Category Archives: Petua Mudah Bersalin

Rahsia Mudah Meneran Sewaktu Bersalin

Assalamualaikum w.b.t..

Kini telah masuk 39 minggu usia kandungan fina yg ke-2.. Ibu mane yg tak berdebar bila menunggu masa untuk melahirkan. Fina percaya walaupun sudah 4 kali pernah melahirkan, perasaan risau dan takut tetap ada dlm hati setiap ibu..

petua mudah bersalin

Jadi setelah mengamalkan tips-tips dan petua-petua mudah bersalin yg kita biase dengar, hari ni fina nak kongsi satu rahsia mudah dan selamat untuk dapat tenaga yang berpanjangan sepanjang proses melahirkan. Tak perlu lagi nak telan telur ayam kampung mentah yang tak sedap tu. Huhu…

Rahsianya adalah dengan mengambil ESP shaklee di kala kita rasa sudah mahu bersalin atau pun sudah keluar tanda-tanda untuk bersalin. ESP shaklee memamg terkenal dengan sifatnya sebagai ‘energy booster’. Membekalkan tenaga terus kepada badan.

petua mudah bersalin

Ibu-ibu cuma perlu ambil 3 sudu dan ‘shake’ kan bersama air suam atau pun jus buah.. Sgt mudah kerana terus boleh minum. Lagi pun fina percaya apabila sudah sakit selera makan pun akan hilang. Pastinya sudah tidak selera melihat nasi atau pun makanan lain.

Jadi dengan ESP shaklee ibu-ibu akan kekal bertenaga sehingga waktu melahirkan. Ini pastinya memudahkan proses meneran bayi yang memerlukan banyak tenaga dari si ibu.

Bagaimana ESP Shaklee Dapat Membekalkan Tenaga Terus Kepada Badan?

petua mudah bersalin

ESP shaklee dihasilkan dari kacang soya yang berkualiti sahaja. Diproses pada suhu yang sangat rendah untuk mengekalkan kualiti protein di dalamnya. Oleh sebab itu, soyanya adalah non-GMO(Non-Genetically Modified Organism) iaitu tidak diubah genetiknya di mana telah diuji secara klinikal dan selamat untuk diamalkan.

Satu tin ESP shaklee di hasilkan dari 30kg kacang soya. Wow.. Banyakkan.. Bayangkan berapa banyak protein yang dpt dihasilkan dalam 3 sudu ESP/satu hidangan. Sebab itulah ianya mampu menjadi ‘energy booster’ yang hebat.

petua mudah bersalin

Seperti yang kita tahu semakin banyak protein di ambil semakin lama perut akan berasa kenyang dan badan pula akan bertenaga. ESP shaklee merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Ianya turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

Jadi bukan sahaja sewaktu proses melahirkan kita perlukan ESP, apabila berpantang, semasa menyusukan bayi, ESP sepatutnya ada dalam diet harian kita. Bayangkan jika ibu tidak sihat dan tiada tenaga. Pastinya ‘moment’ indah bersama kehadiran cahaya mata baru tidak dapat dirasai sepenuhnya. Rugi bukan?

petua mudah bersalin

Untuk penjelasan lebih lanjut tentang fungsi ESP shaklee semasa berpantang sila klik di sini. Untuk fungsi ESP shaklee semasa proses penyusuan pula klik di sini.

Alhamdulillah..semoga sharing fina pada hari ini membantu ibu-ibu hamil yang menanti saat-saatmelahirkan. Suka fina ingatkan pada semua, apa sahaja yang kita lakukan, mulakan dengam berdoa pada Allah dahulu. Contohnya sebelum minum ESP shaklee mintak pada Allah supaya diberi tenaga dan di mudahkan semasa proses bersalin nanti. Kerana jika tidak dengan izin Allah usaha yang kita lakukan cuma sia-sia. So,back to Allah k..

Setakat ini sahaja dari fina, jangan segan-segan untuk hubungi fina jika mahu mencuba ESP shaklee ni. Fina akan cuba membantu semampu yang mungkin agar ibu-ibu dapat apa yang di idamkan..(^_^)

Nor Shafina Mohd Din
013-2787508
ibuazra2012@gmail.com

Petua Mudah Bersalin Versi Orang Dulu-dulu

Assalamulaikum w.b.t.

petua mudah bersalin

Semalam fina demam selsema, habis sakit-sakit satu badan. Sepanjang 6 bulan hamil inilah kali pertama fina tidak sihat sampai suami datang jemput dekat tempat kerja. Kebetulan di tempat kerja ada makcik ‘cleaner’ yang pandai mengurut. Agaknya kesian tengok fina sakit-sakit badan dia pun ‘offer’ untuk urut fina.

Semasa tengah mengurut, banyak nasihat yang dia bagi pada fina. Rupanya dia biasa mengurut orang lepas bersalin. Fina pun ambil kesempatan bertanya petua mudah bersalin kerana fina nak sangat bersalin secara normal untuk anak yang kedua ni.

Ini point yang dapat fina kongsikan daripada perbualan fina dengan makcik ‘cleaner’ yang baik tu.

16 Petua Mudah Bersalin Anda Perlu Tahu !

1) Amalkan makan kurma dalam bilangan yang ganjil sepanjang tempoh kehamilan.

petua mudah bersalin

2) Amalkan membaca surah maryam sepanjang tempoh kehamilan.

3) Amalkan makan sayur bendi kerana orang kata bendi berlendir jadi mudah untuk melahirkan.

4) Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari-jari kaki dan tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

petua mudah bersalin

5) 2 minggu sebelum due, amalkan memakan telur separuh masak untuk memberi tenaga.

6) Bila sakit nak bersalin, telan sebiji telur mentah.

7) Supaya laluan cepat terbuka, minum milo dengan 2-3 sudu marjerin ketika rasa sakit nak bersalin.

8) Rebus epal hijau dan makan ketika sedang sakit ‘contraction’.

9) Banyakkan berjalan atau turun naik tangga untuk mudahkan bersalin.

10) Semasa di labour room, banyakkan membaca Al-Fatihah dan zikir nabi Yunus serta ‘Ya Fattah’ berulang-ulang kali untuk mengurangkan kesakitan.

11) Amalkan menyapu minyak zaitun atau minyak kelapa dara pada sekitar vagina, untuk lembutkan vagina dan mengurangkan koyakan ketika bersalin.

petua mudah bersalin

12) Semasa contraction tarik nafas melalui hidung dan hembuskan mengikut mulut. Apabila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat-cepat.

13) Kerapkan bersama suami apabila kandungan masuk usia 37 minggu untuk memudahkan laluan dibuka.

14) Minum air selusuh sebaiknya dibuat oleh suami sendiri pastinya lebih berkat.

15) Semasa meneran, jangan angkat punggung sebab nanti akan koyak teruk.

16) Petua terakhir ni sedikit pelik, tetapi tak salah mengamalkannya asalkan kita tahu segala berlaku hanya dengan izinnya. Petuanya ialah ketika mandi basah rambut, hisap sedikit air yang mengalir pada hujung rambut kita sambil berniat padaNya agar mudah melahirkan.

petua mudah bersalin

Alhamdulillah, fina dah kongsikan petua-petua yang makcik ‘cleaner’ penuh pengalaman tu kasi. Apa-apa pun yang kita usahakan adalah ikhtiar kita dan yang mengizinkan segalanya hanya Allah s.w.t. Jadi doa dan solat hajat tetap menjadi petua nombor satu kita sebagai umat islam.

Untuk tahu bagaimana tips mudah dan cepat menjadikan kita bertenaga di saat-saat akhir melahirkan, sila klik di disini.

Nak kongsi masalah? Jangan malu-malu untuk hubungi fina sekarang..(^_^).

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com