Monthly Archives: October 2017

Cara Mudah Buat Facial Menggunakan 4 Jenis Vitamin Shaklee

❤ Facial Shaklee Menggunakan Alfalfa,ESP,VitaminE dan Vitamin C ❤
1. Buka liang roma dan buang sel mati menggunakan Alfalfa atau Nutriwhite make up removal.
– hancurkan alfalfa utk jadikannya scrub. Scrub satu muka utk buang sel2 mati n bukak pori2 kt muka.

– bleh jugak sental dgn make up remover nutriwhite utk buang daki2 dan sel mati.
2. Buang minyak n kotoran dengan Nutriwhite deep cleanser. Kalau tak ada boleh pakai pencuci muka biasa.
– dah siap scrub cuci dengan deep cleanser nutriwhite.

-mase ni liang masih terbuka n bersih.
3. Tutup pori2 dengan masker ESP, VitaminC dan VitaminE dengan pastas. Pastikan masker telah siap di bancuh mengikut cara di bawah:-
♡Cara Buat Masker♡
》Hancurkan 1 biji vitaminC bersama sedikit air suam.

》Picit  1 biji VitaminE dan gaulkan bersama.

》Masukkan setengah sudu ESP dan gaul sehingga sebati.
Tepek kan masker ni di seluruh muka dan leher. Kemudian biarkan selama 30 minit. 
Apabila sudah kering boleh la bilas dan lap kering.
Selamat Mencuba!!!
Anda akan mendapati kulit lebih cerah, lembut dan halus je selesai facial nanti. 
Jerawat anda akan mengecut, blackhead dan whitehead semuanya akan bersih dari kulit anda.
Facial Shaklee Memang Terbaikk!!!

Pertama Kali Check Kolestrol di Farmasi 

Assalamualaikum semua..

Baru-baru ni sedang fina menunggu kereta fina di bengkel untuk tukar tayar, fina sempat ke farmasi yang dekat dengan bengkel tersebut. Dah lama tanam hajat nak check kolesterol dalam darah ni.. akhirnya hari tu dapat jugak la fina check di Farmasi Ariv tu..

Sebelum check tu ada jugak la rasa berdebar-debar atau debor tu.. takut jugak resultnya mengecewakan atau menakutkan.. Yelah, tak pernah check sejak 10 tahun yang lepas. Kolesterol ni bukannya ada tanda-tanda awal ke apa.. sedar-sedar kene strok je..huhu..takut kan..

Tapi dah masuk pun dalam farmasi tu.. teruskan jela.. bila lagi nak check.. takkan dah kene baru nak buat kan..so fina pun terus minta pekerja farmasi tu buatkan.. terbayang-bayang jugak la macam mana la agaknya rupa alat untuk check kolesterol tu..

Lebih kurang je rupanya macam alat untuk check kencing manis tu..ambik darah sikit kat hujung jari pastu letak kat strip alat tu.. dan tunggu result dia.. tak sampai 1 minit dah keluar result dia.. Masa tu fina check untuk gula sekali.. Alhamdulillah keputusan amat lah melegakan.. fuhh.. syukur..

Farmacist tu bagi tau range untuk result kolesterol dan diabetes macam ni..

Kolesterol

Alhamdulillah kak, saya dah hamil 3 bulan | Customer Gugur (1)

Syukur Alhamdulillah..hari ni fina happy sangat dan teruja sangat nak berkongsi kegembiraan ini dengan semua.. baru-baru ni ada seorang customer fina mesej fina seperti mesej di bawah..

Adik ni pernah keguguran dulu. Jadi dia telah membeli Set Menguatkan Rahim dari fina 4 bulan yang lepas. Syukur Alhamdulillah.. sekarang kandungan keduanya telah berusia 3 bulan. Dan happy sangat kerana beliau sihat dan tiada apa-apa masalah kesihatan. Semoga terus dikurniakan nikmat sihat itu..Aamiin..

Jadi jika mommies di luar sana pernah keguguran jangan risau dan bersedih.. Jangan putus asa untuk terus BERDOA dan BERIKHTIAR.. Mengambil supplemen yang boleh menguatkan rahim mommies mungkin dapat menyelesaikan masalah keguguran yang di alami seperti adik ni..

Hal ini kerana faktor kekurangan nutrisi boleh jadi penyumbang terbesar kepada keguguran selain faktor fizikal( seperti terjatuh) dan juga stress.. Apabila nutrisi cukup dan lengkap, sel-sel badan akan berfungsi dengan baik dan hormon juga akan lebih efisyen bekerja. Menjadikan rahim mommies lebih kuat dan sihat..

Sekian sahaja perkongsian dari fina.. Semoga memberi manfaat dan membantu mommies di luar sana yang mempunyai masalah yang sama.. Ingat pesan fina, never give up to try our best. Allah tak pernah putus asa dengan kita. Sangatlah tak patut jika kita cepat berputus asa dengan rahmat Allah.. Keep praying and do something!

Tekan link untuk Terus Whatsapp Fina tanpa perlu save no dahulu..

www.wasap.my/60132787508

www.wasap.my/60132787508

www.wasap.my/60132787508

Jangan segan untuk hubungi fina bagi sebarang pertanyaan.. In shaa Allah fina akan bantu sebaik mungkin.. Fina sangat teruja dan seronok jika dapat membantu mommies yang lain dalam perjalanan yang indah dan berharga ini..(^_^) 

Appreciate Your Beautiful Pregnancy Journey 

Salam Sayang,

Dari Fina..

‘Founder of The Blossoms Network’

~A loving mother that so commited to help mommies out there to enjoy their beautiful pregnancy journey towards the end..

Belajar Tafsir AlQuran Bersama Ustaz Nouman Ali Khan

Assalamualaikum semua… Salam pagi Ahad.. Ari ni fina nak berkongsi seorang ikon yang telah menjadi ustaz favaourite fina sejak sebulan yang lepas.. Setiap hari rasa nak dengar je ceramah beliau yang sangat best itu.. 

USTAZ NOUMAN ALI KHAN

Pastinya semua orang biasa dengar nama ni kan.. Beliau sangat terkenal di seluruh dunia. Ilmu yang disampaikannya buat kita lebih kagum dengan mukjizat AlQURAN itu sendiri.. Cara penyampaian sangat mudah untuk kita fahami.

Beliau banyak membuat ‘Khutbah’ mengenai ayat-ayat AlQuran dan tafsirannya. Setiap kali mendengar huraian beliau pastinya kita akan terus mengucapkan ‘SubhanaAllah’ kerana terpesona dengan indahnya ayat-ayat Allah s.w.t..

Selama ni kita hanya membaca terjemahan Alquran yang hanya pada ‘surface’ sahaja. Tetapi bila kita ‘go deeper’ dalam ceramah beliau, SubhanaAllah.. kita pasti akan merasai indahnya dan hebatnya AlQuran itu sebagai mukjizat Nabi Muhammad s.a.w..

Syukur di pertemukan dengan Ustaz nouman ini walaupun di alam maya.. Banyak sangat video beliau di Youtube yang kita boleh dengar dan membuatkan kita terus memahami ayat AlQuran dengan lebih dalam dan memberi makna lagi..

Terima kasih juga kepada insan-insan yang telah mengajak fina untuk mengikuti ceramah dari ustaz Nouman. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas jasa mereka semua. Dan hari ni fina tak nak terlepas peluang untuk mengajak semua pembaca blog fina pula..

https://www.youtube.com/user/BayyinahInstitute

 Boleh klik terus di link ni untuk menonton video-video beliau yang pastinya penuh ilmu dan hikmah.. Sebelum menonton perbetulkan niat kita agar kita boleh beramal dengannya walaupun sedikit. Dan semoga kita boleh mengajak sahabat-sahabat kita yang lain juga ke arah kebaikan..

SELAMAT MENDENGAR DAN MENIMBA ILMU AL-QURAN YANG INDAH DAH PENUH HIKMAH!

Ikhlas dari Fina,

Founder of The Blossoms Network,

Hp: 013-2787508

www.wasap.my/60132787508

www.wasap.my/60132787508

www.wasap.my/60132787508

A lovely mother who’s very excited and commited to help mommies out there to enjoy their pregnancy journey to the fullest!