Category Archives: Menaikkan HB Darah

Betapa Buruknya Kesan HB Rendah Semasa Hamil Sehingga Bayi Anda Boleh Cacat

Assalamualaikum w.b.t..

kesan HB rendah

‘ Akak ni haa anak dah 5 dah dan setiap kali mengandung HB mesti rendah. Tapi tak ada pun.. Sihat je semua anak-anak akak tu..’

Wah-wah kak.. Tak jadi apa2 lagi boleh la cakap macam tu. Cuba kalau dah jadi. Nak menyesal pun dah tak berguna lagi. Memanglah semua masalah tu adalah ujian dari Allah, tetapi kita tetap disuruh untuk berikhtiar sebaik mungkin untuk mengelak dari masalah-masalah yang tak diingini.

Boleh rujuk ‘Rahsia Menaikkan HB Sampai Misi Tersenyum Lebar untuk tips menaikkan HB dengan berkesan.

HB rendah bermakna tahap hemoglobin dalam darah juga rendah. Juga bermakna kurang oksigen yang dapat diangkut oleh darah untuk keperluan ibu dan bayi. Jom tengok apa jadi apabila oksigen yang dibawa oleh darah tidak mencukupi dari yang sepatutnya.

Kesan HB Rendah Kepada Ibu :

kesan HB rendah

– Ibu mudah pitam dan pengsan.
– Mengalami keguguran.
– Pendarahan semasa mengandung dan bersalin.
– Risiko penyakit berjangkit yang lain.
– Mengalami kegagalan jantung.
– Jantung berdegup laju.
– Semput atau nafas pendek.
– Sukar fokus dan cepat letih.

Kesan HB Rendah Kepada Bayi :

kesan HB rendah

– Pertumbuhan janin terbantut.
– Lahir tidak cukup bulan.
– Berat bayi kurang 2.5kg.
– Risiko anak lemas ketika lahir.
– Mati ketika dilahirkan.

Tak Percaya Sampai Macam Tu Sekali Kesan HB Rendah Semasa Hamil, Tengok Ni..Serammm..

Kandungan 5 bulan ke bawah

kesan HB rendah

– Pada masa ini bayi sedang mengalami proses pembentukan organ-organ seperti otak, kepala, tangan, kaki, jantung dan lain-lain.

– Jika darah kurang dari 11g/dl, jantung tidak terbentuk dengan sempurna dan bayi akan GUGUR.

– Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah masih cair, bayi akan CACAT seperti tiada kaki dan tangan yang sempurna.

– Manakala jika bayi terbentuk dengan sempurna tetapi darah terlalu cair, otak bayi akan lambat terbentuk dan menjadikan bayi KURANG PANDAI.

Kandungan 5-7 Bulan

kesan HB rendah

– Jika ketika ini bayi kita telah terbentuk dengan sempurna, tetapi HB terlalu rendah akan menyebabkan jantung bayi tidak berdenyut dengan baik.

– Hal ini boleh menyebabkan bayi MATI di dalam kandungan.

Kandungan 7 Bulan dan Ke Atas

kesan HB rendah

– Walaupun ketika ini bayi telah terbentuk dengan sempurna dan mempunyai fizikal yang besar, denyutan nadi bayi tetap bergantung kepada kepekatan darah (HB).

– Bayi tetap ada risiko untuk MATI dalam kandungan sekiranya HB terlalu rendah iaitu kurang dari 9g/dl. Hal ini kerana jantungnya masih tidak kuat untuk mengepam oksigen ke seluruh badan.

– Jika bayi mampu bertahan sehingga dilahirkan, kekurangan HB akan menyebabkan bayi lahir dengan BERAT KURANG dari 2.5kg.

– Bayi yang dilahirkan terlalu kecil juga mempunyai banyak risiko untuk hidup kerana organ-organ badan yang masih belum matang.

– Biasanya bayi ini akan diletakkan di dalam ‘incubator’ sehinggalah mereka boleh ‘survived’ tanpa pemerhatian yang rapi lagi.

Haaa..begitulah ibu-ibu betapa bahayanya kesan HB rendah semasa hamil sama ada kepada ibu atau bayi yang tersayang. Jagalah pemakanan dan gaya hidup ibu ketika hamil.

Tidak semua wanita bertuah dikurniakan rezeki untuk hamil dan melahirkan. Ada yang sudah habis ribuan ringgit untuk mendapatkan zuriat.

Jadi kita yang Allah kurniakan rezeki yang tidak ternilai ini jagalah kandungan sebaiknya sebagai tanda kita bersyukur. Semoga Allah tambah-tambahkan lagi rezeki kita apabila kita banyak bersyukur. In shaa Allah..

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com

Rahsia Menaikkan HB Darah Sampai Misi Tersenyum Lebar.

Assalamualaikum w.b.t.

Kes Menaikkan HB darah Sampai MIsi Pun Naik Marah..Hehe..

menaikkan HB

Misi : ‘Ni HB tak naik-naik ni ubat makan tak?’

Ibu hamil : ‘Makan misi..saya tak pernah tinggal makan ubat misi bagi tu..’

Misi : ‘Awak cuba lah makan bayam ke jambu batu je kerang ke pulak’.

Ibu hamil : ‘Saya dah makan semua tu misi tetapi tak tahu kenapa susah sangat nak naik’..

Perbualan di atas biasa sangat kepada ibu yang mempunyai masalah HB rendah. Walaupun si ibu sudah cuba bermacam-macam sumber zat besi untuk menaikkan HB, tetapi hasilnya cuma sedikit yang naik. Masih tidak melepasi HB yang sepatutnya iaitu > 11.

menaikkan HB

Di manakah silapnya? Pening kepala ibu memikirkannya bukan? Tidak mengapa ibu hamil sekalian, kerana fina juga mengalami masalah yang sama untuk naikkan HB semasa hamil anak pertama.

Setelah fina kaji dan menuntut ilmu berkaitan HB, inilah yang fina dapat kongsikan. Dan sememangnya hampir semua ibu hamil tidak ‘aware’ akan hal ini.

Pantang Larang Penyerapan Zat Besi

1) Zat Besi Vs Tenusu

menaikkan HB

– Vitamin Obimin mengandungi zat besi untuk menaikkan HB. Biasanya vitamin inilah yang diberikan oleh klinik-klinik kesihatan. Tapi tahukah anda ada pantang larangnya. Apa-apa sumber zat besi tidak boleh diambil bersama apa-apa sumber tenusu. Jika diambil juga zat besi tidak akan diserap oleh tubuh. Jadi, sia-sia sajalah makan obimin atau makanan bersumberkan zat besi kerana HB tentu tidak akan naik.

2) Minuman dan Makanan Berkafein.

menaikkan HB

– Jika ibu hamil penggemar nescafe,teh dan kopi sila ambil perhatian lebih sedikit. Hal ini kerana zat-zat makanan juga tidak dapat diserap oleh badan dengan baik sekiranya di ambil bersama kafein. Jadi logik lah jika HB anda susah nak naik walaupun sudah mengambil zat besi dengan banyak kerana faktor makanan berkafien tadi.

Tidak semestinya ibu hamil perlu meninggalkan terus minuman kegemaran berkafein ini, cuma jarakkan pengambilan zat besi 2-3 jam dari makanan atau minuman berkafein.

3) Cara Memasak Yang Salah

menaikkan HB

– Memang benar sumber zat besi juga boleh kita dapati di dalam makanan seperti kerang, bayam, kismis, telur, kurma, yogurt, sayuran hijau dan sebagainya. Tetapi jika bahan-bahan tadi di masak terlalu lama akan menghilangkan zat-zatnya.
– Selain itu basuhlah sayuran dahulu sebelum memotongnya. Kerana jika kita membasuh sayur yang siap di potong, ia boleh menjadi penyebabkan hilangnya zat bersama air basuhan tersebut.

4)  Zat Besi & Vitamin C.

menaikkan HB

– Zat besi sangat mudah diserap oleh badan sekiranya di ambil bersama vitamin C. Jadi anda digalakkan untuk menelan pil-pil zat besi atau makan makanan bersumberkan zat besi bersama-sama dengan jus buah. Jus buah yang mempunyai vitamin C adalah seperti jus oren, jus apple, jus jambu, jus kurma dan jus prune.
Jadi gantikan minuman berkafein anda dengan jus buah jika ingin HB naik semula.

Syukur Alhamdulillah fina rasa fina dah share kesemua tips untuk naikkan HB ketika hamil. Sejak mengetahui betapa pentingnya zat besi diserap oleh badan bukan semata-mata makan ‘on-time’ sahaja, fina telah mengamalkan pengambilan sumber zat besi dan vitamin C yang semulajadi. Fina yakin penyerapannya sangat baik dan sememangnya telah terbukti menaikkan HB darah. Sila klik DI SINI untuk tahu bagaimana caranya!

menaikkan HB

Selamat mencuba ibu-ibu yang fina kasihi sekalian. Pastinya misi-misi anda tersenyum lebar melihat bacaan pada alat bacaan HB nanti..(^_^)v

Jangan Malu untuk Hubungi Fina…

Nor Shafina Mohd Din,

013-2787508,

ibuazra2012@gmail.com