

Rujukan tentang radioterapi : myhealth.gov.my

3) Pembedahan

rawatan kanser tulang

– Teknik pembedahan terkini dengan hanya membuang kawasan yang diserang kanser.

– Pesakit masih boleh mengurangkan risiko cacat seperti terpaksa potong kaki atau tangan. Hal ini kerana bahagian yang mempunyai sel kanser sahaja yang di buang.

Peluang Untuk Sembuh Sentiasa Menanti Bagi Yang Bersabar..

Apa yang perlu ada pada diri pesakit kanser adalah semangat dan keazaman yang tinggi untuk sembuh. Sentiasalah berfikiran positif kerana setiap penyakit pasti ada penawarnya. Jadi, ‘dont ever give up’. Kajian menunjukkan apabila fikiran seseorang sentiasa positif sel-sel badan akan secara tidak langsung ikut positif.

rawatan kanser tulang

Bagi yang beragama Islam mintalah pertolongan Allah dahulu. Jadikan dia tempat pertama kita pergi apabila kita sakit. bukannya hospital apatah lagi dukun atau bomoh. Kerana sakit itu datang dengan izinya dan hanya dengan izinnya jualah sakit itu boleh pergi.

Setakat ini sahaja info yang dapat fina berikan. Harapan fina semoga pesakit kanser tulang sedar dan percaya bahawa peluang untuk mereka sembuh sangat cerah. Jadi ‘never give up’ dan yakin korang akan sembuh dengan izinNya.. aamiin..

In shaa Allah lebih banyak ilmu tentang penyakit kanser akan menyusul selepas ni. Kasi fina study dulu ye…(^_^)

Nor shafina Mohd Din,

013-2787508,

ibuazra2012@gmail.com

1 2