Belajar Tafsir AlQuran Bersama Ustaz Nouman Ali Khan

Assalamualaikum semua… Salam pagi Ahad.. Ari ni fina nak berkongsi seorang ikon yang telah menjadi ustaz favaourite fina sejak sebulan yang lepas.. Setiap hari rasa nak dengar je ceramah beliau yang sangat best itu.. 

USTAZ NOUMAN ALI KHAN

Pastinya semua orang biasa dengar nama ni kan.. Beliau sangat terkenal di seluruh dunia. Ilmu yang disampaikannya buat kita lebih kagum dengan mukjizat AlQURAN itu sendiri.. Cara penyampaian sangat mudah untuk kita fahami.

Beliau banyak membuat ‘Khutbah’ mengenai ayat-ayat AlQuran dan tafsirannya. Setiap kali mendengar huraian beliau pastinya kita akan terus mengucapkan ‘SubhanaAllah’ kerana terpesona dengan indahnya ayat-ayat Allah s.w.t..

Selama ni kita hanya membaca terjemahan Alquran yang hanya pada ‘surface’ sahaja. Tetapi bila kita ‘go deeper’ dalam ceramah beliau, SubhanaAllah.. kita pasti akan merasai indahnya dan hebatnya AlQuran itu sebagai mukjizat Nabi Muhammad s.a.w..

Syukur di pertemukan dengan Ustaz nouman ini walaupun di alam maya.. Banyak sangat video beliau di Youtube yang kita boleh dengar dan membuatkan kita terus memahami ayat AlQuran dengan lebih dalam dan memberi makna lagi..

Terima kasih juga kepada insan-insan yang telah mengajak fina untuk mengikuti ceramah dari ustaz Nouman. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas jasa mereka semua. Dan hari ni fina tak nak terlepas peluang untuk mengajak semua pembaca blog fina pula..

https://www.youtube.com/user/BayyinahInstitute

 Boleh klik terus di link ni untuk menonton video-video beliau yang pastinya penuh ilmu dan hikmah.. Sebelum menonton perbetulkan niat kita agar kita boleh beramal dengannya walaupun sedikit. Dan semoga kita boleh mengajak sahabat-sahabat kita yang lain juga ke arah kebaikan..

SELAMAT MENDENGAR DAN MENIMBA ILMU AL-QURAN YANG INDAH DAH PENUH HIKMAH!

Ikhlas dari Fina,

Founder of The Blossoms Network,

Hp: 013-2787508

www.wasap.my/60132787508

www.wasap.my/60132787508

www.wasap.my/60132787508

A lovely mother who’s very excited and commited to help mommies out there to enjoy their pregnancy journey to the fullest!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge