Monthly Archives: April 2015

Atasi Ruam Pada Bayi Baru Lahir Semudah Aliff Ba Ta

Assalamualaikum w.b.t..

Entri kali ni fina nak kongsikan beberapa tips utk atasi ruam pada bayi baru lahir.. Idea nak berkongsi tips ni datang kerana fina sendiri baru sahaja melahirkan bayi kedua fina.. Nur Amna Binti Mohd Amiruddin nama diberi.. Hihi.. Alhamdulillah permata hati yg tak ternilai harganya..

image

Masalah ruam pada bayi baru lahir memang selalu sangat terjadi kerana kulit mereka yang masih sensitif terhadap habuk,haba dan udara yang tidak bersih. Masalah ini juga terjadi pada anak sulung dan kini anak kedua yang baru lahir ini.

Jika mereka menangis atau meneran kita boleh tengok kulit mereka bertukar menjadi merah sangat. Itu menandakan kulit bayi terlalu nipis dan sensitif. Sebab itu orang tua dulu-dulu banyak pantang larang bab-bab cium bayi ni. Sebenarnya diorang tak nak kulit bayi nanti naik ruam dan sebagainya..

Ruam juga boleh terjadi disebabkan susu yang terkena pada kulit bayi tidak segera dibersihkan. Selalunya orang panggil ‘ruam susu’. Ok, berbalik pada tips atasi ruam pada bayi baru lahir, fina pernah mencuba beberapa cara pada kedua-dua anak fina. Antaranya :-

1) TEPUNG UBI KAYU.

image

Sangat ‘simple’ dan murah. Cuma campurkan tepung ubi kayu dengan air dan jadikannya seperti bedak sejuk. Tepek pada bahagian kulit bayi yang mempunyai ruam. Rasanya yakan buat bayi selesa dengannya.

2) BERSIHKAN SEGERA.

image

Bersihkan segera baki2 susu yang terkena pada kulit bayi dengan air suam dan kain lembut. Tidak digalakkan menggunakan tisu basah kerana bahan-bahan di dalam tisu basah mungkin tidak sesuai dengan kulit bayi kita.

3) LAP SEHINGGA KERING.

image

Selepas memandikan bayi pastikan seluruh tubuh bayi benar-benar kering. Terutamanya pada bahagian yang tersorok seperti bawah leher, ketiak, peha dan jari yang sering digenggam oleh bayi kita. Ruam senang timbul pada kawasan yang lembap dan tidak bersih.

4) Krim Herbal Blend Shaklee.

image

Untuk anak yang kedua ni fina dah tak guna tepung ubi kayu lagi sebab ada lagi yang lebih berkesan dan mudah. Iaitu dengan menyapu krim herbal blend shaklee pada kawasan yang mempunyai ruam.

Sebagai seorang ibu pastinya kita nak apa sahaja yang kita gunakan selamat bukan? Fina tak risau kerana krim herbal blend shaklee bebas sebarang bahan kimia, bebas paraben dan telah terbukti selamat melalui ujian klinikal.

image

Selain tu fina suka krim ni kerana dia tidak berminyak dan senang meresap ke kulit. Jadi tidak lah nanti rasa melekit dan rimas je. Ia juga sangat selesa kerana memberi rasa nyaman dan sejuk pada kulit.

Pengalaman fina menggunakan krim ni pada ruam bayi fina memang tak di sangka-sangka. Mana taknya baru dua hari guna ruam dah hilang. Cuma sapu dua kali sehari selepas mandi. Mudah, selamat dan bayi pun selesa.

image

Jika ibu-ibu di luar sana ingin mencuba krim semulajadi ini pada bayi anda jangan malu-malu untuk hubungi fina ye. Kita berkongsi pengalaman dan masalah bersama.. Hargai bayi kita anugerah terindah dariNya..(^_^)

Nor Shafina Mohd Din
013-2787508
ibuazra2012@gmail.com