Monthly Archives: August 2016

Kedai Steamboat Murah Tapi Berbaloi-baloi Area Sijangkang Selangor.

Assalamualaikum w.b.t..

Masa kerja tadi suami telefon supaya fina setelkan semua urusan kerja dan shaklee sebelum jam 5.30 petang.. katanya nak pergi makan dengan kawan-kawan officenya. Tempatnya tak jauh dari rumah fina.

Alhamdulillah segala urusan setel awal dari yang fina target. Fina pun bersiap-siap lah dengan anak-anak. Memang fina tak tahu mana suami nak bawak ni. Orang nak belanja, kita ikut jer..hihihi..

Sampai-sampai saja terpegun fina tengok kedainya. Boleh tahan besar dan mempunyai susun atur yang cantik dan kemas. Kedai pun nampak bersih dan terjaga. Kami pun terus duduk di meja yang sudah pun kawan-kawan opisnya tempah.

Jom fina share beberapa gambar menarik yang sempat fina snap sepanjang fina di kedai Damai Steamboat dan Ikan Bakar tadi. 

Jom nak spam pulak gambar-gambar makanan yang rambang mata nak memilihnya.hihi.. Selain steamboat, ada juga disediakan  nasi goreng, mee goreng, laksa dan cendol.

Surau dan tandas juga disediakan untuk kemudahan pelanggan. 

Okeh, dah tengok gambar mesti nak tau berapa kedai ni charge per person. Dewasa dikenakan RM25 untuk satu kepala. Kanak-kanak pastinya lebih murah dari dewasa. Maaf sangat-sangat fina terlupa pulak nk tanya berapa. Sebabnya anak fina dua-dua tak kene bayor. Hihi..

Tapi kalau nak tahu lebih lanjut boleh call no ni 012-6663990. Dan boleh terus booking supaya tak kelam kabut dan lebih teratur bila dah sampai di kedai nanti. 

Selamat Bersteamboat!!😉

Keistimewaan Vita-Lea Shaklee

Vitalea shaklee adalah multuvitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”. Dan terhasil lah perkataan ‘vitamin’ yang disebut kini asalnya dari shaklee.

Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair(90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi:

  • 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah.
  • 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA.
  •  Ia diformulasi secara komprehensif dan seimbang.

Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi ‘spirulina’. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”.

Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center of Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

6 Manfaat Utama Vita-Lea Shaklee

🔷Penambahan Tenaga Segera – Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

🔷Pelengkap Nutrisi- Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran(vegetarian) dan anaemia.

🔷Keupayaan Sistem Produktif- Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

🔷Metabolisma- Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

🔷Elemen Penting Pada Sel Tubuh- Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.

🔷Melindungi Organ- Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Cadangan Pengambilan Vita-Lea Shaklee

  • Untuk kesihatan berpanjangan – 1 biji setiap kali, 2 kali sehari.
  • Untuk pembesaran, kekurangan nutrisi atau tenaga – 2 biji setiap kali, 2 kali sehari.

5 Tips Berbisnes Online Yang Korang Perlu Buat

​Bila berbisnes secara online, media sosial seperti facebook, instagram, facebook page dan blog adalah antara pilihan KEDAI KITA DI ALAM MAYA. Kedai-kedai ini ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Jadi jangan terlalu risau dengan medium yang perlu akan kita pilih.

Pilih la medium apa sahaja yang kita rasa selesa untuk kita jadikan kedai kita. Seeloknya fokus kepada satu medium dahulu. Apabila dah pakar dalam medium yang pertama, sebagai contoh update blog setiap hari dah macam ‘celah gigi’ then kita boleh tambah medium kedua kita di instagram pula.
Bila dah pilih, WAJIB buat semua ni untuk bagi orang nampak kedai kita tu aktif dan boleh dipercayai. Kerana pembeli hanya akan tertarik nak membeli apabila kita kita sentiasa terbuka. Dan mereka hanya akan membeli apabila PERCAYA. 
APAKAH TIPS PENTING UNTUK TARIK PEMBELI DATANG DAN MEMBELI PRODUK KITA?

👒BUKA KEDAI HARI-HARI dengan update medium kita tu setiap hari. Sama ada ada sales atau pun tidak, ini perkara wajib yang kita kene buat. 

👒Belajar tips atau ilmu-ilmu yang berkaitan dengan medium yang kita pilih. Cthnye :

》kita boleh schedule post kita di FB menggunakan buffer atau pun hootsuite. 

》kita boleh naikkan follower kita di instagram mengikut ‘focus market’ kita melalui crowdfire.

》kita boleh naikkan traffic blog kita dengan menulis mengikut SEO google.

👒Rancang masa untuk bisnes kita. Kata master fina, masa itu sentiasa ADA. Jadi jangan sesekali merungut tak ada masa.  SOLAT AWAL WAKTU DAN BACALAH AL QURAN untuk membeli masa. 
👒Buat to do list setiap hari dan FOKUS pada task dan buat yang terbaik. Buat ikut priority dan jangan langkau. ( sebelum ni fina ada cerita secara detail).
👒Yang terakhir, CONSISTENT DAN PERSISTENT adalah kunci kejayaan. 
#Consistent – mesti update medium hari2 walau pun rase bosan mcm mana pun. Walaupun xde sales lagi.
#Persistent – mesti update medium kita hari2 walau mcm apa pun masalah yang mendatang. Cth ari tu kita terlalu sibuk, jadi kita mesti jugak carik masa. Mungkin kita berkorban bangun awal atau pun tidur lambat.

Doa fina..SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DALAM BISNES ONLINE YANG DIUSAHAKAN!!

” Spread The Stories..Spread The Loves..”

     -Founder of The Blossoms Network-

Rahsia Kuatkan Rahim Selepas Gugur Untuk Hamil Semula

Ramai yang risau untuk hamil semula selepas gugur. Risau masih adakah peluang untuk hamil lagi? Dan jika hamil mungkinkah kandungan akan gugur lagi? Semua persoalan ini boleh terjadi selepas kita keguguran.

Berbalik kepada ajaran agama Islam kita untuk banyakkan berdoa sebelum inginkan sesuatu. Kita juga mesti yakin pada Qada’ dan Qadar Allah. Segalanya dijadikan tak pernah sia-sia. 

Namun setelah doa dipanjatkan kita juga disuruh untuk berusaha sebaik mungkin dalam mencapai impian kita. Perlukan perancangan dan ilmu yang baik untuk mencapai matlamat kita tu.

Jika matlamat kita inginkan cahaya mata setelah keguguran, kita mesti berusaha mengenal pasti punca keguguran tersebut agar dapat kita betulkan supaya kita tidak berisiko tinggi untuk gugur lagi.

Mungkin sebelum gugur kita agak lasak dan tidak menjaga pemakanan. Jadi kali ni kita mesti lebih banyak berehat dan tidak makan sebarangan.

Mungkin juga kita gugur kerana terlalu banyak kerja dan stress. Jadi kita boleh minta cuti tanpa gaji pada awal-awal kehamilan. Apabila kandungan sudah kuat kita boleh sambung meneruskan tugas semula.

Selain dari itu sangat penting untuk para ibu mengambil vitamin untuk menguatkan rahim selepas keguguran. Hal ini kerana selepas gugur rahim perlu di suburkan semula dan diberi nutrisi yang secukupnya untuk lebih kuat.

Rahim yang subur, kuat dan sihat pastinya akan mengurangkan risiko untuk gugur dan dapat membentuk janin yang lebih sihat dan sempurna. 

Apakah Vitamin Untuk Menguatkan Rahim Selepas Keguguran?

Inilah full set Vitamin Menguatkan Rahim Shaklee. Jom kita tengok apakah fungsi setiap vitamin.

💝ENERGISING SOY PROTEIN (ESP)💝

 – Memperbaiki sel-sel rahim yang telah rosak ketika keguguran. 

– Membantu pertumbuhan sel-sel baru yang lebih sihat dan kuat.

– Menstabilkan hormon wanita agar lebih subur untuk hamil semula.

💝B-COMPLEX SHAKLEE💝

-Mengelakkan dari berlakunya kecacatan tulang belakang bayi ketika pembentukan janin.
– Melancarkan pengaliran darah ke seluruh badan. 

– Mengurangkan stress yang menjadi salah satu punca keguguran yang utama.

💝VITA-LEA SHAKLEE💝. 

 Mengandungi semua jenis vitamin dan mineral penting untuk keperluan tubuh seorang dewasa.

– Membantu penghasilan darah merah yang berkualiti untuk proses pembentukan bayi yang kuat dan sempurna.

– Mengandungi zat besi yang tinggi untuk mengekalkan HB darah yang baik. HB darah mempengaruhi pembentukan bayi.

💝VITA C SUSTAINED RELEASED SHAKLEE💝

– Tinggi antioksidan untuk melawan radikal bebas yang menjadi antara faktor keguguran.

– Meningkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan kuman atau pun virus yang menyerang rahim.

– Membantu penyerapan iron yang baik untuk mengekalkan HB darah sebelum dan ketika hamil.

4 vitamin ini adalah cadangan terbaik untuk para ibu menguatkan rahim selepas keguguran. Rahim yang subur dan kuat akan memudahkan kita untuk hamil dan merendahkan risiko keguguran. Mengambil vitamin secara konsisten adalah salah satu usaha kita mendapatkan bayi yang sihat dan sempurna.

Pastinya usaha dan pelaburan ini akan terbalas dengan kegembiraan tatkala melihat bayi comel lahir ke dunia nanti..Pengalaman fina sendiri, waktu anak-anak comel fina lahir ke dunia, segala penat lelah yang fina hadapi sepanjang kehamilan rasa terbalas. Tak sia-sia melabur sedikit ketika hamil demi mendapatkan kebahagiaan yang tak dapat digambarkan..😊

Berapa Harga Satu Set Menguatkan Rahim Shaklee ni?

Harga Satu Set : RM 400 termasuk pos ke semenanjung atau Sabah Sarawak.

Nak Diskaun? Harga masih boleh diskaun jika anda betul-betul berminat. PM fina untuk dapatkan harga diskaun ataupun promosi..😉

Macam mana Nak Order?

Sila Call/Mesej/Whatsapp fina terlebih dahulu untuk pengesahan.

💌013-2787508
💌013-2787508
💌013-2787508

❤STEPS UNTUK BELIAN SECARA POS❤

1. Buat pembayaran ke akaun Maybank Fina seperti di bawah.

2. Mesej/whatsApp/Call fina dan berikan detail seperti berikut:

A》Belian untuk Produk apa beserta kuantiti.

Cth belian untuk Ostematrix sebanyak 2 botol, ESP 3 botol dan Vitamin C 5 botol.

B》 Nama penuh dan alamat utk pos.

C》No telefon.

3. Fina akan buat belian pada hari yang sama jika step 1 & 2 setel sebelum 4 petang. Jika selepas 4 petang order akan dibuat hari berikutnya.

4. Selesai sahaja order fina akan berikan tracking number untuk barang tersebut. Penghantaran mengambil masa 2-4 hari bekerja.

5. Tunggu barang sampai dan dapat sahaja produknya terus mesej fina untuk fina guide cara makan yang betul.

■ Fina akan guide sepanjang korang makan vitamin tu okay. Fina nak pastikan korang capai objektif beli vitamin tu supaya tak membazir duit membelinya.

■ Jadi izinkan fina guide betul-betul cara korang makan vitamin tu. Fina dah banyak jumpa customer yang mengadu tak dapat guide yang betul. So please follow tips fina nanti. Sebab tu semua dari pakar-pakar nutritionist yang berilmu. Bukan main reka je ikut cita rasa fina sendiri..hihi..

❤STEPS UNTUK BELIAN SECARA CASH ON DELIVERY (COD)❤

1. Mesej/whatApp/call fina untuk beli produk apa berserta kuantiti.

Cth : akak, saya nak beli 2 botol vitamin E, 5 botol Vivix dan 8 botol GLA.

2. Berikan lokasi dan masa untuk COD. Contohnya nak COD dekat Giant Shah Alam pada jam 5 petang esok.

● COD area fina meliputi:

> Shah alam

> Telok panglima garang

> Banting

> Klang

3. Jumpa di tempat COD yang dah kita persetujui dan jual beli akan berlangsung di depan mata kita. Kelebihan COD bersama Fina! (ade special diskaun kot)

■ Fina akan guide sepanjang korang makan vitamin tu okay. Fina nak pastikan korang capai objektif beli vitamin tu supaya tak membazir duit membelinya.

■ Jadi izinkan fina guide betul-betul cara korang makan vitamin tu. Fina dah banyak jumpa customer yang mengadu tak dapat guide yang betul. So please follow tips fina nanti. Sebab tu semua dari pakar-pakar nutritionist yang berilmu. Bukan main reka je ikut cita rasa fina sendiri..hihi..

Amaran! Jika Bukan Pengamal Vitamin Shaklee Sila Baca.

Assalamualaikum w.b.t..​

Sebelum makan vitamin shaklee, fina sendiri memang bukan jenis sembarangan nak makan supplemen. Fina akan research dan buat survey dulu..sampai betul2 puas hati baru fina akan cuba. Takut juga pada long term effect kan..

Akhirnya setelah survey sana sini, fina dapati shaklee antara produk semulajadi yang banyak kajian klinikal dan sudah lama bertahan,waktu tu sudah 60 tahun shaklee bertapak di malaysia. Di luar negara lebih dari 90 tahun. Jika produk tak selamat, mana mungkin ia boleh bertahan begitu lama bukan?..
Dan sekarang fina bertambah-tambah yakin bila baca sendiri LANDMARK STUDY ni. Ianya bukan dikeluarkan oleh shaklee ye..tapi oleh pihak ketiga yang bertauliah. Jom baca sharing dari seorang kawan fina ni di facebooknya. Sangat menarik perhatian fina untuk fina share disini..
❤ Credit to Emma Francisca Luis❤

Shaklee Landmark Study adalah THE FIRST study atau kajian yang direka menilai kepentingan dan risiko pengambilan supplemen. Kajian ini telah dijalankan keatas tiga kumpulan berbeza iaitu:

✔ Pengguna lebih 20 tahun produk Shaklee

✔ Pengguna multi supplemen BUKAN Shaklee

✔ Mereka yang tidak mengamalkan supplemen

Meskipun kumpulan berbeza, namun usia, bangsa, berat dan jantina bagi setiap kumpulan ini adalah SAMA.Ingin ditekankan disini bahawa, Landmark Study ini dijalankan SEPENUHNYA oleh pihak ketiga (Independent Study) dan tidak melibatkan sama sekali pengaruh Shaklee dan saintis-saintis Shaklee.

Selama ini kita sering mendengar berlambak produk diluar yang CLAIMED bahawa produk masing-masing boleh memperbaiki tahap kesihatan individu dengan kehebatan produk masing-masing. 

Tetapi adakah kita PERNAH melihat dan meneliti BUKTI yang boleh mengesahkan bahawa memang benar produk tersebut dapat meningkatkan tahap kesihatan manusia? Memang ada! malangnya hampir semua tidak menunjukkan bukti kajian klinikal yang dijalankan keatas produk mereka yang akhirnya membawa kepada lambakan ‘supplemen sampah’ dipasaran.

Kebanyakan clinical study yang dijalankan keatas produk (bukan Shaklee) menunjukkan mereka menjalankan kajian paling lama 2-3 tahun, WALHAL disease take 20 to 30 years to develope! Shaklee Landmark Study dijalankan keatas pengguna Shaklee yang telah menggunakan produk Shaklee selama 20 tahun ke atas! Bermaksud, Shaklee Landmark Study telah dijalankan julung-julung kalinya untuk melihat kepentingan kesan jangka panjang pengguna suplemen.

Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai oleh Dr. Gladys Block (Saintis Terbaik dalam bidang Nutrisi):

🌱 The Landmark Study adalah yang julung kalinya dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan supplemen.

🌱 The Landmark Study adalah yang julung kalinya dijalankan untuk melihat keberkesanan jangka panjang penggunaan suplemen.

🌱 The Landmark Study adalah yang julung kalinya dijalankan untuk melihat aspek keselamatan pengamalan suplemen.

BIRU – TAK MAKAN VITAMIN

MERAH – MAKAN VITAMIN SELAIN SHAKLEE

HIJAU – MAKAN VITAMIN SHAKLEE

HASIL KAJIAN:
🎀 Nutrisi di dalam suplemen Shaklee adalah sangat “bioavailable”–nutrisi tersebut mudah diserap dan dapat digunakan oleh tubuh dengan baik, terbukti melalui kandungan nutrisi dalam darah yang lebih baik berbanding dua kumpulan sasar MV dan tanpa suplemen.

🎀 Pengambilan nutrisi Shaklee membantu pengamalnya untuk mendapatkan level biomarkers yang lebih sihat, mengurangkan risiko mendapat penyakit. 

🎀 Pengguna suplemen Shaklee menunjukkan mereka mempunyai kadar yang rendah dalam mendapat penyakit.

Shaklee suplemen adalah SELAMAT tanpa menyebabkan pengumpulan nutrisi pada aras toksik dalam tubuh pengguna.

MALAH..Dr. Gladys Block turut mengakui bahawa hasil kajian beliau mendapati ianya sangat mengagumkan dan menyokong keberkesanan pengamalan supplemen Shaklee dalam jangka masa yang lama!

For Your Info..

The Landmark Study ini tidak boleh digunakan oleh mana-mana syarikat supplemen lain. HANYA SHAKLEE. Ini kerana, kebanyakan syarikat tidak mempunyai standard “Quality Assurance” seumpama Shaklee. 

Terlalu sedikit syarikat supplemen yang menjalankan clinical study untuk produk mereka. Bermaksud ciri-ciri keselamatan, keberkesanan dan kesemulajadian suplemen mereka adalah tidak terjamin.

KESIMPULANNYA:

THE FIRST EVER study yang dijalankan tersebut membuktikan TAGLINE SHAKLEE: Always Work, Always Safe, Always Green  ini adalah benar.

#landMarkStudy #ProvenStudy #ShakleeTheBestSupplement #tsunamishaklee #ptstim9

Target Fina Nak Bantu 3 Golongan Pada August 2016

​Adakah anda tergolong dalam target fina untuk fina bantu bulan ni? Jom kita tengok gambar di bawah..

Alhamdulillah setelah fina fikir-fikir, inilah target terbaik fina pada bulan Ogos ni. Kenapa 3 golongan ni ye. Kenapa bukan golongan yang lain..haaa..

Pangalaman fina sendiri mengandung, berpantang dan menyusukan 2 orang cahaya mata bersama shaklee inilah membuatkan fina terpanggil utk menulis target2 ni. Seronok rasanya bila dapat bantu mereka untuk menjadi lebih sihat sebab kita pun dah rasakannya..😊

Jadi bulan ogos ni fina target untuk bantu :

❤10 orang ibu berpantang yang nak baikkan luka bersalin dengan cepat & nak cergas serta bertenaga sepanjang tempoh pantang

❤10 orang wanita yang sedang hamil tetapi mempunyai masalah seperti HB rendah, tekanan darah tak stabil, kencing kotor, kejang2 kaki, diabetes ketika hamil, sembelit dan pedih ulu hati.

❤10 orang wanita / pasangan yang ingin hamil tetapi ada masalah seperti PCOS, fibroid, csyt, period tak teratur, senggugut yang teruk dan berat badan berlebihan.

Semoga Allah temukan fina dengan mereka untuk fina bantu dengan vitamin shaklee berdasarkan pengalaman fina sendiri serta kwn2 rapat yang sudah pun berjaya lalui masalah yang sama..😄
SPREAD THE STORY..SPREAD THE LOVES..😍🤗

Benarkah Barbara Bebas Kanser Payudara Kerana Vivix Shaklee?

​++ Kisah Benar Seorang Pesakit Kanser ++

Nama saya Barbara..Pada Oct 2006 saya telah di disahkan mempunyai kanser payudara. Doktor dapati ada 2 ketulan.

Sejak dari tu saya telah menjalani berbagai rawatan antaranya kemoterapi, herceptin, radiation dan partial hysterectomy.

Habis saja kemoterapi saya mengambil 4 jenis produk shaklee iaitu Nutriferon, Vitalea, Ostematrix dan Vita C. 

6 bulan sebelum next check up saya tambah vivix dalam list produk shaklee saya. 

Doktor yang merawat saya, yang juga Ketua Oncologist Surgical di bahagian ‘breast department’ di Moffitt Cancer Centre Tampa, Florida berkata kepada saya..

” KEPUTUSAN DARAH SAYA SANGAT BAIK ”

Mendengar dia berkata seperti itu saya pun semakin teruja. Jadi saya pun bertanya ada tak ubat yang boleh menyembuhkan penyakit kanser yang saya alami?

Doktor kata TAK ADA.. Tetapi ada satu ‘bahan’ yang telah berjaya merawat pesakit kanser. ‘Bahan’ tersebut juga dapat mengelakkan dari terjadinya semula penyakit kanser payudara dan prostat.

Dan Moffitt Cancer Centre sendiri telah melabur sebanyak satu juta dollar untuk ujian klinikal terhadap bahan tersebut untuk membuktikan keberkesanannya.

Saya pun terus bertanya apakah BAHAN tersebut..Lalu dia pun menyebut ia adalah ‘RESVERATROL’.

Lantas saya pun terus berkata dengan penuh semangat. ” Saya sudah mengambil Vivix Shaklee(Resveratrol) selama 6 bulan. Doktor juga nampak sangat terkejut dan berkata:

” AWAK ADALAH ORANG PERTAMA YANG BERI KEPUTUSAN YANG SANGAT BAIK SETELAH MENGAMBIL RESVERATROL. BOLEH KE AWAK MENJADI PESAKIT SAYA YANG MENYOKONG SEPANJANG KAJIAN SAYA NANTI”

Pengambilan Vivix, Nutriferon dan beberapa vitamin shaklee yang lain telah membuatkan saya tidak takut lagi kepada kanser.

 Saya lebih yakin setelah mengetahui produk shaklee dapat meyembuhan dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan penyakit kanser dari menyerang saya lagi..😊😊

Terima kasih kerana sudi membaca.. semoga bermanfaat..😉

Simple Tapi Cantik|DIY Birthday Project Berjumlah RM50

Assalamualaikum w.b.t..

Semalam adalah tarikh istimewa buat kami sekeluarga kerana ianya adalah hari kelahiran buat suami fina Mohd Amiruddin Bin Hamzah. Dah masuk 32 tahun dah.. syukur Allah panjangkan usia untuk menambahkan lagi tabung akhirat..😊

Jadi setelah 4 tahun mencipta kasih sayang bersama fina pun teringin membuat sedikit kelainan untuk sambutan hari lahir suami yang tercinta. Kalau sebelum-sebelum ni biasanya fina beri hadiah je. Kalau sambut pun paling kuat kami makan bersama-sama ahli keluarga yang lain di luar..

Tapi kali ni teringin nak buat kelainan. Fikir punya fikir tercetus la idea nak sambut di rumah sahaja tetapi dalam suasana yang lebih istimewa. Dengan berbekal kan bajet RM50 fina pun pergilah ke Daiso Bukit Tinggi untuk membeli segala peralatan untuk decoration yang diperlukan.

Memang fina nak buat simple je dan dalam masa yang sama bertemakan keceriaan supaya anak-anak pun suka dan teruja nak sambut birthday ayahnya.. masa nak deco tu tak payah cakap lah kan memang bersilat panggung la dengan 2 orang puteri fina tu..hihi.. Alhamdulillah siap juga.. inilah dia hasilnya.. jangan gelak ye.. habis kreatif dah ni..hihi..😄

Okeh..dah banyak dah rasanya gambar diorang berdua nih.. dah macam birthday diorang je..hihi.. takpela..nanti birthday azra dan amna ibu buat lagi meletup. Biasa kalau meletup ni duit memang meletup dan terbang jauh-jauh la..hihi..😅

Eh..mana birthday boy.. waktu ni birthday boy dah selamat krooh..kroohh dah.. hihi.. sian dia sebab dia kerja malam tak cukup tidur. Jadi bagi tidur puas-puas dulu sebabnya next program fina nak belanja makan tengah hari dan malam pulak..seronok kan..tak sabar nak tunggu birthday sendiri..😁

Okay..apa-apa pun semoga korang terinspirasi(erkkk!!).. hahaha.. of course la korang punya lagi kreatif..so jom la share kat bahagian komen ni..bleh la fina ciluk idea untuk next birthday..😉

Nor Shafina Mohd Din

Hp: 013-2787508

Spread The Stories..Spread The Loves..

Promosi Ogos 2016 Sangat Dinantikan

Assalamualaikum w.b.t..

Mesti ramai kawan-kawan kat luar sama tu tertunggu-tunggu apakah promosi shaklee untuk bulan ogos ni. Vitamin apakah yang kita boleh beli dengan harga yang sangat runtuh tu..okeh tak nak cerita panjang.. inilah dia vitamin yang sedang hangat di promosikan syarikat shaklee sekarang..

Jadi mai pakat ramai-ramai beli vitamin yang tengah promosi iaitu OSTEMATRIX SHAKLEE DAN VITALEA KIDS ni kerana ianya lebih murah dari biasa. Tempoh promosi sampai 31 August 2016. Jadi segeralah PM fina jika berminat. Jangan tunggu-tunggu lagi..
Hubungi fina di,

Hp: 013-2787508

Email : ibuazra2012@gmail.com.

Spread The Story..Spread The Loves..

Keistimewaan B-complex Shaklee

Para saintis shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folic semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat di pasaran bersifat sintetik.

B-complex shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air. Jadi sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-complex setiap hari.

Note : B-complex shaklee tidak akan menyebabkan rosary fungus atau pun infected active yeast bacteria seperti B-complex lain yang di extract dari beer yeast.

MANFAAT UTAMA B-COMPLEX SHAKLEE

MENUKAR MAKANAN KEPADA TENAGA. – Bantu penghadaman, menukar lemak karbohidarat dan  protin kepada tenaga dah sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

 MELAWAN TEKANAN – Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dah insomnia.

 MEMBANTU TUMBESARAN – Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal untuk bayi dan kanak-kanak. Juga membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

 RAMBUT BERUBAN DAN GUGUR. – Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

BAIK UNTUK MATA. – Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.

 MENCEGAH ANEMIA. – Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang pengaliran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat dan mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

 MEREDAKAN SENGGUGUT. – Baik untuk masalah senggugut(PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang ambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

 MENCEGAH PERLCCHE. – Dikenali juga sebagai kerekahan mulut(mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah(glossitis), nafas berbau.

 DETOKSIFIKASI. – Meredakan alahan.

Bagaimana Memilih B-complex yang Baik?

  • Pastikan ia mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik dan Biotin sebagaimana yang dinyatakan dalam RDA.(Kesemua perlu diambil dalam masa yang sama)
  • Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
  • Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.
  • Elakkan pengambilan B-complex yang menawarkan rumusan larut air(sustained release).

Persoalan 1: MENGAPA URIN MENJADI KEKUNINGAN?

》 Ia merupakan situasi NORMAL kerana B-complex merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringakat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke masa.

Persoalan 2: MENGAPA KITA RASA CEPAT DAHAGA?

– B-complex merangsang METABOLISMA dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan.

CADANGAN PENGAMBILAN B-COMPLEX SHAKLEE

  • Untuk kesihatan berpanjangan > 1 biji sehari(selepas makan)
  • Untuk rambut gugur, anemia, kesakitan > 2-3 kali sehari, 1 biji (selepas makan)
1 2