Category Archives: Alergi Kulit

Cara Mengatasi Alergi Kulit Agar Mak Boleh Tidur Malam Semula

Assalamualaikum w.b.t..

cara mengatasi alergi kulit

Mak tak dapat tidur malam? Anak selalu menangis tak kira siang dan malam? Dah pergi macam-macam klinik pakar kulit, tetapi hasilnya tetap sama? Rasa putus asa dan buntu? Risau sangat pembesaran anak terganggu?

Persoalan-persoalan ini fina dah lalui 3 bulan yang lepas. Pada masa tu anak fina berusia setahun setengah. Tiba-tiba kulitnya naik bintik-bintik halus kemerah-merahan dan merebak apabila digaru. Anak fina selalu menangis dek kerana terlalu gatal. Sampai malam pun tak lena tidur kerana cuba menenangkan anak yang terganggu tidurnya disebabkan terlalu gatal.

Bermacam-macam klinik pakar kulit kami dah cuba,habis beratus-ratus ringgit sekali jumpa doktor, tetapi tetap tiada perubahan yang positif. Akhirnya kami suami isteri berikhtiar dengan menjauhkan anak dari sebarang sumber  yang boleh menyebabkan alergi. Antaranya :

1) Try n Error Makanan Anak.

cara mengatasi alergi kulit

– Setiap kali menyediakan menu anak catat kandungan menu tersebut. Kemudian monitor keadaan alergi anak. Jika semakin parah keluarkan menu tersebut dan cuba menu yang lain. Buat perkara yang sama untuk mengenal pasti jika ada sumber makanan yang menyebabkan alergi.

2) Jauhi Makanan Segera dan Berwarna.

cara mengatasi alergi kulit

– Kebanyakan makanan segera kanak-kanak sekarang penuh dengan pewarna untuk menarik minat anak-anak. Pewarna dan perasa yang tidak elok ini boleh menjadi punca alergi pada kulit anak. Lagi pun memang tiada khasiat malah memudaratkan. Jangan terlalu manjakan anak dengan mengikut segala keinginan mereka.

3) Bersihkan Rumah Dari Habuk

cara mengatasi alergi kulit

– Habuk adalah salah satu punca alergi. Jadi pastikan rumah sentiasa bersih dari habuk. Jauhi dari menggunakan karpet, lantai kayu dan rak buku yang mudah memerangkap habuk dan debu. Jika masih menggunakannya kerapkan membersihkannya daripada habuk.

4) Baju dijemur di bawah cahaya matahari.

cara mengatasi alergi kulit

– Semasa anak fina terkena alergik kulit, dek kerana kerja yang tidak menentu, kebanyakkannya fina menjemur baju hanya di bawah kipas di dalam rumah. Kesannya bakteria pada baju tidak mati. Jadi jemurlah pakaian di bawah cahaya matahari walau sesibuk mana sekalipun.

5) Pastikah tempat tidur,baju,perkakas dan mainan bersih dari habuk.

cara mengatasi alergi kulit

– Apa sahaja benda yang masuk ke dalam mulut anak mestilah di ‘sterile’ kan dahulu untuk mematikan kuman seperti botol susu dan mainan bagi bayi yang suka menggigit. Mainan anak juga mestilah bukan yang jenis berbulu seperti patung beruang yang senang memerangkap habuk. Pastikan tempat tidur anak seperti bantal,selimut dan tilamnya kekal bersih.

6) Mandi dan Krim

cara mengatasi alergi kulit

– Anak yang terkena alergi elok  dimandikan dengan air suam dan setiap kali anak terdedah kepada habuk. Mandikan dengan cecair anti-bakteria untuk mengelakkan kawasan-kawasan alergi seperti kudis dijangkiti kuman dan terus merebak. Jangan lupa untuk sapukan krim alergi setiap kali selepas mandi.

7) Makanan Bersumberkan Vitamin D.

cara mengatasi alergi kulit

– Kajian menunjukkan vitamin D mampu merawat masalah alergi dengan baik. Biasanya vitamin D boleh didapati daripada cahaya matahari. Selain dari cahaya matahari, vitamin D boleh didapati di dalam ikan salmon dan tuna, susu, telur,gandum dan kismis. Jadi jika anak tiada alergi dengan makanan yang fina sebutkan tadi, jadikannya menu wajib anak setiap hari.

Bagi fina kekangan masa dan tempat kadang-kadang tidak membenarkan kita menyediakan vitamin D yang secukupnya untuk anak. Mungkin ketika kita ‘travel’ atau terlewat balik kerja, kita tidak sempat untuk memasak menu bersumberkan vitamin D. Klik di sini untuk tahu rahsia fina dapat beri anak sumber vitamin D yang cukup dan berkualiti setiap hari sehingga anak fina kini bebas dari alergi kulit. Alhamdulillah..

Fina rasa fina dah kongsi apa yang fina lakukan dalam cara mengatasi alergi kulit anak fina. Tidak dinafikan tugasan ibu bapa semakin bertambah leceh kerana si anak lebih memerlukan perhatian. Sebelum berikhtiar lagi minta Allah mudahkan urusan kita dan diberi kesembuhan. Beri perhatian dan sokongan moral kepada anak. Jiwa yang bahagia dan positif akan buat penyakit mudah sembuh. Pastinya selepas ini mak atau ibu boleh tidur malam dengan lenanya In Shaa Allah..(^_^)