Category Archives: Sembelit Ketika Hamil

Tips Mengurangkan Sembelit Ketika Hamil Sampai Tak Perlu Bertapa di Tandas Lagi

Assalamualaikum w.b.t.

sembelit ketika hamil

Sembelit dan mengandung memang tak dapat dipisahkan. Jadi untuk korang terutamanya pertama kali hamil jangan ‘panic’ ye jika rasa diri kerap mengalami sembelit. Selagi sembelit anda biasa-biasa, bukannya sampai sakit perut yang keterlaluan atau pun sehingga buasir, ianya tidaklah berbahaya kepada kandungan.

Sembelit menganggu emosi dan tugas saya.. ;(

Namun, sungguhpun tidak berbahaya, bagi fina sembelit buat fina sangat tidak selesa. Perut akan rasa tak sedap sahaja kerana pembuangan tidak lancar, malah boleh mendatangkan masalah angin-angin kepada badan kita. Betul kan?

sembelit ketika hamil

Bagi yang bekerja, pastinya tugas akan terganggu. Bagi suri rumah pula, tugas dirumah juga akan tertangguh. Yela, mana tidaknya kalau sudah berjam-jam setiap kali masuk tandas pastinya masa banyak terbuang begitu sahaja.

Bagaimana Sembelit Boleh Terjadi Kepada Wanita Hamil?

Apabila hamil, kita akan menghasilkan lebih hormon progesterone yang akan menyebabkan sistem pencernaan kita menjadi perlahan. Hal ini menyebabkan makanan lambat untuk dihadam atau pun tidak terhadam sepenuhnya.

sembelit ketika hamil

Selain itu, rahim yang semakin membesar juga menyebabkan tekanan fizikal kepada saluran usus. Hal ini menyebabkan pergerakan najis ke usus besar dan rektum semakin terhalang.

Tips Kurangkan Sembelit Ketika Hamil Yang Korang Perlu Tahu dan Cuba!

1) Ambil lebih makanan berserat dalam menu harian.

sembelit ketika hamil

-Antara makanan serat yang boleh diambil seperti cereal, beras perang, kekacang, sayuran berdaun hijau, brokolli, tomato dan sebagainya. Jadikan menu wajib harian anda.

2) Buah-buahan sebagai kudap-kudap.

sembelit ketika hamil

– Kalau sebelum ni jeruk dan asam sahaja yang sentiasa ada dalam beg untuk di makan di mana-mana, sekarang cuba ubah kepada buah-buahan pula. Sembelit pasti berkurangan malah makanan kepada bayi dalam kandungan lebih bernutrisi.

3) Exercise.

sembelit ketika hamil

– Jangan takut untuk exercise ketika hamil. Banyakkan berjalan dan buat senaman ‘cycling’ boleh mengurangkan sembelit kerana otot-otot di bahagian perut aktif bekerja.

4) Air,air,air!

sembelit ketika hamil

– Badan yang mudah terhidrasi lebih cenderung untuk mendapat sembelit. Minum air masak lebih 3L sehari. Minum dengan kerap dan pastikan botol air anda sentiasa ada kemana sahaja anda pergi.

5) Pil Zat Besi.

sembelit ketika hamil

– Sesetengah wanita hamil sembelit disebabkan pil zat besi yang mereka ambil. Jadi jika itulah punca korang sembelit, bincang dengan doktor untuk menukar jenis pil yang lebih mudah dihadam.

Cuba Elakkan…

Perlu diingatkan ubat-ubatan untuk melembutkan najis adalah langkah terakhir untuk merawat sembelit.

Penggunaan enema tidak digalakkan terutama sekali menjelang waktu untuk bersalin.

Wujudkah Alternatif Lain?

Sememangnya ada cara yang lebih selamat dan berkesan untuk mengurangkan sembelit ketika hamil. Mari fina kongsikan pengalaman fina menggunakannya di sini. Teruskan membaca ye kawan-kawan.

sembelit ketika hamil

Sehingga sekarang usia kandungan fina mencecah 6 bulan, fina belum pernah sembelit yang teruk. Cuma sesekali sahaja najis menjadi keras tetapi masih membuang seperti biasa. Alhamdulillah..

Semoga perkongsian fina dapat melegakan sikit kerisauan ibu hamil yang kerap sembelit. Jangan malu-malu nak hubungi fina jika ada nak tanya apa-apa..(^_^)v

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com