Category Archives: Pedih Ulu Hati Ketika Hamil

Bongkar Rahsia Cara Saya Hilangkan Pedih Ulu Hati Ketika Hamil

Assalamualaikum w.b.t.

Entri hari ni fina nak cerita pengalaman fina hilangkan pedih ulu hati ketika hamil tetapi dengan cara yang semulajadi. Kisah benar ye, bukan reka-reka atau ciluk pengalaman orang lain.

hilangkan pedih ulu hati ketika hamil

Tapi mula-mula fina nak cerita la dulu betapa sengsaranya jiwa dan raga apabila pedih ulu hati menyerang. Bayangkanlah rasa macam ada orang simbah asid kat tekak, rasa ‘terbako’ je.

Banyak yang nak kene pantang. Kalau tak pantang nanti kita juga yang sengsara. Sudahlah nanti berpantang banyak yang tak boleh makan, mengandung pun kene pilih-pilih. Tengok makanan pedas terus tak selera.

Tetapi dalam masa yang sama, kita mesti ingat setiap kesusahan dan pengorbanan sepanjang kita hamil selama 9 bulan ni Allah dah sediakan ganjaran dan pahala yang besar, dengan syarat kita SABAR..

hilangkan pedih ulu hati ketika hamil

Namun, selain berdoa dan bersabar Allah suruh kita untuk berusaha mencari jalan penyelesaian masalah kita. Setiap kesusahan pasti Allah sediakan kemudahan. Apa yang korang buat sekarang iaitu mencari penyelesaian masalah pedih ulu hati di ‘Google’ adalah salah satu usaha juga.

Panjang pulak berceloteh, straight to the point. Fina berjaya hilangkan pedih ulu hati fina dengan vitamin semulajadi Shaklee. Antara cara yang mudah dan sangat berkesan. Jadi kalau teringin nak makan yang pedas-pedas, fina tak risau lagi kesannya. Lepas makan je terus ambil vitamin Shaklee, terus lega..Alhamdulillah..(^_^)

Apakah Vitamin Special Untuk Hilangkan Pedih Ulu Hati Ketika Hamil Tu Ye..

Namanya adalah ESP (Energizing Soy Protein)

hilangkan pedih ulu hati ketika hamil

ESP mengandungi protein soya yang bersifat alkali. Jadi ESP menghilangkan pedih ulu hati dengan meneutralkan asid di dalam perut atau pun sepanjang esophagus.

Tindakannya sangat semulajadi dan kita pun tak risau akan kesan buruk kepada diri atau kandungan. Jadi mengamalkan pengambilan ESP buat pedih ulu hati malu-malu nak menyerang lagi. Hehe..

Selain mencegah, ESP turut merawat dan memulihkan bahagian-bahagian esophagus dan perut yang semakin terhakis dan rosak apabila asid menyerang. Kandungan protein yang tinggi di dalam ESP membina sel-sel yang telah rosak dengan cepat. Jadi kesan pedih ulu hati pun akan cepat hilang.

hilangkan pedih ulu hati ketika hamil

Bonus pula untuk ibu hamil kerana ESP mengawal keseimbangan gula di dalam darah. Jadi mengelakkan ibu hamil dari diserang penyakit diabetes ketika hamil. Sudah pasti ibu-ibu semua tahu kesan buruk GDM ketika hamil bukan? Jadi tak perlu fina perjelaskan lagi.

Terutamanya bagi yang pernah mempunyai sejarah diabetes pada kehamilan yang sebelum ini. Kandungan protein yang tinggi di dalam ESP menjadikan insulin lebih efisyen untuk menukarkan gula kepada tenaga.

Rasanya fina dah cerita semua yang fina rasa setelah mengamalkan ESP ketika hamil. Masalah pedih ulu hati bukan lagi ‘nightmare’ fina setiap kali hamil setelah bertemu ESP. Alhamdulillah..

hilangkan pedih ulu hati ketika hamil

Fina harap pengalaman fina yang seciput ni dapat membantu ibu-ibu hamil kat luar sana yang kerap sangat diserang masalah pedih ulu hati. Kita hanya mampu berusaha, Allah lah yang mengizinkan segalanya. Tetapi ingat.. Allah perintahkan kita untuk berusaha. So.. Aja-aja fighting.. Hehe..

Hubungi fina segera,

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com

Cara Hilangkan Pedih Ulu Hati Ketika Hamil, Buat Ibu Tak ‘Terbako’ Lagi

Assalamulaikum w.b.t.

pedih ulu hati ketika hamil

pedihnya.. :(

Masa pedih ulu hati datang Allah jelah yang tahu betapa tak selesanya tekak fina ni. Memang rasa macam ada orang simbah asid kat tekak sampai rasa macam terbako gitu.

Nak berborak pun tak ada ‘mood’ rasanya. Nak makan lagi la tak ada selera. Rasa bila tengok makanan tu tekak makin pedih dan sakit je. Huhu..

Namun, bila dipikirkan semula sebab tu lah pahala orang mengandung ni banyak, besar ujian yang kita perlu lalui. Jadi jiwa pun kembali tenang dan semakin positif untuk mencari penyelesaian.

Saya Tak Ada Gastrik Tapi Setiap Kali Hamil Mesti Mengalami Pedih Ulu Hati. Kenapa Ya?

pedih ulu hati ketika hamil

Haaa.. Ramai yang terpinga-pinga kenapa dia boleh dapat pedih ulu hati ketika hamil sedangkan dia tak pernah ada masalah gastrik.

Sebenarnya apabila kita hamil, hormon progesterone dalam badan kita meningkat dari biasa. Hal ini menyebabkan otot-otot sfinkter esofagus bawah (LES) menjadi lembut dan mengendur.

pedih ulu hati ketika hamil

Otot sfinkter terletak di antara esophagus dan perut. Apabila otot-otot ini mengendur asid di dalam perut akan mudah untuk naik ke atas dan memberi rasa ‘terbakar’ di tekak kita. Peningkatan progesterone dalam badan juga melambatkan proses percernaan makanan.

Tetapi jangan risau kerana pedih ulu hati tidak membahayakan kandungan. Malah jika ikut tips-tips yang fina berikan ni, kita mampu mengurangkan kesan pedih ulu hati dan membuat kita rasa selesa semula dan tak ‘terbako’ jiwa dan raga lagi.hehe..

Cara Hilangkan Pedih Ulu Hati Ketika Hamil Secara Semulajadi

1) Elakkan makanan pencetus yang boleh mendatangkan pedih ulu hati.

pedih ulu hati ketika hamil

– makanan yang pedas, berempah dan berminyak melemahkan LES.

– jus buah-buahan(citrus) yang mempunyai asid semulajadi.

– coklat melemahkan LES.

– minuman berkafein dan bikarbonat melemahkan LES.

2) Tabiat Makan

pedih ulu hati ketika hamil

– makan dalan kuantiti sedikit tetapi kerap. Tak perlu lah makan untuk ‘dua orang’.

– kunyah makanan dengan perlahan dan sehingga benar-benar lumat. Ini dapat membantu mempercepatkan proses percernaan.

– elakkan makan yang berat-berat 3 jam sebelum tidur.

– Duduk tegak semasa makan bagi mengalihkan tekanan dari perut.

– Jangan baring 1-2 jam selepas makan.

– Elakkan minum ketika makan.

– Berjalan-jalan selepas makan akan membantu percernaan makanan dengan lebih cepat.

3) Posisi ketika baring.

pedih ulu hati ketika hamil

– sokong bahagian atas badan ( bahu dan kepala) dengan bantal lebih. Ini dapat mengelakkan asid naik ke esophagus. Selain itu dapat membaiki pernafasan ketika tidur.

4) Pakaian longgar.

pedih ulu hati ketika hamil

– elakkan dari memakai pakaian yang ketat terutamanya di bahagian perut. Pakaian yang longgar akan memberi ruang untuk makanan bergerak ke perut dan lebih baik.

5) Makanan yang Merawat Pedih Ulu hati.

–  Susu.

pedih ulu hati ketika hamil

Bagi fina susu sangat berkesan dalam merawat pedih ulu hati. Ini kerana susu bersifat alkali dan akan menyeimbangkan asid di dalam perut. Tekak yang berasid pun akan kembali neutral apabila susu lalu di di esophagus.

– Gula-gula getah.

pedih ulu hati ketika hamil

Mengunyah gula-gula getah menggalakkan rembesan air liur, juga menyegarkan nafas. Sifat gula-gula getah yang mempunyai bikarbonat akan meneutralkan asid di bahgian mulut dan esophagus.

– Betik

pedih ulu hati ketika hamil

Jadikan betik sebagai buahan utama sebelum makan. Ini kerana betik mengandungi enzim perncernaan yang baik untuk membantu perut menghadam makanan.

– Air

pedih ulu hati ketika hamil

‘Dehydration’ juga salah satu faktor terjadinya pedih ulu hati. Jadi minum air 8-10 gelas sehari untuk mengekalkan keseimbangan air dalam badan.

Berdasarkan pengalaman fina selama hamil 6 bulan, tips-tips di atas sangatlah membantu meredakan pedih di ulu hati yang tak ‘best’ tu.. Jadi mommies semua jangan cepat melatah ye, cepat2 apply teknik di atas.

pedih ulu hati ketika hamil

Lagi satu, ade tips mudah dan sangat cepat meredakan pedih ulu hati ketika hamil yang fina amalkan.. Psssttt.. Ni rahsia kita je tau.. Klik cepat sebelum rahsia bocor dan tak jadi rahsia lagi.. Hehe..(^_^)v

Jom hubungi fina jika nak berkongsi masalah atau pun pengalaman mommies ketika hamil. In shaa Allah kita berjuang untuk lebih sihat..

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com