Jom Kenal-kenal Dengan Fina | Ibu Kepada Dua Orang Puteri

Assalamualaikum w.b.t…

Saya Nor Shafina Binti Mohd Din, ibu kepada dua cahaya mata. (Maybe masa ni dah 3 kot..hihi..) Saya lebih selesa membahasakan diri saya dengan panggilan ‘Fina’.. Jika baca entri pun semua pun ‘Fina’, tak ada saya pun. Umur sekarang 29 tahun. Maybe masa baca ni saya 20 tahun dah.(hasil togok vivix, jadi mude..aamiin..)

Fina berasal dari Raub, Pahang dan kini menetap di Telok Panglima Garang, Selangor bersama-sama keluarga kecil fina. Suami fina pula berasal dari Jengka 3, Pahang. Alhamdulillah kami sekufu kerana kedua-dua kami berasal dari Felda. Hihi.. Jadi tak ada lah isu tak biasa duduk kawasan felda bila balik kampung tu. Lagi seronok bila masing-masing cerita kisah sendiri masa kecik membesar di felda. Hampir semua permainan kami sama..

Fina bekerja sebagai maintenance dalam bidang penerbangan di Systematic Aviation Services (SAS) di sungai besi, Kuala Lumpur. Kire hari-hari la ni ulang-alik Selangor-Kuala Lumpur untuk pergi kerja sahaja. Sekali perjalanan ambil masa paling cepat almost 1 jam dan paling lama 2 jam setengah. Memang masa banyak habis dalam perjalanan. Sebab itu fina sekarang sedang mengusahakan bisnes shaklee untuk mencapai income yang lebih baik. Dan akhirnya untuk menjadi Work At Home Mom(WAHM) dan berhenti kerja..

Eh, tercerita pulak pasal bisnes. Maap la ye..terlalu tinggi sangat keinginan untuk mencapainya. Sampai bila cerita pun automatik je keluar..hihi..Lagi apa yer..mmm.. Suami fina pula bekerja sebagai chargeman di Amkor, di Telok Panglima Garang, Selangor. So dekat sangat lah rumah dengan tempat kerja dia. Rumah tu dia beli semasa belum kahwin lagi. So, he deserved it.

Fina mula makan shaklee pada tahun 2013 melalui Set Menyusu Shaklee. Boleh baca kat sini untuk pengalaman fina sendiri consume Set Menyusu Shaklee. Sejak dari tu mula jatuh cinta dan akhirnya fina decide untuk menjadi pengedar shaklee. Bila kita makan dan rasa kesan yang sangat positif, memang fitrah untuk kita rasa nak share dengan orang lain kebaikan produk tu.

Jadi sejak tu fina mula menyebarkannya secara offline(mouth to mouth) dan jugak secara online melalui facebook dan blog. Alhamdulillah.. Setakat ni perkongsian fina banyak memberi manfaat pada yang membeli apabila mereka menjadi lebih sihat setelah mengamalkan vitamin Shaklee.

Sekian saja perkongsian tentang diri fina setakat ini, jika nak order vitamin shaklee boleh terus contact fina di nombor telefon di bawah ini..Khidmat POS dan COD disediakan dan of course FREE consultations.

 

Fina, 013-2787508. ( klik no telefon fina jika anda nak whatsapp fina terus tanpa save no dulu)

Founder of The Blossoms Network.

Founder of TBN Leaders.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge