Category Archives: Diabetes

Kawal Diabetes Anda Sebelum Hidup Berubah 360 Darjah

Assalamualaikum w.b.t.

kawal diabetes

Percaya atau tidak kajian menunjukkan apabila kita belajar tentang sesuatu penyakit, badan kita akan mengenal penyakit tersebut. Apabila sudah kenal, secara tidak langsung imunisasi badan kita akan membina rintangan atau ‘antibody’ terhadap penyakit yang kita belajar itu. Wahh..sound interesting kan.. Jadi mari semua teruskan membaca entri fina ni kerana sangat baik untuk kesihatan dan emosi kita juga..(^_^)

Sebelum kita pergi pada kesan-kesan diabetes yang dasyat tu mari kita faham betul-betul apa sebenarnya diabetes tu. Macam mana boleh terjadi? Apa puncanya? Betulkah apa yang kita dengar tentang diabetes sebelum ni? Atau kita rupanya dah salah faham dengan fakta sebenar.

Apakah Diabetes?

kawal diabetes

– Diabetes adalah di mana keadaan gula dalam darah terlalu tinggi.

Bagaimana Keadaan Normal Gula Tanpa Diabetes?

kawal diabetes

 

– Untuk mudah faham lihat gambar di atas. Ini adalah gambar sel kita. Seperti yang dah tertulis dalam gambar tu, andaikan

1) insulin sebagai ANAK KUNCI
2) reseptor insulin sebagai LUBANG KUNCI.
3) salur untuk gula masuk ke dalam sel adalah PINTU.

– Apabila KUNCI bertemu dengan ANAK KUNCI, PINTU akan dapat dibuka. Jadi dapatlah gula masuk ke dalam sel dan digunakan oleh sel untuk menghasilkan tenaga. Paras gula di dalam darah menjadi NORMAL.

Kenali 3 Kategori Diabetes

1) Type 1

kawal diabetes

– Tubuh tidak menghasilkan insulin. Apabila tiada insulin dihasilkan tiadalah KUNCI untuk membuka PINTU untuk membenarkan gula masuk ke dalam sel badan. Jadi paras gula di dalam darah akan menjadi TINGGI.

2) Type 2

kawal diabetes

– Tubuh tidak menghasilkan insulin yang cukup ATAU sel  badan tidak bertindak balas terhadap insulin.
– Untuk type 2, insulin yang dihasilkan sesetengahnya telah berubah keadaan fizikalnya. Jadi apabila KUNCI yang salah digunakan untuk membuka ANAK KUNCI, PINTU akan lambat dibuka sementara  untuk mendapatkan KUNCI yang betul.
– Jadi paras gula dalam darah akan menjadi TINGGI kerana lambatnya PINTU dibuka.

3) GDM

kawal diabetes

– Untuk kes GDM hanya berlaku pada wanita hamil. Apabila hamil, keadaan hormon di dalam badan menjadi tidak stabil. Hal ini menganggu badan untuk menghasilkan insulin dengan sempurna. Jadi tahap gula di dalam darah juga menjadi TINGGI.

Lepas baca apa yang fina terangkan kat atas tadi apa yang korang rasa? Kalau ada yang rasa           ‘ owhh..baru aku tahu macam tu rupanya..’ Itu maknanya badan sedang mengenal penyakit diabetes dan akan membina rintangan terhadap penyakit tersebut. Tahniah fina ucapkan! Tak sia-sia baca entri fina ni.hehehe..

Tanda-tanda Anda Penghidap Diabetes!

Psssttt….Take note bagi yang rasa diri dia sihat je. Kalau ada tanda-tanda macam kat bawah ni cepat-cepat buat pemeriksaan diabetes ye. Sekurang-kurangnya dapat merawat dan kawal diabetes dari awal lagi.

1) Kerap Kencing

kawal diabetes

– Tubuh kita cuba mengeluarkan gula berlebihan melalui air kencing.

2) Selalu Kehausan

kawal diabetes

– Air dalam badan banyak keluar melalui kencing.

3) Badan Lesu

kawal diabetes

–  Sel badan tidak dapat membekalkan gula untuk penghasilan tenaga.

4) Berat Badan Naik

kawal diabetes

– Tidak mampu beraktiviti kerana badan lesu.

5) Berat Badan Turun

kawal diabetes

– Badan menggunakan lemak simpanan untuk menghasilkan tenaga.

6) Luka Lambat Sembuh

kawal diabetes

– Gula yang ada dalam darah menarik perhatian bakteria.

7) Tangan dan kaki terasa kebas.

kawal diabetes

– Pembuluh darah menjadi semakin ‘stiff’ atau keras membuatkan deria sentuh semakin berkurang.

Dasyatnya Komplikasi Diabetes Jika Tidak di Kawal!

kawal diabetes

Apabila kita menghidap diabetes, komplikasi-komplikasi dibawah menjadi sangat hampir dengan kita. Tetapi jangan risau, kawalan dan rawatan yang rapi berupaya mengurangkan risiko komplikasi ini.

1) Kerosakan Pada Saluran Darah

kawal diabetes

– Apabila gula terlalu banyak di dalam salur darah,ini boleh menyebabkan salur darah cepat rosak dan menjadi keras.
– Hal ini akan menyebabkan pengaliran darah tidak lagi sempurna dan ada sahaja lah bahagian yang kebas dan hilang deria sentuh.
– Sehingga satu tahap apabila terjadinya luka, kebanyakkan pesakit diabetes tidak terasa diri mereka telah cedera.

2) Kerosakan pada Sistem Saraf.

kawal diabetes

– Tahap gula yang terlalu tinggi juga menyebabkan sistem saraf kurang efisyen.
– Salur darah yang rosak menyebabkan menyebabkan saraf itu sendiri mengecut dan berubah bentuk.
– Hal ini akan menganggu fungsi otak, kawalan emosi, ingatan dan hafalan dan sistem maklumat tubuh.

3) Penyakit Kardiovaskular & Stroke

kawal diabetes

– Penyakit kardiovaskular terjadi apabila arteri-arteri jantung semakin kurang efisyen disebabkan kandungan gula dalam darah yang tinggi. Saluran-saluran darah di otak juga boleh tersumbat.
– Hal ini menyebabkan jantung tidak dapat mengepam darah dengan baik dan terjadilah masalah serangan jantung, jantung tersumbat, strok dan sebagainya.

4) Kegagalan Buah Pinggang

kawal diabetes

– Apabila kandungan gula dalam darah semakin tinggi, buah pinggang akan mengeluarkan banyak air dan menyebabkan tekanan semakin bertambah kepada buah pinggang.
– Lama – kelamaan membran buah pinggang menjadi lemah dan tidak dapat menapis dengan baik. Hal ini juga menyebabkan berlakunya kebocoran protein.

5) Impotensi

kawal diabetes

– Masalah diabetes juga akan menyebabkan hubungan intim suami isteri tidak lagi seronok dan sihat.
– Hal ini kerana faktor badan yang lesu dan sistem saraf tubuh yang semakin rosak mengganggu deria-deria seks untuk menjalankan fungsinya dengan baik.

6) Ibu hamil :

kawal diabetes

– Risiko bayi besar.
– Risiko bayi hypoglacemia.
– Risiko bayi mengalami masalah pernafasan.
– Risiko bayi menghidap jaundis.

Jadi benarlah hidup seseorang boleh berubah 360 darjah setelah melihat komplikasi-komplikasi diabetes macam yang fina terangkan tadi. Malah fina sendiri sudah melihat perubahan yang menyedihkan ini pada orang yang fina sayang. Sukar untuk digambarkan perasaan kami sekeluarga ketika itu.

Semoga perkongsian ini boleh menyedarkan kita betapa bahayanya dan dasyatnya penyakit diabetes yang dipandang remeh terutamanyanya oleh golongan muda. Ingat ye, jaga pemakanan dan gaya hidup kita. Kerana apabila sakit nanti kita juga yang menanggungnya.

Wujudkah Tips Berkesan Kawal Diabetes Anda Tanpa Ubat?

Assalamualaikum w.b.t.

kawal diabetes

Sebut saja pasal diabetes pasti akan mengingatkan fina pada insan tersayang iaitu ayah fina. Dia mengalami penyakit 3 serangkai itu, darah tinggi, jantung tersumbat dan kencing manis. Dia berjaya bebas kesemunya kecuali diebetes. Mengapa? Teruskan membaca perkongsian ini.

Semoga perkongsian fina walaupun sudah terlambat untuk arwah abah tetapi masih boleh memberi manfaat untuk pesakit diabetes yang lain. Pahala perkongsian ini fina sedekahkan untuknya. Semoga arwah tenang di sana.Al-fatihah…

Adakah Punca Sebenar Diabetes Bermula Dari Makanan Atau Diri Sendiri?

kawal diabetes

Sebagai pesakit diabetes dan yang lebih penting anak-anak pesakit diabetes, kita perlu tahu bagaimana sebenarnya terjadinya penyakit kencing manis ini. Adakah kerana terlalu banyak mengambil gula? Atau dengan mudahnya kita berkata ‘ Ala..sudah keturunan, mak ayah ada kencing manis jadi aku pun ada la..’

Tolonglah jangan ambil mudah dengan penyakit nombor satu ni. Bila kita tahu sebab dan musabab terjadinya penyakit ni baru kita tahu macam mana nak elak. Macam kita bawak kereta la. Kalau kita dah tahu dekat depan kita ada lopak besar, pastinya kita akan mengelakkan supaya tidak ada perkara yang tak diingini berlaku.

Sama juga dengan penyakit, mesti tahu punca baru senang nak elak. Baiklah, jom fina teruskan. Konsepnya begini, apabila kita makan, makanan tersebut akan ditukarkan kepada gula (glukos). Glukos tersebut akan masuk ke dalam darah kita. Hal ini akan merangsang pankreas untuk mengeluarkan insulin. Insulin akan memastikan glukos masuk ke dalam sel-sel badan dan ditukarkan menjadi tenaga.

kawal diabetes

 

Ringkas dan mudah faham bukan? Baiklah sekarang kita dah faham macam mana makanan yang kita makan dapat menghasilkan tenaga untuk badan kita. Berbalik kepada persolan kita tadi, bagaimana terjadinya penyakit kencing manis ini? Jawapannya adalah yang fina hitamkan dalam penerangan fina di atas iaitu sel-sel badan.

kawal diabetes

Apabila sel-sel badan kita tidak sihat, mereka tidak dapat menggunakan glukos dengan sempurna dan menyebabkan kandungan glukos dalam darah meningkat. Hal ini menyebabkan badan menghasilkan banyak insulin. Walaupun banyak insulin dihasilkan, sel-sel badan tidak dapat memberi respon yang positif. Lama-kelamaan penghasilan insulin akan menjadi semakin berkurangan. Dan terjadilah penyakit diabetes sehingga ada yang terpaksa mengambil suntikan insulin kerana gagal mengawal tahap gula dalam darah.

kawal diabetes

Jadi sekarang jelaslah penyakit diabetes ini berpunca dari sel-sel badan yang semakin tidak sihat disebabkan 2 faktor berikut :

1) Kekurangan nutrisi- gaya pemakanan yang tidak seimbang, banyak mengambil makanan segera.

kawal diabetes

2) Gaya hidup – tidak melakukan senaman fizkal, kurang aktiviti-aktiviti yang sihat.

kawal diabetes

Tips berkesan kawal diabEtes anda YANG SEMAKIN MERUNCING TANPA UBAT

  • Berhenti merokok.
  • Elakkan minuman keras.
  • Jauhi minuman berkarbonat atau 3 in 1.
  • Bersenam- Senaman dapat membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan.
  • Pastikan diri sentiasa dalam keadaan bersih.
  • Rawat sebarang luka dengan segera.
  • Kerap menjalani pemeriksaan mata, sistem saraf dan buah pinggang.
  • Tukar stoking setiap hari.
  • Jangan berjalan tanpa kasut.
  • Kerap periksa paras gula dalam darah untuk tahu adakah cara kita mengawal gula berkesan atau tidak.
  • Kurangkan makanan berkarbohidrat seperti nasi putih dan roti putih.

 Wujudkah Alternatif Lain Untuk Kawal Diabetes Selain Suntikan Insulin?

kawal diabetes

Apabila diabetes tidak dapat dikawal dengan diet mahupun senaman, biasanya doktor akan mengesyorkan kita untuk mengambil suntikan insulin. Namun, sebelum terus kepada pilihan terakhir ini, ramai yang tidak tahu ada vitamin yang dapat membantu mengawal diabetes secara semulajadi.

Selain dapat mengawal gula dalam darah, vitamin dapat membaiki sel-sel badan yang telah rosak dan secara tidak langsung merawat diabetes dari akarnya. Organ badan pula akan semakin terjaga kerana vitamin membantu biokimia dalam tubuh kembali efisyen. Tidak seperti ubat yang bertindak melawan tindakan biokimia badan untuk menghilangkan kesakitan yang di alami.

kawal diabetes

Kalau nak tahu bagimana dan apakah yang fina maksudkan, teruskan membaca di sini. Fina juga mahukan anda semua sihat dan mampu mengawal diabetes tanpa ubat. Semoga tips ini memberi nafas baru buat semua pesakit diabetes untuk hidup normal dan bahagia walaupun bergelar pesakit diabetes. In Shaa Allah sama-samalah kita ikhtiar dan berdoa..(^_^)