Category Archives: Diabetes Ketika Hamil

Rasa Tak Percaya Je Saya Bebas Diabetes Ketika Hamil

Assalamualaikum w.b.t..

Baru je tadi fina kongsi kegembiraan fina dengan kwn2 di Facebook dan di WhatsApp. Tengok tajuk pun dah tahu sebab apa fina gembira sangat kan..Hati mana yang x berbunga-bunga bila kita tau yang kita tak perlu lagi ulang-alik ke klinik selalu lagi macam yang kita pernah alami dulu. Trauma rasa bila di ingat-ingatkan semula.

image

Cuba mommies teka result apakah di atas ni? Bagi yang pernah hamil dan menjalani ujian kencing manis, inilah keputusan bacaan gula dalam darah sebelum dan selepas minum air gula. Syukur Alhamdulillah bacaan gula ina sangat baik walaupun selepas minum satu mug air gula yang xsedap tu..Eeeeuuuu.. Manisnya memang sampai kita rasa nak muntah dan sakit kepala. Trauma jugalah kalau dengar misi suruh minum air gula tu. Hehe..

Bagi yang tak pernah alami kencing manis atau GDM semasa hamil, tahniah fina ucapkan. Itu bermakna walaupun hormon di dalam badan tidak seimbang, badan korang masih mampu menukarkan gula kepada tenaga dengan baik. Tetapi janganlah nanti terus tidak mengawal pemakanan. Tidak semestinya sekarang tidak ada, kemudian hari pun tak akan ada. Jadi teruskan pemakanan seimbang dan senaman yang cukup. Prevention is better than cure.

Bagi fina pula yang pernah mempunyai masalah diabetes ketika hamil anak pertama, fina dikira berpotensi tinggi untuk dapat kencing manis walaupun tidak hamil di kemudian hari. Namun syukur Alhamdulillah dengan izin Allah, result yang fina dapat baru-baru ini membuktikan walaupun hormon tidak stabil ketika hamil anak kedua ini, gula dalam darah masih di tahap yang normal.

Haaa.. Sebenarnya ada satu rahsia yang fina nak kongsikan. Fina dah rasa kebaikannya. Jadi tidak eloklah kalau fina simpan sorang-sorang je kan. Dah makan lepas tu dah sihat tetapi tidak mahu berkongsi dengan orang lain pula kebaikannya. Apa jenis manusia la macam tu kan.. Huhu..

Okay straight to the point, fina amalkan mengambil vitamin shaklee iaitu ‘Set Hamil Shaklee’ sejak di awal kehamilan lagi. Vitamin dari klinik langsung tak pernah makan. Untuk pengetahuan semua, di dalam vitamin shaklee terdapat beberapa vitamin yang menstabilkan gula dalam darah. Antaranya :

1) ESP

image

– Rendah glisemik. Mengekalkan paras gula dalam darah.
– Membantu pankreas dalam menghasilkan insulin.
– Beri tenaga dan rasa kenyang. Jadi elak makan terlalu banyak.
– Sembuhkan luka dengan cepat.

2) Vitalea

image

– Mengandungi kromium yang diperlukan untuk penyerapan gula dalam darah.
– Memelihara sel-sel badan daripada rosak untuk mengurangkan risiko diabetes.
– Mengandungi kesemua vitamin yang diperlukan untuk  badan yang sihat.

3) Vita – C Sustained Released

image

– Memelihara kesihatan kapilari darah seterusnya mengurangkan risiko diabetes.
– Meningkatkan anti-bodi badan bagi melawan sebarang penyakit.
– Mengelakkan gula dalam sel dari menjadi gula alkohol. (Punca diabetes).
– Menurunkan risiko masalah mata dan ginjal.

Inilah 3 vitamin di dalam Set Hamil Shaklee yang telah membantu fina bebas diabetes yang menjadi trauma setiap kali fina hamil. Alhamdulillah.. Segalanya dengan izinNya jua. Tetapi Allah masih nak tengok kita berusaha dan berikhtiar sebelum Dia memberi rahmat dan kesembuhan. Jadi jangan putus asa bagi mommies yang pernah ada masalah GDM ni. Tak mustahil untuk anda juga BEBAS diabetes seperti fina sekarang..(^_^)v

Setakat ini dahulu perkongsian fina, jangan malu-malu untuk hubungi fina ye. Kita kongsi masalah dan cerita agar hidup kita lebih sihat dan ceria dalam mengutip amalan dan bekal untuk dunia yang lebih abadi lagi nanti..

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com

Cara Elak Diabetes Ketika Hamil Sampai Ibu Tak Payah Ulang-alik Klinik Lagi

Assalamualaikum w.b.t..

diabetes ketika hamil

Dulu waktu hamil anak pertama fina disahkan mempunyai diabetes. Walaupun tak begitu kritikal sampai kene ambil insulin, fina tetap rasa penat. Masakan tak penat, dalam sehari 4 kali kene ulang-alik pergi klinik buat BSP. Nak pergi mana-mana pun terbatas.

Tapi kesan diabetes bukannya ibu sahaja yang penat, malah anak dalam kandungan juga terjejas tau. Antaranya :

1) Risiko bayi besar.
2) Risiko bayi mengalami hypoglycemia.
3) Risiko bayi mengalami masalah pernafasan.
4) Risiko bayi jaundis.

diabetes ketika hamil

Diabetes di kalangan ibu hamil atau pun dikenali juga sebagai GDM (Gestational Diabetes Mellitus) terjadi kerana apabila wanita hamil, hormon di dalam badan menjadi tidak stabil.

Hal ini menyebabkan reseptor insulin menjadi kurang efisyen dan tidak dapat menukarkan gula kepada tenaga dengan berkesan. Jadi gula di dalam darah menjadi tinggi dan terjadilah masalah diabetes.

Tips Elak Diabetes Ketika Hamil Berulang Lagi

Bagi yang pernah mengalami diabetes sebelum ini dan hamil semula, ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk menjauhkan masalah ini. Amalkan sejak dari mula kehamilan ye. Antaranya :

1) Sorok sekejap semua jenis minuman 3 in 1. Air tin atau air beralkohol lagi la tak boleh ye. Jauhi terus bila dpt tahu korang mengandung.

diabetes ketika hamil

2) Tukar penggunaan gula putih kepada gula perang. Beras berkanji kepada tidak berkanji bagi yang mampu.

diabetes ketika hamil

3) Jauhi mee kuning kerana mee kuning mempunyai kandungan gula yang tinggi.

diabetes ketika hamil

4) Banyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang kurang kandungan gula.

diabetes ketika hamil

5) Ambil lebih makanan berserat dan bijirin.

diabetes ketika hamil

6) Jauhi juga minuman berkafein seperti teh,nescafe dan kopi. Kafein menghalang penyerapan nutrien.

diabetes ketika hamil

5) Lakukan senaman ringan untuk menjadikan badan sentiasa aktif. Jangan asyik tidur je dengan alasan tidak larat.

diabetes ketika hamil

6) Selepas makan jangan terus tidur, buat sebarang aktiviti supaya gula dapat ditukarkan kepada tenaga dengan segera.

diabetes ketika hamil

Selain dari tips di atas, sel-sel badan serta organ dalaman yang menghasilkan insulin seperti pankreas dan reseptor insulin mestilah sentiasa di tahap yang baik. Jom tengok macam mana Set Hamil Shaklee boleh menjadi Set Elak Diabetes buat fina. Alhamdulillah sekarang fina sudah 6 bulan mengandung dan disahkan BEBAS diabetes. Tak payah ulang-alik klinik lagi..(^_^)v

Jangan malu-malu nak hubungi fina ye, fina suka jika ada yang mahu berkongsi cerita.

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com