Category Archives: Keluarga Fina Syurga Fina

Jom Kenal-kenal Dengan Fina | Ibu Kepada Dua Orang Puteri

Assalamualaikum w.b.t…

Saya Nor Shafina Binti Mohd Din, ibu kepada dua cahaya mata. (Maybe masa ni dah 3 kot..hihi..) Saya lebih selesa membahasakan diri saya dengan panggilan ‘Fina’.. Jika baca entri pun semua pun ‘Fina’, tak ada saya pun. Umur sekarang 29 tahun. Maybe masa baca ni saya 20 tahun dah.(hasil togok vivix, jadi mude..aamiin..)

Fina berasal dari Raub, Pahang dan kini menetap di Telok Panglima Garang, Selangor bersama-sama keluarga kecil fina. Suami fina pula berasal dari Jengka 3, Pahang. Alhamdulillah kami sekufu kerana kedua-dua kami berasal dari Felda. Hihi.. Jadi tak ada lah isu tak biasa duduk kawasan felda bila balik kampung tu. Lagi seronok bila masing-masing cerita kisah sendiri masa kecik membesar di felda. Hampir semua permainan kami sama..

Fina bekerja sebagai maintenance dalam bidang penerbangan di Systematic Aviation Services (SAS) di sungai besi, Kuala Lumpur. Kire hari-hari la ni ulang-alik Selangor-Kuala Lumpur untuk pergi kerja sahaja. Sekali perjalanan ambil masa paling cepat almost 1 jam dan paling lama 2 jam setengah. Memang masa banyak habis dalam perjalanan. Sebab itu fina sekarang sedang mengusahakan bisnes shaklee untuk mencapai income yang lebih baik. Dan akhirnya untuk menjadi Work At Home Mom(WAHM) dan berhenti kerja..

Eh, tercerita pulak pasal bisnes. Maap la ye..terlalu tinggi sangat keinginan untuk mencapainya. Sampai bila cerita pun automatik je keluar..hihi..Lagi apa yer..mmm.. Suami fina pula bekerja sebagai chargeman di Amkor, di Telok Panglima Garang, Selangor. So dekat sangat lah rumah dengan tempat kerja dia. Rumah tu dia beli semasa belum kahwin lagi. So, he deserved it.

Fina mula makan shaklee pada tahun 2013 melalui Set Menyusu Shaklee. Boleh baca kat sini untuk pengalaman fina sendiri consume Set Menyusu Shaklee. Sejak dari tu mula jatuh cinta dan akhirnya fina decide untuk menjadi pengedar shaklee. Bila kita makan dan rasa kesan yang sangat positif, memang fitrah untuk kita rasa nak share dengan orang lain kebaikan produk tu.

Jadi sejak tu fina mula menyebarkannya secara offline(mouth to mouth) dan jugak secara online melalui facebook dan blog. Alhamdulillah.. Setakat ni perkongsian fina banyak memberi manfaat pada yang membeli apabila mereka menjadi lebih sihat setelah mengamalkan vitamin Shaklee.

Sekian saja perkongsian tentang diri fina setakat ini, jika nak order vitamin shaklee boleh terus contact fina di nombor telefon di bawah ini..Khidmat POS dan COD disediakan dan of course FREE consultations.

 

Fina, 013-2787508. ( klik no telefon fina jika anda nak whatsapp fina terus tanpa save no dulu)

Founder of The Blossoms Network.

Founder of TBN Leaders.

TASK 2 ‘Jom Ibu Jom Ayah’ : Cop-cop Si Batang Pisang..

Assalamualaikum w.b.t..

Aktiviti seterusnya adalah mengecop menggunakan batang pisang. Fina yakin semua pun pernah buat aktiviti ni masa kat sekolah dulu kan.. waktu tu sibuklah suruh mak ayah carikan batang pisang sebab cikgu suruh bawak ke sekolah..hihi..

Aktiviti ni kami wat waktu malam seperti aktivit-aktiviti sebelum ni. Bermula jam 9 malam sehinggalah 10 malam. Tapi selepas habis aktiviti fina berpendapat aktiviti yang agal rumit ni( dengan air boleh tumpah bila-bila masa, kaler air pun boleh sampai ke mula) elok sangatlah dilakukan di luar rumah pada waktu siang..

Biasalah bila budak 2 dan 4 tahun main kaler air ni..habis kaki pun dikalernya..kita nak marah pun tak boleh sebab dia sedang beraktiviti explore benda yang baru..memang itu pun tujuan kita kan, untuk ransang minda dan pergerakan psiko moto dia..selain kita nak beri 200% perhatian pada diorang.

So next time memang kene buat di kawasan luar rumah dan pada waktu siang. Jadi panjang sikit la masa tu..sempat lah kita nak mengemas semula dan mandikan diorang balik sebab dah kotor bermain..

Bahan-bahan Aktiviti Cop-Cop Si Batang Pisang

1. Batang pisang dipotong pendek

2. Kaler air

3. Pallet 

4. Kertas lukisan

5. Surat khabar utk alas semasa mengecop

Jom tengok gambar diorang sedang beraktiviti.. macam biasa la..ibu camerawoman, jadi tak ada lah dalam gambar. hihi..

Alhamdulillah seronok sangat melayan diorang. Macam-macam ragam tapi keadaan masih terkawal walaupun dah ada tanda-tanda nak buat onar tu..hihi.. next time boleh buat lagi dan cari bahan lain pulak selain batang pisang..apa eh?? ermm..tak apa lah..tu pikir kemudian..tapi kalau ada idea share ye.. sekian..assalamualaikum..:)

DAY 1 : Aktiviti Mewarna Bersama Ibu Dan Ayah

Assalamualaikum w.b.t..

Malam tadi bermula lah aktiviti pertama yang kami rancang setiap malam untuk anak-anak. Aktiviti akan berjalan selama sejam bermula dari pukul 9 malam hingga jam 10 malam. Dan ibu dan ayah WAJIB join sekali aktiviti ni dengan penuh perhatian dan perasaan..hihi..

Aktiviti ni bukannya azra tak pernah buat.. kalau ikutkan dah banyak kali azra mewarna atau menulis. Bezanya kali ni ayah dan ibu wajib mewarna sekali. Segala gadjet seperti TV, HP mesti di OFF kan sepenuhnya. Jadinya rumah hanya akan kedengaran suara gelak tawa ibu ayah dan anak-anak.😊

Untuk beri anak2 mood mewarna yang baru, jadi fina pun beli buku dan pensel warna yang baru untuk mereka. Dan fina belikan 2 set, satu untuk Nur Azra( 4 tahun) dan satu untuk Nur Amna (2 tahun). 

Pada mulanya fina nak beli satu set saja untuk diorang mewarna bersama-sama. Tapi suami fina beri pendapat untuk beli sorang satu dulu untuk aktiviti yang awal-awal ni.. bagi diorang rasa seronok dengan teruja dulu dengan aktiviti.. tak adalah nanti aktiviti jadi tak best bila ada drama rampas-merampas kan..

Sebelum memulakan aktiviti, kami ‘memancing’ azra untuk solat maghrib berjemaah dan seterusnya mengaji. Kami cuba untuk terapkan sebelum boleh berseronok atau bermain mesti solat dan mengaji terlebih dahulu. Andai kata dia tak mahu juga, jangan paksa. Nasihat dengan lemah-lembut dan bersangka baik pada anak-anak.

Sebelum jam 9 malam, kami memang tak keluarkan apa-apa lagi bahan untuk aktiviti tersebut seperti pensel warna dan buku. Waktu tu kita boleh lihat yang dia sangat teruja untuk beraktiviti.. asyik-asyik tanya dah pukul 9 ke belum.. si kakak la kan..adiknya tak pandai cakap lagi..hihi. 

Disini fina kongsikan beberapa gambar ketika aktiviti berlangsung.. gambar ibu memang tak ada ye sebab ibu camerawoman. Hihi..

Sekian saja perkongsian fina untuk aktiviti bersama anak-anak.. yang penting ibu ayah mesti join anak-anak beraktiviti dan betul-betul menjadi ‘kawan’ dia supaya mereka rasa disayangi dan jiwa mereka penuh dengan kasih-sayang walaupun dalam waktu yang singkat..

Nanti fina share lagi untuk aktiviti malam ni pulak ye.. selamat membentuk keluarga yang bahagia dan diredhai Allah..🤗

Simple Tapi Cantik|DIY Birthday Project Berjumlah RM50

Assalamualaikum w.b.t..

Semalam adalah tarikh istimewa buat kami sekeluarga kerana ianya adalah hari kelahiran buat suami fina Mohd Amiruddin Bin Hamzah. Dah masuk 32 tahun dah.. syukur Allah panjangkan usia untuk menambahkan lagi tabung akhirat..😊

Jadi setelah 4 tahun mencipta kasih sayang bersama fina pun teringin membuat sedikit kelainan untuk sambutan hari lahir suami yang tercinta. Kalau sebelum-sebelum ni biasanya fina beri hadiah je. Kalau sambut pun paling kuat kami makan bersama-sama ahli keluarga yang lain di luar..

Tapi kali ni teringin nak buat kelainan. Fikir punya fikir tercetus la idea nak sambut di rumah sahaja tetapi dalam suasana yang lebih istimewa. Dengan berbekal kan bajet RM50 fina pun pergilah ke Daiso Bukit Tinggi untuk membeli segala peralatan untuk decoration yang diperlukan.

Memang fina nak buat simple je dan dalam masa yang sama bertemakan keceriaan supaya anak-anak pun suka dan teruja nak sambut birthday ayahnya.. masa nak deco tu tak payah cakap lah kan memang bersilat panggung la dengan 2 orang puteri fina tu..hihi.. Alhamdulillah siap juga.. inilah dia hasilnya.. jangan gelak ye.. habis kreatif dah ni..hihi..😄

Okeh..dah banyak dah rasanya gambar diorang berdua nih.. dah macam birthday diorang je..hihi.. takpela..nanti birthday azra dan amna ibu buat lagi meletup. Biasa kalau meletup ni duit memang meletup dan terbang jauh-jauh la..hihi..😅

Eh..mana birthday boy.. waktu ni birthday boy dah selamat krooh..kroohh dah.. hihi.. sian dia sebab dia kerja malam tak cukup tidur. Jadi bagi tidur puas-puas dulu sebabnya next program fina nak belanja makan tengah hari dan malam pulak..seronok kan..tak sabar nak tunggu birthday sendiri..😁

Okay..apa-apa pun semoga korang terinspirasi(erkkk!!).. hahaha.. of course la korang punya lagi kreatif..so jom la share kat bahagian komen ni..bleh la fina ciluk idea untuk next birthday..😉

Nor Shafina Mohd Din

Hp: 013-2787508

Spread The Stories..Spread The Loves..

Terima Berita Dari Kakak.. Berkali-kali Baca

Assalamualaikum w.b.t..

Pada 15 Mac 2016 kami sekeluarga diuji dengan penuh kasih sayang oleh Allah s.w.t.. Along(Akak sulung fina) wasap bagi tahu anak bongsunya(muhamad) yang berusia 14 bulan dibawa ke klinik kerajaan kerana bengkak di mata tak surut. Sebelum tu pernah bengkak apabila bangun tidur. Tapi kali ni katanya tak surut-surut.

image

Masa tu yang kami fikir mungkin terkena gigitan serangga atau perkara-perkara lain yang tidak serius. Tak lama kemudian kakak mesej bagi tahu yang doktor suspect anaknya ada sakit berkaitan buah pinggang. Terkedu kami semua membacanya. Tak sangka ianya seserius itu. Namun untuk kepastian ujian darah dan air kencing akan dijalankan. Kami terus berdoa agar semuanya baik.

Setelah beberapa jam kemudian kakak sekali lagi mengirimkan berita. Katanya ujian air darah mendapati ada jangkitan kuman. Dan ternyata ujian air kencing juga menunjukkan terdapat bacaan protein. Seolah-olah buah pinggang tidak dapat menapis protein dengan baik lalu keluar bersama air kencing.Jadi menguatkan lagi sangkaan doktor tentang sakit buah pinggang yang di alami oleh muhamad.

Pada waktu tu tersentak sekejap. Selama ni fina selalu dengar orang lain sahaja yang ada masalah berkaitan buah pinggang ni. Kali ni bila keluarga sendiri yang kena barulah kita faham perasaan orang lain yang ada masalah ni. Pastinya ianya masalah yang serius apabila berkaitan dengan organ-organ penting badan kita. Biasa kalau sakit pun demam atau batuk. Lebih sedih kerana muhamad baru berusia 14 bulan.

Namun apa pun yang terjadi pastinya itu ketentuan Allah yang terbaik untuk kami. Ujian untuk akak dan ujian untuk kami ahli keluarganya juga. Semoga ujian ini mengampunakan dosa-dosa kami. Kami redha dan terus memberi semangat serta sokongan moral kepada kakak. Apa pun keputusannya kami mesti kuat semanagat untuk mengharunginya. Pastinya ada hikmah besar yang tersedia oleh Allah s.w.t. Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui.

image

Kakak dan anaknya pun terus dihantar ke hospital temerloh yang lebih besar dan banyak pakar untuk kanak-kanak. Syukur sangat kerana muhamad tidak menangis. Mudah sahaja akak uruskan. Jika anak menangis je, mak pun boleh menangis sekali. Hati ibu mana yang boleh tahan melihat anak menangis kesakitan. Bila dah jadi ibu ni memang kita faham sangatlah perasaan tu..

Setakat ni dulu untuk hari ni.. tapi betul ke muhamad insan tak berdosa yang baru berusia 14 bulan menghidap sakit BUAH PINGGANG? Yang tu fina akan cerita esok ye. Jumpe esok ye pembaca fina semua. Terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi suka duka di sini..

Salam sayang dari Fina..
HP: 013-2787508
ibuazra2012@gmail.com