Category Archives: Rawat Rambut Gugur

Rahsia Kurangkan Rambut Gugur Sebelom Digelar Si Botak

Assalamualaikum w.b.t.

kurangkan rambut gugur

Rambut asyik gugur je? Mesti rasa tak sanggup kan bila tengok rambut bergumpal-gumpal gugur waktu menyikat rambut. Bilik air pula selalu tersumbat kerana gumpalan rambut yang banyak di salur air.

Aishh.. Nak kata tak cuba syampu mahal dah cuba. Dah ‘spent’ banyak untuk rawatan rambut, tapi sekejap je berkesan. Rawatan rambut habis, rambut pun habis gugur semula. Macam mana nak buat ye?

Apakah Punca Rambut Menjadi Gugur?

kurangkan rambut gugur

Bagi fina untuk selesaikan apa-apa masalah kita sendiri mesti selidik apa puncanya. Kajian menyatakan rambut gugur kerana akar rambut tidak sihat dan kuat untuk memegang rambut di tempatnya.

Ada juga kes rambut gugur terjadi kerana syampu rambut yang digunakan. Terlalu banyak bahan kimia di dalamnya dan terlalu kerap bertukar-tukar jenis syampu pun boleh menjadi faktor.

Selain itu, kajian juga menunjukkan wanita tidak bertudung lebih berisiko mendapat masalah rambut gugur. Hal ini mungkin kerana kulit kepala sering terdedah kepada cahaya matahari.

kurangkan rambut gugur

Tambahan pula cahaya matahari sekarang kan tidak seperti dulu. Lapisan ozon semakin menipis menjadikan cahaya matahari lebih berbahaya berbanding waktu dulu-dulu.

Tak dinafikan pemakanan juga menjadi faktor penting terjadinya keguguran rambut. Kekurangan protein dalam makanan yang kita ambil adalah sebab utama akar rambut menjadi tidak kuat.

Kuatkan Kembali Akar Rambut Yang Lemah Dengan…

Jadi rahsia utama untuk memastikan akar rambut kembali kuat dan seterusnya kurangkan rambut gugur adalah dengan membina semula sel-sel akar rambut dengan pengambilan protein yang secukupnya. Antara sumber protein yang boleh kita dapat dari makanan ialah :

– Ikan
– Daging
– Ayam
– Sumber kekacang
– Telur
– Tempe
– Yogurt
– Keju
– Gandum
– Tauhu
– Brokoli
– Bayam

kurangkan rambut gugur

Janganlah nanti baru ambil sehari dah ‘expect’ esoknya rambut tak gugur lagi. Mestilah ambil secara berterusan kerana nak membina semula sel-sel yang telah rosak bukannya mudah ye. Amalkan secara konsisten pastinya hasilnya tak mengecewakan.

Seandainya korang rasa tak mampu nak mendapatkan sumber tinggi protein setiap hari, fina sangat-sangat berbesar hati untuk kongsikan tips mudah dan cepat dalam mendapatkan sumber berprotein tinggi hanya dengan segelas air.WOW! Klik saja DI SINI.

Ramai dah berjaya dengan tips yang fina amalkan ni. Jangan tunggu di panggil si botak baru nak bertindak ye. Hehe..gurau aje.. Apa-apa pun masalahnya segera hubungi fina untuk bersembang lebih lanjut..(^_^)v

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com