Monthly Archives: September 2016

5 Tips Boleh Zikir Secara Konsisten- Kunci Ketenangan

Assalamualaikum w.b.t..

Sebelum join bisnes shaklee, jujur fina memang tak ada terfikir untuk zikir secara serius. Maksudnya fina tak ada tetapkan berapa kali mesti selawat lepas solat, berapa kali mesti istighfar dalam sehari.. 

Memang tak ada pun semangat atau keinginan tu untuk ‘pastikan’ fina berzikir setiap hari..Cuma buat zikir2 biasa lepas solat.. itu pun kalau ade kerja tu zikir sikit-sikit.. belum ada lagi rasa rugi atau bersalah kalau tak zikir mase tu..

Syukur Alhamdulillah sangat sejak join bisnes shaklee Allah bimbing sikit2 hati dan jiwa untuk lebih dekat kepadaNya..walaupun pada awalnya fina buat sebab nak penuhi master checklist yang upline kasi, namun sekarang sudah semakin sebati dalam diri. 

Bila tak buat tu rasa ada yang kurang dan rasa tak lengkap je..macam bila tak solat lagi, haa macam tulah rasanya. Syukur sangat Allah letakkan perasaan tu dalam hati fina. TandaNya Allah nak kita dekatkan diri kepadaNya..

Panjang pulak luahan perasaan..hehe.. okay..jom fina share zikir apa yang fina sedang amalkan setiap hari.. lagi satu..dalam bisnes shaklee di dalam group fina, KUNCI PAPA SAHAJA KEJAYAAN ADALAH DEKAT DENGAN ALLAH S.W.T..

LIST ZIKIR FINA SETIAP HARI

1. Istighfar 100x

2. Syahadah 100x

3. Ya Quddus 300x

4. La haw la wala quwwata…(sampai habis) 100x

5. Ya Hayyu Ya Qayyum 313x

6. Ya Wahhab 1000x

Ini adalah senarai fina setakat ni.. nak buat lebih lagi amatlah digalakkan..tetapi seeloknya buat sikit-sikit sehingga konsisten. Kalau terus banyak dikhuatiri buat sehari dua je.. hari seterusnya dah tak buat dah sebab rasa ‘overload’..

Allah s.w.t. pun suka kan amalan yang sedikit tetapi berterusan berbanding amalan yang banyak tetapi sekejap-sekejap je.. jadi marilah kita berusaha untuk berzikir setiap hari. Tetapkan target zikir kita agar kita sentiasa terpandu..

Apakah  5 Tips Fina untuk Berzikir Secara Berterusan?

  • ADA TARGET DAN LIST – bila dah set target dalam sehari berapa kali mesti berzikir, kita pastinya akan lebih bersemangat untuk berzikir. Masukkan juga dalam list harian kita.
  • TAHU DAN FAHAM KENAPA MESTI BERZIKIR SETIAP HARI. – zikir adalah tanda kita bersyukur dengan segala rahmatNya yang tak terkira…tanamkan juga perasaan rugi andainya dalam sehari kita 
  • NIAT UNTUK ISTIQAMAH SUNGGUH-SUNGGUH. – niat la sungguh-sungguh untuk istiqamah berzikir. kerana di dalam islam segalanya bermula dengan niat. Semakin murni niat semakin banyak rahmat turun untuk menmpuhi dugaan mendatang.
  • DOA SUPAYA TERUS ISTIQAMAH BERZIKIR – doa adalah senjata utama orang mukmin..sentiasa memohon pada Alllah s.w.t. diberi kekuatan untuk terus ustiqamah berzikir dalam apa jua keadaan dan di mana sahaja.
  • KURANGKAN PILIHAN – Manusia ni jika diberi pilihan pastinya nak pilih yang mudah-mudah saja. Jadi elakkan dari mempunyai pilihan. Mahu atau tak kita mesti buat. Contohnya, boleh istighfar 100x sehari dan boleh juga 20x sehari. Pastinya banyak yang memilih 20x sehari. Tetapkan sahaja 100x sehari fullstop!

Alhamdulillah semoga tips-tips ni dapat membantu pembaca untuk terus bermujahadah berzikir secara istiqamah mulai saat ini. Fina mengalu-alukan sangat pembaca untuk share tips ini kepada orang lain di luar sana. Semoga ianya menjadi pencen kubur fina dan jugak pembaca yang sudi share entri ini di media sosial yang lain..

Sekian dari fina..Assalamualaikum w.b.t..:)

TASK 2 ‘Jom Ibu Jom Ayah’ : Cop-cop Si Batang Pisang..

Assalamualaikum w.b.t..

Aktiviti seterusnya adalah mengecop menggunakan batang pisang. Fina yakin semua pun pernah buat aktiviti ni masa kat sekolah dulu kan.. waktu tu sibuklah suruh mak ayah carikan batang pisang sebab cikgu suruh bawak ke sekolah..hihi..

Aktiviti ni kami wat waktu malam seperti aktivit-aktiviti sebelum ni. Bermula jam 9 malam sehinggalah 10 malam. Tapi selepas habis aktiviti fina berpendapat aktiviti yang agal rumit ni( dengan air boleh tumpah bila-bila masa, kaler air pun boleh sampai ke mula) elok sangatlah dilakukan di luar rumah pada waktu siang..

Biasalah bila budak 2 dan 4 tahun main kaler air ni..habis kaki pun dikalernya..kita nak marah pun tak boleh sebab dia sedang beraktiviti explore benda yang baru..memang itu pun tujuan kita kan, untuk ransang minda dan pergerakan psiko moto dia..selain kita nak beri 200% perhatian pada diorang.

So next time memang kene buat di kawasan luar rumah dan pada waktu siang. Jadi panjang sikit la masa tu..sempat lah kita nak mengemas semula dan mandikan diorang balik sebab dah kotor bermain..

Bahan-bahan Aktiviti Cop-Cop Si Batang Pisang

1. Batang pisang dipotong pendek

2. Kaler air

3. Pallet 

4. Kertas lukisan

5. Surat khabar utk alas semasa mengecop

Jom tengok gambar diorang sedang beraktiviti.. macam biasa la..ibu camerawoman, jadi tak ada lah dalam gambar. hihi..

Alhamdulillah seronok sangat melayan diorang. Macam-macam ragam tapi keadaan masih terkawal walaupun dah ada tanda-tanda nak buat onar tu..hihi.. next time boleh buat lagi dan cari bahan lain pulak selain batang pisang..apa eh?? ermm..tak apa lah..tu pikir kemudian..tapi kalau ada idea share ye.. sekian..assalamualaikum..:)

DAY 1 : Aktiviti Mewarna Bersama Ibu Dan Ayah

Assalamualaikum w.b.t..

Malam tadi bermula lah aktiviti pertama yang kami rancang setiap malam untuk anak-anak. Aktiviti akan berjalan selama sejam bermula dari pukul 9 malam hingga jam 10 malam. Dan ibu dan ayah WAJIB join sekali aktiviti ni dengan penuh perhatian dan perasaan..hihi..

Aktiviti ni bukannya azra tak pernah buat.. kalau ikutkan dah banyak kali azra mewarna atau menulis. Bezanya kali ni ayah dan ibu wajib mewarna sekali. Segala gadjet seperti TV, HP mesti di OFF kan sepenuhnya. Jadinya rumah hanya akan kedengaran suara gelak tawa ibu ayah dan anak-anak.😊

Untuk beri anak2 mood mewarna yang baru, jadi fina pun beli buku dan pensel warna yang baru untuk mereka. Dan fina belikan 2 set, satu untuk Nur Azra( 4 tahun) dan satu untuk Nur Amna (2 tahun). 

Pada mulanya fina nak beli satu set saja untuk diorang mewarna bersama-sama. Tapi suami fina beri pendapat untuk beli sorang satu dulu untuk aktiviti yang awal-awal ni.. bagi diorang rasa seronok dengan teruja dulu dengan aktiviti.. tak adalah nanti aktiviti jadi tak best bila ada drama rampas-merampas kan..

Sebelum memulakan aktiviti, kami ‘memancing’ azra untuk solat maghrib berjemaah dan seterusnya mengaji. Kami cuba untuk terapkan sebelum boleh berseronok atau bermain mesti solat dan mengaji terlebih dahulu. Andai kata dia tak mahu juga, jangan paksa. Nasihat dengan lemah-lembut dan bersangka baik pada anak-anak.

Sebelum jam 9 malam, kami memang tak keluarkan apa-apa lagi bahan untuk aktiviti tersebut seperti pensel warna dan buku. Waktu tu kita boleh lihat yang dia sangat teruja untuk beraktiviti.. asyik-asyik tanya dah pukul 9 ke belum.. si kakak la kan..adiknya tak pandai cakap lagi..hihi. 

Disini fina kongsikan beberapa gambar ketika aktiviti berlangsung.. gambar ibu memang tak ada ye sebab ibu camerawoman. Hihi..

Sekian saja perkongsian fina untuk aktiviti bersama anak-anak.. yang penting ibu ayah mesti join anak-anak beraktiviti dan betul-betul menjadi ‘kawan’ dia supaya mereka rasa disayangi dan jiwa mereka penuh dengan kasih-sayang walaupun dalam waktu yang singkat..

Nanti fina share lagi untuk aktiviti malam ni pulak ye.. selamat membentuk keluarga yang bahagia dan diredhai Allah..🤗

Betul ke Salah Diet Boleh Gemok? Jom Baca Kisah Makcik Yoyo ni


“Dah Kurus ..Tapi Habis Je Diet Makin Gemok Makcik Yoyo Ni Tau..”


Pernah dengar tak istillah YOYO DIET?
*Sebelum tu mesti tahu 

salah satu fungsi lemak dalam badan adalah untuk melindungi badan daripada toksin atau pun benda asing yang boleh memudaratkan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tak faham dengan gambar ni? Jom fina terangkan dalam bahasa yang lebih mudah supaya senang nak faham..
 Yoyo diet ni terjadi apabila seseorang tu cuba untuk kurus dengan kurangkn makan semata-mata. Apabila kurang makan, lemak juga berkurangan..
Tetapi dalam masa yang sama tahap toksin dalam badan menjadi semakin meningkat kerana badan tidak mendapat nutrisi yang cukup sepanjang diet..

Nutrisi penting untuk badan bekerja lebih efisyen untuk membuang toksin. Akhirnya berlaku pengumpulan toksin dan juga merendahkan metabolisma badan.
Walaupun badan sudah kurus pada waktu tu, kandungan toksin yang tinggi menyebabkan badan secara semulajadi beri signal untuk simpan lemak.
Semakin banyak toksin dalam badan semakin banyak la lemak diperlukan untuk tujuan melindungi badan. Akhirnya kembali lah badan kepada yang asal..
Paling menakutkan badan boleh jadi semakin gemuk! Jadi JAUHI YOYO DIET kerana tidak mementingkan nutrisi yang badan perlukan untuk bekerja secara semulajadi..

Nak KURUS boleh, tapi pilihlah HEALTHY DIET!!
Pastikan nutrisi cukup dan bersenam. Jadi kan rutin harian, pastinya anda KURUS DENGAN SIHAT🤗🤗
Siapa Cakap makan vitamin nanti gemok, bila badan cukup nutrisi takde sebab la nak gemok, ye dak😉

Alhamdulillah sudah 3 tahun lebih fina makan vitamin shaklee, badan maintain fit dan semakin sihat..Syukur Allah temukan fina dengan Shaklee..

Korang pun nak cuba kurus dan sihat dengan shaklee? Jom klik di sini untuk baca mengenai Set Kurus Shaklee😍

5 Sebab Buat Jatuh Hati Nak Daftar Ahli Shaklee Dengan Fina

​++ 10 perkara Best Jika Daftar Ahli Bawah Fina ++



 5 kelebihan ahli yang fina nyatakan dalam gambar dibawah, yang mana ianya adalah kelebihan yang anda CONFIRM dapat jika mendaftar sebagai ahli shaklee.
TAK KIRA la mendaftar dengan sesiapa pun. Kalo xdapat yang 5 ni cepat2 refer balik kat upline.🤔

So hari ni fina nak cerita lagi 5 keistimewaan ‘exclusive’ hanya untuk yang mendaftar di bawah group fina iaitu THE BLOSSOMS NETWORK (TBN)..
Bila sudah menjadi ahli di bawah group fina, fina dengan penuh kasih sayang akan :
Memberitahu PROMOSI produk shaklee setiap bulan kepada downlines2 yang jarang nak bukak website shaklee. 

~Jadi tak adalah istillah ‘eh kak saya tak tahu pun bulan september ni promosi ESP dan VITAMIN C.’ So awal2 bulan fina akan blast mesej berkenaan Promosi.
Follow up untuk tahu sejauh mana anda ikut jadual makan yang fina sediakan. 

~Dan fina jugak akan pastikan anda rasa kesan POSITIF setelah makan vitamin dengan tips dan cara makan yang sesuai dengan badan masing-masing.
❤Dengan group support yang sangat besar dan berpengalaman, anda boleh bertanya apa sahaja masalah kesihatan untuk kita cari jalan penyelesaian yang terbaik.

~ Cthnye, bayi dah 10 hari tak berak, adakah normal atau bermasalah? Kita boleh bincang dan beri pendapat. Tak semestinya berkaitan vitamin sahaja.
❤Memberi tahu jika anda hampir LAYAK untuk mendapat bonus shaklee. 

~Sebab kadang-kadang bila makan sendiri ramai yang tak aware kiraan bonus shaklee. Sayang la jika lagi 2 3 point nak dapat bonus tapi tak layak sebab tak tahu nak kira.
KEEP IN TOUCH dengan semua downlines fina. Fina suka jika dapat menjadi ‘kawan’ kepada downlines2 fina untuk berkongsi cerita dan pengalaman.

~ Dah ramai jugak downlines2 fina yang dulunya memang kami tak pernah kenal, kini kami boleh kongsi cerita tentang anak dan lain2 lagi..Saling bertukar ilmu dan pandangan, seronok kan😊
Sekian sahaja dari fina untuk hari ni.. jom wasap fina cepat.. jangan malu-malu nak rebut semua kelebihan menjadi ahli dibawah group fina.😉

Kenapa Saya Pilih Produk Shaklee untuk Saya Jual

​++ Kenapa Mesti Produk Shaklee  ++

Sebagai penjual vitamin, kita sendiri mesti FEEL and LOVE the product sebelum kita menjual.. untuk dapatkan feel dan love tu kita sendiri mestilah makan secara konsisten..betul tak? Kalau makan pun culas-culas macam mana nak rasa kesannya dan bukanlah dikatakan pengguna yang setia.

Bila dah jadi pengamal, kita pastinya rasa kesan-kesan produk yang kita makan tu. Selalunya bila dapat kesan-kesan positif kita akan lebih teruja dan yakin untuk berkongsi dengan orang lain..bukan buat-buat ye. Sebab ‘excitement’ nak bercerita tu tak boleh dibuat-buat..
Dulu fina berkongsi kebaikan shaklee sebab fina suke dengan kesannya pada badan fina..rasa badan lebih sihat dan bertenaga je..susu pun maintain je meriah walaupun puasa atau penat bekerja..waktu tu ambil set menyusu shaklee(sampai sekarang pun masih tegar dengan set yang sama😍). 
Tapi hari ni fina nak revealed sikit SEBAB KEDUA TERBESAR yang buat fina nak terus berkongsi kebaikan shaklee dengan semua orang. Perkara ini jugak dah buat fina bertambah-tambah yakin dan tak rasa bersalah untuk ajak orang makan vitamin shaklee. Apsal pulak nak takut kan? Kita mungkin menjadi penyelamat kepada orang lain😉
Jom kita baca poster ni betul2.. jawapannya ada disitu..🤗

Nak tahu lebih lanjut mengenai landmark study? Jom baca DISiNi..

Sekian saje dari fina.. apa-apa nak tanya boleh wasap, mesej atau call fina terus ye.. Salam ukhuwahfillah..Assalamualaikum w.b.t..

Vitamin Shaklee Untuk Cyst di Payudara

Assalamualaikum w.b.t..

Nak dijadikan cerita, tengah hari tadi fina masuk ke office di tempat kerja untuk top up air masak yang dah habis. Sambil-sambil tu berborak dengan rakan sekerja baru. Boleh kata macam sesi nak kenal-kenal la. Inilah baru ada peluang untuk berborak selain hal kerja.

Dah abes tanya tinggal kat mana semua, adik tu pun ntah macam mana terkeluar cerita pasal dia kene appendix. So dah bedah dah buang appendix tu sebab dah pecah. Sakit sangat katanya masa kene tu dan tak boleh nak berdiri tegak.

Kemudian dia sambung lagi, tapi sebenarnya kak, saya ada satu masalah lagi.. sambil tersengih-sengih. Berdebor pulak kita nak tahu kan. Kali ni muka dia gelak campur serius. ‘Saya ada cyst di payudara’ 😦😦. Fuhh..terkejut fina dengar dan waktu tu fina terus terfikir kisah kawan fina yang ada ‘lumps’ kat payudara jugak.

Adik tu pun cerita lagi yang dia dah pernah operate untuk buang cyst tu 4 tahun yang lepas.

Tapi bila buat research rupanya lumps and cyst benda yang sama. 

|Promosi September 2016| ESP Shaklee Dan Vitamin C Sustained Released

Assalamualaikum w.b.t.. Salam September 2016!

Rasanya belum terlambat untuk fina bagi tahu mengenai promosi vitamin bulan ni. Kali ni shaklee telah memilih vitamin kegilaan ramai para wanita terutamanya, iaitu ESP( Energising Soy Protien) dan Vitamin C Sustained Released!!

Memang melompat la penggemar ESP dan Vitamin C bulan ni. Mana taknya, boleh beli dengan harga yang lebih murah berbanding harga asal. Dan yang paling best expiry date ESP ni adalah 2018, jadi boleh beli banyak dan buat stok trus..

Sempena bulan promosi ni, ramai lah pengguna tegar ESP dan VitaminC datang memberi pengakuan terhadap dua vitamin ni. Macam-macam la yang diaorang kata.. Jom kita baca sendiri. Mana tahu rupanya kita ni ada masalah yang sama dengan mereka. Jom!

|Tips Bisnes Dari Rumah| Dapat 100 customers setiap hari dengan hanya BERSEDIA!

​++ BERSEDIA SEBELUM BERJAYA ++

Besar impian besarlah dugaan dan cabaran untuk menguji sama ada kita benar2 inginkan impian kita tersebut..
Jadi toksah sedih bila customer tiba2 xjadi nak beli, toksah risau bila hari2 buat sharing tapi belum berhasil dan toksah kecik hati bila orang pandang biz kita sebelah mata..
Itu semua ujian yg Allah beri supaya kita benar-benar bersedia untuk dapat apa yang kita mintk dari Dia..
Biase dengar kan orang cakap kejayaan datang bila sampai masanya..sebenarnya nak bagi tahu yang kejayaan datang HANYA BILA KITA BERSEDIA UNTUK BERJAYA!!
Bayangkan kalo kita minta 100 orang customer sehari dan Allah pun terus beri. Waktu tu knowledge kita pasal produk pun masih kurang dan baru sekali ada pengalaman consult customer.
Rase2 kita mampu tak waktu..? dengan macam2 ragam customer yang kita belum pernah jumpa. Tak ke haru gitu..?
Haaa..thats why la Allah kasi sehari sorang je dulu customer kat kita utk latih skill kita dan dalam masa yang sama kita boleh la menambah ilmu lagi.
So, dah tau la apa kene buat lepas ni untuk dapat 100 org customer setiap hari kan..kene la buat persediaan yang cukup macam nak hadapi 100 orang customers setiap hari..😉
“Spread The Stories..Spread The Loves..”
#tipsBisnesDariRumah #TBNfounder #tsunamishaklee #ptstim9