Category Archives: Berpantang selepas gugur

Cara Terbaik Untuk Berpantang Keguguran, Petanda Anda Bersedia Hamil Semula

Assalamualaikum w.b.t..

berpantang keguguran

Dua hari lepas fina terima berita kawan fina telah selamat menjalani proses D&C setelah keguguran pada usia kandungan 11 minggu. Sewaktu doktor scan rahim dia, hanya nampak kantung sahaja ‘heartbeat’ janin telah tiada.

Apa yang dapat kami kawan-kawan berikan adalah moral ‘support’ supaya dia tabah dengan ujian Allah. Pastinya ada hikmah dan rezeki yang lebih baik untuknya. Jadi fina terfikir pada waktu itu sejauh mana dia perlu berpantang sedangkan dia hanya keguguran.

Cara Terbaik Berpantang Keguguran

berpantang keguguran

Tak tahu macam mana nak pantang.. ;(

Setelah fina buat ‘research’ di google dan bertanyakan pengalaman orang yang pernah keguguran ini point yang dapat fina berikan :

1) Sebenarnya berpantang keguguran lebih kritikal penjagaannya berbanding berpantang selepas bersalin. Owhh..fina pun baru tahu.Jadi jangan ambil mudah ye.

2) Elakkan minuman yang sejuk dan berais. Apatah lagi minuman beralhokol amatlah dilarang.

berpantang keguguran

Jaga makan, jangan main sebat je.

3) Cuba elakkan juga dari memakan makanan yang sejuk dan menjalar. Antaranya kangkung, labu, kacang panjang, timun. Buah-buahan pula seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu.

4) Jauhi makanan yang berangin seperti petai, jering, kerdas, pucuk paku, ubi kayu, keladi, ubi keledek dan terung.

5) Berhati-hati dengan ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sadin dan pari.

berpantang keguguran

seafood boleh sebabkan kegatalan.

6) Makanan laut juga ditegah ketika berpantang seperti sotong, udang, kerang, belacan, budu dan cencalok.

7) Jika keguguran berlaku lingkungan kandungan ;

~ 2 minggu – 3 bulan : ibu pantang berjimak selama 30 hari.

~ 4 bulan – 5 bulan : ibu pantang berjimak selama 40 hari.

~ Lebih dari 6 bulan : ibu pantang berjimak 44 hari.

berpantang keguguran

Tidur jauh-jauh sikit ye.hehe..

7)  Tidak boleh memakan buah cermai kerana boleh menyebabkan bentan atau kesan tegang urat.

8) Elakkan dari terkena titisan air hujan panas atau terkena angin senja atau angin malam kerana mudah diserang demam panas dan demam mengigil.

9) Mandi dengan air suam dan elakkan mandi di tengah malam.

10) Ambil supplement untuk kembalikan kesihatan tubuh badan ibu selain menjaga pemakanan dan pantang.

11) Banyakkan berzikir dan berfikiran positif supaya hati lebih tenang dan kurang stress agar badan dan emosi benar-benar pulih.

Apa Jadi Jika Korang Tak Berpantang Betul-betul?

Biasanya ibu yang tidak berpantang keguguran mudah diserang sakit-sakit urat dan sakit kepala. Badan juga akan mudah masuk angin. Selain itu ramai yang mengadu rambut mudah gugur dan badan mudah letih.

berpantang keguguran

Kenapa la aku ni selalu sangat sakit-sakit kepala je ye?

Sememangnya jika tidak berpantang banyak kesan negatif pada badan dan yang paling tak ‘best’ pada emosi si ibu.

Jadi, jagalah pantang anda ye.. Ala.. Bukan lama pun, pejam celik pejam celik dah habis. Lagi pun ibu yang lebih sihat tubuh dan emosi lebih cenderung untuk hamil semula.. In Shaa Allah..(^_^).

Sila hubungi fina jika ada pertanyaan, teguran atau nak berkongsi pengalaman dengan fina..

KLIK PADA GAMBAR UNTUK DETAILS SET.

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com