Category Archives: Kanser Tulang

Rawatan Kanser Tulang Yang Rapi, Beri Sinar Dan Harapan Baru

Assalamualaikum w.b.t..

rawatan kanser tulang

gambar sekadar hiasan.

Balik dari kerja tadi sempat lagi fina bertanyakan pengasuh tentang keadaan sepupunya yang terlantar di ICU kerana kanser tulang. Apa itu kanser tulang? Rujuk DI SINI. Doktor kata harapan semakin tipis kerana sel kanser merebak dengan aktif. Rawatan kanser tulang seperti kimoterapi sudah dihentikan serta merta.

Kemungkinan besar kansernya sukar di rawat kerana tiada rawatan sejak dari awal. Sejarah membuktikan jika pesakit kanser tulang mendapat rawatan yang rapi sejak dari awal, ‘chances’ untuk sembuh sangat tinggi.

Peluang untuk Sembuh Tinggi dengan Rawatan Kanser Tulang Seperti Berikut :

1) Kemoterapi

rawatan kanser tulang

– Rawatan utama untuk penyakit kanser.

– Menggunakan ubat kemoterapi atau agen anti-kanser.

– Digunakan untuk merawat penyakit kanser dengan cara :

  • Mengelak kanser daripada merebak.
  • Memperlahankan perkembangan kanser.
  • Membunuh sel kanser yang merebak kebahgian badan yang lain.

Rujukan tentang kimoterapi : myhealth.gov.my

– Ubat kemoterapi adalah toksik kepada sel kanser. Ubat ini bertindak dengan cara menghalang sel kanser membahagi dan membiak.

2) Radioterapi

rawatan kanser tulang

– Boleh menjadi rawatan utama atau sampingan selepas pembedahan.

– Menggunakan radiasi untuk mematikan sel kanser.

– Radiasi hanya diberikan pada kawasan yang mempunyai sel kanser.

– Rawatan berlangsung selama 10-15 minit dalam tempoh masa 20-30 hari.

Rujukan tentang radioterapi : myhealth.gov.my

3) Pembedahan

rawatan kanser tulang

– Teknik pembedahan terkini dengan hanya membuang kawasan yang diserang kanser.

– Pesakit masih boleh mengurangkan risiko cacat seperti terpaksa potong kaki atau tangan. Hal ini kerana bahagian yang mempunyai sel kanser sahaja yang di buang.

Peluang Untuk Sembuh Sentiasa Menanti Bagi Yang Bersabar..

Apa yang perlu ada pada diri pesakit kanser adalah semangat dan keazaman yang tinggi untuk sembuh. Sentiasalah berfikiran positif kerana setiap penyakit pasti ada penawarnya. Jadi, ‘dont ever give up’. Kajian menunjukkan apabila fikiran seseorang sentiasa positif sel-sel badan akan secara tidak langsung ikut positif.

rawatan kanser tulang

Bagi yang beragama Islam mintalah pertolongan Allah dahulu. Jadikan dia tempat pertama kita pergi apabila kita sakit. bukannya hospital apatah lagi dukun atau bomoh. Kerana sakit itu datang dengan izinya dan hanya dengan izinnya jualah sakit itu boleh pergi.

Setakat ini sahaja info yang dapat fina berikan. Harapan fina semoga pesakit kanser tulang sedar dan percaya bahawa peluang untuk mereka sembuh sangat cerah. Jadi ‘never give up’ dan yakin korang akan sembuh dengan izinNya.. aamiin..

In shaa Allah lebih banyak ilmu tentang penyakit kanser akan menyusul selepas ni. Kasi fina study dulu ye…(^_^)

Nor shafina Mohd Din,

013-2787508,

ibuazra2012@gmail.com

Kerap Sakit Tulang Mungkinkah Petanda Anda Sudah Menghidapi Kanser

Assalamualaikum w.b.t..

sakit tulang

dipetik dari sinar harian

Malam tadi fina dapat berita dari pengasuh anak fina bahawa sepupunya sedang tenat di ICU. Dia seorang lelaki baru berumur 35 tahun dan merupakan seorang doktor. Lebih mengejutkan lagi bila dia sendiri tidak tahu bahawa dia sedang menghidapi sejenis sakit tulang yang kronik iaitu kanser tulang tahap 4. Kritikal ye..

Jadi kesimpulannya penyakit tak kenal siapa ye. Kalau doktor yang banyak ilmu tentang kesihatan tu pun boleh kene, apatah lagi kita yang cetek sangat ilmu kesihatan ni. Jadi mulai sekarang banyak-banyak kn menimba ilmu sesibuk mana pun kita. Sebab bila dah sakit baru kita tahu nikmat kesihatan tu tak ternilai.

sakit tulang

Kajian:antibodi badan akan kuat terhadap penyakit yang dipelajari.

Eh..membebel pula fina. Hehe.. Maaf la, bukannya apa. Cuma nak semua sentiasa sihat. Sedih sangat bila memikirkan yang kene tu diri kita atau orang yang kita sayang. Macam mana lah masa depan anak-anak yang masih kecil tanpa kasih sayang ibu bapa. Nauzubillah.. Minta dijauhkan dari kita semua.

Ok tak nak membebel lagi. Jom timba ilmu sikit pasal penyakit ‘pembunuh dalam senyap’ ni iaitu kanser tulang.

Apakah itu Sakit Tulang atau Kanser Tulang?

sakit tulang

– Sel kanser yang menyerang bahagian tulang manusia dan menyebabkan tulang menjadi rapuh dan retak.

– Boleh menyebabkan kematian apabila sel kanser memakan tulang sehingga organ-organ badan tidak dapat dilindungi lagi.

– Sel-sel badan juga turut musnah apabila sel kanser merebak.

Terdapat 2 Jenis Kanser Tulang..

1) Kanser Tulang Primer

sakit tulang

Selalu menyerang lutut, punggung, bahu dan rahang.

– Jarang ditemui.
– Berpunca dari tulang.
– Selalu terjadi pada kanak-kanak dan dewasa 30 tahun ke bawah.

2) Kanser Tulang Sekunder

sakit tulang

Selalu menyerang tulang tengkorak, tulang rusuk dan tulang belakang.

– Paling banyak ditemui.
– Berpunca daripada kanser lain yang merebak ke tulang.( kanser paru-paru, kanser payudara, kanser serviks, kanser prostat ).
– Selalu terjadi pada golongan dewasa dan tua.

Cuba Tengok Kot-kot Korang Ada Tanda-tanda Ni…

~ Bengkak dan sakit pada kawasan terlibat.
~ Sakit yang kuat terutama waktu malam.
~ Hilang fungsi anggota.
~ Tulang rapuh dan mudah patah.
~ Hilang berat badan dan selera makan.
~ Bengkak yang semakin membesar.

sakit tulang

Jika korang ada tanda-tanda macam yang fina tulis kat atas, jangan tangguh lagi untuk buat pemeriksaan tulang ye. Bukannya apa, kalau tak ada apa-apa Alhamdulillah.. Tapi kalau ada masalah boleh lah dirawat dari awal lagi. Jadi ‘chances’ untuk sembuh lebih tinggi. Rujuk sini untuk rawatan kanser tulang yang memberi peluang cerah kepada pesakit kanser.

Antara pemeriksaan yang korang boleh buat adalah melalui…

√ Sejarah terperinci tentang sejauh mana kesakitan yang dialami.

√ Membuat ‘bone scan’ atau pun ‘X-tray’ di hospital.

√ Menjalani ujian darah.

√ Menjalani ujian Biopsi dimana sampel tulang di ambil sedikit dan dikaji di makmal.

sakit tulang

Ujian biopsy untuk mengambil sampel tulang.

Entri ini bukanlah untuk menakut-nakut korang yang kerap mengalami sakit tulang. Niat fina tidak lain tidak bukan hanya untuk ‘Alert’ korang seandainya selalu sangat sakit-sakit tulang atau mengalami gejala yang sama seperti pesakit kanser tulang.

Ingat.. Bila dah sakit baru kita tahu betapa besarnya nikmat kesihatan tu.. Jom merawat lebih awal dan sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari merawat. Rujuk di sini untuk langkah-langkah pencegahan bagi yang masih bebas dari sebarang kanser. Tak kan dah kena baru nak bertindak kan.. 😉

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com