Monthly Archives: April 2016

Pengalaman Sendiri | Best sangat ke Ostematrix Shaklee ni??

Kenapa fina dah jatuh cinta sangat dengan Ostematrix Shaklee ni..

Sejak kecil fina memang tak suka minum susu. Mak pernah cerita yang fina menyusu badan mak pun sampai 3 bulan je. Lepas tu susu botol. Susu botol pun sekejap je. Yang banyaknya minum air biasa macam milo.

Lepas dengar cerita mak dan ingat-ingat balik yang fina memang tak suka minum susu dari kanak-kanak lagi barulah fina faham. Patut lah fina alami semua  yang di bawah ni bila meningkat remaja dan dewasa:

1. Kaki berbunyi-bunyi bila naik tangga dan solat.

2. Tulang rasa tak kuat untuk angkat benda-benda yang berat.

3. Badan banyak angin dan lenguh-lenguh.

Tapi syukur Alhamdulillah.. pada Jun 2013 fina diberi rezki untuk mencuba Ostematrix Shaklee. Ianya merupakan salah satu produk dalam Set Menyusu Shaklee. Tiga bulan penggunaannya fina dapat rasakan beberapa perubahan berikut:

1. Badan kurang berangin. Dah tak ada lenguh-lenguh badan.

2. Tulang semakin kuat. Dah boleh angkat anak sulung Nur Azra yang beratnya 15kg. Kalau dulu memang rasa xlarat sangat. Angkat bukan sekejap tau. Dukung macam baby tu lama-lama.

3. Masa solat dan naik tangga dah hilang bunyi ‘kruk kruk’ tu.. kalau tak malu jugak muda-muda lagi dah macam orang tua dah..
hihi..

4. Sejak makan ostematrix selama 3 tahun, seingat fina sekali dua je sakit kepala. Lepas tu memang tak ada kena lagi.

5. Perut selesa kerana senang membuang dan xsembelit. Bangun pagi akan terus membuang dan rasa lega sangat untuk meneruskan aktiviti harian.

6. Tak pernah makan Panadol dah. Sejak ada kesedaran tentang bahayanya panadol ni fina memang tak nak ambik. Bila sakit kepala atau demam mesti telan 4 biji ostematrix dan 2 biji bcomplex dan tidur. Bangun je tidur pening kepala mesti hilang..

Inilah 6 KESAN PALING KETARA yang fina rasa sejak amalkan OSTEMATRIX SHAKLEE. Sebab tu lah jatuh cinta sangat dan jadi vitamin wajib fina. Jadi bagi siapa-siapa yang kurang minum susu dan tak dapat nak minum susu hari-hari secara konsisten top up la keperluan kalsium dengan Ostematrix ni.. memang berbaloi-baloi.

Fina galakkan golongan wanita terutamanya yang sudah berkahwin dan menjadi ibu untuk ambil ostematrix ni. Kerana kajian menunjukkan setiap kali wanita period, hamil dan menyusu terlalu banyak kalsium hilang dari badan. Kesannya tulang rapuh dan mudah bengkok dan akhirnya bongkok.

Lebih teruk lagi lama kelamaan badan cepat lenguh-lenguh dan mudah sakit kepala kerana kurang kalsium dalam badan. Kalau boleh kita nak sihat sampai ke tua. Boleh main lari-lari dengan cucu-cucu lagi. So kene jaga dari sekarang sebab kesan-kesan tak jaga kesihatan dari muda ni banyak muncul bila dah masuk era 40-an nanti..

Sampai sini saja perkongsian fina tentang ostematrix shaklee. Semoga membantu dan memberi manfaat pada kawan-kawan yang membaca. Cerita ini adalah benar dan bukan reka-reka ye. Jom order sebotol dan rasa sendiri. Pasti tak menyesal!!

Berapa Harga Ostematrix Shaklee ni?

Sebotol mengandungi 120 tablet berharga RM64.66 sahaja.. postage ke semenanjung rm7 dan sabah sarawak rm10. Eh..murah jerrr..(^_^)

Macam mana Nak Order?

STEPS UNTUK BELIAN SECARA POS

1. Buat pembayaran ke akaun Maybank Fina seperti di bawah.

image

2. Mesej/whatsApp/Call fina dan berikan detail seperti berikut:

– Belian untuk Produk apa beserta kuantiti.
Cth belian untuk Ostematrix sebanyak 2 botol, ESP 3 botol dan Vitamin C 5 botol.

– Nama penuh dan alamat utk pos.

– No telefon.

3. Fina akan buat belian pada hari yang sama jika step 1 & 2 setel sebelum 4 petang. Jika selepas 4 petang order akan dibuat hari berikutnya.

4. Selesai sahaja order fina akan berikan tracking number untuk barang tersebut. Penghantaran mengambil masa 2-4 hari bekerja.

5. Tunggu barang sampai dan dapat sahaja produknya terus mesej fina untuk fina guide cara makan yang betul.

■ Fina akan guide sepanjang korang makan vitamin tu okay. Fina nak pastikan korang capai objektif beli vitamin tu supaya tak membazir duit membelinya.

■ Jadi izinkan fina guide betul-betul cara korang makan vitamin tu. Fina dah banyak jumpa customer yang mengadu tak dapat guide yang betul. So please follow tips fina nanti. Sebab tu semua dari pakar-pakar nutritionist yang berilmu. Bukan main reka je ikut cita rasa fina sendiri..hihi..

STEPS UNTUK BELIAN SECARA CASH ON DELIVERY (COD)

1. Mesej/whatApp/call fina untuk beli produk apa berserta kuantiti.

Cth : akak, saya nak beli 2 botol vitamin E, 5 botol Vivix dan 8 botol GLA.

2. Berikan lokasi dan masa untuk COD. Contohnya nak COD dekat Giant Shah Alam pada jam 5 petang esok.

● COD area fina meliputi:
> Shah alam
> Telok panglima garang
> Banting
> Klang

3. Jumpa di tempat COD yang dah kita persetujui dan jual beli akan berlangsung di depan mata kita. Kelebihan COD bersama Fina! (ade special diskaun kot)

■ Fina akan guide sepanjang korang makan vitamin tu okay. Fina nak pastikan korang capai objektif beli vitamin tu supaya tak membazir duit membelinya.

■ Jadi izinkan fina guide betul-betul cara korang makan vitamin tu. Fina dah banyak jumpa customer yang mengadu tak dapat guide yang betul. So please follow tips fina nanti. Sebab tu semua dari pakar-pakar nutritionist yang berilmu. Bukan main reka je ikut cita rasa fina sendiri..hihi..

image

Terima Berita Dari Kakak.. Berkali-kali Baca

Assalamualaikum w.b.t..

Pada 15 Mac 2016 kami sekeluarga diuji dengan penuh kasih sayang oleh Allah s.w.t.. Along(Akak sulung fina) wasap bagi tahu anak bongsunya(muhamad) yang berusia 14 bulan dibawa ke klinik kerajaan kerana bengkak di mata tak surut. Sebelum tu pernah bengkak apabila bangun tidur. Tapi kali ni katanya tak surut-surut.

image

Masa tu yang kami fikir mungkin terkena gigitan serangga atau perkara-perkara lain yang tidak serius. Tak lama kemudian kakak mesej bagi tahu yang doktor suspect anaknya ada sakit berkaitan buah pinggang. Terkedu kami semua membacanya. Tak sangka ianya seserius itu. Namun untuk kepastian ujian darah dan air kencing akan dijalankan. Kami terus berdoa agar semuanya baik.

Setelah beberapa jam kemudian kakak sekali lagi mengirimkan berita. Katanya ujian air darah mendapati ada jangkitan kuman. Dan ternyata ujian air kencing juga menunjukkan terdapat bacaan protein. Seolah-olah buah pinggang tidak dapat menapis protein dengan baik lalu keluar bersama air kencing.Jadi menguatkan lagi sangkaan doktor tentang sakit buah pinggang yang di alami oleh muhamad.

Pada waktu tu tersentak sekejap. Selama ni fina selalu dengar orang lain sahaja yang ada masalah berkaitan buah pinggang ni. Kali ni bila keluarga sendiri yang kena barulah kita faham perasaan orang lain yang ada masalah ni. Pastinya ianya masalah yang serius apabila berkaitan dengan organ-organ penting badan kita. Biasa kalau sakit pun demam atau batuk. Lebih sedih kerana muhamad baru berusia 14 bulan.

Namun apa pun yang terjadi pastinya itu ketentuan Allah yang terbaik untuk kami. Ujian untuk akak dan ujian untuk kami ahli keluarganya juga. Semoga ujian ini mengampunakan dosa-dosa kami. Kami redha dan terus memberi semangat serta sokongan moral kepada kakak. Apa pun keputusannya kami mesti kuat semanagat untuk mengharunginya. Pastinya ada hikmah besar yang tersedia oleh Allah s.w.t. Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui.

image

Kakak dan anaknya pun terus dihantar ke hospital temerloh yang lebih besar dan banyak pakar untuk kanak-kanak. Syukur sangat kerana muhamad tidak menangis. Mudah sahaja akak uruskan. Jika anak menangis je, mak pun boleh menangis sekali. Hati ibu mana yang boleh tahan melihat anak menangis kesakitan. Bila dah jadi ibu ni memang kita faham sangatlah perasaan tu..

Setakat ni dulu untuk hari ni.. tapi betul ke muhamad insan tak berdosa yang baru berusia 14 bulan menghidap sakit BUAH PINGGANG? Yang tu fina akan cerita esok ye. Jumpe esok ye pembaca fina semua. Terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi suka duka di sini..

Salam sayang dari Fina..
HP: 013-2787508
ibuazra2012@gmail.com