Category Archives: Masalah Gastrik

Set Gastrik Shaklee Padamkan Kisah Hitam Di Perut

Assalamualaikum w.b.t..

Syukur Alhamdulillah Allah mudahkan fina untuk berkongsi cerita lagi.. sejak 2 3 minggu yang lepas fina banyak sangat berjumpa dengan rakan-rakan dan saudara-saudara yang mempunyai masalah gastrik. Jadi terdetik untuk berkongsi cerita tentang Set Gastrik Shaklee ni..

image

Fina sendiri pernah mengalami gastrik setiap kali hamil. Memang lumrah wanita hamil ni sangat cenderung untuk mendapat gastrik walaupun tidak ada masalah itu sebelum hamil. Hal ini disebabkan oleh perubahan hormon yang ketara serta rahim yang kian membesar memberi tekanan pada perut.

So bila ramai yang bercerita tentang azabnya kesan-kesan gastrik tu memang fina faham sangat. Pedih ulu hati, badan berangin, loya dan muntah dan sebagainya la yang buat kita hilang nikmat makan dan nikmat nak buat kerja. Betul kan..

Apa Yang Pesakit Gastrik Boleh Buat?

 

1) MAKAN ON TIME.

image

Langkah pertama adalah dengan menjaga jadual makan agar sentiasa ‘on time’. Pastikan biskut atau roti sentiasa berada bersama supaya jika ada apa-apa masalah kita masih boleh follow jadual.

2) ELAKKAN MAKANAN PEDAS, MASAM & BEREMPAH, BERMINYAK.

image

Kesemua kumpulan makanan di atas akan memburukkan lagi keadaan gastrik yang kita sedang alami. Jadi mesti berpantang sikit supaya kesan gastrik dapat dikurangkan.

3) JAUHI ALKOHOL DAN ROKOK.

image

Alkohol dan rokok antara 2 punca berlakunya masalah gastrik. ia akan menambahkan lagi keasidan di dalam perut yang boleh memburukkan lagi masalah gastrik yang sedia ada.

4) KURANGKAN MINUMAN BERKAFEIN.

image

Minuman yang tinggi kandungan kafein seperti kopi dan nescafe juga harus dielakkan untuk mengurangkan azab ketika gastrik. Dipercayai juga kerana terlalu banyak mengambil minuman berkafein adalah salah satu punca terjadinya gastrik.

5) JAUHI STRESS.

image

Stress merupakan salah satu penyumbang masalah gastrik. Jangan anggap remeh dengan masalah stress kerana ianya boleh jadi pembunuh di dalam diam. Banyakkan bertenang dan berzikir supaya stress dapat diurus dengan baik.

 6) BANTU MEYEMBUHKAN PUNCA GASTRIK DENGAN SET GASTRIK SHAKLEE

Set Gastrik Shaklee memberi nutrisi yang secukupnya untuk membantu masalah gastrik dari akar lagi.. Selain mengurangkan azab-azab gastrik,set ini membantu memulihkan sistem perut yang sudah tidak efisyen yang akhirnya membawa kepada masalah gastrik yang semakin kronik.

Kat bawah ni fina senaraikan kesemua vitamin yang termasuk dalam set gastrik shaklee.

1) ALFALFA

image

  • Alfalfa adalah sejenis herba yang bersifat alkali. Jadi sangat sesuai untuk meneutralkan asid berlebihan di dalam perut.
  • Selain itu alfalfa boleh membuang toksin yang merbahaya untuk kesihatan dan sekaligus mengurangkan toksin di dalam perut yang menyebabkan masalah gastrik.

2) Energizing soy Protein (ESP)

image

  • ESP terdiri daripada kacang soya yang juga bersifat alkali. Hal ini akan meneutralkan asid di dalam perut peyebab gastrik.
  • Apabila di ambil secara konsisten, ESP akan membina semula sel-sel dinding perut yang rosak. Jadi keberangkalian masalah gastrik untuk sembuh sangat tinggi.

3) Ostematrix

image

  • Ostxmatrix shaklee terdiri daripada kalsium yang juga bersifat alkali untuk meneutralkan asid perut.
  • Seperti susu biasa,ostematrix juga boleh melegakan azab gastrik. Jadi bagi yang kurang meminum susu anda perlu menambah kandungan kalsium dengan segera.

4) Peppermint Ginger

image

  • Terdiri daripada halia, daun pudina, jintan manis dan bunga lawang sangat membantu melancarkan sistem pencernaan.
  • ia juga mampu membuang angin di dalam badan dan mengurangkan loya dan mual.
  • sangat sesuai untuk perut yang bersaid yang menjadi punca terjadinya gastrik.

 

Saya Gembira Dengan Set Gastrik Shaklee!

 

wpid-16-october-2015-013035-gmt-0800-1024x855.jpg.jpg

 

wpid-16-october-2015-013743-gmt-0800-1024x828.jpg.jpg

 

wpid-16-october-2015-013534-gmt-0800-1024x440.png.png

 

wpid-16-october-2015-012610-gmt-0800-1280x960.png.png

 

Alhamdulillah..setakat itu sahaja perkongsian fina di tengah malam ni.. mujur suami tidur kat depan, takdelah takut sangat..hihi.. Semoga sharing ini membantu golongan yang baru ataupun sudah lama menghadapi masalah gastrik ini..

Yang penting banyakkan berdoa sebelum berusaha. Dan sesudah usaha dengan cara yang terbaik berserah lah pada yang Maha Menyembuhkan.. ok good nite.. Assalamualaikum..

 

Salam ukhuwahfillah dari :

Nor Shafina Mohd Din,

ibuazra2012@gmail.com,

o13-2787508.