Monthly Archives: May 2016

Promosi Mei 2016|Collagen Powder|Alfalfa|Vitalea Kids

Assalamualaikum w.b.t..

Lama tak bersua. Hari ni baru 4 Mei 2016.. jadi  belum terlambat untuk fina update promosi bulanan shaklee yang selalu kita tunggu-tunggu. Yelah..kita ni kalau boleh murah memang nak yang murah aje kan.. hihi..

Taraaaa.. inilah dia produk shaklee yang akan kita borong bulan ni :

■ Collagen Powder Beli 6 PERCUMA 1
■ Collegen Powder Beli 2 LESS 5%
■ Alfalfa Beli 3 PERCUMA 1
■ Vitalea Kids Beli 3 PERCUMA 1

image

Kebetulan sekarang fina sedang menjalankan misi kulit cantik bersama Collagen Powder Shaklee.. Bak kata orang kelantan. Molek ngat lah shaklee buat promosi. Kene dengan misi fina. Boleh borong lebih bulan ni untuk stok akan datang.

Kulit fina sekarang alhamdulillah cantik dah. Hihi.. Ciptaan Allah semuanya indah kan. Cuma ada beberapa part yang fina nak molekkan lagi.Banyak jugak sebenarnya..hihi..  Antaranya :

~ Nak kecilkan pori-pori.. pori-pori di hidung dan pipi sekitar hidung nampak besar. Nak kasi halus lagi.

~ Nak buang blackhead dan whitehead. Yang ni fina tengah tunggu NW make up remover yang fina order sampai. Dengar cerita dari pengalaman kawan-kawan memang berkesan buang kulit mati berserta blackhead n whitehead tu. Dah cuba je nanti fina update okay.. dalam masa yang sama collagen jugak membantu merawat masalah ni dari dalam.

~ Nak licinkan muka dari kesan parut jerawat terutamanya di sekitar hidung dan dagu fina. Memang ketara sangat. In shaa Allah collagen powder shaklee akan membantu. Kita tengok nanti ye. Fina akan update kesannya nanti.

~ Nak cerahkan kulit dan beri tona warna yang lebih sekata. Tak delah nak putih melepak sampai orang tak kenal. Cukuplah muka nampak cerah dan sekata. Takde la kusam aje kan..hihi..

~ Nak hilangkan jeragat di pipi.. fina rasa jeragat ni mula timbul sejak fina tak pakai apa-apa krim muka apabila keluar. Sampai sekarang pun fina masih tak pakai. Sejak kahwin la rasanya. Faktor malas pun ye jugak. Biasanya tepek bedak miami je terus pakai tudung.. foundation ke krim ke memang malas betul nak pakai. Padan muka hakak..kan dah banyak jeragat..huhu..

image

Sebelum Misi Kulit Cantik

Tak pelah..memandangkan fina memang nak buat misi ni. So jom tengok keadaan kulit muka fina sebelum misi. Ni lah keadaannya sebelum misi kulit fina bermula. Selepas 10 hari fina akan update lagi apakah yang fina rasa dengan Collagen Powder Shaklee.. best ke tak best. Atau biasa-biasa je. Atau korang wajib beli bulan ni.. haaa.. tungguu..😉

image

Gambar camera depan memang tak boleh nak percaya sangat ye walaupun tak guna apps 360.. nampak flawless je kan dalam gambar atas ni… tak apa. Kita tunggu result setelah misi ni.. fina pun tak sabar sebenarnya.. hihi.. okaylah.. bye.. assalamualaikum w.b.t..