Tag Archives: pengedar shaklee klang

5 Asas Penting Untuk Berjaya Dalam Biz Shaklee | Shaklee Journey

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ni dah masuk hari ke-dua dalam bulan Jun 2017.. Namun masih terasa kehangatan closing May yang penuh dengan debaran tempoh hari..Syukur Alhamdulillah..kerana pada hari tu lahirnya leader yg kedua dan ketiga dalam group fina, The Blossoms Network. Kire beranak kembar leader la ni..hihi..

Pada bulan January 2017, fina naik rank SENIOR SUPERVISOR setelah melahirkan seorang leader. Pada April 2017 fina melahirkan SENIOR SUPERVISOR setelah ‘anak’ beranak leader.. Dan Alhamdulillah, pada May 2017 baru-baru ni fina melahirkan dua lagi leader dan berjaya mencapai title COORDINATOR.

Nampak seperti smooth sahaja kan.. bermula dari January, April dan seterusnya May..Fina pun bersyukur kerana Allah mempermudahkan.. Namun fina tetap nak share disebalik setiap kejayaan ada pengorbanan dan usaha yang perlu kita lakukan secara CONSISTENT and PERSISTENT sebelumnya!!.. Jom baca, niat hanya berkongsi. Semoga memberi manfaat kepada semua.. Semoga kita semua mencapai master coordinator seperti yang kita target..💪

1. TAK PUTUS ASA WALAU STUCK RANK YANG SAMA AGAK LAMA.


Fina mula start biz pada Jun 2013, dan pada Mac 2014 fina berjaya naik rank SUPERVISOR. Masa lepas naik rank tu memang semangat sangat nak terus naik rank.(semua orang pun nak kan)..Tapi tak naik-naik jugak. Pastinya ada kurang pada usaha sendiri dan juga belum masanya lagi.
Dan fina tak putus asa.. teruskan juga bisnes shaklee setiap bulan. walaupun sales sedikit tapi fina anggap ianya adalah satu permulaan untuk kita dapat sales yang banyak. Terus bersangka baik pada Allah..pasti Allah akan balas every single thing yang kita buat untuk biz ni..great things take time..💪

2. KORBAN WANG DAN MASA UNTUK ATTEND EVENT/KELAS YANG UPLINE BUAT.


Sejak dari tu fina berusaha untuk attend event-event yang mami lyna dan apak zainul buat. Sambil sedut ilmu, fina nak sedut aura master mami.. Dan sambil2 tu boleh la peluk2 laga2 pipi dengan mami.Hihi..dan pasti minta mami doakan fina berjaya dalam biz shaklee.. Kadang sampai keluar aiyaq mata tau..hihi..drama betul..(kalau xnangis, x hardcore shaklee la kan..hihi)

Dan bila attend mana-mana kelas, kalau boleh fina nak tumpukan sepenuhnya pada kelas tu. Jadinya fina prefer tak bawak anak. So kalau suami ada, fina minta tolong suami jagakan.. Andai suami kerja, fina akan upah pengasuh jagakan. 

Bila tinggalkan anak2 dan suami, fina akan rasa lebih BERSALAH kalau kelas tu tak memberi manfaat pada biz fina. Rasa bersalah andai fina GIVE UP sebelum berjaya setelah mengorbankan banyak masa berharga bersama keluarga tersayang. Dan duit upah pengasuh pun adalah modal biz yang mesti fina dapatkan balik pada nilai yang berganda..So perkara tu akan selalu fina ingat bila ada perasaan down..

3. KORBAN MASA MAKAN DAN MASA REHAT.


Fina kerja shift pagi dan petang.. Selalunya time kerja pagi fina akan gunakan sepenuhnya waktu selepas balik kerja.. waktu tu la biase pergi hq beli barang, cod shaklee pada customer, pos barang customer dan sebagainya.. selalu jugak fina skip makan tengah hari sebab nak kejar masa. Biasa beli roti atau makanan yang fina boleh makan masa drive. Jadi jimat masa.

Dan of course, waktu lepas balik kerja sepatutnya waktu berehat-rehat. Tapi fina gunakan sepenuhnya untuk biz shaklee.. Takde lagi istillah rehat melainkan waktu tidur malam.. xde lagi rehat2 sambil tengok drama atau telenovella macam dulu..Itulah pengorbanan demi sebuah kejayaan yang di ajar oleh upline fina.  Fina yakin kesungguhan dan kepenatan fina tu dipandang Allah s.w.t dan akan ada balasannya nanti..

4. NIAT BUAT BIZ BUKAN SEBAB DUIT SEMATA.

Masa mula-mula buat biz memang waktu tu hanya bertujuan nak side income. Tak ada tujuan lain. Dan memang tak tahu pun rupanya boleh ada tujuan lain.(Hihi..kelakar pulak rasa).. Bila dah lama-lama berada dalam group iReach, baru tahu banyak lagi tujuan lain yg kita boleh ada bila buat biz shaklee.. tujuan yang lebih murni dari hanya mendapat side income semata-mata..

Ada 2 tujuan besar selain side income yang fina pegang sejak fina sedar kita tak boleh hanya ada tujuan duit kalau nak bertahan lama dalam biz ini.. 

Big Why Pertama”

🍁Bantu orang rendahkan risiko penyakit kronik dan bantu yang kurang sihat menjadi lebih sihat.

-Dengan kehebatan produk shaklee yang tak boleh disangkal lagi( diterajui saintis terkemuka dunia,  mempunyai clinical studies, ada landmark studies), fina yakin produk shaklee banyak memberi manfaat kepada umat manusia. Bayangkan dah berapa ramai yang makin sihat setelah mengamalkan shaklee. Lebih meyakinkan bila fina dan keluarga sendiri makin sihat lepas mengamalkan shaklee..

Dari tak boleh drive sendiri, sekarang dah boleh.. Dari tak boleh bekerja, sekarang dah boleh kembali menanggung keluarga, paling seronok bila dapat feedback customer yang dulunya susah nak solat, sekarang dah boleh solat dengan sempurna..Dan yang sihat pula terus sihat serta terhindar dari penyakit kronik yang boleh membawa kepada masalah lebih besar lagi ( keruntuhan rumah tangga, anak-anak terbiar, keruntuhan ekonomi, masalah sosial, dll)..

Di saat kita rasa penat nak sharing, penat nak sebarkan kebaikan shaklee, di saat itulah kita kene fikir ada ramai yang memerlukan shaklee. Dan paling penting dan benar sekali, produk shaklee terbukti dapat menjadikan kita lebih sihat dan kuat untuk terus menjalankan tugas dan tanggungjawab kita setiap hari. Bila badan sihat, otak cergas, kita akan boleh mengawal emosi dengan baik, mengawal kemarahan, membuat keputusan yang tepat dan sentiasa boleh berfikiran positif dalam menjalani kehidupan seharian.

“Big Why Kedua”

🍁MLM Pahala.

Fina tak pernah join mana-mana MLM lain, jadi tak boleh nak compare mana yang best mana yang tak best.. Tapi apa yang fina dapat simpulkan sejak beberapa tahun buat biz shaklee, basic kepada biz ini adalah agama.. bila agama kita mantap in shaa Allah biz pun akan ikut mantap.. kita takkan mudah sentap bila customer reject, kita tak kan mudah give up bila tak ada sales, kerana kita diajar untuk sentiasa bersangka baik dengan sang pencipta kita yang mentakdirkan segalanya untuk kita..

Awal-awal masuk biz shaklee dulu , upline fina kasi senarai ceklist amalan rohani yang mesti kita buat .( solat awal, mengaji, zikir, dhuha, tahajjud, sedekah.).. Masa mula- mula buat memang susah. Macam -macam perasaan datang seperti ” hek eleh buat amalan rohani sebab nak sales” ATAU “tak payah buat la, bukan ikhlas pun “.. tapi sebenarnya itulah bisikan syaitan yang tak suka kita memperbaiki amalan kita.. syaitan cuba buat kita rasa tak ikhlas. Akhirnya kita pun tak buat la..siapa yang menang? huhu..jangan kita biarkan..teruslah bermujahadah!!

 Cuba kita fikir sejenak, bila lagi kita nak mula buat semua tu. Berapa lama lagi kita nak tunggu untuk kita mula perbaiki amalan kita yang cacat selama ni.. (life is so short)..Andai kata sebab biz shaklee kita buat perlu buat semua tu, BUATLAH. Jangan tangguh-tangguh. Mula-mula buat kita akan rasa terpaksa, lama-lama bila amalan tu dah sebati dengan diri kita, kita pulak yang terseksa bila tak buat. Istiqamahkn amalan rohani, inshaa Allah perjalanan hidup, biz dan anak2 kita Allah akan jaga lebih baik dari yang kita minta..aamiin..

Dan sejak sesi quranic coaching pertama yang Master Zainul buat, fina sangat terinspirasi untuk jadi seperti mereka. Mereka bukan hanya menyampaikan ilmu pasal produk dan biz, tetapi jugak ilmu agama. MasyaAllah..tak dapat fina bayangkan berapa banyak pahala yang mengalir apabila downline mereka mengamalkan ilmu agama yang mereka sampaikan. Baru betul MLM pahala namanya..

Jadi sejak dari tu fina bercita-cita sangat ingin membesarkan group biz fina agar fina dapat mengajak downline-downline kembali kepada fitrah kita yang sebenar iaitu agama Islam kita.. Boleh juga fina belajar ilmu agama dari downline yang lebih arif bab agama. Tak semestinya kita sahaja yang  mengajar kan. Anak pun boleh ajar maknya jika salah..

Bagi fina biz shaklee adalah satu platform yang sangat ampuh untuk menjadi medan dakwah dalam senyap. Setiap kali kita mengajak anak-anak biz kita ke arah kebaikan, ianya adalah satu dakwah untuk kembali kepada jalan Allah.. Dan percayalah, apabila dalam group kita tak lupa untuk sebut nama Allah , tak lupa untuk saling ingat-mengingati, pastinya silaturrahim kita sesama ahli group menjadi silaturrahim yang diberkahiNya..Dan in Shaa Allah group kita akan terus berkembang dan membesar..😊

5. MINTA RESTU DAN DOA DARI SUAMI DAN MAK AYAH.


Restu suami/isteri dan juga mak dan ayah kita sangat memberi kesan kepada biz kita. Mintalah restu dari mereka agar mereka terus mendoakan kejayaan kita. Meh sini nak bagi tips sikit.. bila dapat bonus shaklee, asingkan bahagian untuk suami/isteri dan jugak mak ayah kita. Beli la hadiah yang mereka suka hasil dari duit bonus shaklee kita.. pastinya diorang akan sangat happy dan dengan sendirinya pasti asyik doa untuk kita terus berjaya.. Mana lagi nak cari doa paling mustajab melainkan doa suami/isteri dan jugak ibu dan ayah kita kan.. Doa mereka tiada hijab!!

Alhamdulillah..rasanya cukup lah 5 point paling penting yang fina sedang usahakan dalam mencari kejayaan dunia dan akhirat bersama biz shaklee.. ini pun dah short list dah point nya. kalau tak berjela-jela la entri fina ni..hihi.. fina harap semoga dapat memberi semangat kepada semua.. Marilah kita terus berusaha melakukan yang terbaik since kita dah berada di dalam iReach, group yang paling hebat di dalam shaklee Malaysia.. Syukur sangat Allah pilih masuk dalam group ni..syukur dipertemukan dengan Upline fina yang juga founder kepada iReach Family iaitu Master Lyna dan Master Zainul..😉

iREACH FAMILY IS THE BEST AND NOTHING COME TO SECOND!!

Nor Shafina Mohd Din,

The Blossoms Network Founder.

HP : 013-2787508

Free Health Check|Masuk Toilet Pun Kene Bayar Dik Oi..

Alhamdulillah..hari ni berlangsungnya free check up di Home Office Shaklee. Home Office shaklee terletak berhadapan Sunway Medical Centre, Selangor. 

The best Part is Sunway Medical Centre ni dah jadi ‘Health Partner’ Shaklee.. So apa-apa event kesihatan yang shaklee buat sometimes akan ada doktor-doktor dari Sunway Medical Centre memberi ceramah.

Bagi fina ianya satu gandingan yang sangat mantap dalam meyakinkan pengguna-pengguna produk shaklee. Jika hospital tak akui vitamin shaklee ni bagus, masakan diorang nak bekerjasama kan?

Okeh..so hari ni akan ada 3 jenis check up yang sesiapa pun yang hadir boleh buat secara PERCUMA sahaja..masuk tandas pun kene bayar dik oi..hihi..

>Antaranya check up SKIN ANALYSIS yang berharga rm80 jika diluar..

> Check up TULANG/BONE yang berharga Rm80 jika diluar..

> Check up istimewa untuk kaum Hawa iaitu BREAST CHECK oleh Breast Cancer Welfare Association Malaysia.

Wah wah wah..dah beratus ringgit jimat.. Suami, anak, mak, saudara, kawan-kawan pun boleh buat free je..Best ke tak best.. best kan.. fina pun pergi dengan family dan jugak kawan-kawan.. andai korang nak join untuk next program jangan malu-malu untuk terus call atau mesej fina k..

 Semoga kita semua peka dengan kesihatan diri dan keluarga.. Bila ada peluang emas macam ni memang rugi kalau kita tak rebut.. So next bila ada event yang best macam ni fina akan post awal supaya korang pun boleh join berkaki- kaki..😉..

Krim Ajaib Hadiah Istimewa Hari Guru 

Lepas balik kerja semalam sempat ibu berkejar ke GM klang cari bahan2.. Bad planning..last minute baru nak wat..hahaha…🤣

 Tapi syukur Allah permudahkan.. dapat jugak azra bagi hadiah kat guru2 di ASTAS.. Trima kasih teacher Su, teacher Fatin, Teacher ika, Teacher Wawa dan Teacher ina kerana penuh sabar dan tekun mendidik Nur Azra..🤗

Disebabkan ibu ni #shakleeLover jadinya memang hadiah shaklee la ibu kasi ye..iaitu krim Herbal Blend yang menjadi idaman qalbu ramai org.. sampai stok licin ari tu.. bila restock cepat-cepat ibu sambar untuk cikgu-cikgu..😙

~Apa Manfaat Krim Herbal blend ni? Ni adalah dari pengalaman fina sendiri ye..~
❤Meredakan gatal-gatal kulit dan membantu masalah ruam atau gigitan nyamuk.
❤Menutup luka dengan cepat dan kurang meninggalkan parut.
❤Menyurutkan bengkak. Pernah skali amna terkepit jari, terus sapu krim ni.. Alhamdulillah surut bengkaknya.
❤Melembapkan kulit yang kering dan melembutkan kulit yang kasar. Boleh sapu pada tumit yang merekah setiap malam sebelum tidur..
❤Mengecutkn jerawat. Sapu pada jerawat, inshaa allah cepat kecut. (fina biase buat..😊)
❤Bila terkena air atau minyak panas.. cepat-cepat sapu kat bahagian yang terkena tu.. nanti kulit tak menggelembung dan tiada kesan parut. (tak yah la sapu kicap dah ye😂)
❤Menurunkan suhu badan. Bila anak demam, sapukan krim ni kat pelipat-pelipat dan dahi anak. Suhu akan cepat turun.. (banyak kali dah buat, proven memang menjadi👍)
❤Meredakan eczema. Kurangkan kegatalan dan membantu kulit yang rosak akibat eczema tu.
❤Paling best krim ni FREE PARABEN , shaklee reka ianya sesuai digunakan untuk semua golongan bermula dari bayi lagi..
Semoga teacher2 azra happy dpt krim serba serbi boleh ni😉..bleh la simpan kat sekolah satu incase ade murid2 yg cedera bleh trus capai krim tu kan..😊🙄

Andai ada pembaca yang nak order krim dalam bentuk hadiah yang comel ni, boleh wasap atau call fina terus di no telefon seperti di bawah..

Tips Bina Reputasi Dan Follower Di Facebook | My Shaklee Journey

“akak ade facebook, tapi tak pandai la dik nak promote2 kat facebook ni.. malu akak..”

-kak tona nak biz tapi malu-


Sempena hari jumaat yang mulia ni fina nak kongsi serba sedikit tips biz online melalui facebook..Facebook adalah medium yang penting untuk membina reputasi dan follower kita sebagai peniaga.Bukan setakat menjual produk, tapi juga membranding diri kita sebagai peniaga yg betul2 wujud.

Antara tips untuk berbiz melalui facebook adalah :

✔Update selalu urusan jual beli.

-Ini penting utk membina kepercayaan prospek terhadap kita. Bila prospek selalu nampak kita update urusan jual beli dgn customers, akan bertambah keyakinan prospek utk berjual beli dgn kita pula..

✔Update yang memberi inspirasi dan motivasi.

-Lumrah manusia sukakan perkara yang baik. Jadi banyakkan post2 yang memberi semangat kepada pembaca. Mungkin pada waktu itu ada yang sedang down dan memerlukan motivasi dari kita.(who knows😉)

✔Dilarang update perkara2 negatif walaupun hanya 2 dari 100 post kita.

-Geram,marah, kecewa, sedih macam mana pun jangan la dilepaskan di wall kita. Walaupun bukan selalu tetap ianya boleh menjejaskan reputasi kita sebagai peniaga.
Cara yang terbaik, mengadulah di tikar sembahyang. Kita akan lebih tenang berbanding mengadu di muka buku. Paling kuat nak cerita pada manusia pun ceritalah pada yg kita percayai, suami, isteri atau kwn2 rapat, yet bukan di facebook!
✔Update aktiviti dan perkembangan biz kita.

-Bukan untuk menunjuk2 yang kita ni bagus sebab ade biz. Tapi supaya kawan2 facebook tahu yang mereka juga boleh merebut peluang yang sama untuk berbiz. Banyak perkara yang kita boleh buat untuk menambah pendapatan di zaman yang Gilakau Semua Tax(GST) ni.
✔Update serba sedikit tentang usaha dan kejayaan kita dalam menjual produk serta dalam membina empayar biz skrg.
-Sekali lagi, disclaimer, bukan untuk menunjuk2, tetapi ianya boleh menjadi motivasi dan inspirasi pada yang memerlukan. Ramai je kat luar sana yang nak buat biz tapi takut, malu, risau tak boleh buat. Tapi bila kita dah buktikan dengan kejayaan, pastinya mereka terfikir ” kenapa pulak mereka tak boleh”..
Rasanya cukuplah 5 point penting untuk kita follow sebagai peniaga di facebook.. Kalau ada salah mohon tunjukkan. Fina juga masih dan sentiasa terus belajar untuk menjadi peniaga yang berakhlak, telus dan prihatin untuk customers fina..😊
Semoga Kita Semua Success Dalam Biz Yang Kita Usaahakan!!💪
Fina,

013-2787508

Part Timer Biz Shaklee.

Founder Of The Blossoms Network.

Founder Of TBN Leaders.

Tambah Income Anda Bersama Biz Shaklee | Fina 013-2787508

Alhamdulillah setelah mengamalkan vitamin shaklee hampir 4 tahun dan menjalankan biz shaklee hampir 3 tahun, kini fina mempunyai sebuah group yg bakal menjadi empayar very soon in shaa Allah!😊 Nama group fina, The Blossoms Network🌸🌸

Tahun 2017 ni fina ingin mengajak kawan-kawan facebook fina yang ingin mengambil peluang tambah income dengan biz shaklee yang rendah modal, rendah risiko kerugian tetapi TINGGI pendapatan. Dengan syarat TINGGI SEMANGAT DALAM BERUSAHA!😉
Tak ada biz yang goyang-goyang kaki pastu duit masuk. Melainkan tu skim cepat kaya yang confirm tak kekal lama..biasa-biasa rugi besar pulak, untung tarakk😅..
Jadi nak buat apa-apa biz pun pastikan ianya ‘syariah compliance’ atau dalam kata lain menurut syariah islam seperti biz shaklee ni..dalam kata lain lagi ia tak menganiaya sesiapa, penjual mahupun pembeli..
Bagi yang join di bawah group fina, fina menyediakan kelas mentoring eksklusif sama ada secara ONLINE mahupun OFFLINE. Kelas online adalah melalui medium Whatapss atau Telegram. Kelas offline kita akan berjumpa face to face.

 

Dan fina akan berkongsi teknik berkesan menjalankan Biz Shaklee melalui BLOG dan FACEBOOK yang mana kedua-duanya boleh menjana sales yang banyak😍.
Jangan risau jika anda tak pernah menjalankan biz sebelum ni. Masa kecik pun kita belajar step by step untuk berlari. Same to build our biz right now, we will follow step by step sampai la anda boleh berlari sendiri jauhhhh ke hadapan dan BERJAYA!!😊😊❤💪
Jangan segan-segan untuk contact fina. Tekan je no telefon fina kat bawah ni untuk terus whatsapp fina k😉👍..

Fina ~ 0132787508

Atau boleh save no telefon fina dulu. Bila hati dah terbuka dialu-alukan untuk hubungi fina.

Founder of The Blossoms Network.

Founder of TBN Leaders

Kulit Lebam dan Gelap Tanda Sel Anda Mengalami Necrosis

Tanda paling mudah untuk kita nampak kesan-kesan berlakunya Necrosis adalah pada kulit pesakit diabetes yang lebam dan hitam. Bila belajar ni baru fina teringat pada arwah abah fina.. dia memang ada diabetes dan kulitnya lebam-lebam. Baru sekarang faham, rupanya itulah Necrosis. Sel-sel badan abah telah mati secara Necrosis rupanya. Al-fatihah pada arwah abah. Semoga allahyarham tenang dan bahagia di Sana..Aamiin..
Sel Badan Mati dengan 2 Cara:
Ianya digelar Apoptosis dan Necrosis.

#Persamaan

-Kedua2nya menyebabkan sel mati.
#Perbezaan

》Apoptosis adalah proses kematian sel secara semulajadi manakala Necrosis pulak proses kematian sel yg tak semulajadi(pra-matang). Berlaku lebih awal dari yang sepatutnya.
》Apoptosis terjadi disebabkan proses semulajadi badan manakala Necrosis terjadi disebabkan faktor luar seperti kecederaan, bahan kimia dan bertoksik, radikal bebas, radiasi dan trauma.
》Kesan Apotosis kepada badan adalah tidak berbahaya manakala kesan Necrosis pada badan adalah berbahaya dan boleh membawa maut.
~ Contoh kesan buruk Necrosis pada badan adalah sakit jantung disebabkan salur darah tersumbat. Bila oksigen tak sampai kepada sel di dalam jantung, sel tersebut mengalami necrosis yg akhirnya menyebabkan inflamasi dan kesukaran untuk bernafas.
~ Contoh lain yg lebih ketara adalah pada kaki pesakit diabetes yang menjadi hitam. Hal ini kerana selnya telah mengalami necrosis.
Macam mana nak elak sel kita dari mati secara Necrosis selain mengawal pemakanan dan gaya hidup kita?
Jawapannya adalah dengan meminum satu sudu Vivix Shaklee setiap hari!!
Vivix shaklee mengandungi 4 jenis extract buah-buahan semulajadi yang menjalankan 4 fungsi utama iaitu :
❤Pembaikan sel

❤Perlindungan sel

❤Tenaga untuk sel

❤Prestasi sel
(wau..patut la makcik2 minum vivix rasa bertenaga je)
Kesemua fungsi ini menjaga sel badan agar mati secara semulajadi(Apoptosis) bukannya secara tidak sihat(Necrosis)..
Fuhh..bila dah study lebih mendalam tentang tubuh badan, rasa bersyukur sgt.. kerana baru skrg lebih sedar yang Allah sedang menjaga bertrillion2 sel badan kita. Jadi marilah kita juga menjaga kurniaan Allah ni sebaik-baiknya..
Jaga makan, jalani gaya hidup yang sihat dan mengambil supplemen setiap hari sebagai pelaburan pada kesihatan yang tak ternilai harganya..😊

Jom gokgok vivix dari sekarang untuk kekal sihat..

Fina,

013-2787508

Founder of The Blossoms Network.

Founder of TBN Leaders.

 

Kisah Makcik Tua Di Petron Sebak Terharu 

Situasi.. : nak isi minyak kat petron..sampai je terus parking kat pump no 4..keluar2 nampak seorang makcik tua sedang sapu sampah..pekerja petron tu.. keluar je dari kereta terus disapa,

makcik : La..kerja ke anak ari ni..(muke senyum je sambil kehairanan kenapa pakai baju kerja ari ahad ni.)
fina : haah.. kerja makcik..( senyum2 jugak)
makcik : rajinnye kerja ari ahad ni..
fina : saya kerja shift makcik..mmg kene kerja ari ni.. bukan OT pun..( sambil gelak2 sbb rase xlayak dipuji rajin, mmg kene kerja utk penuhi hours keje..hihi)
makcik : yekeee..makcik pun sama jugak..( sambil tepuk2 bahu fina..dalam hati fina, ceria je makcik ni..)
fina : ok makcik nak gi kaunter bayar..
makcik : haa..yelah nak..


– keluar je ke kereta balik tgk makcik tu tolong isikan minyak dan dah siap pun..lama sgt agaknye fina borak dgn org kaunter tu pasal kad kumpul point utk fleet tu😅😅..
fina : terima kasih bnyk2 makcik..(sambil salam dan fina selitkan rm20 ditangannya)
makcik : sama2 nak..(tak perasan lagi waktu salam tu..)
-5 saat lepas tu..
makcik : Allah nak..banyak sangat ni.. terima kasih bnyk2..(riak wajah syukur, terharu dan tak sangka) 
fina : sama2 sambil senyum..
– fina start enjin kereta dan parking depan sikit dari kawasan isi minyak tu.. masih dalam kawasan petron. fina tunggu kawan sbb die gi beli barang kejap.
– tak lama lepas tu makcik tadi datang. fina pun turunkan tingkap.
makcik : alah nak..banyak nye duit kasi makcik.. trima kasih bnyk2 nak..(muke sgt terharu sambil jari jemari kasarnya menyentuh2 pipi fina😭)
fina : sama2 makcik..(senyum je, dalam hati rase sebak dan rase nak bagi je lagi kat makcik ni..seronok tgk die seronok sgt gitu..ikhlas sgt rupenya..). 
-sempat jugak fina mintak die doakan fina sekeluarga menjadi tetamu Allah untuk Umrah hujung tahun ni.. makcik tu mengangguk2 kan kepala die je waktu fina bg tau hajat fina tu..mgkin sambil dalam hati mendoakan..
– semoga aminnya menjadi penguat utk Allah makbulkan hajat fina tu.. in shaa Allah..😊
* Moral of the story,.
》Syukuri segala nikmat Allah pada kita.. syukur seikhlas hati, nescaya Allah tambah lagi rezki..kalau kita manusia ni rase nak kasi lagi pada org yg bersyukur sgt dengan ape yg kita beri tu, Allah s.w.t. pasti lebih Agung dan lebih hebat lagi.. Allah  Maha Memberi..nescaya Allah akan terus tambah nikmatNya jika kita BERSYUKUR!
#SyukurSelalu

Fina, 

Founder of The Blossoms Network,

Founder of TBN Leaders,

Mentor Biz Shaklee,

SID : 906685.

HP : 013-2787508 (Call/Mesej/Whatsapp)

*COD vitamin shaklee Area Telok Panglima Garang, Sijangkang, Banting, Klang dan Shah Alam.

Di Sebalik Tabir Lahirnya Leader Yang Pertama |My Shaklee Journey

Bulan Mac 17 adalah bulan terakhir dalam cycle shaklee.. macam akhir tahun la..kalau kalendar biase tu bulan 12, shaklee ni bulan mac ni adalah akhir tahun die..cycle baru akan bermula April 17 nanti..
Syukur Alhamdulillah.. cycle yang bakal berakhir ni fina berjaya lahirkan seorang leader New Supervisor di bawah group fina.. Tahniah pada supervisor pertama dalam group fina, Khairunisa Zakaria😊😊.. in shaa Allah bulan ni akan menyusul 2 orang lagi supervisor baru mengikut jejak langkah nisa..

Sepanjang buat biz shaklee, inilah cycle yg fina letakkan sepenuh tenaga dan otak fina mengusahakannya..(serius sangat la tu kirenya).. kalau sebelum ni memang hangat-hangat tahi ayam je..😅😅..
Betullah setiap usaha tu Allah pasti balas.. di sebalik kejayaan group fina yang semakin berkembang, ada berbagai cabaran dan pengorbanan yang dah fina lalui.. jadi kalau nak jadi master tu faham-faham la berapa banyak pengorbanan yang mesti kita buat kan..of course MORE!
Nak cerita sikit agar jadi kekuatan pada anak-anak biz fina yang sedang berusaha sekarang ni.. antara perkara extra yg fina buat :
1. Korban mase senang-lenang di mana dulu bleh lepak-lepak tengok tv dan bersuka ria.. sekarang ada je mase fina terus buat kerja shaklee. Memang tak sempat nak tengok movie, inikan drama telenovella..😂

2. Waktu makan tak tentu masa.. biasenya waktu rehat tu sibuk buat coaching, reply msj customer, buat sharing.. bila ada masa senggang then fina makan. Maybe sebab dah shake-shake ESP jugak kot rase kenyang dan bertenaga je😍..
3. Perah otak fikir starategy untuk bantu anak-anak capai target.. sebab kita dah lalui zaman-zaman anak biz ni.. jadi bnyk perkara yang kita boleh share dgn diorg agar perjalanan diorang sentiasa smooth menuju target..💪
4. Korban masa dengan anak-anak dan suami..kalau ikutkan waktu kerja..abis kerja shift pagi pukul 2.. pukul 3 fina dah boleh bersama keluarga..tapi fina korbankan mase tu untuk coaching offline atau buat sharing online.. fina yakin 2 tahun lagi fina akan ada masa lebih banyak bersama mereka😭..(terima kasih en.suami yang sangat memahami, mendoakan dan sangat supportive)
Ada baaanyakk lagi yang fina kene buat.. sebab banyak lagi impian fina untuk group fina..semoga Allah memberkati segala usaha dan pengorbanan yang seciput ni..Rahmat Allah tu terlalu besar, tak padan walau sebanyak mana pun usaha kita..namun Allah suruh kita BERUSAHA!
Semoga cycle akan datang lebih ramai leaders yang hebat-hebat di lahirkan dalam The Blossoms Network.. Aamiin Ya Rabbal A’lamin..Sekian saja perkongsian dari fina mengenai biz shaklee yang sedang fina usahakan. 

Dikesempatan ini fina menyeru kepada pembaca yang berminat untuk menyertai fina menjana income dalam shaklee segera pm, call atau whatsapp fina ni no di bawah:

Fina > 013-2787508

Fina > 013-2787508

Fina > 013-2787508