Hadiah Istimewa Sempena Birthday Suami | Success Story

Assalamualaikum w.b.t..

Fina ni asal dari anak felda.. Suami pun anak felda jugak.. so sekufu la kan..hihi..  jadinya memang mak ayah orang susah.. membanting tulang 4 kerat demi membesarkan anak-anak.. Kalau dapat keluar makan di luar tu dah seronok sangat. Tak kisah la makan apa pun. Orang susah  mesti paham ni..huhu..

Namun syukur sangat.. berkat doa mak ayah serta kakak dan abang, fina dan suami dapat sambung belajar dan mendapat pekerjaan yang baik serta dapat la membantu keluarga serba sedikit. Dan sekarang fina dan suami membuat part time biz shaklee pula demi memenuhi segala impian kami yang takkan boleh dicapai dengan mengharapkan gaji sahaja..( nak senaraikan impian memang banyak..hihi)

Banyak sangat impian fina, dan salah satunya nak bahagiakan orang-orang tersayang iaitu suami, anak-anak, mak dan keluarga melalui hasil biz shaklee.. Syukur sangat pada April 2017 yang lepas fina berjaya naik rank Coordinator di dalam Shaklee.. Rank tersebut adalah rank yang ke 3 dari 7 tangga. Rank teratas ialah Master Coordinator, doakan fina mencapainya pada Ogos 2018 nanti ye..Aamiin..

Upline fina adalah founder kepada group yang terbesar dan paling dikenali di antara group-group shaklee yang lain.. Syukur dipertemukan dengan iReach Group. Group biz yang membentuk kami agar menjadi penjual yang bukan sahaja disayangi customer ( jujur, berilmu) malah juga penjual yang sayangi Allah s.w.t..(menjaga amalan rohani).. Banyak sangat ilmu yang fina belajar dari iReach Group. Dan boleh kata ilmu tu kalau belajar sendiri-sendiri memang susah nak dapat.. spend beribu ringgit belum tentu boleh absord sepenuhnya.. 

Dan paling best iReach group selalu memberi penghargaan kepada ahli-ahli yang cemerlang dan memenuhi kriteria untuk memenangi iReach Reward yang mereka tawarkan.. syukur lagi sekali kerana fina antara salah seorang yang telah berjaya memenangi reward tersebut. Ianya merupakan PAKEJ PERCUTIAN 2 HARI 1 MALAM DI HOTEL ST.REGIS 5 BINTANG DI KUALA LUMPUR..😍

Memang tak pernah la terlintas untuk bermalam di hotel 5 bintang seperti St. Regis Kuala Lumpur tu. Rasa- rasa satu malam berapa? Haaa.. memang telan air liur tau bayar deposit. Nasib deposit dapat balik..hahaha.. Deposit saja RM500.. kalau hotel biase deposit tu dapat bayar untuk 3 bilik tau..hihi.. So kalau dah deposit pun RM500, harga satu malam nya adalah… rm1600 la..gulpp.. telan air liur kalau nak bayar sendiri..hahaha..

So fina pun plan cantik dengan upline fina Master Lyna Noh, untuk fina tebus reward tu pada tarikh hari lahir suami fina iaitu 6.8.17.. Dengan harapan menjadi hadiah hari lahir yang amat bermakna hasil dari penat lelah fina menjalankan biz shaklee selama ni.. Seronok sangat kerana mak pun dapat merasa sama reward dari biz shaklee yang best ni dan juga dapat meraikan hari lahir suami bersama..

Kalau nak cerita jakun, memang jakun jugak la..sebaik saja melangkah ke hotel sampai la nak keluar hotel.. hahaha.. rasa macam masuk alam lain. alam VViP gitu.. setiap kali kita jumpa pelayan hotel diorang akan tunduk beri hormat. Paling best bila mat salleh tu tunduk kat kita.. memang kebanyakan pelayannya mat salleh.. Bangga sekejap orang putih hormat kita..kikiki… Nak naik lif pun die tekankan. Hantarkan beg terus ke dalam bilik..masa balik, dia hantar beg sampai ke bonet kereta terus..(nak je cakap.. takpe-takpe kami dah biasa angkat beg sendiri ni..hihi..)..

Cakap je xguna kan.. jom tengok guane rupanya hotel 5 bintang tu.. mudah-mudahan lepas ni boleh masuk sendiri dengan duit bonus shaklee bila dah jadi master nanti..hihi..aamiin..

Otw ke St.Regis.. mak ada kat belakang tu.. terlindung pulak dengan anak2..

Okeh..jom start tour kita ke St. Regis.. Masa mula2 masuk tu baru tau..rupanya dia bukan bilik sekotak macam tu je.. dia ala-ala rumah.. ada ruang tamu, bilik, 2 bilik air, bilik wardrobe dan bilik spa.. memang besar dan selesa sangat untuk kami berlima ni..  

Ruangan lobby..anak2 menunggu sementara ibu check in.

Dah selesai check in apa lagi seranggg ke bilik.. excited sangat masa tu.. especially anak-anak..biasa la.. diorang memang aim nak mandi dalam bath tub jela kan.. yang mak ayah ni xsabar nak tengok suasana dan hiasa bilik tu.. 

Taraaa.. sampai dah ke bilik.. terima kasih la abg pelayan berusaha bawak semua beg dengan bakul sekali sorang-sorang je.. kita yang berhati ‘kampung’ ni rasa kesian pulak.. yela.. melenggang je tak bawak apa2.. dia sorang bawak semua benda..haishh..gitula perasaan orang xbiasa dilayan macam vip ni..kikiki

Ni ruangan selepas pintu. Ruang untuk letak kasut. Sebelah ruang ni ada toilet satu.

Sampai je kat atas meja ada ‘greeting card’ dan buah segar.. ‘Samni’ tu nama master fina.. inshaa allah very soon ‘Dear Mr. Amir’..hihi..aamiin..

Ruang tamu dan coffe table.. mak tengah kusyuk ambik gambar..excited lagi baru sampai..hihi..

Ruangan paling fav untuk buat kerja2 biz shaklee..:)

Nak bukak tutup langsir pakai switch je.. canggih2.. hihi

Menikmati bandar KL dari tingkat 16..

Sapa tahu ni apa.. ni la muzium negara..so sebelah je hotel ni dengan muzium negara..

Boleh nampak swimming pool di tingkat 6.. memang azra n amna xberenti la tanya bila nak mandi kolam kan..

Bilik tido yang bila baring dah tak nak bangun dah..hihi. memang tilam yang jenis puluh2 ribu tu la rasanya..

Lagi syok bila tv pun ada dalam bilik..so xde la berebut2 kan..hihi

Kelengkapan dalam bilik air.. memang best dan bukan cap ayam. heehe.

Tak tunggu dah.. terus je anak2 fina ni.. memang cantik sangat view dari bath tub ni..sambil mandi sambil tengok bandar KL.. tapi mandi pakai baju la ye.. tak pun tutup langsir dia tu..hihi

Lagi seronok bila tv depan mata.. memang tak keluar la dari bath tub tu jawabnya..

Kami check in pukul 3.30 petang, sebelum maghrib datang pekerja hotel bersihkan bilik dan lap bilik air sebab dah lenjun dikerjakan anak2.. dan diorang bagi jugak snack ni.. dapatla suap anak sikit sorang..hihi

Next adalah bilik wardrobe!

memang luas sangat ruang letak baju dan beg ni.. dan hiasan pun buat hati cair je..cantik sgt!

wefie berdue kat bilik wardrobe..

Next bilik spa!!

Lepas balik dari makan kami singgah swimming pool di tingkat 6.. memang cantik sangat view malam dari situ..

ada cerita di sebalik gambar ni.. adengan merajuk azra dan amna sebab tak dapat mandi kolam malam tu.. haha..

Pagi esoknya tu kami breakfast di ‘The Brasserie’ dewan makan hotel tersebut..

Nasi lemak mak ni rm65 tau sepinggan.. nangis tau tgk harga..haha

oat sihat fina ni lak rm28 semangkuk..

Hot choclate st.regis ni pulak rm30.. gulpp..lagi mahal dari makanan..haha..

Okeh..jom balik bilik semula.. hihi..

Bangun pagi terus tengok luar.. semua orang sibuk keluar nak gi keje time tu.. peak hour hari isnin..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge