Category Archives: Tips & Motivasi

Spa MENARIK di Kota Kinabalu Sabah Tempat Manjakan Diri Yang Berbaloi

Assalamualaikum w.b.t..

Siapa kat sini suka manja-manjakan diri? Best kan bila dapat ‘Me time’ kat spa. Nak-nak lagi apabila kita ni seorang yang ibu yang busy dan selalu berkejaran untuk keluarga, kerja dan bisnes part time. Fina lah tu..hihi..Bila dapat ‘landing’ tu pehhh.. best giler.. Rasa macam isolate sekejap dari dunia sebenar..

image

Ari tu masa kene pergi sabah atas urusan kerja Allah rezkikan untuk fina manjakan diri di SPA.. Awalnya fina nak balik semenanjung terus habis saja kerja. Memang buat kerja cepat-cepat mengenangkan anak-anak kat rumah. Macam tu lah hati seorang ibu. Tak tenang bila berjauhan dengan suami dan anak-anak.

Tapi bila mesej saja suami kata nak balik cepat suami pun reply macam ni.. alahai mamahaminya encik suami kita.. terharu sangat tau..

image

Berfikir 2 3 kali jugak la sebelum buat keputusan nak pergi spa tu. Waktu tu badan pun lemah rasa nak demam je sebab cuaca kat sabah panas sangat. Lagi pun fina kerja dekat airport yang betul-betul tepi laut. Memang angin laut ni lain macam sikit panas dia.

Lepas dah decide nak pergi tu fina pun keluarlah hotel untuk survey spa terdekat dengan hotel fina. Masa tu fina duduk di waterfront hotel. Search google memang banyak spa. Selain tu fina ada jugak tanya-tanya pada orang yang duduk kat sabah tu. Fina tanya receptionist hotel dan jugak budak sabah yang jaga guardian dekat dengan hotel fina tu.

Main sebat je fina ni kan. Tapi memang lagi senang bila tanya orang. Feedback cepat dan kita pun lebih yakin. Fina siap cakap nak spa yang selamat dan bertutup. Nak privacy dari lelaki. Lelaki pun ramai yang suka pergi spa tau.. Alhamdulillah akhirnya fina jumpa spa ni.

Namanya Helen Beauty Spa and Refleksology. Terletak betul2 sebelah guardian berhampiran dengan Waterfront hotel atau pun Kelegan Hotel. Ni adalah alamatnya dan nombor telefon. Boleh waze je kalau tak biasa dengan Sabah lagi kan..

image

Fina tak ambil pun gambar masa buat spa tu. Sebab fina memang tak nak bawak apa-apa barang. Memang melenggang bawak duit dan ic je masa tu. So chances nak kene curi atau tertinggal tu rendah la kan. Hihi.. bila pergi sorang-sorang ni memang macam-macam dalam fikiran. Apa-apa pun selalu minta perlindungan dari Allah s.w.t.. Sesungguhnya Dia lah sebaik-baik pelindung.

Masa tu fina buat spa kaki dan seluruh badan baru RM100 untuk 1 jam setengah. Ada macam-macam pakej. Dari yang murah kepada yang mahal. Tapi still affordable bagi fina. Best sangat dan hilang lenguh-lenguh badan dan rasa relax sangat. Badan pun nak manja-manja jugak sekali sekala kan..(^_^)

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MANJAKAN DIRI…

Tulus mulus ikhlas dari hati,
ibu Fina,
013-2787508.

8 STEP Penting Bantu Mudahkan Urusan Di Airport

Assalamualaikum w.b.t..

Syukur Alhamdulillah urusan kerja fina selama 3 hari di Kota Kinabalu Sabah berjalan dengan jayanya.. kali terakhir fina pergi sabah pada tahun 2014. Jadi memang macam pertama kali nak naik flight. Hampir lupa semua step. Lagipun pergi sorang-sorang ni memang akan nervous lebih..hehe..

Macam teknologi yang sentiase ada perubahan macam tu jugak lah step-step untuk check in dan check out di airport. Jika kita tak up to date mungkin akan ada masalah sedikit. So setakat hari ni 5/3/2016 , inilah step-step yang sedang dipraktikkan di airport KUL —-> BKI atau pun BKI —-> KUL.

image

Kenapa fina nak share dengan pembaca? Mungkin ramai yang sudah biasa dengan step check in atau check out di airport. Nak-nak lagi yang rajin travel. Tetapi bila fina sendiri yang mengalami masalah dalam procedure di airport ni barulah fina terfikir untuk kongsikan dengan pembaca step yang up to date supaya korang semua tidak alami masalah macam fina. So akan lebih smooth perjalanan nanti.

Untuk selesa fina sarankan korang berada di airport 2 jam sebelum waktu flight. Sebab jika terkena peak hour kita terpaksa beratur panjang untuk urusan bagasi atau lain-lain masalah yang tidak di duga.

STEP UNTUK BERLEPAS (CHECK-IN)

image

1. Beli tiket mengikut destinasi.

-Document yang diperlukan :
■ IC
-Sama ada beli di kaunter tiket di airport atau pun buat belian online. Boarding pass akan terus dapat jika beli di kaunter.
– Disarankan beli tiket awal. Jika emergency no choice la kan..

2. Self check in jika beli tiket secara online.

-Jika tiket dibeli secara online anda akan dapat ‘ticket number’ selesai sahaja urusan belian online tu.
-Self check in di kiosk yang disediakan di airport dengan memasukkan ‘ticket number’ tadi. So akan keluarlah boarding pass anda dari kiosk tersebut.

3. Pergi ke kaunter bagasi.

– Document yang perlu disediakan :
■ Boarding Pass
■ IC
– Jika ada beg yang hendak di masukkan ke dalam perut kapal korang jalan terus ke kaunter bagasi. Kalau dalam bahasa aviation ‘perut kapal’ tu disebut ‘fuselage’..(^_^)
– Jika beg korang mengandungi tools atau pun tester equipment bagi tahu petugas kaunter. Nanti dia akan suruh hantar ke kaunter yang sepatutnya.
– Jika flight MAS hanya 2 beg dibenarkan untuk masuk ke perut kapal. Walaupun berat maximum yang dibenarkan adalah 30kg, jika sudah 2 beg dikira cecah limit sudah. Jadi kalau nak jugak masuk sampai 3 beg akan dikenakan extra charge luggage. Ini yang fina kene baru je tadi.. Melayang rm80..:(
– So pengajarannya bawaklah beg besar-besar. Sumbat semua dalam beg tu. Jadikan 2 beg sahaja. Kalau tak jenuh lah lenguh tangan nak hand carry banyak-banyak.
-Kalau naik flight selain MAS sila rujuk pada petugas untuk kriteria bagasi yang dibenarkan.

#Nota kaki : Jika bersama anak kecil atau pun warga emas ada kaunter khas yang disediakan. So untung sangat sebab tak perlu beratur panjang. Special gitu..hihi..

4. Check in ke gate yang sepatutnya.( untuk tau gate berapa boleh refer pada boarding pass.

-Document yang diperlukan :
■Boarding pass
■IC
-Jadi jika flight korang pukul 12 tengah hari, tapi masa tu dah habis pun step ke-3(check in bagasi) baru pukul 10 pagi, so ada lagi 2 jam. Jadi kalau nak makan-makan atau minum-minum dulu dengan family di airport tu pun boleh. Jangan check in gate lagi.
– Sejam sebelum flight time adalah waktu paling ideal untuk check in gate. Contoh flight time pukul 12 tengah hari, so pukul 11 pagi adalah ideal time.
– Kat sini semua barang-barang yang kita hand carry akan di scan. Kita pun akan di scan dan diperiksa oleh petugas. Kira tapisan terakhir la ni.
– Jika pass, terus ikut signboard untuk ke gate yang sepatutnya.

5. Check in untuk masuk kapal. (LAST STEP)

-Document yang diperlukan :
■ Boarding pass
■ IC
– Apabila korang dah sampai ke gate yang betul dah tak perlu nak risau sangat dah. Tunggu di ruang menunggu yang disediakan.
– 20 minit sebelum flight time, petugas airport akan panggil semua penumpang untuk beratur masuk ke dalam kapal terbang.

#Nota kaki : Jika korang bersama anak kecil atau pun warga emas korang akan diberikan keistimewaan untuk masuk ke dalam kapal terbang terlebih dahulu. Untung lagi..hihi..

Dan korang pun fly fly in the sky….(^_^)v

STEP UNTUK KETIBAAN (CHECK-OUT)

image

1. Daftar Imigresen(Sabah&Sarawak)

– Document yang diperlukan :
■ IC
■ Slip/Permit Sementara

– Mendarat sahaja kapal terbang di airport sabah dan sarawak, korang akan terus ke kaunter imigresen yang disediakan.
– Simpan elok2 slip/permit sementara yang diberikan oleh petugas. Kecik je slip nya macam resit je.
– Bila nak naik kapal semula nanti( keluar dari Sabah/Sarawak) diorang nak slip tu balik.

#Nota kaki
~ kalau selain sabah dan sarawak rasanya tak perlu daftar imigresen ni. Kire akan skip la step ni.

2. Ambil bagasi.

– Terus sahaja ikut sign board yang menujukkan arah untuk ambil beg-beg kita yang berada dalam perut kapal.
– Ambil beg yang betul mengikut tag nama kita. Jangan salah ambil beg orang. Check betul-betul.

3. Keluar dari airport untuk ke destinasi yang nak dituju.

-Alhamdulillah anda selamat menjalani proses check in dan check out di airport dengan jayanya. Semoga perjalanan dipermudahakan dan gembira sepanjang percutian di tempat baru!!?

image

Selamat Bercuti!!!

Coretan ikhlas tulus mulus dari
Ibu Fina,
013-2787508

Berkesan Rupanya Sup Bunjut Ni Buang Angin

Assalamualaikum w.b.t..

Pagi tadi ade seorang adik whatsapp fina mengadu tentang masalah angin badan yang sangat teruk. Beliau sekarang hamil 8 minggu. Syukur Alhamdulillah.. time tu terus teringat dengan sup bunjut…hihi

image

Namun dia mengadu masalah angin badan terlalu teruk sampai hilang selera makan. Angin sewaktu mengandung memang mudah terjadi dan bukan lah sesuatu yang kritikal seperti masalah HB, kencing manis dan darah tinggi.

Namun jika langsung tiada sebarang rawatan turut boleh mengganggu kehidupan suami isteri dan keperluan nutrisi ibu bagi pembentukan janin yang sempurna. Makanan pun tak boleh nak masuk, masakan pula vitamin asid folic yang berbau tu. Vitamin asid folic kebiasaannya akan diberikan oleh doktor pada awal kehamilan untuk mencegah kecacatan pada bayi.

Dari segi kehidupan suami isteri pula, jika isteri sering tiada ‘mood’ atau sakit, pastinya tempoh kehamilan tidak berapa indah seperti sepatutnya. Hampir 100% kerja rumah akan diletakkan dibahu suami. Isteri pula akan lebih beremosi kerana sentiasa lemah dan tidak kuat untuk membantu..

Tak mengapa… sup bunjut kan ada!! Hihi.. maaf lah.. tajuk agak catchy sebab bila ada masalah angin je teringat bunjut. Meh fina nak ajar satu cara tradisional untuk membuang angin. Kaedahnya adalah dengan bertuam menggunakan Bunjut Halba.

Kaedah ni fina tak pernah guna masa fina hamil kerana masalah angin fina dapat dikawal dengan pengambilan vitamin shaklee. Namun bagi yang tiada vitamin, anda boleh cuba kaedah ni. Senang sahaja caranya.

image

Beli biji halba di kedai-kedai runcit berdekatan rumah anda. Senang dapat halba ni. Kemudian letakkan di atas sapu tangan dan bunjutkannya. Kalau tak ada sapu tangan pun kain apa-apa pun boleh janji boleh dibunjutkan. Ikat dengan getah.

image

Kemudian layurkan bunjut tadi di atas api lilin. Berhati-hati ye kerana bunjut halba cepat panas dan cepat sejuk. Apabila bunjut terasa suam tuamkan di atas perut, belakang betis dan pinggang. Buat sekerap yang mungkin sehingga kita berasa selesa.

Pengalaman fina dulu masa Nur Amna dan Nur Azra ketika baru lahir. Bayi ni sangat sensitif dengan angin, jadi kaedah ini lah yang fina gunakan. Memang membantu kerana nampak bayi lebih selesa dan kurang meragam.

Jadi kaedah Tuam Bunjut Halba ni boleh digunakan untuk ibu hamil, ibu baru bersalin dan bayi yang baru di lahirkan. In shaa allah dapat membantu mengurangkan masalah angin. Jadi bila dah buat bunjut ketika hamil simpan elok-elok ye. Kerana bila bersalin nanti tak payah buat yang lain dah. Jimat.. :-)

Sekian sahaja perkongsian fina di ceritasihat.com hari ni. Semoga memberi manfaat dan menjadi pencen kubur fina yang subur.. aaminn..(^_^)

image

.

Hampir 5 Tahun Sapu Racun ke Muka | Akhirnya Sedar Kesan Buruk

Assalamualaikum w.b.t.

Terujanya fina nak bercerita pagi ni. Nak kongsi sesuatu yang fina rasa ramai yang TAHU tapi masih tak ambil berat isu ni. Dlm pukul 10 pagi tadi fina dpt mesej dari seorang hamba Allah.. seorang wanita.

image

Dia mengadu tentang kulit mukanya.. Penuh jeragat dan gatal-gatal.. punca?  Sebelum ni cantik je..licin dan halus.Katanya bila dia pakai krim X tu terus jadi gatal dan naik ruam. Tahap gatal tu pula sampai rasa nak garu-garu je.

Beberapa kali juga dia cuba pakai semula krim X tu untuk pastikan punca sebenar. Setiap kali pakai memang akan bertambah gatal. Jadi ‘confirm’ la dah memang krim X tu.

Cuma yang menjadi persoalan dia dah pakai krim tu hampir 5 tahun sudah. Tak kan lah baru sekarang tak serasi kan. Jadi fina pun terus soal siasat serba sedikit. Akhirnya fina dapat nama penuh krim X tersebut.

Fina pun belek semula info dari KKM tentang senarai produk yang mengandungi racun berbahaya. Kot-kotlah termasuk dalam senarai kan.. check punya check memang betul rupanya krim x tu memang tersenarai..

Ada 2 racun yang KKM kenal pasti dalam krim X tu bernama ‘Hydroquinone’ dan ‘Tretinoine’. Geleng kepala fina bila bayangkan selama hampir 5 tahun jugaklah wanita tersebut menyapukan racun ke muka sendiri..

image

Jadi kesimpulannya kita sebagai pengguna ni mesti tahu hak kita. Mesti kenal pasti dulu tentang ciri-ciri keselamatan sesuatu produk sebelum menggunanya. Tanyalah tukang jual banyak-banyak soalan pun tak apa. Sebab bila melibatkan tentang kesihatan ‘no compromise’ okay.

image

So sekarang fina masih berhubung dengan wanita tersebut untuk membantu dia menyembuhkan kulit mukanya yang banyak dinaiki jeragat dan ruam. Fina doakan Allah berkati usaha kami ini dengan memberi kesembuhan kepadanya.. In Shaa Allah..

Ingat ye kawan-kawan jangan ambil mudah tentang keselamatan dan kualiti sesuatu produk. Apa yang kita takutkan kesan jangka masa panjang. Kalau setakat naik ruam tak mengapa. Bagaimana jika kulit menjadi terlalu nipis sehingga tidak dapat lagi menapis cahaya matahari? Bukankah itu salah satu punca kanser? Tepuk dada tanya ilmu dan iman..(^_^)

image

Cara Berkesan Keluarkan Kahak Bayi Bawah 1 Tahun

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah malam ni anak fina dua-dua orang tidur awal. jadi sempat lah fina menyiapkan draft fina yang dah berkurun ni. Bukannya apa takut nanti ilmu ni simpan sorang-sorang tak berkat pulak kan…

cara keluarkan kahak bayi

Sekarang Nur Amna anak kedua fina dah pun berusia 6 bulan lebih. Fina nak kongsi cerita sewaktu amna umur 3 bulan lebih. Waktu tu amna batuk teruk terutama waktu bangun tidur.

Bila dah masuk minggu kedua mulalah risau je hati seorang ibu ni. Yelah walaupun tak teruk sangat batuknya risau juga kenapa tak baik-baik. Amna batuk kahak jadi memang lambat nak sembuh sebab bayi kan tak pandai lagi nak buang kahak tu..

Jadi setelah meminta pendapat orang yang lebih berpengalaman dan menggunakan khidmat pakcik google ni fina pun terjumpalah beberapa cara semulajadi yang kita boleh usahakan pada sikecil tersayang kita tu.

Fina memang prefer cara yang tradisional atau semulajadi dulu sebelum merawat dengan ubat-ubat hospital. Yelah kita pun tahu kan bayi di bawah satu tahun tidak digalakkan untuk diberi ubat-ubat yang mengandungi kandungan dadah walaupun sedikit sangat..

Cara Semulajadi Untuk Keluarkan Kahak Bayi Bawah 1 Tahun

 

1) MADU

Unknown

-Pastinya semua sudah tahu kebaikan madu kepada kesihatan kita. Makanan sunnah ini mampu mencairkan kahak bayi dan meredakan batuk.

-Caranya cairkan setengah sudu madu didalam secawan air suam. Kemudian berikan kepada bayi dalam 3-5 sudu setiap pagi apabila bayi sudah dimandikan.

-Jangan lupa berselawat dan berdoa sebelum menyuapkannya pada mulut bayi. Baca kuat-kuat bagi bayi dengar pun elok sangat..

 

2) AIR KELAPA

kelapa

-Cari kelapa muda dan berikan sedikit demi sedikit kepada bayi. Pastikan air kelapa tersebut tidak dicampurkan dengan gula.

-Nanti kahak tersebut akan keluar bersama hingus atau najis.

 

3) TEKNIK TEPUK

images

-Baringkan bayi pada kedudukan kepala lebih tinggi sedikit dari badan, kemudian tepuk dibelakang bayi secra perlahan-lahan.

-Lakukannya lebih kerap ketika bayi sedang batuk. Teknik ini dapat melonggarkan kahak bayi dan memudahakan ianya keluar melalui najis.

-Cara menepuk adalah seperti dalam gambar ye..

 

4) 2 ULAS BAWANG PUTIH DAN MINYAK MASAK

minyak-bawang-putih

-Bakar 2 ulas bawang putih sehingga lembut dan kemudian lenyekkan bersama minyak masak.

-Sapu dibelakang bayi, di dada, dileher dan ditapak kaki bayi. Cara ini akan buat bayi lebih selesa dan boleh mencairkan kahak.

 

5) DAUN KADUK + KAPUR + AIR

kaduk

-Ramas daun kaduk, kapur dan air bersama-sama di dalam satu bekas. Sapu air ramasan tersebut di bahagaian leher, dada, belakang dan tapak kaki bayi.

 

6) KUNYIT HIDUP

kunyit

– Bakar kunyit hidup. Kemudian gesekkan pada lesum batu. Air kunyit tersebut kemudian di sapu pada hidung dan dada.

-Jika bayi hidung tersumbat, ambil ibu kunyit dan sapukan pada batang hidung bayi sampai ke dahi secara menegak.

 

7) TEKNIK ‘WAP’ + BAWANG PUTIH.

rawatan-stim-22

– Ambil air panas dan letakkan di dalam mangkuk besar. Ketuk 3-4 biji bawang putih dan masukkan ke dalam air panas tersebut.

-Angkat bayi seperti superman nak terbang tu dan hadapkan mukanya pada wap-wap yang keluar dari mangkuk tu tadi. Berhati-hati supaya bayi tidak over panas dengan wap tu.

 

Pengalaman Fina Sendiri..

Dalam banyak-banyak tips kat atas ni , cara madu dan teknik tepukan yang paling fina suka dan berkesan. Cuma kene banyak susukan bayi sebab madu agak panas sedikit. Jadi beri pada kadar yang sedikit dalam 2 kali sehari.

Dan yang PALING penting kita sebagai umat Islam perlu BERDOA agar anak kita cepat sembuh dari penyakit.Tambahan pula doa ibu dan ayah ni tiada hijab.Sebelum ikhtiar apa-apa cara sekalipun itulah cara yang paling mujarab sebenarnya..

Lebih elok lahi kita buat solat sunat taubat dan solat hajat.. nak lagi comey kita bersedekah dengan niat untuk menyembuhkan sakit anak kita tu..haa..mudah je kan..tapi itulah yang kita selalu lupa.. Ingatan untuk diri fina juga..

Setakat ini sahaja perkongsian fina, semoga bermanfaat.. (^_^)

Nor Shafina Mohd Din,

Hubungi Fina di 0132787508..

 

 

Impian Jadi Kenyataan Bila Tahu Guna Buku Magic

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ni fina nak cerita tentang kisah miracle yg pernah terjadi pada fina sendiri dengan buku magic bertajuk 101 impian. Fina pasti sesiapa pun dalam dunia ni ada impian tersendiri. Dari sekecil-kecil impian (nak beli kasut adidas pasar malam) sampai la sebesar-besar impian (nak mengelilingi dunia setiap hari). Apa saja yang kita hajati, itu adalah IMPIAN.

image

Sejak fina ditakdirkan Allah untuk bersama-sama dalam bisnes shaklee, banyak yang fina belajar selain daripada topik bisnes. Dan antara yang penting adalah menulis 101 impian kita di dalam satu buku. Kita mesti menulis dengan spesifik tidak boleh general sahaja. Contohnya :

1) Nak pergi umrah bersama suami,mak dan anak-anak pada Jun 2016.

2) Nak melancong ke Italy pada Dis 2015 bersama suami dan anak-anak tersayang.

3) Nak beli mesin basuh front loaded pada September 2015 berwarna kelabu.

Itu adalah contoh-contoh impian yang kita boleh tulis dalam buku 101 impian kita. Waktu menulis jangan asyik berfikir, mana nak cari duit? Boleh ke ni? Yeke tidak ni?. Tulis lah dari hati dan mesti yakin yang Allah akan kabulkan impian-impian kita tu walaupun kita macam tak nampak pun lagi jalannya.

Kenapa fina berani cakap yang Allah pasti akan kabulkan impian kita? Mari kita berfikir secara halus. Siapa yg izinkan kita mengimpikan rumah banglo contohnya. Allah s.w.t bukan..Jadi apabila Allah beri kita ilham untuk berimpian, yakinlah Allah akan beri jalan untuk kita mencapainya. Ada sahaja jalan Allah beri untuk dekatkan kita dengan rumah banglo tu. Yang penting kita berusaha mencapainya.

Jadi benda yang kita tak pernah impikan, benda tu mungkin kita tak akan dapat. Contohnya, kita tak pernah pun impikan nak memiliki kapal terbang Boeing 747. Lintasan hati pun tak ada sikit pun. Nak naik ada la. In shaa Allah kita tak akan dapat Boeing 747 tu. Wahh.. Dasat betul impian tu kan..hehe..

image

Selalu ingat ayat ni..Bila kita ada IMPIAN, kita pasti ada HARAPAN untuk mencapainya”.. Jadi jangan sesekali memperkecilkan impian kita. Besarkan ia dengan menulisnya di atas kertas. Apabila ia sudah tertulis, tataplah selalu sehingga yang dulunya kita rasa mustahil tetapi sekarang tidak lagi.

Ini kisah benar yang terjadi pada fina. Waktu fina tulis impian-impian ni fina memang tak ada jalan atau cara pun lagi macam mana nak mendapatkannya. Tetapi masa tu memang yakin Allah akan makbulkan impian-impian fina.

Di bawah ni adalah impian yang fina tulis pada bulan Mei 2015. Dan sekarang sudah pun Julai 2015 bukan.. Alhamdulillah..SubhanaAllah.. Fina dah pun mencapainya dengan izin Allah s.w.t. Bila tengok balik pada buku 101 impian ni macam tak percaya pun ada. Buat fina sentiasa bersemangat untuk berimpian.

Banyak lagi impian fina sebenarnya. Tetapi fina cuma snap yg Julai sahaja. Segan nak tunjuk kat semua yang lain-lain tu..hehe.. Cuma minta semua doakan agar segalanya menjadi kenyataan..

Jangan salah anggap yang kita akan dapat semua impian kita tanpa usaha. Benar Allah la yg berkuasa menjadikan impian kita tercapai tetapi Allah jualah yg suruh kita berusaha.. Tanpa usaha mana mungkin kita dapat merubah nasib kita..

Semoga perkongsian fina ni memberi inspirasi pada semua yang rasa mustahil nak capai impian-impian korang selama ni. Mulai saat ni mari besarkan impian kita dengan cara :

1) MENULIS 101 IMPIAN DENGAN SPESIFIK DI ATAS KERTAS.

2) SELALU MELIHAT DAN MEMBACA 101 IMPIAN DENGAN YAKIN.

3) BERDOA PADA ALLAH DAN YAKIN ALLAH AKAN MAKBULKAN 101 IMPIAN KITA.

4) FOKUS DAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MENCAPAINYA.

Selamat berimpian korang dan selamat menjadi kenyataan….(^_^)

Rahsia Anak Sihat, Bijak dan Ceria di Hari Raya.

Assalamualaikum w.b.t..

ibu..ibu.. Hari ni kan ajja(azra) duduk dengan ayah je..pastu kan ibu ajja bangun lambat.. Ermm..gitulah..  Nape ibu tinggal ajja sorang-sorang je..sian ajja..”-bercakap dengan penuh semangat.

Balik je fina dari kerja terus di sambut oleh anak sulung fina Nur Azra dengan kata-kata di atas. Mendengar dan melihat telatahnya sudah cukup membuat fina lupa akan keletihan di tempat kerja. Ketawa kecil fina melihat gelagatnya..hehe..

Fina pasti ibu bapa yang ada anak-anak baru pandai bercakap ni alami benda yang sama. Kalau dia tak ada tu terasa sunyinya rumah. Jadi mari kita menghargai kurniaan terbesar dari Allah s.w.t ini sebaik-baiknya.

Tak perlu baju mahal-mahal , rantai emas atau gelang emas, tak perlu juga mainan beribu ringgit, amat memadai jika kita dapat menjaga kesihatan mereka dan lihat mereka membesar dengan sihat dan bijak.

Apalah guna semua itu jika anak selalu demam, dalam kelas paling slow belajar, sering keluar masuk hospital pula tu. Jadi jangan fikir lagi untuk membantu anak kita menjadi sihat,ceria dan bijak dengan Omega Guard Shaklee!

image

APAKAH KEBAIKAN OMEGA GUARD SHAKLEE KEPADA ANAK KITA!

> Membantu dalam pembentukan dan perkembangan otak kanak-kanak. Anak cepat belajar dan mudah faham.

> Meningkatkan daya fokus dan daya ingatan mereka. Membantu masalah mudah lupa atau ‘short term memory’.

> Meningkatkan antibodi badan terhadap penyakit. Anak jarang demam atau sakit. Jika sakit pun akan cepat baik.

> Menjadikan anak-anak lebih aktif dan dapat bersukan atau bermain dengan baik.

> Sifatnya yang memanaskan membantu melegakan demam selsema dan batuk.

> Mencairkan kahak dengan cepat. Sesuai bagi anak-anak kecil yang masih tidak pandai mengeluarkan kahak.

> Memberi keselesaan ketika batuk atau selsema terutamanya anak-anak yang masih kecil.

> Bersifat anti radang dan anti inflamasi yang membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah asthma. Sudah ada yang bebas dari asthma setelah konsisten mengambil omega ini.

> Mempunyai Vitamin D untuk membantu masalah alahan  di kalangan anak-anak seperti masalah ekzema, alergi seafood ataupun alergi pada kulit.

Jom Baca Pengalaman Berharga Ibu dan Ayah Bersama Omega Guard Shaklee

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Fina doakan semoga anak-anak syurga kita sentiasa sihat, jika sakit pun cepat sihat. Semoga usaha kita memberikan yang terbaik untuk anak-anak diberkati Allah..

image

Sila hubungi fina jika berminat untuk mencuba Omega Guard Shaklee.

image