Category Archives: Zone Sayang Diri

5 Perkara Mesti Buat Bila Tersengguk-sengguk Ketika Drive

Assalamualaikum w.b.t..

Pandangan mata semakin gelap dan gelap.. Sungguh tenang.. Terasa damai saja.. Ohh indahnya terasa waktu tu..

Tiba-tiba…BANG!! .. Astaghfirullah hal a’zim.. Cuba teka apakah itu? Ya benar.. Fina dah langgar kereta depan fina. Allah jelah yang tahu perasaan waktu tu. Habis menggeletar satu badan.

Ketenangan dan kedamaian yang fina rasa tu rupanya fina terlelap sekejap. Hanya beberapa saat tapi effect dia sampai hari ni rasa dan memang tak kan fina lupa.

Waktu taip ni fina ingat lagi muka tuan punya kereta yang fina terlanggar tu. Lepas je accident tu tuan punya kereta  keluar untuk tengok keadaan kereta dia. Tetapi fina cuma buka tingkap dan tak keluar langsung dari kereta.

Kenapa pula ya fina tak keluar? Huhu.. Tanya korang pulak kan. Tapi yang pastinya satu badan menggeletar dan macam terkejut sangat time tu. Mungkin sebab tulah fina tak keluar kereta. Berdebar yang amattt..

Mujurlah tuan punya kereta teramatlah baik hati.. Dia tak mengamuk bagai macam dalam video kes-kes accident yang biasa tengok tu. Pengajaran kat sini kita tahu la tak semua orang macam tu. Tak semua orang pemarah atau cepat melatah. Ramai je yang bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur.

Dia cuma tanya fina ‘pening ke?’ huhu.. Itupun fina tak jawab. Apa yang keluar dari mulut time tu cuma ‘saya minta maaf abang..sorry abang’.. Itu jelah yang fina ulang-ulang. Takut benor time tu. Mujur kejadian ni berlaku masa kat traffic light. Jadi tak la teruk sangat accident tu..

Kejadian tu berakhir macam tu je. Baik betul hati abang tu. Moga Allah murahkan rezeki dia. Balik je rumah fina cerita kat suami. Apa lagi kene la dengan suami. Suami marah sangat dan dia nasihat next time berhenti je rehat sekejap.

Dia suruh bayangkan kalau fina terlelap tu masa tengah laju dekat highway. Huhu.. Masa tu terus nangis sebab tak sanggup bila fikirkan anak-anak yang masih kecil. Bagaimana kalau fina lumpuh atau segala yang tak nak fina bayangkan. Nauzubillah.. Moga Allah sentiasa lindungi kita semua..

Jadi jangan ambil ringan ya ibu-ibu, ayah-ayah, kawan-kawan, kes mengantuk semasa bawa kereta ni. Tak jadi apa-apa lagi tak apa. Kita tak nak menyesal di kemudian hari. Selagi boleh elak kita cuba buat yang terbaik.

Terutama sekali yang tiap-tiap hari drive pergi dan balik kerja macam fina. Boleh kata kita antara yang berisiko tinggi untuk mengantuk, seterusnya terlelap dan akhirnya… Tak nak sebut. Minta di jauhkan dari kita semua..

5 Perkara Mesti Buat Bila Tersengguk-sengguk Semasa Drive Kereta.

image

1) KAJIAN TIDUR AWAL VS ISLAM
– Jika keesokannya kita bekerja atau hendak berjalan jauh, rancang masa agar kita boleh tidur lebih awal. Walaupun esoknya kita bangun awal dalam pukul 4 pagi, kita pasti akan lebib segar. Berbanding kita tido lewat dan bangun lewat. Badan akan terasa lebih penat.

Ramai yang sedar pasal kebaikan tidur awal ni tetapi tak buat pun kan. Sebab fina sendiri pun selalu tidur lambat sebab melayan anak-anak syurga yang tak nak tidur awal tu. Jadi didik satu family tidur awal. Sebab kalau anak tengok ibu dan ayah tak tidur lagi, macam mana dia nak tidur awal kan. Pesanan untuk diri sendiri jugak ni.

Kajian sains menunjukkan apabila seseorang tidur sebelum pukul 12 malam, sejam tidurnya sama seperti 2 jam selepas tidur pada pukul 12 malam. Apa yang Islam sarankan tu memang dah cantik dah. Kita digalakkan tidur pada pukul 10 malam dan bangun pada pukul 4 pagi.

Cuba kita kira ikut formula tu tadi. Tidur yang cukup ialah 8 JAM kan. Jom kira..

# 10 malam sampai 12 malam = 2jam (2×2 bersamaan 4 jam.)

# 12 pagi sampai 4 pagi = 4jam

TOTAL TIDUR = 4+4=8 JAM.

SubhanaAllah.. Apa lagi. Jom tidur awal mulai malam ni. Kita cuba sehabis yang baik. Tetapi jika tidak dapat tidur awal kerana masalah-masalah tertentu jangan pula jadikannya alasan untuk bangun lambat ye. Pesanan untuk diri sendiri juga. Hihi..

Sekarang fina tengah cuba beberapa tips untuk bangun awal pagi selain tidur awal ni(salah satu). Bila sudah berjaya nanti fina akan share di sini ye..

2) AMBIL LIGHT MEAL SEBELUM MEMANDU.
– Yang ni fina banyak kali experienced. Kalo sebelum nak pergi kerja tu fina makan yang berat-berat macam nasi lemak, roti canai mesti akan mengantuk sangat apabila memandu. Memang logik kerana badan kita akan mula terus menghadam makanan yang masuk ke dalam perut kita.

Jadi, cuba elakkan dahulu mengambil makanan yang berat. Boleh ambil sandwich atau roti biasa, kuih muih , aot atau nestum dan yang sewaktu dengannya. Dari segi minuman, elakkan mengambil minuman yg bersusu dan terlalu manis seperti teh tarik,milo,horliks dan yang sewaktu dengannya juga.

3)  BERDOA SEBELUM TAYAR KERETA BERGOLEK.
Ramai yang lupa nak berdoa dulu. Nak-nak lagi bila dah lambat kan. Fina pun kadang-kadang missed jugak. Kita sama-sama la ingat-mengingati. Penting untuk kita berdoa kerana Allah s.w.t. la yang mengawal segala-galanya.

Minta la pada Allah agar perjalanan kita selamat dan dipermudahkan. Berdoa juga agar kita sentiasa segar dan alert sewaktu memandu, tidak mengantuk. Mohon agar Allah berkati perjalanan kita dengan melindungi kita dari bala bencana sepanjang kita memandu.

Alasan yang orang biasa guna ialah tak ingat doa naik kenderaan. Tak mengapa kalau tak ingat. Boleh berdoa dalam bahasa melayu. Jika ingat itu lebih baik. Kadang-kadang kita rasa macam tak sempat nak tadah tangan bila tengok jam dah lewat 5 minit. Risaunya nanti sampai lambat kat tempat kerja.

Cuba nanti berdoa juga meskipun dah lambat. Berdoa dengan penuh yakin. Dan jangan terkejut kalau korang sampai lebih awal dari biasa. Hehe.. Sebab fina dah alaminya banyak kali. Itu bukanlah kebetulan, itu lah hasil dari  berdoa dengan penuh yakin kepadaNya..

4) JADIKAN PERJALANAN SEBAGAI PRIVACY YANG BERHARGA.
-Ramai yang tak tahu bahawa perjalanan kita setiap hari ke tempat kerja adalah satu privacy yang berharga jika kita pandai menilai dan menggunakannya. Ambil contoh fina sendiri, sebagai seorang ibu yang bekerja, fina terlalu sibuk dengan anak-anak dan suami di rumah. Di tempat kerja pula sibuk dengan rakan-rakan sekerja.

Jadi hanya di dalam kereta fina dapat berfikir dengan lebih tenang. Banyak yang kita boleh lakukan. Antaranya muhasabah diri dengan melihat kehidupan kita seharian. Bagaimana layanan kita terhadap suami dan anak-anak. Adakah kita telah melakukan yang terbaik.

Inilah waktunya untuk kita refleksi diri. Kalau nak nangis pun nangis la, nak jerit pun jeritlah. Dan pastinya turun sahaja dari kereta kita menjadi lebih baik dari sebelum naik kereta. Hebatkan kuasa privacy ni. Kadang-kadang bila tak buat rasa lain je..

5) KERETA JADI TAMAN-TAMAN SYURGA SEPANJANG PERJALANAN.
– Waktu ni juga waktu terbaik untuk kita menimba ilmu. Belilah CD yang kita suka dan yang memberi manfaat sama ada untuk kehidupan kita di dunia atau pun diakhirat. Pastinya tak mengantuk jika kita sedang fokus mendengar ceramah atau pun motivasi dari orang yang kita suka.

Bagi fina radio IKIM sangat best dan salah satu channel yang sesuai untuk kita menimba ilmu. Banyak sangat slot-slot yang menarik seperti usrati, usrah nurani, pesona dizahra dan banyak lagi.

Memang kita akan mudah menerima dan rasa bersemangat sahaja sepanjang perjalanan. Masa tu kita dapat menilai diri kita tanpa pengaruh sesiapa setelah mendengar ceramah-ceramah yang menyentuh hati dan jiwa kita.

Kesemua 5 Perkara yang fina share tadi membuatkan kita kurang menggelamun atau asyik mengeluh bila terperangkap dalam lalu lintas. Apabila kita ada sesuatu untuk kita buat sepanjang perjalanan, tiada ruang untuk mengantuk tu datang.

Tetapi sekiranya mengantuk sangat berhentilah di mana-mana seperti di stesen minyak atau hentian rehat. Basuh muka dan jika perlu tidur sekejap, set alarm dan tidur. Biarlah lambat sampai 10 minit dari terus tak sampai-sampai ke rumah. Kasihan orang yang tersayang sedang menunggu kita balik dengan selamat.

Semoga bermanfaat.. Dan akhir kata bersyukurlah dengan setiap kurniaan Allah pada kita.. Pastinya ia yang terbaik jika kita menilainya sebagai TERBAIK.

image