Monthly Archives: March 2016

Spa MENARIK di Kota Kinabalu Sabah Tempat Manjakan Diri Yang Berbaloi

Assalamualaikum w.b.t..

Siapa kat sini suka manja-manjakan diri? Best kan bila dapat ‘Me time’ kat spa. Nak-nak lagi apabila kita ni seorang yang ibu yang busy dan selalu berkejaran untuk keluarga, kerja dan bisnes part time. Fina lah tu..hihi..Bila dapat ‘landing’ tu pehhh.. best giler.. Rasa macam isolate sekejap dari dunia sebenar..

image

Ari tu masa kene pergi sabah atas urusan kerja Allah rezkikan untuk fina manjakan diri di SPA.. Awalnya fina nak balik semenanjung terus habis saja kerja. Memang buat kerja cepat-cepat mengenangkan anak-anak kat rumah. Macam tu lah hati seorang ibu. Tak tenang bila berjauhan dengan suami dan anak-anak.

Tapi bila mesej saja suami kata nak balik cepat suami pun reply macam ni.. alahai mamahaminya encik suami kita.. terharu sangat tau..

image

Berfikir 2 3 kali jugak la sebelum buat keputusan nak pergi spa tu. Waktu tu badan pun lemah rasa nak demam je sebab cuaca kat sabah panas sangat. Lagi pun fina kerja dekat airport yang betul-betul tepi laut. Memang angin laut ni lain macam sikit panas dia.

Lepas dah decide nak pergi tu fina pun keluarlah hotel untuk survey spa terdekat dengan hotel fina. Masa tu fina duduk di waterfront hotel. Search google memang banyak spa. Selain tu fina ada jugak tanya-tanya pada orang yang duduk kat sabah tu. Fina tanya receptionist hotel dan jugak budak sabah yang jaga guardian dekat dengan hotel fina tu.

Main sebat je fina ni kan. Tapi memang lagi senang bila tanya orang. Feedback cepat dan kita pun lebih yakin. Fina siap cakap nak spa yang selamat dan bertutup. Nak privacy dari lelaki. Lelaki pun ramai yang suka pergi spa tau.. Alhamdulillah akhirnya fina jumpa spa ni.

Namanya Helen Beauty Spa and Refleksology. Terletak betul2 sebelah guardian berhampiran dengan Waterfront hotel atau pun Kelegan Hotel. Ni adalah alamatnya dan nombor telefon. Boleh waze je kalau tak biasa dengan Sabah lagi kan..

image

Fina tak ambil pun gambar masa buat spa tu. Sebab fina memang tak nak bawak apa-apa barang. Memang melenggang bawak duit dan ic je masa tu. So chances nak kene curi atau tertinggal tu rendah la kan. Hihi.. bila pergi sorang-sorang ni memang macam-macam dalam fikiran. Apa-apa pun selalu minta perlindungan dari Allah s.w.t.. Sesungguhnya Dia lah sebaik-baik pelindung.

Masa tu fina buat spa kaki dan seluruh badan baru RM100 untuk 1 jam setengah. Ada macam-macam pakej. Dari yang murah kepada yang mahal. Tapi still affordable bagi fina. Best sangat dan hilang lenguh-lenguh badan dan rasa relax sangat. Badan pun nak manja-manja jugak sekali sekala kan..(^_^)

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MANJAKAN DIRI…

Tulus mulus ikhlas dari hati,
ibu Fina,
013-2787508.

8 STEP Penting Bantu Mudahkan Urusan Di Airport

Assalamualaikum w.b.t..

Syukur Alhamdulillah urusan kerja fina selama 3 hari di Kota Kinabalu Sabah berjalan dengan jayanya.. kali terakhir fina pergi sabah pada tahun 2014. Jadi memang macam pertama kali nak naik flight. Hampir lupa semua step. Lagipun pergi sorang-sorang ni memang akan nervous lebih..hehe..

Macam teknologi yang sentiase ada perubahan macam tu jugak lah step-step untuk check in dan check out di airport. Jika kita tak up to date mungkin akan ada masalah sedikit. So setakat hari ni 5/3/2016 , inilah step-step yang sedang dipraktikkan di airport KUL —-> BKI atau pun BKI —-> KUL.

image

Kenapa fina nak share dengan pembaca? Mungkin ramai yang sudah biasa dengan step check in atau check out di airport. Nak-nak lagi yang rajin travel. Tetapi bila fina sendiri yang mengalami masalah dalam procedure di airport ni barulah fina terfikir untuk kongsikan dengan pembaca step yang up to date supaya korang semua tidak alami masalah macam fina. So akan lebih smooth perjalanan nanti.

Untuk selesa fina sarankan korang berada di airport 2 jam sebelum waktu flight. Sebab jika terkena peak hour kita terpaksa beratur panjang untuk urusan bagasi atau lain-lain masalah yang tidak di duga.

STEP UNTUK BERLEPAS (CHECK-IN)

image

1. Beli tiket mengikut destinasi.

-Document yang diperlukan :
■ IC
-Sama ada beli di kaunter tiket di airport atau pun buat belian online. Boarding pass akan terus dapat jika beli di kaunter.
– Disarankan beli tiket awal. Jika emergency no choice la kan..

2. Self check in jika beli tiket secara online.

-Jika tiket dibeli secara online anda akan dapat ‘ticket number’ selesai sahaja urusan belian online tu.
-Self check in di kiosk yang disediakan di airport dengan memasukkan ‘ticket number’ tadi. So akan keluarlah boarding pass anda dari kiosk tersebut.

3. Pergi ke kaunter bagasi.

– Document yang perlu disediakan :
■ Boarding Pass
■ IC
– Jika ada beg yang hendak di masukkan ke dalam perut kapal korang jalan terus ke kaunter bagasi. Kalau dalam bahasa aviation ‘perut kapal’ tu disebut ‘fuselage’..(^_^)
– Jika beg korang mengandungi tools atau pun tester equipment bagi tahu petugas kaunter. Nanti dia akan suruh hantar ke kaunter yang sepatutnya.
– Jika flight MAS hanya 2 beg dibenarkan untuk masuk ke perut kapal. Walaupun berat maximum yang dibenarkan adalah 30kg, jika sudah 2 beg dikira cecah limit sudah. Jadi kalau nak jugak masuk sampai 3 beg akan dikenakan extra charge luggage. Ini yang fina kene baru je tadi.. Melayang rm80..:(
– So pengajarannya bawaklah beg besar-besar. Sumbat semua dalam beg tu. Jadikan 2 beg sahaja. Kalau tak jenuh lah lenguh tangan nak hand carry banyak-banyak.
-Kalau naik flight selain MAS sila rujuk pada petugas untuk kriteria bagasi yang dibenarkan.

#Nota kaki : Jika bersama anak kecil atau pun warga emas ada kaunter khas yang disediakan. So untung sangat sebab tak perlu beratur panjang. Special gitu..hihi..

4. Check in ke gate yang sepatutnya.( untuk tau gate berapa boleh refer pada boarding pass.

-Document yang diperlukan :
■Boarding pass
■IC
-Jadi jika flight korang pukul 12 tengah hari, tapi masa tu dah habis pun step ke-3(check in bagasi) baru pukul 10 pagi, so ada lagi 2 jam. Jadi kalau nak makan-makan atau minum-minum dulu dengan family di airport tu pun boleh. Jangan check in gate lagi.
– Sejam sebelum flight time adalah waktu paling ideal untuk check in gate. Contoh flight time pukul 12 tengah hari, so pukul 11 pagi adalah ideal time.
– Kat sini semua barang-barang yang kita hand carry akan di scan. Kita pun akan di scan dan diperiksa oleh petugas. Kira tapisan terakhir la ni.
– Jika pass, terus ikut signboard untuk ke gate yang sepatutnya.

5. Check in untuk masuk kapal. (LAST STEP)

-Document yang diperlukan :
■ Boarding pass
■ IC
– Apabila korang dah sampai ke gate yang betul dah tak perlu nak risau sangat dah. Tunggu di ruang menunggu yang disediakan.
– 20 minit sebelum flight time, petugas airport akan panggil semua penumpang untuk beratur masuk ke dalam kapal terbang.

#Nota kaki : Jika korang bersama anak kecil atau pun warga emas korang akan diberikan keistimewaan untuk masuk ke dalam kapal terbang terlebih dahulu. Untung lagi..hihi..

Dan korang pun fly fly in the sky….(^_^)v

STEP UNTUK KETIBAAN (CHECK-OUT)

image

1. Daftar Imigresen(Sabah&Sarawak)

– Document yang diperlukan :
■ IC
■ Slip/Permit Sementara

– Mendarat sahaja kapal terbang di airport sabah dan sarawak, korang akan terus ke kaunter imigresen yang disediakan.
– Simpan elok2 slip/permit sementara yang diberikan oleh petugas. Kecik je slip nya macam resit je.
– Bila nak naik kapal semula nanti( keluar dari Sabah/Sarawak) diorang nak slip tu balik.

#Nota kaki
~ kalau selain sabah dan sarawak rasanya tak perlu daftar imigresen ni. Kire akan skip la step ni.

2. Ambil bagasi.

– Terus sahaja ikut sign board yang menujukkan arah untuk ambil beg-beg kita yang berada dalam perut kapal.
– Ambil beg yang betul mengikut tag nama kita. Jangan salah ambil beg orang. Check betul-betul.

3. Keluar dari airport untuk ke destinasi yang nak dituju.

-Alhamdulillah anda selamat menjalani proses check in dan check out di airport dengan jayanya. Semoga perjalanan dipermudahakan dan gembira sepanjang percutian di tempat baru!!?

image

Selamat Bercuti!!!

Coretan ikhlas tulus mulus dari
Ibu Fina,
013-2787508

Cara Berkesan Merawat Gout Tanpa Ubat

Assalamualaikum w.b.t..

“Ayah menderita gout berpuluh tahun. Pain killer dan ubat gout peneman setiap hari. Salah makan sikit je mesti gout datang. Jalan sampai memapah dinding.. :(
-Zarith Sofea-

Inilah luahan hati seorang anak yang sangat prihatin dengan penderitaan yang di alami oleh ayahnya. Mau tak sedih, berpuluh tahun sudah ayahnya menderita gout, nak main dengan cucu pun jadi kurang seronok bila gout datang..

image

Tapi kini tidak lagi.. Syukur!!! Apa yang zarith sofea ni dah buat untuk ayah dia??? Jom teruskan menyingkap rahsianya..

Apa itu Gout?

Gout adalah sejenis keradangan yang di sebabkan oleh pemgumpulan hablur asid urik pada sendi. Kebanyakkan gout menyerang golongan lelaki yang berusia 40 tahun ke atas. Kesannya memang amat menyakitkan dan biasanya menyerang satu sendi sahaja.

Bagaimana Gout Menyerang?

image

Gout berlaku apabila berlaku peningkatan asid urik dalam darah. Bila paras asid urid meningkat, ia akan menompok sesama sendiri. Kemudiannya membentuk hablur di antara sendi. Hablur inilah yang menyebabkan keradangan atau rasa sakit pada sendi sehingga nak berjalan pun susah.

 

Apakah Kesan Buruk Gout Jika Dibiarkan?

image

● Peningkatan asid urik yang tidak dikawal lama kelamaan boleh menyerang sendi-sendi yang lain.

● Kecacatan kekal pada sendi.

● Risiko untuk mendapat penyakit batu karang adalah tinggi.

● Boleh menjejaskan fungsi buah pinggang.

Sebelum kesemua kesan-kesan buruk di atas menyerang anda, ikhtiarkan sesuatu untuk merawat masalah gout yang semakin parah. Tak mustahil anda boleh BEBAS gout dengan Vivix Shaklee!

 

Bagaimana Vivix Bantu Pesakit Gout?

image

 

image

 

Dalam kajian yang dimuatkan dalam Clinical Rheumatology, 2014 Nov 26, saintis mengkaji keberkesanan resveratrol(salah satu komponen terbesar vivix) dalam merawat gout. Dalam kajian itu tikus telah disuntik dengan bahan yang boleh meningkatkan asid urik di dalam darahnya.

Hasilnya ternyata RESVERATROL mampu MENCEGAH keradangan dan bengkak sendi yang disebabkan oleh gout. Malah resveratrol tersebut telah MENGURANGKAN paras asid urik yang tinggi kerana suntikan tadi. Patut lah sudah ramai yang tiada gout setelah mencuba vivix.

Sila baca screenshot di bawah untuk info yang lebih detail mengenai kajian. Atau anda boleh rujuk DI SINI

 

image

 

Resveratrol adalah komponen utama di dalam Vivix yang menjadikannya tonik ajaib bagi penggemar vivix. Dan salah satu fungsi resveratrol yang telah dibuktikan dengan kajian saintifik adalah untuk merawat dan mencegah penyakit gout dan kesannya.

 

image

image

 

Masih ragu-ragu nak cuba vivix? Jom baca lagi perkongsian kawan-kawan kita ni..

 

image

 

image

 

image

 

image

 

Alhamdulillah ikhtiar dengan cara yang berilmu pastinya memberi banyak manfaat sama ada untuk jangka masa pendek atau pun panjang.

 

Berapa harga Vivix nih? Macam mana nak order Vivix?

image

 

Satu botol vivix berharga RM475. Tapi ada berita baik untuk anda!! Kerana Shaklee telah menyediakan penjimatan berganda dengan adanya Twin Pack Vivix Promo(2 botol vivix) pada harga RM766 sahaja!! Wow..?

 

image

 

Jimat sangat bukan, malah anda layak utk terus mendapat bonus dalam bentuk tunai.. wah..wah..wah.. memang best.. ?

Jadi hubungi fina segera untuk maklumat lanjut dan lifetime consultation. Jika anda di kawasan Shah Alam, Banting dan Telok Panglima Garang fina ada menyediakan khidmat ‘Cash On Delivery’.. tak payah pos bagai.. bagi by hand terus.. (^_~)

Shaklee Indipendent Distributor :906685,
Nor Shafina Mohd Din,
Wasap/Call : 013-2787508.
Email : ibuazra2012@gmail.com

image