Monthly Archives: December 2015

Pengedar Shaklee di Kawasan Klang, Selangor | COD Terbaik

Assalamualaikum w.b.t..

Kini fina adalah Pengedar Shaklee di kawasan Klang, Selangor.Setelah hampir 3 tahun mengambil vitamin shaklee, kini fina adalah ejen berdaftar yang sah dengan ID:906685. Fina mempunyai stok vitamin di rumah seandainya pembaca dikawasan Klang mahukan khidmat Cash On Delivery(COD).

Antara kelebihan COD ialah :

– Tidak akan ada risiko penipuan dalam urusan jual beli kerana selagi tak dapat vitamin anda tak perlu bayar dulu.

– Anda boleh terus periksa kuantiti vitamin yang anda mahu dan dalam masa yang sama memeriksa tarikh luput pada botol vitamin.
Jika ada masalah boleh terus berbincang dengan fina.

– Mendapatkan konsultansi secara terus dari fina tentang cara makan dan penjagaan vitamin. Lain orang lain cara makannya. Ianya bergantung kepada :

》taraf kesihatan individu.
》gaya hidup.
》level of stress.
》environment disekeliling.

– Senang cerita bila berjumpa akan lebih mudah untuk fina memberi konsultansi kerana fina boleh terus bertanya apa yang fina nak tahu. In shaa Allah fina akan memberikan konsultansi terbaik kepada anda agar mendapat kesan yang terbaik dari vitamin yang akan di ambil nanti..(konsultansi akan berterusan sepanjang pengambilan vitamin)

–  Jika bernasib baik anda boleh mendapatkan ‘FREE GIFT’ yang fina anjurkan setiap bulan untuk 20 pembeli utama yang menggunakan khidmat COD..;)

Setakat ini sahaja dari fina.. Jom sihat tanpa ubat. Lindungi diri dan keluarga dengan vitamin semulajadi no 1 di dunia. Pastinya bebas kimia, halal,100%organik dan terbukti berkesan!

image

Pengedar Shaklee Kawasan Shah Alam | COD Terbest

Assalamualaikum w.b.t..

Kini fina adalah Pengedar Shaklee Shah Alam, Selangor.Setelah hampir 3 tahun mengambil vitamin shaklee, kini fina adalah ejen berdaftar yang sah dengan ID:906685. Fina mempunyai stok vitamin di rumah seandainya pembaca dikawasan Shah Alam mahukan khidmat Cash On Delivery(COD).

Antara kelebihan COD ialah :

– Tidak akan ada risiko penipuan dalam urusan jual beli kerana selagi tak dapat vitamin anda tak perlu bayar dulu.

– Anda boleh terus periksa kuantiti vitamin yang anda mahu dan dalam masa yang sama memeriksa tarikh luput pada botol vitamin.
Jika ada masalah boleh terus berbincang dengan fina.

– Mendapatkan konsultansi secara terus dari fina tentang cara makan dan penjagaan vitamin. Lain orang lain cara makannya. Ianya bergantung kepada :

》taraf kesihatan individu.
》gaya hidup.
》level of stress.
》environment disekeliling.

– Senang cerita bila berjumpa akan lebih mudah untuk fina memberi konsultansi kerana fina boleh terus bertanya apa yang fina nak tahu. In shaa Allah fina akan memberikan konsultansi terbaik kepada anda agar mendapat kesan yang terbaik dari vitamin yang akan di ambil nanti..(konsultansi akan berterusan sepanjang pengambilan vitamin)

–  Jika bernasib baik anda boleh mendapatkan ‘FREE GIFT’ yang fina anjurkan setiap bulan untuk 20 pembeli utama yang menggunakan khidmat COD..;)

Setakat ini sahaja dari fina.. Jom sihat tanpa ubat. Lindungi diri dan keluarga dengan vitamin semulajadi no 1 di dunia. Pastinya bebas kimia, halal,100%organik dan terbukti berkesan!

image

Facial Shaklee Beri Kesan Serta Merta!

Assalamualaikum w.b.t..

Khas untuk pengguna shaklee! Haa.. selama ni dok makan je vitamin shaklee tu kan.. Jangan tak tahu ye kita semua sebenarnya boleh dapat facial percuma bila dah makan vitamin shaklee ni.. macam mana tu ye?

Al kisahnya bermula apabila fina dapat hadiah si jerawat batu di muka. Sejak kahwin jerawat batu keluar 2 – 3 kali saja seingat fina. Entah macam mana minggu yang lepas baru ni suka ria pulak die keluar. Tak banyak cuma satu je. Tapi sebab dia besar rasa tak selesa je. Mula la tangan gatal je nak kutil kan..

So masa tu fina terus terfikir untuk cuba buat rawatan luaran menggunakan produk shaklee. Dalam masa yang sama makan vitamin C, vitamin B, vitamin A dan ESP untuk rawatan dari dalam.

Sangat mengejutkan sebab jerawat batu yang besar tu kecut dengan begitu drastik sekali keesokan harinya selepas membuat facial tu. Itulah kali pertama membuat facial sendiri sejak menggunakan produk shaklee. Rupanya sangat mudah dan cepat kesannya!

Okay malas nak crita panjang lagi. Kalau nak tahu dan rasa kesannya sila buat sendiri di rumah. Jimat duit kerana kita tak perlu pergi ke spa bagai untuk facial yang terbaik dan berkesan. Boleh pula nanti buat pada suami isteri atau anak-anak. Satu keluarga boleh cantik tau..hihi..

❤ Facial Shaklee Memang Terbaik ❤

~Produk Yang Diperlukan~

1. Alfalfa atau Nutriwhite Make up Remover
2. Nutriwhite Deep Cleanser Foam
3. Energizing Soy Protein
4. Vitamin C Sustained Released

?Buka liang roma dan buang sel mati?

》Menggunakan Alfalfa atau Nutriwhite make up removal.

– hancurkan alfalfa utk jadikannya scrub. Scrub satu muka utk buang sel2 mati n bukak pori2 kt muka.
– bleh jugak sental dgn make up remover nutriwhite utk buang daki2 dan sel mati.

2. Buang minyak n kotoran dengan Nutriwhite deep cleanser.
– dah siap scrub cuci dengan deep cleanser nutriwhite.
-mase ni liang masih terbuka n bersih.

3. Tutup pori2 dgn masker collagen.
– cara bancuh : Collagen powder(1/3 sachet)+toner nutriwhite
– dgn pantas pakai masker collagen  di muka. Kalo bleh buat bancuhan siap2 lagi cun.
– posisi yang betul ketika memakai masker adalah berbaring. Agar muka tidak jatuh.
– Kurangkn aktiviti.

Selamat Mencuba!!!

Resepi Sambal Kicap Sedap Ala Siti Nurhaliza

Assalamualaikum w.b.t..

Nak kongsi sikit resepi turun temurun orang Kuala Lipis ni.. sebab tu guna nama Dato’ Siti.. hihi.. jangan marah ye Dato’.. bukannya apa, setiap kali fina buat suami dan family mesti kata sedap. Fina memang berasal dari kuala lipis. Tu tak tipu..hihi..

image

Pernah fina buat sambal kicap ni masa kenduri arwah mak mertua di felda.. makcik-makcik semua dok puji kata sedap sangat. Nasib baik la hakak tak ada di tempat kejadian, kalau tak kembang semangkuk dik.. hihi..

Okey dah tak mau berceloteh panjang. Jom kita tengok apakah 5 bahan untuk membuat sambal kicap sedap ala Siti Nurhaliza ni..yang pasti senang sangat nak cari bahan-bahan ni kalau kat dapur tu.. tak perlu special bahan pun. Tapi tetap meletops dan teringat-ingat je..

BAHAN UNTUK SAMBAL KICAP SEDAP ALA SITI NURHALIZA

1. Cili padi 6-7 tangkai
2. Kicap
3. Bawang putih 1 ulas
4. Gula 4 sudu
5. 2 biji Limau kasturi/setengah biji limau nipis

CARA MEMBUAT SAMBAL KICAP SEDAP ALA SITI NURHALIZA

– Paling penting adalah untuk kita seboleh bolehnya menggunakan lesum batu berbanding mesin pengisar. Rasanya akan lebih sebati dan lebih sedap.

1. Masukkan bawang putih, cili padi dan gula ke dalam lesum batu. Kemudian tumbuk sehingga lumat.

2. Masukkan kicap sehingga menutupi kesemua bahan tadi.

3. Yang terakhir belah limau kasturi atau limau nipis dan perah ke dalam lesum batu tadi.

4. Kacau sehingga sebati. Pastikan kesemua rasa(pedas, manis, masam, masin) ada dan seimbang di dalam sambal kicap tadi.

5. Bila semua rasa dah tip top boleh la dihidangkan untuk di makan bersama bihun sup atau pun cicah dengan tempe.. nyum.. nyum.. sedapnyer..?

image

Meh fina belanja sikit gambar sambal kicap sedap ala fina ibu comel..ehh..salah pulak.. hihi.. ni fina buat untuk di makan bersama bihun sup. Memang mabeles. Siapa yang dah rasa pasti nak tambah lagi..hehe..

Selamat Mencuba!!

image

Siapa Nak Free Health Check? Klik Sini.

Assalamulaikum w.b.t..

Seronok sangat rasanya fina nak kongsi pengalaman semalam. Asalnya fina hanya nak pergi ceramah berkaitan konsultansi yg shaklee anjurkan. Yelah nak tolong orang mestilah perlu ada ilmu kan.. mudah-mudahan Allah berkati perniagaan kita.

Sampai saja di shaklee fina bertemu dgn pakar pemakanan shaklee iaitu puan Sarah. Apa lagi terus masuk ke biliknya untuk fina temuramah apa yang fina tak faham berkaitan nutrisi. Masa tu fina berdua sahaja dengan sarah. Agak seronok kerana boleh tanya sampai faham dalam hati fina.. hihi..

Belum mula apa-apa soalan lagi sarah terus tanya fina. ‘Nak buat health check tak?’.. fina tergamam sekejap. Ya Allah dah lama mencari-cari masa nak buat health check sebenarnya. Akhirnya Allah makbulkan juga.. syukur.. apa lagi terus tersenyum lebar fina..hihi..

image

Mesin health check yg shaklee gunakan dapat menganggar tahap kesihatan badan berdasarkan faktor-faktor seperti protein, mineral, otot, lemak dan sebagainya.. Alhamdulillah setelah 3 tahun cuba untuk mengubah taraf kesihatan fina dengan vitamin shaklee inilah resultnya.

image

Taraaa..GOOD!! Alhamdulilllah.. Ada beberapa nasihat yang sarah beri untuk fina naik ke peringkat paling atas iaitu SUPER FIT. Antaranya seperti fina perlu menambah intake protein fina dan banyakkan minum air masak. Haaa.. lepas ni dah tahu la dah.. fina perlu mengambil lebih makanan berprotein dan minum ESP 2 kali sehari untuk top up keperluan protein fina.

Korang pun teringinnn??? Jom fina tolong dapatkan free health check ni. Jadi korang boleh tahu sejauh mana tahap kesihatan korang. Rasa macam dah sihat tapi rupanya tak. Rasa macam tak sihat tapi rupanya dah kritikal.. tak mahu lah macam tu ye kawan-kawan.

So bagi yang berminat di alu-alukan untuk mesej fina agar kita boleh rancang waktu dan masa yang sesuai untuk buat health check tu. Jangan tunggu sakit baru nak minta doktor buat health check kat kita sudah. Sebab masa tu dah agak terlambat..

Belanja sikit gambar dengan pakar pemakanan shaklee, puan sarah..;)

image

image

Berkesan Rupanya Sup Bunjut Ni Buang Angin

Assalamualaikum w.b.t..

Pagi tadi ade seorang adik whatsapp fina mengadu tentang masalah angin badan yang sangat teruk. Beliau sekarang hamil 8 minggu. Syukur Alhamdulillah.. time tu terus teringat dengan sup bunjut…hihi

image

Namun dia mengadu masalah angin badan terlalu teruk sampai hilang selera makan. Angin sewaktu mengandung memang mudah terjadi dan bukan lah sesuatu yang kritikal seperti masalah HB, kencing manis dan darah tinggi.

Namun jika langsung tiada sebarang rawatan turut boleh mengganggu kehidupan suami isteri dan keperluan nutrisi ibu bagi pembentukan janin yang sempurna. Makanan pun tak boleh nak masuk, masakan pula vitamin asid folic yang berbau tu. Vitamin asid folic kebiasaannya akan diberikan oleh doktor pada awal kehamilan untuk mencegah kecacatan pada bayi.

Dari segi kehidupan suami isteri pula, jika isteri sering tiada ‘mood’ atau sakit, pastinya tempoh kehamilan tidak berapa indah seperti sepatutnya. Hampir 100% kerja rumah akan diletakkan dibahu suami. Isteri pula akan lebih beremosi kerana sentiasa lemah dan tidak kuat untuk membantu..

Tak mengapa… sup bunjut kan ada!! Hihi.. maaf lah.. tajuk agak catchy sebab bila ada masalah angin je teringat bunjut. Meh fina nak ajar satu cara tradisional untuk membuang angin. Kaedahnya adalah dengan bertuam menggunakan Bunjut Halba.

Kaedah ni fina tak pernah guna masa fina hamil kerana masalah angin fina dapat dikawal dengan pengambilan vitamin shaklee. Namun bagi yang tiada vitamin, anda boleh cuba kaedah ni. Senang sahaja caranya.

image

Beli biji halba di kedai-kedai runcit berdekatan rumah anda. Senang dapat halba ni. Kemudian letakkan di atas sapu tangan dan bunjutkannya. Kalau tak ada sapu tangan pun kain apa-apa pun boleh janji boleh dibunjutkan. Ikat dengan getah.

image

Kemudian layurkan bunjut tadi di atas api lilin. Berhati-hati ye kerana bunjut halba cepat panas dan cepat sejuk. Apabila bunjut terasa suam tuamkan di atas perut, belakang betis dan pinggang. Buat sekerap yang mungkin sehingga kita berasa selesa.

Pengalaman fina dulu masa Nur Amna dan Nur Azra ketika baru lahir. Bayi ni sangat sensitif dengan angin, jadi kaedah ini lah yang fina gunakan. Memang membantu kerana nampak bayi lebih selesa dan kurang meragam.

Jadi kaedah Tuam Bunjut Halba ni boleh digunakan untuk ibu hamil, ibu baru bersalin dan bayi yang baru di lahirkan. In shaa allah dapat membantu mengurangkan masalah angin. Jadi bila dah buat bunjut ketika hamil simpan elok-elok ye. Kerana bila bersalin nanti tak payah buat yang lain dah. Jimat.. :-)

Sekian sahaja perkongsian fina di ceritasihat.com hari ni. Semoga memberi manfaat dan menjadi pencen kubur fina yang subur.. aaminn..(^_^)

image

.

Hampir 5 Tahun Sapu Racun ke Muka | Akhirnya Sedar Kesan Buruk

Assalamualaikum w.b.t.

Terujanya fina nak bercerita pagi ni. Nak kongsi sesuatu yang fina rasa ramai yang TAHU tapi masih tak ambil berat isu ni. Dlm pukul 10 pagi tadi fina dpt mesej dari seorang hamba Allah.. seorang wanita.

image

Dia mengadu tentang kulit mukanya.. Penuh jeragat dan gatal-gatal.. punca?  Sebelum ni cantik je..licin dan halus.Katanya bila dia pakai krim X tu terus jadi gatal dan naik ruam. Tahap gatal tu pula sampai rasa nak garu-garu je.

Beberapa kali juga dia cuba pakai semula krim X tu untuk pastikan punca sebenar. Setiap kali pakai memang akan bertambah gatal. Jadi ‘confirm’ la dah memang krim X tu.

Cuma yang menjadi persoalan dia dah pakai krim tu hampir 5 tahun sudah. Tak kan lah baru sekarang tak serasi kan. Jadi fina pun terus soal siasat serba sedikit. Akhirnya fina dapat nama penuh krim X tersebut.

Fina pun belek semula info dari KKM tentang senarai produk yang mengandungi racun berbahaya. Kot-kotlah termasuk dalam senarai kan.. check punya check memang betul rupanya krim x tu memang tersenarai..

Ada 2 racun yang KKM kenal pasti dalam krim X tu bernama ‘Hydroquinone’ dan ‘Tretinoine’. Geleng kepala fina bila bayangkan selama hampir 5 tahun jugaklah wanita tersebut menyapukan racun ke muka sendiri..

image

Jadi kesimpulannya kita sebagai pengguna ni mesti tahu hak kita. Mesti kenal pasti dulu tentang ciri-ciri keselamatan sesuatu produk sebelum menggunanya. Tanyalah tukang jual banyak-banyak soalan pun tak apa. Sebab bila melibatkan tentang kesihatan ‘no compromise’ okay.

image

So sekarang fina masih berhubung dengan wanita tersebut untuk membantu dia menyembuhkan kulit mukanya yang banyak dinaiki jeragat dan ruam. Fina doakan Allah berkati usaha kami ini dengan memberi kesembuhan kepadanya.. In Shaa Allah..

Ingat ye kawan-kawan jangan ambil mudah tentang keselamatan dan kualiti sesuatu produk. Apa yang kita takutkan kesan jangka masa panjang. Kalau setakat naik ruam tak mengapa. Bagaimana jika kulit menjadi terlalu nipis sehingga tidak dapat lagi menapis cahaya matahari? Bukankah itu salah satu punca kanser? Tepuk dada tanya ilmu dan iman..(^_^)

image