Simple Tapi Cantik|DIY Birthday Project Berjumlah RM50

Assalamualaikum w.b.t..

Semalam adalah tarikh istimewa buat kami sekeluarga kerana ianya adalah hari kelahiran buat suami fina Mohd Amiruddin Bin Hamzah. Dah masuk 32 tahun dah.. syukur Allah panjangkan usia untuk menambahkan lagi tabung akhirat..😊

Jadi setelah 4 tahun mencipta kasih sayang bersama fina pun teringin membuat sedikit kelainan untuk sambutan hari lahir suami yang tercinta. Kalau sebelum-sebelum ni biasanya fina beri hadiah je. Kalau sambut pun paling kuat kami makan bersama-sama ahli keluarga yang lain di luar..

Tapi kali ni teringin nak buat kelainan. Fikir punya fikir tercetus la idea nak sambut di rumah sahaja tetapi dalam suasana yang lebih istimewa. Dengan berbekal kan bajet RM50 fina pun pergilah ke Daiso Bukit Tinggi untuk membeli segala peralatan untuk decoration yang diperlukan.

Memang fina nak buat simple je dan dalam masa yang sama bertemakan keceriaan supaya anak-anak pun suka dan teruja nak sambut birthday ayahnya.. masa nak deco tu tak payah cakap lah kan memang bersilat panggung la dengan 2 orang puteri fina tu..hihi.. Alhamdulillah siap juga.. inilah dia hasilnya.. jangan gelak ye.. habis kreatif dah ni..hihi..😄

Okeh..dah banyak dah rasanya gambar diorang berdua nih.. dah macam birthday diorang je..hihi.. takpela..nanti birthday azra dan amna ibu buat lagi meletup. Biasa kalau meletup ni duit memang meletup dan terbang jauh-jauh la..hihi..😅

Eh..mana birthday boy.. waktu ni birthday boy dah selamat krooh..kroohh dah.. hihi.. sian dia sebab dia kerja malam tak cukup tidur. Jadi bagi tidur puas-puas dulu sebabnya next program fina nak belanja makan tengah hari dan malam pulak..seronok kan..tak sabar nak tunggu birthday sendiri..😁

Okay..apa-apa pun semoga korang terinspirasi(erkkk!!).. hahaha.. of course la korang punya lagi kreatif..so jom la share kat bahagian komen ni..bleh la fina ciluk idea untuk next birthday..😉

Nor Shafina Mohd Din

Hp: 013-2787508

Spread The Stories..Spread The Loves..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge