Monthly Archives: July 2015

Selongkar Keistimewaan Vitalea Shaklee

Assalamulaikum w.b.t..

Istimewanya Vita-Lea Shaklee kerana ianya adalah multivitamin dan mineral pertama dicipta di dunia iaitu pada tahun 1915. Ketika itu ia dikenali sebagai “Vitalized-Mineral”. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair(90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet(sekarang).

image

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ianya diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet vitalea ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”.

Vita-Lea merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Centre of Science di Amerika Syarikat sebagai “THE BEST MULTI-VITAMIN” di dalam Public Interest pada tahun 2000.

image
Manfaat Utama Vita-Lea Shaklee

> Penambahan Tenaga Segera. Pemberi tenaga,kecergasan tubuh dan kekuatan mental,sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja harian.

Segalanya terjadi apabila iron di dalam Vita-Lea membantu penyerapan oksigen dengan lebih cekap dan efisyen.

> Pelengkap Nutrisi. Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran(vegetarian) dan anaemia.

> Keupayaan Sistem Produktif. Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

> Metsbolisma. Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan. Kandungan biotin membantu metabolisma lemak. Mengelakkan terjadinya masalah kegemukan dan ‘kemalasan.’

> Elemen Penting Pada Sel Tubuh. Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tyroid.

> Melindungi Organ. Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Vita-Lea adalah vitamin asas yang perlu di ambil oleh seorang dewasa 2 biji sehari untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Harga Vita-Lea cuma rm88.75 sebotol. Didalamnya mengandungi 120 biji Vita-Lea.

Jadi jika diambil 2 biji sehari bagi yang tiada penyakit, sebotol boleh tahan sehingga 2 bulan. Wow, jadi kos untuk pengambilan Vita-Lea sehari cuma RM1.40. Bayangkan dengan kos yang sangat kecil(keropok jajan pun lagi mahal) kita boleh mengekalkan kesihatan tubuh badan dari risiko penyakit sebanyak 65%.

Jika dilihat pada penutup bekas Vita-Lea ni ianya lain dari penutup vitamin yang lain. Penutupnya dicipta untuk lebih kedap udara untuk menjaga kualiti Vita-Lea yang mengandungi iron di dalamnya.

Sebagaimana yang kita tahu iron(besi) akan mudah teroksida apabila terdedah kepada udara. Jadi jika anda membeli sebarang vitamin yang mengandungi elemen iron, pastikan bekasnya mempunyai penutup yang kedap udara agar kualitinya sentiasa terjaga.

Shaklee sangat menitik beratkan kualiti setiap produk-produknya. Pilihan di tangan masing-masing. Buatlah pilihan yang tepat sebagai tanda kita menghargai nikmat sihat yang kita kecapi sekarang..(^_^)

image

Cara Berkesan Keluarkan Kahak Bayi Bawah 1 Tahun

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah malam ni anak fina dua-dua orang tidur awal. jadi sempat lah fina menyiapkan draft fina yang dah berkurun ni. Bukannya apa takut nanti ilmu ni simpan sorang-sorang tak berkat pulak kan…

cara keluarkan kahak bayi

Sekarang Nur Amna anak kedua fina dah pun berusia 6 bulan lebih. Fina nak kongsi cerita sewaktu amna umur 3 bulan lebih. Waktu tu amna batuk teruk terutama waktu bangun tidur.

Bila dah masuk minggu kedua mulalah risau je hati seorang ibu ni. Yelah walaupun tak teruk sangat batuknya risau juga kenapa tak baik-baik. Amna batuk kahak jadi memang lambat nak sembuh sebab bayi kan tak pandai lagi nak buang kahak tu..

Jadi setelah meminta pendapat orang yang lebih berpengalaman dan menggunakan khidmat pakcik google ni fina pun terjumpalah beberapa cara semulajadi yang kita boleh usahakan pada sikecil tersayang kita tu.

Fina memang prefer cara yang tradisional atau semulajadi dulu sebelum merawat dengan ubat-ubat hospital. Yelah kita pun tahu kan bayi di bawah satu tahun tidak digalakkan untuk diberi ubat-ubat yang mengandungi kandungan dadah walaupun sedikit sangat..

Cara Semulajadi Untuk Keluarkan Kahak Bayi Bawah 1 Tahun

 

1) MADU

Unknown

-Pastinya semua sudah tahu kebaikan madu kepada kesihatan kita. Makanan sunnah ini mampu mencairkan kahak bayi dan meredakan batuk.

-Caranya cairkan setengah sudu madu didalam secawan air suam. Kemudian berikan kepada bayi dalam 3-5 sudu setiap pagi apabila bayi sudah dimandikan.

-Jangan lupa berselawat dan berdoa sebelum menyuapkannya pada mulut bayi. Baca kuat-kuat bagi bayi dengar pun elok sangat..

 

2) AIR KELAPA

kelapa

-Cari kelapa muda dan berikan sedikit demi sedikit kepada bayi. Pastikan air kelapa tersebut tidak dicampurkan dengan gula.

-Nanti kahak tersebut akan keluar bersama hingus atau najis.

 

3) TEKNIK TEPUK

images

-Baringkan bayi pada kedudukan kepala lebih tinggi sedikit dari badan, kemudian tepuk dibelakang bayi secra perlahan-lahan.

-Lakukannya lebih kerap ketika bayi sedang batuk. Teknik ini dapat melonggarkan kahak bayi dan memudahakan ianya keluar melalui najis.

-Cara menepuk adalah seperti dalam gambar ye..

 

4) 2 ULAS BAWANG PUTIH DAN MINYAK MASAK

minyak-bawang-putih

-Bakar 2 ulas bawang putih sehingga lembut dan kemudian lenyekkan bersama minyak masak.

-Sapu dibelakang bayi, di dada, dileher dan ditapak kaki bayi. Cara ini akan buat bayi lebih selesa dan boleh mencairkan kahak.

 

5) DAUN KADUK + KAPUR + AIR

kaduk

-Ramas daun kaduk, kapur dan air bersama-sama di dalam satu bekas. Sapu air ramasan tersebut di bahagaian leher, dada, belakang dan tapak kaki bayi.

 

6) KUNYIT HIDUP

kunyit

– Bakar kunyit hidup. Kemudian gesekkan pada lesum batu. Air kunyit tersebut kemudian di sapu pada hidung dan dada.

-Jika bayi hidung tersumbat, ambil ibu kunyit dan sapukan pada batang hidung bayi sampai ke dahi secara menegak.

 

7) TEKNIK ‘WAP’ + BAWANG PUTIH.

rawatan-stim-22

– Ambil air panas dan letakkan di dalam mangkuk besar. Ketuk 3-4 biji bawang putih dan masukkan ke dalam air panas tersebut.

-Angkat bayi seperti superman nak terbang tu dan hadapkan mukanya pada wap-wap yang keluar dari mangkuk tu tadi. Berhati-hati supaya bayi tidak over panas dengan wap tu.

 

Pengalaman Fina Sendiri..

Dalam banyak-banyak tips kat atas ni , cara madu dan teknik tepukan yang paling fina suka dan berkesan. Cuma kene banyak susukan bayi sebab madu agak panas sedikit. Jadi beri pada kadar yang sedikit dalam 2 kali sehari.

Dan yang PALING penting kita sebagai umat Islam perlu BERDOA agar anak kita cepat sembuh dari penyakit.Tambahan pula doa ibu dan ayah ni tiada hijab.Sebelum ikhtiar apa-apa cara sekalipun itulah cara yang paling mujarab sebenarnya..

Lebih elok lahi kita buat solat sunat taubat dan solat hajat.. nak lagi comey kita bersedekah dengan niat untuk menyembuhkan sakit anak kita tu..haa..mudah je kan..tapi itulah yang kita selalu lupa.. Ingatan untuk diri fina juga..

Setakat ini sahaja perkongsian fina, semoga bermanfaat.. (^_^)

Nor Shafina Mohd Din,

Hubungi Fina di 0132787508..

 

 

Nasi Lemak Kak Liza Original Kedah Bak Hanggg..

Assalamualaikum w.b.t..

Sekarang fina, suami dan anak-anak dalam perjalanan ke kedai pilihan hati kami untuk berbuka puasa petang ini. Belum sampai lagi fina dah terbayang-bayang hidangan di kedai Kak Liza ni. Menu yang simple tetapi cukup untuk buat kita nak datang lagi.

image

Inilah menu special di kedai Kak Liza iaitu Nasi Lemak Original Kedah. Nasi yang yang lemak dan lembut, ditambah pula dengan sambal ikan bilis yang sangat sedap memang boleh memikat hati sesiapa pun yang menjamahnya.

Package nasi lemak ni memang lengkap. Ada kacang tanah goreng, ikan bilis goreng, keropok goreng rangup dan timun segar potong. Jarang kita boleh jumpa nasi lemak yang serba-serbi ada zaman sekarang ni. Kan kan kan…

image

image

Orang kata kalau dah sedap tu , harga kita dah tak kisah sangat pun. Tapi ‘believe it or not’ (haa cakap omputih da) harganya sangaatt la murah. Bukan setakat berbaloi-baloi, korang akan terus terpikir biar betoi….

Ni adalah harga meletops bagi setiap menu di kedai Kak Liza ni. Jangan lupa tutup mulut masa baca harganya, nanti masuk lalat, tertelan, batal pose.. Hehe..

1) NASI LEMAK BIASA(KOSONG)
– RM 2.00

2) NASI LEMAK TELUR
– RM2.50

3) NASI LEMAK AYAM
– RM3.50

Waduh-waduh murah bangat kan. Sudah la harganya best, nasi lemaknya pun terlajak best. Sekali rasa sure nak datang lagi. Cer tengok pic husband ina ni.. Sebelum dan selepas. Ni bukan testimoni shaklee ye.. Hehe..

SEBELUM

image

SELEPAS

image

Mak ai.. Cik abang kita ni melantak nampak.. Hehe.. Selain dari menu nasi lemak sitimewa kak Liza ni(bukan typo ye, memang nak eja macam tu..hikhik), ada beberapa masakan panas yang kita boleh order seperti mee goreng basah, kue tiaw goreng(betul eja camtu), nasi goreng dan maggie goreng atau berkuah.

image

Dah makan mestilah kadang-kadang datang proses semulajadi nak membuang tu kan. Jangan risau, kemudahan toilet ada disediakan. Antara kemudahan lain seperti tempat solat dan skrin besar di ruangan makan.

Sempat juga bersembang dengan Kak Liza sendiri, katanya kedainya turut menerima tempahan nasi lemak untuk apa-apa majlis. Selalu juga ada majlis kelab-kelab kereta untuk beraktiviti sambil menikmati nasi lemak Kak Liza.

Yang paling meriah kedai kak Liza mempunyai set karaoke yang ‘open’ sepanjang kedai beroperasi. Nak nyanyi pun FREE je tau. Best la bagi yang kaki karok tu. Tapi jangan conquer mic pulak. Mentang-mentanglah free, lepas dia, dia lagi..hehehe..

image

Nilah dia orang yang ‘lepas dia, dia lagi tu.’ Encik somi kita yang encem..muehehe..nasib baik suara sedap..hikhik..(sabo jela fina ni kan, naik lif tekan sendiri.). Nak nyanyi punya pasal sambil dukung anak pun boleh..

Okeh dah panjang lebar cerita mesti tertanya-tanya mana lokasi kedai kak Liza ni kan. Ianya terletak di alam jaya beralamatkan seperti berikut :

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nasi Lemak Kak Liza
No.12A,blok A bngunan AJCC Mall,jalan PPAJ 2/1,tmn perindustrian Alam Jaya,Bandar Puncak Alam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadi mana yang rasa ‘laaa..dekat rupanya’  memang rugi la kalau tak nak datang.. Mai-mai rasa nasi lemak original kedah bak hang.. Memang mabeles..

Di sini ada nombor telefon kak Liza sendiri kalau korang nanti tersesat jalan ke atau nak wat tempahan nasi lemak ke. Call je, memang senang mudah dan cepat. (Macam maggie je). Wasap pun boleh ye..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kak Liza : 018-2108133

Masa Operasi
> Weekdays :7pm – 12.30am
> Weekend : 5.30pm – 01.00am
> Sabtu : CUTI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rasanya sampai sini je entri fina hari ni. Kalo cerita panjang-panjang terliur pulak fina nanti. Nak repeat  lagi dah jauh sebab fina dah sampai kampung halaman rumah ibunda tercinta sudah..hehe..

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJAMU SELERA…(^_^)v

image

Impian Jadi Kenyataan Bila Tahu Guna Buku Magic

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ni fina nak cerita tentang kisah miracle yg pernah terjadi pada fina sendiri dengan buku magic bertajuk 101 impian. Fina pasti sesiapa pun dalam dunia ni ada impian tersendiri. Dari sekecil-kecil impian (nak beli kasut adidas pasar malam) sampai la sebesar-besar impian (nak mengelilingi dunia setiap hari). Apa saja yang kita hajati, itu adalah IMPIAN.

image

Sejak fina ditakdirkan Allah untuk bersama-sama dalam bisnes shaklee, banyak yang fina belajar selain daripada topik bisnes. Dan antara yang penting adalah menulis 101 impian kita di dalam satu buku. Kita mesti menulis dengan spesifik tidak boleh general sahaja. Contohnya :

1) Nak pergi umrah bersama suami,mak dan anak-anak pada Jun 2016.

2) Nak melancong ke Italy pada Dis 2015 bersama suami dan anak-anak tersayang.

3) Nak beli mesin basuh front loaded pada September 2015 berwarna kelabu.

Itu adalah contoh-contoh impian yang kita boleh tulis dalam buku 101 impian kita. Waktu menulis jangan asyik berfikir, mana nak cari duit? Boleh ke ni? Yeke tidak ni?. Tulis lah dari hati dan mesti yakin yang Allah akan kabulkan impian-impian kita tu walaupun kita macam tak nampak pun lagi jalannya.

Kenapa fina berani cakap yang Allah pasti akan kabulkan impian kita? Mari kita berfikir secara halus. Siapa yg izinkan kita mengimpikan rumah banglo contohnya. Allah s.w.t bukan..Jadi apabila Allah beri kita ilham untuk berimpian, yakinlah Allah akan beri jalan untuk kita mencapainya. Ada sahaja jalan Allah beri untuk dekatkan kita dengan rumah banglo tu. Yang penting kita berusaha mencapainya.

Jadi benda yang kita tak pernah impikan, benda tu mungkin kita tak akan dapat. Contohnya, kita tak pernah pun impikan nak memiliki kapal terbang Boeing 747. Lintasan hati pun tak ada sikit pun. Nak naik ada la. In shaa Allah kita tak akan dapat Boeing 747 tu. Wahh.. Dasat betul impian tu kan..hehe..

image

Selalu ingat ayat ni..Bila kita ada IMPIAN, kita pasti ada HARAPAN untuk mencapainya”.. Jadi jangan sesekali memperkecilkan impian kita. Besarkan ia dengan menulisnya di atas kertas. Apabila ia sudah tertulis, tataplah selalu sehingga yang dulunya kita rasa mustahil tetapi sekarang tidak lagi.

Ini kisah benar yang terjadi pada fina. Waktu fina tulis impian-impian ni fina memang tak ada jalan atau cara pun lagi macam mana nak mendapatkannya. Tetapi masa tu memang yakin Allah akan makbulkan impian-impian fina.

Di bawah ni adalah impian yang fina tulis pada bulan Mei 2015. Dan sekarang sudah pun Julai 2015 bukan.. Alhamdulillah..SubhanaAllah.. Fina dah pun mencapainya dengan izin Allah s.w.t. Bila tengok balik pada buku 101 impian ni macam tak percaya pun ada. Buat fina sentiasa bersemangat untuk berimpian.

Banyak lagi impian fina sebenarnya. Tetapi fina cuma snap yg Julai sahaja. Segan nak tunjuk kat semua yang lain-lain tu..hehe.. Cuma minta semua doakan agar segalanya menjadi kenyataan..

Jangan salah anggap yang kita akan dapat semua impian kita tanpa usaha. Benar Allah la yg berkuasa menjadikan impian kita tercapai tetapi Allah jualah yg suruh kita berusaha.. Tanpa usaha mana mungkin kita dapat merubah nasib kita..

Semoga perkongsian fina ni memberi inspirasi pada semua yang rasa mustahil nak capai impian-impian korang selama ni. Mulai saat ni mari besarkan impian kita dengan cara :

1) MENULIS 101 IMPIAN DENGAN SPESIFIK DI ATAS KERTAS.

2) SELALU MELIHAT DAN MEMBACA 101 IMPIAN DENGAN YAKIN.

3) BERDOA PADA ALLAH DAN YAKIN ALLAH AKAN MAKBULKAN 101 IMPIAN KITA.

4) FOKUS DAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MENCAPAINYA.

Selamat berimpian korang dan selamat menjadi kenyataan….(^_^)

Rahsia Anak Sihat, Bijak dan Ceria di Hari Raya.

Assalamualaikum w.b.t..

ibu..ibu.. Hari ni kan ajja(azra) duduk dengan ayah je..pastu kan ibu ajja bangun lambat.. Ermm..gitulah..  Nape ibu tinggal ajja sorang-sorang je..sian ajja..”-bercakap dengan penuh semangat.

Balik je fina dari kerja terus di sambut oleh anak sulung fina Nur Azra dengan kata-kata di atas. Mendengar dan melihat telatahnya sudah cukup membuat fina lupa akan keletihan di tempat kerja. Ketawa kecil fina melihat gelagatnya..hehe..

Fina pasti ibu bapa yang ada anak-anak baru pandai bercakap ni alami benda yang sama. Kalau dia tak ada tu terasa sunyinya rumah. Jadi mari kita menghargai kurniaan terbesar dari Allah s.w.t ini sebaik-baiknya.

Tak perlu baju mahal-mahal , rantai emas atau gelang emas, tak perlu juga mainan beribu ringgit, amat memadai jika kita dapat menjaga kesihatan mereka dan lihat mereka membesar dengan sihat dan bijak.

Apalah guna semua itu jika anak selalu demam, dalam kelas paling slow belajar, sering keluar masuk hospital pula tu. Jadi jangan fikir lagi untuk membantu anak kita menjadi sihat,ceria dan bijak dengan Omega Guard Shaklee!

image

APAKAH KEBAIKAN OMEGA GUARD SHAKLEE KEPADA ANAK KITA!

> Membantu dalam pembentukan dan perkembangan otak kanak-kanak. Anak cepat belajar dan mudah faham.

> Meningkatkan daya fokus dan daya ingatan mereka. Membantu masalah mudah lupa atau ‘short term memory’.

> Meningkatkan antibodi badan terhadap penyakit. Anak jarang demam atau sakit. Jika sakit pun akan cepat baik.

> Menjadikan anak-anak lebih aktif dan dapat bersukan atau bermain dengan baik.

> Sifatnya yang memanaskan membantu melegakan demam selsema dan batuk.

> Mencairkan kahak dengan cepat. Sesuai bagi anak-anak kecil yang masih tidak pandai mengeluarkan kahak.

> Memberi keselesaan ketika batuk atau selsema terutamanya anak-anak yang masih kecil.

> Bersifat anti radang dan anti inflamasi yang membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah asthma. Sudah ada yang bebas dari asthma setelah konsisten mengambil omega ini.

> Mempunyai Vitamin D untuk membantu masalah alahan  di kalangan anak-anak seperti masalah ekzema, alergi seafood ataupun alergi pada kulit.

Jom Baca Pengalaman Berharga Ibu dan Ayah Bersama Omega Guard Shaklee

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Fina doakan semoga anak-anak syurga kita sentiasa sihat, jika sakit pun cepat sihat. Semoga usaha kita memberikan yang terbaik untuk anak-anak diberkati Allah..

image

Sila hubungi fina jika berminat untuk mencuba Omega Guard Shaklee.

image

5 Perkara PENTING Mesti Tahu Kalau Sayang Anak

Assalamualaikum w.b.t..

‘Ibu, kenapa saya mudah sangat demam. Tak boleh langsung ada orang dekat-dekat saya yang demam. Mesti saya akan berjangkit dengan mereka. Saya rasa tak larat la nak ke kuliah..’

Tidak mustahil perbualan di atas terjadi kepada anak sendiri. Mungkin kita rasa anak kita sekarang sangat lincah dan aktif pada usia mereka 3 4 tahun. Hanya makan dan minum biasa-biasa tapi tetap sihat.

‘Tak perlu la makan makanan tambahan ke apa. Anak saya memang dah sihat. Bazir duit sahaja.. ‘ kata si ibu Y.

Memang ada sesetengah ibu bapa yang berfikiran begitu selagi anak tak sakit dan selagi tak nampak kos perubatan tu rupa-rupanya lebih mahal dari kos mengambil supplemen. Tak nak cerita panjang lagi jom tengok sebab kenapa ibu bapa perlu beri anak makanan lengkap nutrisi setiap Hari.

image

1) Ibu Tak Sempat Sediakan Makanan Bernutrisi Setiap Hari.
– Masalah ini sering dialami oleh ibu-ibu yang bekerja terutamanya. Pengalaman fina sendiri yang bekerja, fina cuma mengharapkan pengasuh sahaja memberi anak fina makan ketika fina bekerja. Kita tidak dapat pastikan sama ada dia dapat nutrisi yang secukupnya dari apa yang dia makan. Melainkan kita sediakan makanan dan bekalkan ke tempat pengasuh. Sekali lagi, sempat ke?..

2) Anak Memilih Makanan.
– Bayangkan anak kita suka makan telur goreng dengan kicap sahaja. Setiap hari nak menu yang sama. Bila kita ubah sikit terus tolak tepi.

“Anak saya makan telur dengan kicap je setiap hari. Senang saya nak sediakan makanan untuk dia. Tak banyak kerenah..” kata si ibu X.

Memang lah senang ibu-ibu sekalian.. Tetapi bayangkan setiap hari anak kita cuma dapat karbohidrat(nasi) dan protien(telur) saja setiap hari. Macam mana dengan vitamin dan mineral lain jika dia tak nak makan sayur dan buah-buahan?

Agak-agak antibodi anak kuat ke tak? Pembesaran dia akan berkembang dengan baik ke tak? Otak dia akan cergas dan mudah belajar ke tak?
Jangan ambil remeh ibu bapa sekalian. Perkara ni hanya kita akan nampak setelah 15 atau 20 tahun dari sekarang.

3) Persekitaran Sekarang Vs Dahulu
– Persekitaran kita pada zaman ini sudah tidak sama dengan 50 tahun lepas. Zaman dahulu, anak-anak boleh bermain di luar tanpa ada sebarang risiko. Zaman sekarang risiko ada di mana-mana. Antaranya :

> udara yang tidak bersih bagi yang tinggal di kawasan yang penuh sesak, seperti di kawasan bandar. Bayangkan setiap hari anak-anak kita menyedut udara yg penuh dengan racun ketika dia bermain atau ketika sedang bersesak-sesak menunggu bas.

Bagaimana keadaan paru-paru mereka jika kita tak detoks dengan nutrisi yang lengkap? Pastinya paru-paru itu tidak boleh detoks dengan sendirinya. Kitalah ibu bapa yang bertanggjungjawab ke atas kesihatan mereka.

> Terdedah Kepada Radiasi. Zaman sekarang zaman serba moden dan canggih. Sehingga telefon bimbit menjadi keperluan kepada semua orang termasuk kanak-kanak. Yelah.. Senang nak telefon mak ayah apabila memerlukan.

Tetapi sedar atau tidak, setiap hari anak kita terdedah kepada radiasi kesan dari ciptaan berteknologi ini. Pastinya kita tahu bahaya radiasi terhadap sel-sel tubuh kita sehingga boleh menyebabkan penyakit kanser. Nauzubillah..

Jadi perlindungan terhadap radiasi hanya boleh dilakukan apabila sistem antibodi badan kuat untuk melawan sumber-sumber penyakit itu. Dan semestinya sistem antibodi yang kuat terbina apabila badan mendapat nutrisi yang lengkap dan secukupnya.

4) Kualiti Makanan Luar
– Apabila kita berjalan keluar bersama-sama keluarga, pastinya kita teringin nak makan di kedai atau restoran bukan? Apa yang fina nak tekankan kualiti makanan yang disediakan memang kita tidak tahu. Sama ada bahan-bahan masakan di basuh bersih atau tidak. Dan yang paling menakutkan penggunaan serbuk perasa yang banyak untuk menyedapkan makanan.

Kita tak boleh nak control semua ni apabila berada di luar. Jadi kita perlu persiapkan anak-anak dengan sistem imun dan sistem perkumuhan yang baik untuk buang atau detoks badan mereka dari bahan-bahan yang berbahaya seperti yang fina sebut tadi.

5) Bahaya Jajan.
– Lagi satu perkara di luar kawalan kita apabila anak-anak makan jajan apabila bersama-sama kawan mereka. Andai kata mereka di sekolah atau di taska pastinya kita tidak tahu bukan. Contoh lain, kakak kita datang rumah belikan jajan untuk anak-anak kita. Takkan pula masa tu jugak kita nak rampas jajan tu dari tangan anak kita. Mesti kita terpaksa redha sahaja kan.

Faktor-faktor inilah yang boleh merosakkan perkembangan anak-anak andai tidak kita lindungi dengan sistem pertahanan badan yang baik. Nutrisi yang lengkap dan sempurna mempunyai anti-oksida yang baik dalam melawan bahan-bahan kimia yang masuk ke dalam badan anak-anak kita.

Alhamdulillah.. Fina dah kongsikan 5 point penting dari sudut pandangan fina dan dari pembacaan tentang keperluan anak-anak yang sedang membesar ini. Memang betul kata pepatah, anak ni ibarat kain putih. Kitalah yang mencorakkannya.

Jadi jika kita nak corakkannya menjadi manusia yang sihat tubuh badan, cergas akal dan positif luar dan dalam, kita berhak melakukannya. Dan jika kita tidak kisah, kita juga berhak. Apa-apa pun kita bertanggungjawab dengan amanah Allah kepada kita. Marilah kita sama-sama buat yang terbaik untuk anak-anak tersayang.. In shaa Allah…(^_^)

image

5 Perkara Mesti Buat Bila Tersengguk-sengguk Ketika Drive

Assalamualaikum w.b.t..

Pandangan mata semakin gelap dan gelap.. Sungguh tenang.. Terasa damai saja.. Ohh indahnya terasa waktu tu..

Tiba-tiba…BANG!! .. Astaghfirullah hal a’zim.. Cuba teka apakah itu? Ya benar.. Fina dah langgar kereta depan fina. Allah jelah yang tahu perasaan waktu tu. Habis menggeletar satu badan.

Ketenangan dan kedamaian yang fina rasa tu rupanya fina terlelap sekejap. Hanya beberapa saat tapi effect dia sampai hari ni rasa dan memang tak kan fina lupa.

Waktu taip ni fina ingat lagi muka tuan punya kereta yang fina terlanggar tu. Lepas je accident tu tuan punya kereta  keluar untuk tengok keadaan kereta dia. Tetapi fina cuma buka tingkap dan tak keluar langsung dari kereta.

Kenapa pula ya fina tak keluar? Huhu.. Tanya korang pulak kan. Tapi yang pastinya satu badan menggeletar dan macam terkejut sangat time tu. Mungkin sebab tulah fina tak keluar kereta. Berdebar yang amattt..

Mujurlah tuan punya kereta teramatlah baik hati.. Dia tak mengamuk bagai macam dalam video kes-kes accident yang biasa tengok tu. Pengajaran kat sini kita tahu la tak semua orang macam tu. Tak semua orang pemarah atau cepat melatah. Ramai je yang bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur.

Dia cuma tanya fina ‘pening ke?’ huhu.. Itupun fina tak jawab. Apa yang keluar dari mulut time tu cuma ‘saya minta maaf abang..sorry abang’.. Itu jelah yang fina ulang-ulang. Takut benor time tu. Mujur kejadian ni berlaku masa kat traffic light. Jadi tak la teruk sangat accident tu..

Kejadian tu berakhir macam tu je. Baik betul hati abang tu. Moga Allah murahkan rezeki dia. Balik je rumah fina cerita kat suami. Apa lagi kene la dengan suami. Suami marah sangat dan dia nasihat next time berhenti je rehat sekejap.

Dia suruh bayangkan kalau fina terlelap tu masa tengah laju dekat highway. Huhu.. Masa tu terus nangis sebab tak sanggup bila fikirkan anak-anak yang masih kecil. Bagaimana kalau fina lumpuh atau segala yang tak nak fina bayangkan. Nauzubillah.. Moga Allah sentiasa lindungi kita semua..

Jadi jangan ambil ringan ya ibu-ibu, ayah-ayah, kawan-kawan, kes mengantuk semasa bawa kereta ni. Tak jadi apa-apa lagi tak apa. Kita tak nak menyesal di kemudian hari. Selagi boleh elak kita cuba buat yang terbaik.

Terutama sekali yang tiap-tiap hari drive pergi dan balik kerja macam fina. Boleh kata kita antara yang berisiko tinggi untuk mengantuk, seterusnya terlelap dan akhirnya… Tak nak sebut. Minta di jauhkan dari kita semua..

5 Perkara Mesti Buat Bila Tersengguk-sengguk Semasa Drive Kereta.

image

1) KAJIAN TIDUR AWAL VS ISLAM
– Jika keesokannya kita bekerja atau hendak berjalan jauh, rancang masa agar kita boleh tidur lebih awal. Walaupun esoknya kita bangun awal dalam pukul 4 pagi, kita pasti akan lebib segar. Berbanding kita tido lewat dan bangun lewat. Badan akan terasa lebih penat.

Ramai yang sedar pasal kebaikan tidur awal ni tetapi tak buat pun kan. Sebab fina sendiri pun selalu tidur lambat sebab melayan anak-anak syurga yang tak nak tidur awal tu. Jadi didik satu family tidur awal. Sebab kalau anak tengok ibu dan ayah tak tidur lagi, macam mana dia nak tidur awal kan. Pesanan untuk diri sendiri jugak ni.

Kajian sains menunjukkan apabila seseorang tidur sebelum pukul 12 malam, sejam tidurnya sama seperti 2 jam selepas tidur pada pukul 12 malam. Apa yang Islam sarankan tu memang dah cantik dah. Kita digalakkan tidur pada pukul 10 malam dan bangun pada pukul 4 pagi.

Cuba kita kira ikut formula tu tadi. Tidur yang cukup ialah 8 JAM kan. Jom kira..

# 10 malam sampai 12 malam = 2jam (2×2 bersamaan 4 jam.)

# 12 pagi sampai 4 pagi = 4jam

TOTAL TIDUR = 4+4=8 JAM.

SubhanaAllah.. Apa lagi. Jom tidur awal mulai malam ni. Kita cuba sehabis yang baik. Tetapi jika tidak dapat tidur awal kerana masalah-masalah tertentu jangan pula jadikannya alasan untuk bangun lambat ye. Pesanan untuk diri sendiri juga. Hihi..

Sekarang fina tengah cuba beberapa tips untuk bangun awal pagi selain tidur awal ni(salah satu). Bila sudah berjaya nanti fina akan share di sini ye..

2) AMBIL LIGHT MEAL SEBELUM MEMANDU.
– Yang ni fina banyak kali experienced. Kalo sebelum nak pergi kerja tu fina makan yang berat-berat macam nasi lemak, roti canai mesti akan mengantuk sangat apabila memandu. Memang logik kerana badan kita akan mula terus menghadam makanan yang masuk ke dalam perut kita.

Jadi, cuba elakkan dahulu mengambil makanan yang berat. Boleh ambil sandwich atau roti biasa, kuih muih , aot atau nestum dan yang sewaktu dengannya. Dari segi minuman, elakkan mengambil minuman yg bersusu dan terlalu manis seperti teh tarik,milo,horliks dan yang sewaktu dengannya juga.

3)  BERDOA SEBELUM TAYAR KERETA BERGOLEK.
Ramai yang lupa nak berdoa dulu. Nak-nak lagi bila dah lambat kan. Fina pun kadang-kadang missed jugak. Kita sama-sama la ingat-mengingati. Penting untuk kita berdoa kerana Allah s.w.t. la yang mengawal segala-galanya.

Minta la pada Allah agar perjalanan kita selamat dan dipermudahkan. Berdoa juga agar kita sentiasa segar dan alert sewaktu memandu, tidak mengantuk. Mohon agar Allah berkati perjalanan kita dengan melindungi kita dari bala bencana sepanjang kita memandu.

Alasan yang orang biasa guna ialah tak ingat doa naik kenderaan. Tak mengapa kalau tak ingat. Boleh berdoa dalam bahasa melayu. Jika ingat itu lebih baik. Kadang-kadang kita rasa macam tak sempat nak tadah tangan bila tengok jam dah lewat 5 minit. Risaunya nanti sampai lambat kat tempat kerja.

Cuba nanti berdoa juga meskipun dah lambat. Berdoa dengan penuh yakin. Dan jangan terkejut kalau korang sampai lebih awal dari biasa. Hehe.. Sebab fina dah alaminya banyak kali. Itu bukanlah kebetulan, itu lah hasil dari  berdoa dengan penuh yakin kepadaNya..

4) JADIKAN PERJALANAN SEBAGAI PRIVACY YANG BERHARGA.
-Ramai yang tak tahu bahawa perjalanan kita setiap hari ke tempat kerja adalah satu privacy yang berharga jika kita pandai menilai dan menggunakannya. Ambil contoh fina sendiri, sebagai seorang ibu yang bekerja, fina terlalu sibuk dengan anak-anak dan suami di rumah. Di tempat kerja pula sibuk dengan rakan-rakan sekerja.

Jadi hanya di dalam kereta fina dapat berfikir dengan lebih tenang. Banyak yang kita boleh lakukan. Antaranya muhasabah diri dengan melihat kehidupan kita seharian. Bagaimana layanan kita terhadap suami dan anak-anak. Adakah kita telah melakukan yang terbaik.

Inilah waktunya untuk kita refleksi diri. Kalau nak nangis pun nangis la, nak jerit pun jeritlah. Dan pastinya turun sahaja dari kereta kita menjadi lebih baik dari sebelum naik kereta. Hebatkan kuasa privacy ni. Kadang-kadang bila tak buat rasa lain je..

5) KERETA JADI TAMAN-TAMAN SYURGA SEPANJANG PERJALANAN.
– Waktu ni juga waktu terbaik untuk kita menimba ilmu. Belilah CD yang kita suka dan yang memberi manfaat sama ada untuk kehidupan kita di dunia atau pun diakhirat. Pastinya tak mengantuk jika kita sedang fokus mendengar ceramah atau pun motivasi dari orang yang kita suka.

Bagi fina radio IKIM sangat best dan salah satu channel yang sesuai untuk kita menimba ilmu. Banyak sangat slot-slot yang menarik seperti usrati, usrah nurani, pesona dizahra dan banyak lagi.

Memang kita akan mudah menerima dan rasa bersemangat sahaja sepanjang perjalanan. Masa tu kita dapat menilai diri kita tanpa pengaruh sesiapa setelah mendengar ceramah-ceramah yang menyentuh hati dan jiwa kita.

Kesemua 5 Perkara yang fina share tadi membuatkan kita kurang menggelamun atau asyik mengeluh bila terperangkap dalam lalu lintas. Apabila kita ada sesuatu untuk kita buat sepanjang perjalanan, tiada ruang untuk mengantuk tu datang.

Tetapi sekiranya mengantuk sangat berhentilah di mana-mana seperti di stesen minyak atau hentian rehat. Basuh muka dan jika perlu tidur sekejap, set alarm dan tidur. Biarlah lambat sampai 10 minit dari terus tak sampai-sampai ke rumah. Kasihan orang yang tersayang sedang menunggu kita balik dengan selamat.

Semoga bermanfaat.. Dan akhir kata bersyukurlah dengan setiap kurniaan Allah pada kita.. Pastinya ia yang terbaik jika kita menilainya sebagai TERBAIK.

image

Rahsia Bantu Anak Fobia Nak Berak Bila Sembelit

Kisah ni baru je berlaku pada anak pertama fina Nur Azra yang berusia 2 tahun setengah. Sejak umurnya 2 tahun, dia agak kerap sembelit cuma belum kronik lagi.

image

Jadi kami cuma pergi ke farmasi dan membeli ubat cecair yang biasa kita sebut ubat bontot. Apabila dia terlalu sembelit sahaja kami masukkan ubat bontot kerana risau jika dia terbiasa dengan ubat tersebut dia tak boleh nak meneran secara normal.

Sehinggalah sebulan yang lepas dia susah nak membuang hampir setiap hari. Kasihan sangat kami melihatnya. Selalu juga lah beri dia semangat setiap kali dia bagi tahu ‘ibu ,ayah, azra nak berak’..

Dan seriously kami sendiri makin takut sebab terpaksa gunakan ubat bontot tu hampir setiap hari. Azra sendiri pun fobia nak meneran sebab hampir setiap kali dia nak berak dia sembelit. Kami rasa itu sudah kronik bukan.

Part yang paling sedih bila kita tengok badan dia mengigil-gigil, muka jadi merah bila tak lepas nak berak tu. Rasa macam Ya Allah biar kami lah yang ambil kesakitan tu. Anak sekecil 2 tahun menahan sakit sembelit memang  amat menyedihkan ibu bapa.

Bila sembelit perangai dia pun jadi pelik sikit. Ada sahaja yang tidak kena. Tak seaktif yang biasa. Duduk setempat je.Yelah kan ,mana tidaknya,kalau kita sendiri orang dewasa yang sembelit mesti kurang selesa jugak. Emosi confirm terganggu.

Memandangkan usianya sudah 2 tahun lebih, jadi fina decide untuk beri dia supplemen Shaklee khas untuk kanak-kanak iaitu Mealshakes Shaklee. Ramai kawan-kawan fina yg suggest untuk beri Mealshakes ni pada anak fina.

Alhamdulillah setelah 2 minggu mencampurkan setengah sudu teh Mealshakes ke dalam susu azra setiap hari, azra memang dah tak sembelit lagi.. Kalau dulu najis keras dan bewarna hitam tapi sekarang semakin lembut n warna kembali normal.

Janganlah membayangkan sangat ye. Takut nanti hilang selera makan pula. Hehe.. Ada bonus pula untuk pembesaran anak kerana Mealshakes merupakan multivitamin dan mineral yang lengkap untuk keperluan kanak-kanak.

Apa Lagi Yang Mealshakes Bantu Selain Masalah Sembelit?

> Membantu tumbesaran anak-anak. Membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

> Meningkatkan antibodi badan. Anak susah demam atau sakit.

> Antioksida yang tinggi dalam melawan jangkitan. Melambatkan penuaan.

> Membina sel-sel darah merah yang sihat. Menjadikan kulit licin dan cantik.

> Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan.

> Kandungan serat yang tinggi membantu pembuangan dari usus dan perut.(bantu sembelit)

MealShakes ni sangat lazat dengan perisa vanilla. Jadi anak-anak mesti suka bila kita campurkannya dalam susu atau pun minuman favourite diorang. Dan yang paling penting halal, tiada sebarang bahan kimia, tiada pewarna dan gula tiruan.

Anak sihat pastinya nikmat terbesar ibu bapa semua kan. Asyik belikan jajan yang tidak bermanfaat saja untuk anak-anak kita. Umpama merosakkan kesihatan anak sendiri tanpa kita sedar.

Bila dikira-kira kos untuk membeli jajan sebulan lebih dari kos satu tin mealshakes ni. Betul..Hanya rm112 dan tahan 5-6 bulan. Lama tu kan.. Bila dibahagi-bahagi, sebulan ibu bapa cuma perlu spend rm18.60 untuk kesihatan anak-anak tersayang.

Tak sampai rm20 tu. Beg tangan ibu pun lebih dari rm100. Nak banding dengan kos rokok ayah sebulan lagi la jauhnya. Pilihan di tangan masing-masing.

Namun fina yakin ibu bapa zaman sekarang ni tak pernah berkira untuk keluarkan sedikit wang demi kebaikan anak-anak tersayang. Semoga anak-anak yang sihat dan cergas cenderung untuk menjadi manusia yang bermanfaat untuk agama dan saudara sesama Islam. Aamiin.. In Shaa Allah..:)

image

9 Langkah Penting Pertama Kali Hantar Anak ke Pengasuh

Assalamualaikum w.b.t..

Dah habis pun cuti bersalin 3 bulan bagi pekerja kerajaan dan 2 bulan untuk pekerja swasta. Rasa tak cukup je bila mengenangkan terpaksa tinggalkan si kecil 5 hari seminggu nanti kan.

Perasaan risau, gundah gulana sampai kita kurang fokus dengan kerja kita kerana terlalu memikirkan keadaan bayi seharian dengan orang asing. Bagaimanalah dia tidur, adakah dia akan dipujuk bila menangis,adakah dia menyusu dengan baik.

Itulah yang fina rasa semasa menghantar anak yang pertama kepada pengasuh. Fina pasti ibu-ibu dan ayah-ayah kat luar sana pun sama saja terutama sekali untuk anak yang pertama.

Jujur fina cakap kami suami isteri tak buat persediaan untuk menghantar anak kepada pengasuh ni dulu.  Mungkin terlalu excited nak dapat baby. Anak pertama pula tu kan.. Sekarang Alhamdulillah anak kedua lebih terancang dan bersedia.

Jadi tips ini fina share supaya ibu bapa ada sedikit guide buat yang pertama kali nak anta bayi tersayang ke pangasuh yang kita tak kenal sangat tu.

Tips Sebelum Hantar Anak ke Pengasuh.

image

1) DECIDE SUSU IBU ATAU SUSU FORMULA
– Kenapa kita perlu decide tentang penyusuan ni? Sebab bila dah decide lebih senang untuk kita pilih siapa yang akan jaga bayi kita nanti. Pastinya semua ibu-ibu nak memberikan yang terbaik iaitu susu ibu.

Pesanan saya pastikan pengasuh kita tu sanggup untuk handle susu ibu. Kita tidak mahulah pengasuh rasa terpaksa kerana ianya boleh menjejaskan kualiti susu perah kita.

Penat-penat je kita perah kalau akhirnya zat-zat susu ibu termusnah apabila tidak di ‘handle’ dengan betul.
Jadi umpama kita beri air kosong sahaja la pada bayi kita.. Tak mahulah jadi macam tu ye.

2) DECIDE NAK HANTAR KE NURSERI ATAU RUMAH PENGASUH.
– Pengalaman fina dulu kerana kurang membuat persediaan, end up anak fina banyak bertukar-tukar pengasuh. Jadi sebelum anak kita lahir lagi decide la nak hantar kat mana.

Buat survey sendiri untuk tahu betul-betul kebaikan nurseri atau rumah pengasuh. Masing-masing sebenarnya ada keburukan dan kebaikan yang tersendiri. Sekali lagi pilihan di tangan ibu dan ayah.

Tanya pengalaman ibu bapa yang pernah menghantar ke nurseri atau rumah pengasuh, apa pendapat diorang. Cuma jangan terlalu menjadikannya sebagai guide. Kerana lain orang lain rasa dan pandangan.

3) BUAT PILIHAN NURSERI/RUMAH PENGASUH MANA YANG AKAN MENJAGA BAYI KITA NANTI.

– Setelah ibu bapa buat survey sendiri, decidelah kemana anak kita akan dihantar nanti. Buat pilihan yang terbaik. Minta pada Allah melalui solat istikharah. In shaa Allah pilihan yang kita buat tu tak sia-sia.

– Kita mesti terima tidak ada siapa pun malah kita sendiri sebagai ibu dan ayah belum tentu lagi dapat menjaga anak kita sendiri dengan sempurna. Sesungguh Allah Maha Melindungi lagi Maha Agung. Yakinlah Allah sentiasa melindungi anak kita.

4) BUAT TEMUJANJI DENGAN PENJAGA YANG MENJADI PILIHAN KITA.
– Waktu ni kita belum confirm lagi nak minta dia untuk jagakan anak kita. Cuma kita pergi untuk sesi suai kenal dan bertanyakan sama ada masih ada kosong atau tidak, berapa bayaran bulanan,berapa ramai yg dia asuh dan mungkin boleh korek sikit sejak bila sesi pengasuhan dijalankan.

– Perjumpaan ni juga membantu kita menilai bakal pengasuh anak kita melalui cara bercakap, body language dan cara dia mengasuh anak-anak yang sedia ada ketika itu.

5) DATANG SECARA MENGEJUT.
– Setelah datang dengan temujanji, kali ni datang secara mengejut pula. Secara tidak langsung kita dapat buat quick spot check keadaan tempat aank kita bakal diasuh nanti.

Adakah sama seperti waktu kita datang dengan temu janji dulu atau langsung tak sama. Jadi di situ dengan mata kasar kita dapat menilai serba sedikit tentang cara asuhan di situ.

Tapi jangan terlalu serius, ambil kira lah dari semua aspek bermula dari tips yang pertama tadi. Pengasuh juga manusia biasa seperti kita. Kadang-kadang kalau anak-anak jagaan baik senang lah dia menguruskannya.

6) MAKE FINAL DECISION.
– Setelah berbincang sesama suami dan isteri, buatlah keputusan yang terbaik untuk ‘confirm’ hantar pada pengasuh itu atau tidak. Sekali lagi minta atau bertanya pada Allah dahulu. Kerana Dia lah yang Maha Mengetahui apa yang ada di hadapan dan apa yang ada di belakang kita. Mudah-mudah kita dapat petunjuk dan ketengan hati dalam setiap keputusan.

7) BINCANG KEPERLUAN BAYI.

– Jika sudah ‘confirm’, beritahu pengasuh tersebut cepat-cepat supaya kita boleh book untuk anak kita yg bakal lahir untuk dijaga olehnya. Dalam masa yang sama, bincangkan keperluan bayi yang kita perlukan sediakan untuk penjagaan nanti.

Bagi yang nak beri susu ibu, terangkan serba sedikit tentang cara pengendalian susu ibu yang betul. Jangan terlalu cerewet dan pandai-pandailah bermain bahasa supaya pengasuh tidak rasa ‘offended ‘. Mungkin pengasuh tersebut pernah mengendalikan susu ibu sebelum ini. Jadi tak perlu diterangkan dengan penuh details dan panjang lebarnya.

Mungkin boleh minta nombor telefon untuk kita hantar tips-tips penyusuan susu ibu. Sembanglah secara santai. Jalinkan hubungan yang baik dengan pengasuh kerana dialah yang akan ganti tempat kita lima kali seminggu apabila kita sudah bekerja nanti.

8) BUAT 7 TIPS DI ATAS 6 BULAN SEBELUM BERSALIN.

-Mak ai awalnya. Rilek la brader.. Haa.. Jangan ambil mudah ye. Kerana kebanyakkan pengasuh sama ada nurseri atau pengasuh di rumah telah pun  di ‘book’ awal-awal lagi oleh ibu bapa lain. Jadi korang pun mesti ‘book’ cepat untuk elakkan masalah di kemudian hari.

9) PERCUBAAN SEBELUM BEKERJA.
– Digalakkan 2 minggu sebelum ibu bekerja semula, hantar bayi kita kepada pengasuh untuk sesi percubaan. Untuk hari yang pertama hantar lah separuh hari dan hari seterusnya jadikan sehari penuh. Dalam 2 minggu tersebut mungkin boleh 2-3 kali percubaan. Berbincanglah dengan pengasuh tentangnya.

Hikmahnya untuk memberi pendedahan awal kepada bayi. Walaupun dia masih kecil, tak bermakna die boleh sesuaikan diri di mana-mana sahaja. Selain itu, pengasuh boleh terus memanggil kita datang andai ada sebarang masalah.

Waktu inilah kita perlu berbincang dengan pengasuh apa lagi yang dia perlukan agar sesi penjagaan nanti berjalan lancar dan menyeronokkan. Jangan kedekut jika pengasuh minta lebih sikit dari apa yang biasa kita dengar. Kerana lain pengasuh lain caranya.

Support dia semampu yang mungkin. Jika kita layan dia baik, in shaa Allah dia akan melayan anak kita dengan baik juga..Sayang pengasuh kita, in shaa Allah dia akan sayang anak-anak kita juga..

Rasanya cukup lah 9 tips dari hati fina berdasarkan pengalaman-pengalaman sendiri dan saudara-saudara terdekat. Semoga bermanfaat untuk ibu bapa yang bekerja dan bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi.

Jadikan setiap saat kita indah dan bermakna tanpa perlu risau akan anak yang jauh dimata. Sekali lagi bergantunglah hanya pada Allah s..w.t.. Kita pasti tidak menyesal.. (^_^)

The Founder of The Blossoms Network
Nor Shafina Mohd Din,
Hubungi fina di 013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com
SID :906685