Kedai Steamboat Murah Tapi Berbaloi-baloi Area Sijangkang Selangor.

Assalamualaikum w.b.t..

Masa kerja tadi suami telefon supaya fina setelkan semua urusan kerja dan shaklee sebelum jam 5.30 petang.. katanya nak pergi makan dengan kawan-kawan officenya. Tempatnya tak jauh dari rumah fina.

Alhamdulillah segala urusan setel awal dari yang fina target. Fina pun bersiap-siap lah dengan anak-anak. Memang fina tak tahu mana suami nak bawak ni. Orang nak belanja, kita ikut jer..hihihi..

Sampai-sampai saja terpegun fina tengok kedainya. Boleh tahan besar dan mempunyai susun atur yang cantik dan kemas. Kedai pun nampak bersih dan terjaga. Kami pun terus duduk di meja yang sudah pun kawan-kawan opisnya tempah.

Jom fina share beberapa gambar menarik yang sempat fina snap sepanjang fina di kedai Damai Steamboat dan Ikan Bakar tadi. 

Jom nak spam pulak gambar-gambar makanan yang rambang mata nak memilihnya.hihi.. Selain steamboat, ada juga disediakan  nasi goreng, mee goreng, laksa dan cendol.

Surau dan tandas juga disediakan untuk kemudahan pelanggan. 

Okeh, dah tengok gambar mesti nak tau berapa kedai ni charge per person. Dewasa dikenakan RM25 untuk satu kepala. Kanak-kanak pastinya lebih murah dari dewasa. Maaf sangat-sangat fina terlupa pulak nk tanya berapa. Sebabnya anak fina dua-dua tak kene bayor. Hihi..

Tapi kalau nak tahu lebih lanjut boleh call no ni 012-6663990. Dan boleh terus booking supaya tak kelam kabut dan lebih teratur bila dah sampai di kedai nanti. 

Selamat Bersteamboat!!😉

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge