TASK 2 ‘Jom Ibu Jom Ayah’ : Cop-cop Si Batang Pisang..

Assalamualaikum w.b.t..

Aktiviti seterusnya adalah mengecop menggunakan batang pisang. Fina yakin semua pun pernah buat aktiviti ni masa kat sekolah dulu kan.. waktu tu sibuklah suruh mak ayah carikan batang pisang sebab cikgu suruh bawak ke sekolah..hihi..

Aktiviti ni kami wat waktu malam seperti aktivit-aktiviti sebelum ni. Bermula jam 9 malam sehinggalah 10 malam. Tapi selepas habis aktiviti fina berpendapat aktiviti yang agal rumit ni( dengan air boleh tumpah bila-bila masa, kaler air pun boleh sampai ke mula) elok sangatlah dilakukan di luar rumah pada waktu siang..

Biasalah bila budak 2 dan 4 tahun main kaler air ni..habis kaki pun dikalernya..kita nak marah pun tak boleh sebab dia sedang beraktiviti explore benda yang baru..memang itu pun tujuan kita kan, untuk ransang minda dan pergerakan psiko moto dia..selain kita nak beri 200% perhatian pada diorang.

So next time memang kene buat di kawasan luar rumah dan pada waktu siang. Jadi panjang sikit la masa tu..sempat lah kita nak mengemas semula dan mandikan diorang balik sebab dah kotor bermain..

Bahan-bahan Aktiviti Cop-Cop Si Batang Pisang

1. Batang pisang dipotong pendek

2. Kaler air

3. Pallet 

4. Kertas lukisan

5. Surat khabar utk alas semasa mengecop

Jom tengok gambar diorang sedang beraktiviti.. macam biasa la..ibu camerawoman, jadi tak ada lah dalam gambar. hihi..

Alhamdulillah seronok sangat melayan diorang. Macam-macam ragam tapi keadaan masih terkawal walaupun dah ada tanda-tanda nak buat onar tu..hihi.. next time boleh buat lagi dan cari bahan lain pulak selain batang pisang..apa eh?? ermm..tak apa lah..tu pikir kemudian..tapi kalau ada idea share ye.. sekian..assalamualaikum..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge