Monthly Archives: June 2015

Resepi Puding Caramel Sedap Sentap Gebu!

Assalamualaikum w.b.t…

Salam Ramadhan semua. Ari ni dh pun masuk 6 ramadhan kita berpuasa. Di bulan yg mulia ni kita disuruh jgn membazir. Tetapi kalau dah ke bazar ramadhan tu tengok pulak puding caramel pasti meleleh air liur kan. Cuma harga sahaja yang tidak meleleh. Sepotong ada sampai rm5 satu.. Fuhh.. GST kot..

Tak apa.. Hari ni fina nak kongsi macam mana nak buat penjual sentap bila kita boleh buat sendiri bermodalkan kurang dari rm15 untuk sebijik puding caramel yang gebu dan sedap. Macam gambar kat bawah ni..

Okey straight to the point. Bahan-bahannya senang aje..

1) Telor Gred A (6 biji)
2) Susu cair
3) Susu pekat
4) Tepung castard
5) Essence vanilla
6) Gula
7) Secubit garam

image

STEPS PENYEDIAAN PUDING CARAMEL

1) Panaskan air dalam periuk kukus.

image

2) Masukkan telur sibiji demi sebiji dalam bekas blender. Total kesemua 6 biji. Kenapa sebiji-sebiji? Kalau ada yang tak elok nanti takdelah semua kene buang. Kan membazir tu..

image

3) Masukkan 1 tin susu cair. Jangan tinggal sikit pun ye..

image

4) Masukkan kurang dari separuh tin susu pekat. Tengok gambar betul-betul. Fina ada tandakan sampai mana nak tuang..

image

5) Lepas tu masukkan 2 sudu tepung castard..

image

6) Masukkan 1 sudu penuh essence vanila..

image

7) Yang terakhir secubit garam untuk beri rasa lemak pada puding kita nanti..

image

8) Blend kesemua bahan sampai kembang..

image

Penyediaan Air Gula Perang

1) Masukkan 10 sudu gula dan sedikit air. Air cukup untuk tutup atas gula sahaja..

image

2) Masak gula dengan api sederhana sehingga bertukar warna keperang-perangan..

image

Selesai air gula kita..

Seterusnya tuangkan bahan-bahan yang kita blend tadi atas air gula yg siap kita buat tadi..

image

Letakkan atas air yang sudah mendidih,tutup dan biarkan selama 20 minit..

image

Selepas 20 minit, angkat dan biarkan sejuk seketika..dalam 2-3 minit macam tu je..

image

Lepas tu hiris dengan pisau bahagian tepi puding untuk memudahkan proses pengeluaran nanti..

image

Kemudian sediakan bekas yang sesuai untuk letak puding caramel kita tu.. Terlangkupkan atas loyang dan terbalikkan sampai puding tu keluar sendiri dari loyang.

Pastikan puding terletak cantik atas bekas yang kita terlangkupkan bersama-sama tadi..

image

Taraaa.. Siap dah puding caramel sedap sentap dan gebu kita..(^_^)v
Selamat Mencuba!!
Pastinya suami semakin sayang..šŸ˜

Nor Shafina Mohd Din
SID : 906685
013-2787508

Jom Sihat Cantik dan Kurus dengan Shaklee!