Category Archives: rahsia hilangkan parut

Rahsia Hilangkan Parut Seperti Melihat Cermin Ajaib

Assalamualaikum w.b.t.

hilangkan parut

“Dulu awak bersalin normal ke ceasor?” Tanya misi sambil membelek-belek perut fina. Fina terkedu,risau pun ada. “Kenapa misi, ada masalah ke, dulu saya bersalin ceasor”. Dalam hati waktu tu terfikir mungkin juga tak elok lagi ke luka ceasor fina ni. Yela..sebab baru je 2 tahun usia anak fina yang pertama, kandungan kedua pula sudah 5 bulan..

Sambung misi lagi, ” owhh..tak ada masalah pun, sebab saya tak nampak kesan jahit ceasor awak ni. Macam bersalin normal je..”.
Fuhhh..lega rasanya.. Ingatkan ada masalah dengan perut fina, risau juga jadi apa-apa yang tak elok bila kandungan dah besar nanti. Tetapi rupanya parut ceasor dah tak nampak sangat, boleh kata hampir hilang. Bangga sekejap..hehe..

hilangkan parut

Kisah yang fina cerita tadi baru sahaja berlaku pada fina tak sampai seminggu lagi. Kisah benar ye. Jadi sememangnya tak mustahil untuk kita hilangkan parut di badan atau muka kita. Parut yang sepanjang perut fina tu pun boleh hilang, inikan pula yang lebih kecil dari tu. Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah kan.

Perkara yang baik elok untuk di kongsi kan. Jadi di sini fina  nak kongsikan tips dan petua untuk hilangkan parut secara semulajadi. Antaranya :

1) Kulit Kayu Manis & Bedak Sejuk

hilangkan parut

– Ambil dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Kulit kayu manis ditumbuk sehingga hancur menjadi serbuk halus. Kemudian campurkan serbuk kulit kayu manis tersebut dengan bedak sejuk tadi. Seterusnya tambah sedikit air. Dah siap…

– Simpan campuran tersebut di dalam bekas yang kedap dan sapukan pada tempat parut sekerap yang mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang In shaa Allah.. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.

2) Daun Lidah Buaya

hilangkan parut

– Petua ini lebih mudah dan natural. Cuma ramai yang ada masalah untuk mendapatkan daun lidah buaya ni. Jadi kalau jumpa di mana-mana ambil dan tanam lah ye. Caranya, ambil daun lidah buaya dan belah di tengahnya sehingga lendirnya keluar. Kemudian sapukan pada kawasan parut dan boleh juga seluruh muka. Biarkan ia selama 20 minit sebelum mencuci muka.

– Selain dapat menghilangkan parut, lendirnya juga dapat menegangkan dan melembutkan kulit. Lakukan setiap hari dan lihat kesannya yang sangat memuaskan hati. Selamat mencuba.

3) Asam Jawa & Tepung Ubi Kayu

hilangkan parut

– Mula-mula ambil asam jawa dalam segenggam, campurkan dengan air suam dan ramas sehingga menjadibair asam jawa. Kemudian ambil segenggam tepung ubi kayu dan campurkan dengan air asam jawa tadi.. Adunan jangan terlalu pekat atau cair, jadikan ia ala-ala masker gitu.

– Masker semulajadi dah pun siap! Sapukan setiap malam pada seluruh muka. Boleh bilas selepas setengah jam atau biarkan sahaja sehingga ke pagi. Amalkan setiap malam kerana hasilnya pasti tidak mengecewakan.

4) Makanan dari Sumber Vitamin E.

hilangkan parut

– Pastinya semua biasa dengar kisah vitamin E yang dapat menghilangkan parut. Sememangnya bukan kisah dongeng. Dan yang lebih penting vitamin E bukan hanya diperlukan oleh badan hanya untuk menghilangkan parut. Malah lebih dari itu seperti untuk menjaga jantung, hati dan ginjal agar sentiasa sihat.

– Badan manusia tidak mampu menghasilkan vitamin E sendiri. Jadi kita mesti mendapatkannya daripada makanan atau sumber luar yang lain. Contoh makanan yang mempunyai vitamin E ialah almond,biji labu dan biji bunga matahari, mustard green, bayam, hazelnut, brokoli, zaitun, aprikot, gandum,tomato pistachio dan kiwi.

Rasanya fina dah kongsikan semua tips yang berkesan untuk hilangkan parut-parut yang tak best tu.. Tetapi untuk tahu rahsia fina tersendiri menghilangkan parut fina yang besar dan panjang ni,dipersilakan klik di sini. Jom kita sama-sama bebaskan diri dari parut umpama melihat di cermin ajaib, pastinya anda sendiri susah nak percaya bila kulit anda kembali bersih dan cantik In Shaa Allah..(^_^)

Nor Shafina Mohd Din,

013-2787508,

ibuazra2012@gmail.com