Hilangkan Stress Dalam Pantang Untuk Kembali Menjadi Supermom

Assalamualaikum w.b.t..

stress dalam pantang

Tahniah mommies kerana baru sahaja bergelar ibu. Tempoh 9 bulan mengandungkan bayi bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi sewaktu melahirkannya. Pelbagai cabaran dan dugaan. Namun, dugaan tak berhenti di situ sahaja malah bertambah setelah sikecil dilahirkan.

Bayi menangis di tengah malam buat ibu selalu tak cukup tidur. Anak sulong pula semakin nakal kerana kita semakin kurang memberi perhatian sejak lahirnya sikecil. Badan pula terasa lesu sahaja kerana banyak kehilangan darah dan tenaga sewaktu melahirkan. Semuanya membuat ibu semakin stress dan kurang menikmati saat-saat manis keluarga semakin membesar.

Jom fina kongsikan beberapa tips hilangkan stress dalam pantang berdasarkan pengalaman fina sendiri dan kawan-kawan terdekat.

 4 Tips Hilangkan Stress Dalam Pantang

1) Refresh Niat.

stress dalam pantang

– Fina pasti ramai yang tahu kehebatan niat ni.. Cuma bisikan syaitan selalu buat kita lupa. Jadi setiap kali rasa ‘down’ atau penat, ingat balik niat kita. ‘Motivate’ diri sendiri. Dengar ceramah-ceramah yang memberi inspirasi. Istighfar dan ikhlaskan diri, pasti diri akan rasa lebih lega dan tidak stress.

2) ilmu, ilmu, ilmu!

stress dalam pantang

– Ada ustaz pernah berkata, dalam dunia ni hanya 2 benda yang boleh kita tamak iaitu keampunan Allah dan ilmu. Carilah ilmu berkaitan ‘parenting’ atau skill menguruskan rumah tangga sama ada melalui buku, ceramah, TV dan sebagainya. Dengan ilmu ibu akan dapat menguruskan sesuatu dengan lebih baik dan tidak akan stress.

3) Makanan Rohani & Emosi

stress dalam pantang

– Sesibuk mana pun ibu menguruskan anak dan suami makanan rohani jangan dilupakan. Berdoalah pada Allah minta agar dipermudahkan untuk solat di awal waktu dan mengaji sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Zikir pula jadikan ‘song of the brain’. Berzikirlah waktu mengemas rumah, menyusukan anak, memasak atau ditempat kerja bagi yang turut bekerja. Apabila jiwa tenang, emosi akan stabil dan ibu kurang stress.

4) Makanan Fizikal & Minda

stress dalam pantang

– Tubuh yang positif akan menghasilkan minda yang positif. Jadi makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Tubuh yang bertenaga akan lebih bersedia untuk melakukan tugasan. Bayangkan jika si ibu nak menguruskan diri sendiri pun tak larat bagaimana pula mahu menguruskan anak-anak kecil, kerja rumah dan suami? Pasti ibu akan mudah stress.

Alhamdulillah..fina rasa cukup 4 point penting ini untuk diamalkan oleh ibu-ibu dalam menjadi supermom. Jika teringin nak tahu rahsia fina sentiasa bertenaga, cergas dan positif semasa pantang boleh klik di sini.

Hubungi fina jika nak berkongsi masalah anda. Jangan malu-malu ye. Fina suka jika ada yang mahu berkongsi pengalaman..(^_^)

Nor Shafina Mohd Din,
013-2787508,
ibuazra2012@gmail.com

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge