Resepi Potato Salad yang Menyegarkan

Assalamualaikum w.b.t..

image

Amaran! Sila kuatkan iman sebelum teruskan membaca.

Di khuatiri akan meleleh air liur bagi yang berpuasa..hihihi..

Gambar kat atas tu gambar anak fina. Waktu ni kami beli barang dekat Segi untuk buat salad segar ni.

Ini adalah pertama kali fina buat potato salad ni. Jadi mana yang kurang dialu- alukan memberi komen ye.( tapi suami fina cakap sedap..hihi)

Resepi ni fina tengok di TV, tapi fina ada buat penambahan mengikut citarasa fina sendiri. Jom tengok apa bahan- bahannya.

Bahan-Bahan Potato Salad Segar :

1. Kentang (6-8 biji)
2. Mayonis
3. Susu segar (setengah cawan sahaja)
4. Sosej (5-7 batang)
5. Tomato ceri (10-15 ulas)
6. Lada benggala(1 biji)
7. Daun parsley (sedikit sahaja)
8. Daun sup & daun bawang (sedikit sahaja)
9. Bawang besar (1 biji)
10. Garam
11. Lada sulah
12. Lemon/ limau nipis

Untuk memudahkan korang fina dah susun step memasak supaya korang tak pening nak buat yang mana dulu. Cuma follow je step di bawah ye.

Step Pertama!

image

– Basuh kentang dan rebus kentang sehingga lembut. Masukkan sedikit garam dalam air rebusan.

– Petua senang kupas korang kene rebus kentang ni dengan kulit-kulitnya sekali.

– Selepas 40-60 minit cuba check kelembutan kentang tu guna garfu. Kalau lembut je die tercucuk dah boleh angkatlah, toskan dan biarkan dia sejuk.

– Rebus kentang dulu bagi menjimatkan masa sebab kentang ni ambil masa yang lama untuk lembut. Sementara nak tunggu kentang ni siap dimasak kita terus buat step yang kedua.

Step Kedua!

image

image

– Rebus sosej. Bila dah masak angkat dan toskan. Sosej ni sekejap je.

– Sementara tunggu sosej masak tu basuh semua bahan-bahan . ( selain susu segar dan mayonis la kan)

– Potong dadu bahan- bahan yang berikut : ( nak mayang pun boleh,ikot suka)

a) Bawang besar
b) Lada benggala
c) Tomato ceri
d) Sosej

image

image

– Potong halus bahan-bahan yang berikut :

a) Daun sup
b) Daun bawang
c) Daun parsley (fina guna yang dah dikeringkan. Boleh cari kat supermarket.)

image

– Seterusnya potong salad sedang-sedang je. Kalau boleh biar besar sikit.

image

Baru sedap bila kunyah nanti rangup je segar je.Pehh.. Tak tahan fina bila ingatkan salad tu ada dalam peti kat rumah.

Step Ketiga!

– Waktu ni kalau korang pakar memotong mungkin kentang belom masak lagi. Jadi terpaksa tunggu la dulu sampaj dia masak dan sejuk.

image

– Andaikan dah masak dan sejuk, kupas kulit kentang, guna jari pun boleh. Macam iklan syampu plak. Hihi..

– Kalau kentang korang kecik- kecik potong 4 je.. kalau besar kene potong 6 le jawabnye. Tapi tak kisah.. Kita yang buat dia kan.

Step terakhir!

– Ambil satu bekas besar dan masukkan kentang, mayonis, susu segar bahan yang dipotong dadu & halus, serta sedikit lada sulah, garam dan perahan lemon.

image

– Gaulkan sehingga sebati. Bila dah sebati barulah masukkan salad. Tujuannya supaya salad tu tak hancur dek kerana syoknya korang menggaul waktu tu.

Finally!!!

Taraaa.. Siap la Salad Kentang yang segar lagi menyelerakan tatkala tekak kering di bulan puasa ni..

( jangan tengok lama sangat, takut nanti bukak puasa petang ni nak cari Potato Salad jugak. Hihi..)

image

Dan yang penting dalam menu ni banyak sayur- sayur yang menyihatkan untuk restore balik kekurangan zat dalam badan kita.

SELAMAT MENCUBA! (^_^)v

Nor Shafina Mohd Din (Fina)

The Founder of The Blossoms Network

SID : 906685 ( Call/Sms/Whatsapp : 013-2787508)

COD area : Telok Panglima Garang, Klang, Banting, Shah Alam, Subang, Sg.Besi TUDM dan Subang.

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge