Category Archives: Rahsia Bahagia Sokmo

Rahsia Kurangkan Stress dan Mula Rasa Bahagia Seperti Cinderella

Assalamualaikum w.b.t..

kurangkan stress

Indahnya hidup jika semua yang kita rancangkan berjalan lancar. Jalan raya lengang tiada kesesakan lalu lintas. Anak-anak baik mendengar cakap, rumah sentiasa kemas dan bersih.

Namun, semua itu pastinya mustahil kerana lumrah hidup penuh dengan dugaan dan cabaran. Tanpa dugaan dan cabaran masakan kita menjadi lebih matang dan berilmu.

Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Begitu juga jika kita tertekan, ada caranya untuk kita kurangkan stress kita agar lebih tenang dan semakin bahagia. Antaranya ;

1) Niat kerana Allah s.w.t.

kurangkan stress

– Apa sahaja yang kita lakukan jika diniatkan keranaNya pastinya akan dipermudahkan dan diberkati. Setiap kali rasa penat kerana menjalankan tanggungjawab, kenanglah alangkah indahnya balasan Allah di akhirat nanti jika tidak di dunia yang fana ini. Mudah-mudahan setiap apa yang kita lakukan menjadi ibadah dan ladang pahala buat kita. In shaa Allah..

2) Rancang jadual harian dan ikut dengan penuh disiplin.

kurangkan stress

– Prof. Muhaya pernah berkata, ‘sejam perancangan akan menjimatkan 4 jam masa yang kita ada’. Fina percaya ramai yang merancang kehidupan seharian, cuma berapa ramai yang disiplin untuk ikut apa yang dirancang.

Tips yang biasa fina amalkan setelah merancang adalah berdoa bersungguh-sungguh apa yang kita rancang dapat kita laksanakan.  Fina juga akan membaca zikir di bawah sebanyak 100x kerana segala yang berlaku hanya dengan izin-Nya.

kurangkan stress

3) Ambil masa 5 minit tarik nafas dan fikir perkara yang kita suka.

kurangkan stress

– Di saat kita rasa terlalu tertekan, berhenti melakukan kerja dan jauhkan dari orang ramai hanya untuk 5 minit. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan. Pejamkan mata dan fikirkan perkara yang amat kita suka dan bila kita ingat kita akan gembira dan bersemangat untuk meneruskan hidup.

Macam fina, fina suka kenangkan saat fina melahirkan anak pertama, gembiranya buat fina tersenyum dan kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan walau apa pun cabaran yang mendatang.

4) Dunia Dalaman Menentukan Dunia Luaran.

kurangkan stress

– Fina pasti ramai yang biasa dengar ungkapan ini. Prinsip yang dipegang oleh Prof. Muhaya ni sangat membantu untuk kita mengurangkan tekanan hidup. Sedih adalah ujian. Gembira juga ujian. Jadi mengapa pula kita seolah-olah tidak dapat menerima apabila diuji sedikit olehNya. Tatkala gembira kita menerima seadanya?

Memang itulah lumrah manusia. Jadi apa yang telah terjadi bukan persolannya. Tetapi bagaimana kita memberi respon terhadap apa yang berlaku itulah yang paling penting. Respon dalaman kita akan menentukan dunia luaran kita.

Contohnya si A merasa kesesakan lalu lintas sangat membuang masa dan mudah melatah apabila berhadapan dengannya. Tetapi bagi si B pula, kesesakan lalu lintas merupakan peluang untuknya mendengar ceramah-ceramah ilmu melalui CD. Jadi waktu yang lama pun terasa cepat berlalu dengan sesuatu yang bermanfaat..

5) Menjaga kesihatan diri.

kurangkan stress

– Tidur yang cukup dan makanan yang seimbang amat penting supaya tubuh sentiasa bertenaga untuk menempuh hari-hari yang penuh dengan cabaran. Bayangkan jika badan lesu dan tidak bermaya, pastinya cepat untuk diri merasa tertekan apabila menghadapi masalah.

Bagi fina masalah badan kurang tenaga tidak pernah timbul lagi sejak mengamalkannya. Jadi masalah stress juga semakin berkurang dari hari ke hari. Ingin tahu apa rahsianya? Boleh rujuk di sini. Fina sangat-sangat berbesar hati dalam membantu semua untuk kurangkan stress dan untuk mula rasa bahagia seperti Cinderella. In shaa Allah..(^_^)