3 Sekawan Vitamin Untuk Ibu Mengandung Seawal Trimester Pertama

Assalamualaikum w.b.t..

Sejak akhir-akhir ni fina banyak dapat mesej dari pembaca-pembaca blog fina yang meminta nasihat dan tips kerana mereka baru sahaja keguguran. Apa yang fina mampu buat hanyalah memberi semangat dan mencurahkan ilmu yang ada di dada terutama sekali bab pantang selepas keguguran.

Disebabkan itu hari ni fina nak berkongsi beberapa vitamin yang perlu diambil oleh ibu mengandung seawal trimester pertama lagi. Pengambilan nutrisi yang cukup dan seimbang mampu mengurangkan risiko keguguran ketika hamil. Moga-moga dengan izin Allah s.w.t. entri ini dapatlah membantu mommies yang selalu keguguran tu in shaa Allah..

Jom kita tengok apakah vitamin yang fina maksudkan itu..

1. Vitalea (Multivitamin dan Mineral)

  • Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting yang diperlukan oleh badan manusia. Vitamin lengkap ini sangat penting untuk ibu yang sedang hamil untuk menutupi lompong-lompong kekurangan nutrisi mereka.
  • Diet yang seimbang sangat penting untuk membekalkan nutrisi yg cukup, namun di zaman ini terlalu susah untuk mendapatkan nutrisi yang lengkap setiap hari. Mahu atau tidak ianya perlu dilengkapkan melalui multivitamin..
  • Vitalea juga mempunyai kandungan zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah yang penting untuk bayi di dalam kandungan. Kandungan Hemoglobin (HB) yang rendah boleh menjejaskan pembesaran bayi seperti kekurangan berat dan juga berisiko mendapat kelahiran pramatang.

2. B-complex

  • Mempunyai kandungan asid folik yang sangat penting di awal kehamilan. Kekurangan asid folik di awal kehamilan boleh menyebabkan kecacatan tulang belakang bayi.
  • Justeru itu, mana-mana ibu yang merancang untuk hamil dinasihatkan mengambil asid folik sebelum dan setelah disahkan hamil.
  • Bcomplex juga membanu menukarkan gula kepada tenaga dengan lebih efisyen. Hal ini dapat memberi kecergasan kepada ibu yang sedang hamil. Walaupun hamil tetap cergas beraktiviti.
  • Part yang paling best apabila kita mengambil B-complex adalah kurang stress dan mood lebih tenang. Hal ini sangat penting kerana stress boleh menjadi salah satu penyumbang yang besar kepada keguguran dan masalah kesihatan yang lain.

3. Vitamin C Sustained Released

  • Sewaktu mengandung imun ibu mesti ditingkatkan untuk melindungi diri dan bayi dari ancaman kuman dan virus berbahaya. Dan perlu untuk kita tahu ketika hamil, imun ibu akan menjadi rendah dari biasa.
  • Pengambilan vitamin C yg cukup secara berkala akan meningkatkan imun badan ibu untuk memberikan perlindungan terhadap ancaman penyakit yang juga menjadi punca kepada keguguran.
  • Vitamin C juga penting untuk penyerapan zat besi yang sempurna. Apabila zat besi dapat diserap oleh badan dengan baik, HB darah akan meningkat ke paras yang baik.
  • Selain untuk pembinaan kolagen dan kulit yang cantik, vitamin C ni sangat penting untuk pembinaan tulang dan gigi yang sihat. Jika anda mendapati gusi anda selalu berdarah ketika memberus gigi, itu juga tanda anda kekurangan vitamin C.

Vitalea , Bcomplex dan Vitamin C.. inilah 3 sekawan vitamin untuk ibu mengandung yang tak dapat dipisahkan apatah lagi ditinggalkan. Ketiga-tiganya bekerjasama antara satu sama lain untuk memberi perlindungan, tumbesaran dan kesihatan yang baik kepada ibu dan bayi di dalam kandungan.

Jadi ibu-ibu hamil jangan ambil ringan lagi akan kelengkapan nutrisi diri anda serta bayi. Jaga pemakanan anda dan juga amalkan gaya hidup yang sihat. Jauhi stress dan lengkapkan lompong-lompong nutrisi dengan Vitamin 3 sekawan ini..

Untuk mendapatkan 3 vitamin sekawan ini, iaitu Vitalea, Bcomplex dan juga Vitamin C..

Boleh terus call/ Mesej/ Wasap Fina :

》Fina : 013-2787508

》Fina : 013-2787508

》Fina : 013-2787508

Atau pun tekan terus link ni utk direct wasap fina (jika sekarang anda membaca blog fina menggunakan hp) :

■ www.wasap.my/60132787508

■ www.wasap.my/60132787508

■ www.wasap.my/60132787508

~Fina juga menyediakan khidmat COD di sekitar kawasan:

☆ Telok Panglima Garang, Selangor

☆ Shah Alam, Selangor

☆ Bukit tinggi Klang, Selangor

☆ Banting, Selangor

☆ TUDM Sg.Besi, Kuala Lumpur.

Selain dari kawasan di atas, fina menyediakan khidmat pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Barang biasanya akan sampai 2-3 hari bekerja.

SPREAD THE STORIES, SPREAD THE LOVES

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge