Category Archives: cara pengambilan vitamin

Ketahui Cara Pengambilan Vitamin Supaya Duit Anda Tidak Membazir

Assalamualaikum w.b.t..

cara pengambilan vitamin

Sebagai pengedar vitamin, fina kerap bertemu dengan orang-orang yang telah mengambil vitamin tetapi hasilnya tak seperti yang diharapkan. Tetapi setelah fina kaji dan selidik dengan bertanyakan soalan-soalan tertentu, ternyata cara pengambilan vitamin mereka salah malah ada juga yang hampir tidak tahu yang mereka salah.

Ish..ish..ish..kasihan sangat kerana tiada siapa yang boleh ‘guide’ mereka dan akhirnya mereka terus menyalahkan vitamin sebagai penyebab kerana badan tidak merasakan perubahan seperti yang dijanjikan. Mala sesetengahnya semakin sakit. Adoi.. Makan vitamin nak sihat makin sakit pulak.

Tidak mengapa, daripada ‘survey’ yang fina buat ini point yang dapat fina berikan.

Cara Pengambilan Vitamin Yang Sebenar

cara pengambilan vitamin

1) Jangan makan zat besi(iron) bersama kalsium. Kerana kalsium akan bertindak balas dengan zat besi membuatkan zat besi tidak dapat diserap.

2) Ambil kalsium dan magnesium sebelum tidur kerana penyerapannya adalah terbaik ketika tidur. Malah magnesium juga membuatkan tidur lebih lena dan berkualiti.

3) Jangan makan sebarang vitamin bersama minuman berkafein seperti air kopi,nescafe dan teh. Hal ini akan menyebabkan vitamin sukar diserap oleh badan. Jarakkan sehingga 1-2 jam jika mahu mengambilnya juga.

cara pengambilan vitamin

4) Ambil vitamin larut lemak seperti vitamin A, vitamin D, vitamin E, vitamin K, omega, dan COQ10 bersama makanan berlemak. Hal ini akan membantu vitamin diserap dengan lebih sempurna.

5) Ambil vitamin B di waktu pagi kerana akan memberi tenaga sepanjang hari.

6) Ambil vitamin B dan vitamin C mengikut keperluan badan. Kedua vitamin ini larut air. Jadi jangan risau jika berlebihan kerana akan dibuang melalui air kencing.

7) Jangan ‘double up intake’ vitamin jika anda terlupa mengambilnya. Ambil sahaja keesokan harinya.

8) Ambil vitamin tidak melebihi dose yang ditetapkan di label pada botol. Tidak ada salahnya jika mengurangkan dose vitamin.

cara pengambilan vitamin

9) Jika ada mengambil sebarang ubat, minta nasihat daripada doktor dahulu sebelum mengambil vitamin. Jangan lupa jarakkan pengambilan vitamin dengan ubat selama 2-3 jam.

10) Makan vitamin secara constant dan penting untuk tahu pemulihan sel-sel badan ambil masa sehingga 5-6 bulan. Jadi jangan mudah mengalah ye kerana bukan senang nak repair sel badan ni sebab nak-nak lagi sel-sel yang sudah rosak.

11) Point terakhir ni sangat penting kerana penyerapan vitamin bergantung kepadanya iaitu minumlah air minimum 3L sehari. Adjust la jadual korang dan mulakan sedikit demi sedikit. Korang pasti boleh!

cara pengambilan vitamin

Alhamdulillah fina dah share apa yang fina dapat dari survey dan kajian fina. Jika masih ada sebarang keraguan dan persoalan jangan malu-malu untuk hubungi fina terus, fina sedia membantu..(^_^)

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com